"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Cerita Balik Kampung.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Chinese New Year hujung minggu lepas, kami anak-beranak selamat balik ke kampung zauj kat Teluk Intan, Perak. Nasib baik kat Teluk Intan je, kalau kat Parit Buntar ke, Kulim ke, menangis menaik kereta tak sampai-sampai. Hihi. Almaklumlah, rehan ni orang Batu Pahat, belajar kat Johor Bahru, sekarang menetap kat Batu Pahat semula. Pernah setahun je duduk kat Pulau Pinang masa zaman muda dulu.

Macam biasa, khamis petang memang huru-hara kami kemas beg lagi, sempat pulak COD Shaklee, lepas tu pergi makan sebelum pecut balik kampung. Masa masuk hiway jam dah pukul 7 malam, singgah berhenti solat kat mana rehan pun tak ingat sebab rehan tidur masa tu. Haha.

Zauj qusyairi pulak kalau dah jam 10 malam tu biasanya dia mula la mengantuk. Kebetulan ramai orang johor balik kampung masa tu, jadi hiway bergerak perlahan dari Johor ke Melaka. Melaka ke Seremban ok je laju. Lepas tu kat Nilai masuk ke susur Ipoh tu gerak perlahan semula. Rehan macam biasa tidur bangun tidur bangun, alhamdulillah pukul 1 pagi kami sampai rumah mak.

Mula-mula tak ada plan pun nak pergi jalan-jalan masa kat kampung. Tapi kebetulan semua adik beradik dapat balik (kecuali Diqi tak dapat cuti), jadi terplan nak mandi laut kat Teluk Batik dan jalan-jalan Zoo Taiping. Hari Jumaat baru kami sekeluarga yang balik, maklumlah Johor cuti awal hehe. Jadi duduk rumah je. Sabtu tu kami ke Teluk Batik.

Masa sampai air pasang betul. Biasanya nampak pantai, kemudian barulah gigi air. Hari tu pasir sikit je, air banyak. Jalan sikit terus sampai ke gigi air. Disebabkan rehan ni jenis geli-geli dgn pasir dan tak suka basah-basah (mengada kan??), jadi rehan sewa kerusi RM3 duduk tepi jela dengan mak dan geng isteri-isteri. Anak-anak serah kat suami masing-masing layankan mandi laut. Hihi. Seonok la tengok diorang mandi, teringin jugak sebenarnya nak celup-celup. Tapi memandangkan rehan pun tak bawa baju ganti, in fact rehan tak cukup baju pun balik kampung hari tu, jadi rehan duduk jela tepi jadi tukang tengok dan tukang hantar makanan ke pantai. Haha.

Image may contain: one or more people, ocean, sky, outdoor, water and nature

Pantai Teluk Batik cantik tau. Selain mandi laut, boleh naik bot laju, RM5 sekepala. Ada juga main banana boat dan yang sewaktu dengannya tapi rehan tak tanya pula berapa harga. Cuma yang tak berapa best sebab kat belakang tu dah buat pelantar ke apatah, jadi bukan laut lepas lagi la. Sayang sebab cantik sangat sebelum ada pelantar tu.

Esoknya hari ahad kami pergi Zoo Taiping pula. Belah zauj ni cucunya ramai. Termasuk Arfa dengan Kautsar, semua sekali ada 8 orang. Tahun ni adik ipar terbaru pula tambah ahli, makin meriah la nampaknya. Masa balik hari tu tak termasuk anak Diqi adalah 6 orang cucu. Bila ramai-ramai seronok la nak berjalan pergi zoo kan. Teluk Intan ke Taiping lebih kurang sejam lebih je lalu hiway. Tak jauh sangat.

Image may contain: 9 people, tree, outdoor and nature

Ini kali ketiga Kautsar dan Arfa ke Zoo Taiping. Kali pertama masa celebrate Arfa habis pantang. Haha. Masa tu platform kat kandang zirafah tu dibuka, boleh bagi zirafah makan. Zirafahnya manja-manja. Kali kedua pergi dengan Cik Eza diorang. Masa tu abahnya kerja, jadi Cik Eza bawa Kautsar dan Arfa ke Zoo Taiping. Baik Cik Eza kan.

Tapi pergi kali kedua dan kali ni platform zirafah tu dah tak buka. Mungkin sebab orang ramai. Kesian juga Kautsar bersungguh-sungguh nak tengok zirafah. Sudahnya tengok dari jauh je. Kali ni tak naik tram. Gagah la rehan jalan kaki satu zoo. Itu pun ada juga tempat tak pergi. Contohnya harimau, tak larat nak melawat encik harimau sebab dah letih sangat. Kautsar dan Arfa pun jalan kaki. Arfa sesekali berdukung dengan abahnya jela.

Image may contain: 1 person, tree, child, shoes, outdoor and nature

Ni je gambar dalam zoo yang ada. Itu pun kamera zauj Qusyairi. Rehan pulak, telefon langsung tak pegang. Betul-betul menghayati haiwan dalam zoo hihih. Lepas keluar zoo hujan selebat-lebatnya, alhamdulillah dah keluar zoo. Kalau masih dalam zoo, jadi memori daun pisang la nampaknya.

