Rehan suka mulakan tulis post dengan kalimah Alhamdulillah. Banyak sangat nikmat yang rehan syukurkan, selalu kena sebut Alhamdulillah. Kadang-kadang kita terlalu fokus dengan apa yang kita tak ada sampai kita lupa nikmat yang Allah swt pinjamkan pada kita. Sebab tu kena rajin-rajin bersyukur bila-bila masa.
Kali ni rehan bersyukur dengan nikmat terbesar Allah swt kurniakan kepada rehan sebagai seorang wanita; iaitu nikmat menjadi isteri dan ibu. Alhamdulillah seru datang untuk rehan berkahwin secara tiba-tiba dan perkahwinan pun berlangsung secara pantas dan dipermudahkan. Rehan yakin Allah swt permudahkan niat rehan nak berkahwin sebab rehan niatkan untuk mengelak maksiat dan mencari keberkatan melalui perkahwinan. Buat apa ditangguh-tangguhkan. Sebelum tu rehan tak ada niat nak berkahwin jadi rehan tak pernah bercinta.
![]() |
First time dating lepas declare couple. Pergi Melaka tengok tempat bersejarah. Rehan memang suka sangat pergi tempat sejarah. Zauj Qusyairi layankan jela. Hahah. |
Alhamdulillah. Allah swt perkenankan niat rehan. Zauj Qusyairi tak teragak-agak terus bersetuju untuk berkahwin. Ikutkan niat kami masa tu nak kahwin serta-merta. Hahah. Tapi kebetulan keluarga zauj Qusyairi baru buat kenduri kahwin masa tu, jadi kami tangguhkan beberapa bulan. Supaya mak ayah dapat rehat sekejap.
Kami kenal hujung bulan puasa. Kalau tak silap masa tu hujung bulan Ogos 2011. Masa tu baru kenal-kenal kat fb. Padahal kami ni satu pejabat, bilik pun dekat satu aras je. Bila zauj Qusyairi tegur rehan kat fb, rehan tak kenal pun beliau siapa. Siap pakej silap orang pulak tu, rehan ingatkan staff lain. Padahal kami dah kerja sama tempat lebih kurang 8 bulan. Hahah.
Lebih kurang seminggu lebih lepas raya tu pertama kali kami berjumpa. Masa tu pertengahan September 2011. Adalah jumpa beberapa kali, lepas tu terus bercinta. Haha. Masa tu baru sebulan kenal kot. Lepas seminggu bercinta, terus kami putuskan nak kahwin. Pantaskan.
Raya haji 2011 tu family mertua datang ke johor untuk merisik. Ayah rehan bersungguh-sungguh sambut tetamu, siap order satay Hj Rais, beriani gam dan asam pedas johor yang terkenal. Semua ni makanan yang terfamous kat batu pahat. Hihi. Alhamdulillah dah dirisik masa raya haji tu, cadangnya nak bertunang cepat-cepat dan kahwin cepat-cepat.
![]() |
Satu-satunya gambar tunang yang rehan ada |
Dan akhirnya kami dinikahkan pada penghujung Mac 2012.
![]() |
Nikah! Yaayyy! |
Tapi yang paling terasa bezanya ialah dilema sebelum kahwin dengan selepas kahwin. Sebelum kahwin, paling jadi masalah besar nak yakinkan diri betul ke dia sayang aku. Dia sayang betul-betul ke aku ni isi masa lapang je? Dia main-main ke serius nak berkawan dengan aku? Dia ada orang lain ke? Dia masih sayang pada yang lama ke? Haa lebih kurang gitu la dilema sebelum kahwin.
Lepas dah kahwin ni, tak ada masalah langsung bab-bab sayang ke tak sayang. Bergaduh ke masam muka ke berperang bertumbuk tarik rambut sekali pun langsung tak ada ragu-ragu dia sayang aku ke tak. Hahaha. Yang jadi dilema ialah perkara kecil contohnya kenapa dia tak susun semula pinggan atas rak lepas cuci? Kenapa dia sidai baju tak ikut kategori seluar dengan seluar, baju dengan baju? Kenapa dia suka pasang filem hindustan hari-hari? Faham tak? Ini dilema lepas kahwin okeh. Hari-hari tengok hindustan boleh migrain tau. Hahaha.
Sebab tu rehan suka nak nasihatkan adik-adik yang masih bercintan cintun kat luar sana tu, kahwin je cepat-cepat. Kahwin tu kan Allah swt suka. Jangan tangguhkan. Buat perkara baik, Allah swt akan bantu. Yang penting sekali restu ibu bapa. Tak payah bercinta lama-lama, tak payah bertunang lama-lama. Tak payah risau malam-malam tak tidur fikirkan betul ke dia lelaki yang ditakdirkan untuk kita. Tanya diri sendiri memang takkan jumpa jawapannya. Jadi tanyalah Allah swt. Buat solah istikharah banyak-banyak, inshaAllah akan dapat jawapan direct daripada Yang Maha Mengetahui. Solat hajat banyak-banyak mohon jodoh berpanjangan, dikurniakan keberkatan dan redha Allah swt. Solat taubat banyak-banyak supaya hubungan yang terbina atas restu ibubapa dan Allah swt tak terpalit dosa-dosa lama.
InshaAllah manis bernikah itu lebih indah daripada gementarnya bercinta. Seronoknya berganda, boleh berpimpin tangan dan laga pipi tanda dicatakan dosa, malah dikurniakan pahala. Boleh tidur berpeluk, terasa hembus nafas sang suami di pipi, sambil hati rasa lega dan bahagia di bawah naungan doa ibu dan ayah kita. Manis bernikah tu melebihi segala seronok yang kita rasa ketika bercinta. Tak ada bermimpi membayangkan keindahan bergelar suami isteri bila sendiri dah rasai, sebaliknya yang diimpikan setiap hari ialah indahnya bersama di syurga.
Amboi kak rehan korang ni dah bermadah pulak. Ok dah. Rehan harap sampai makna apa yang rehan niatkan dalam post ni. Semoga Allah swt redha.
No comments:
Post a Comment