Alhamdulillah hari isnin tu dalam jam 5.30 petang kami bertolak balik Batu Pahat semula. Jalan slow, singgah KUIS pula drop adik sekejap. Masa lalu kat Nilai jam 8 malam, RnR Nilai tengah banjir kilat. Memang tenggelam la, kami pun cuak-cuak je lalu kat air sebab kereta rendah. Apa pun malam tu selamat juga sampai ke rumah jam 11 lebih, walaupun hujan lebat.

Tamat cerita cuti raya cina kami. 
Jumpa lagi dalam entri seterusnya. InshaAllah.

Mama Cat dan Bayi-bayinya.

Assalamualaikum.

Minggu lepas rehan dan mama cat dah mencapai satu tanda aras baru. Ewah. Alkisahnya begini:

Hari rabu lepas masa rehan duduk rumah seorang diri sambil senyum-senyum sebab baru balik dating dengan zauj Qusyairi (eh, tak relevan?), tiba-tiba mama cat bising-bising dalam rumah rehan. Cerita latar belakang sikit, mama cat ni sebenarnya bukan kucing rehan pun. Tapi mama cat ni dah lama duduk kat jalan rumah rehan ni dengan kucing-kucing lain. Biasanya student yang duduk area sini suka bagi makan kat kucing-kucing ni, jadi memang banyak kucing kat sini.

Entah macam mana, mama cat ni pilih rumah rehan jadi markas dia. Jadi sebab mama cat selalu datang, rehan pun selalu la bagi makan kat dia. Beberapa bulan sebelum ni mama cat bersalin dapat dua anak. Dia bersalin kat rumah mana rehan pun tak pasti. Yang pasti dalam sebulan lepas bersalin, anak-anaknya dipindahkan ke rumah rehan. Haha.

Anak-anak mama cat yang dua ekor tu rehan bela sampai la seekor mati kena langgar kereta (yang ni memang sedih sebab tu pertama kali rehan biar anak kucing main sendiri kat luar rumah), seekor lagi pindah rumah depan sebab arfa dengan kautsar asyik dukung je, dia rimah. Haha.

Ok balik ke cerita rabu lepas. Rehan pun tengok la kenapa mama cat ni bising-bising. Tapi daripada bunyi tu rehan tau mama cat nak bersalin dah sebenarnya. Disebabkan mama cat bukan la kucing rehan betul, jadi rehan taknak intervene dalam proses labour dia. Tau lah kucing kan, dia tak suka orang tengok anak-anak dia kecuali orang yang dia betul-betul percaya. Jadi rehan biar jela mama cat tu keluar masuk almari rehan, kais-kais kembur-kembur kain (bahagian bawah almari tu memang isi kain-kain lama jadi tak kisah kalau kotor pun).

Rehan baring atas katil masa tu tengah melayan bisnes rehan. Senang kan bisnes online, sambil baring-baring je berniaga hihi. Dipendekkan cerita, tiba-tiba rehan dengan bunyi anak kucing. Allahu, terharu pulak rasa dapat cucu. Haha. Cepat-cepat rehan telefon zauj Qusyairi, beliau pun balik kerja awal nak tengok cucu. Walaupun beliau bukan peminat kucing hihi.

Esoknya hari khamis kami ni dah rancang nak balik kampung zauj kat Perak. Rehan ni risau la nak tinggalkan mama cat baru sehari bersalin, dengan anak kecil-kecik lagi. Pulak tu masa rabu tu, tak sampai sejam mama cat bersalin dah ada beberapa kucing jantan berkumpul depan rumah rehan. Rehan risau la kalau kucing jantan serang anak kucing.

Tapi sebab kami nak balik kampung, jiran-jiran pun semua balik kampung sebab cuti panjang, jadi terpaksa jugalah tinggalkan mama cat. Mulanya zauj nak letak anak kucing kat luar rumah. Tapi dengan ilmu memujuk yang rehan ada, rehan berjaya pujuk zauj benarkan mama cat dan bayi-bayinya duduk dalam rumah. Pintu rumah dibuka sikit supaya mama cat boleh keluar makan kat rumah lain.

Bukan sehari dua tau kami balik. Tapi 4 hari! Risau juga apa khabar rumah tu pintu tak tutup rapat. Entah berapa banyak kucing dah bermastautin dalam rumah. Entah-entah dah jadi sarang rumah kami sepanjang kami cuti. Memang redha la kalau terpaksa cuci satu rumah balik nanti.

Tapi bila sampai rumah, Alhamdulillah rumah kami masih sempurna macam asal. Syukur yang amat bila masuk rumah hahah. Pandai mama cat jaga rumah. Tak ada seekor pun kucing luar yang masuk, tak ada bersepah, kotor, busuk. Semuanya elok hahaha. Lega sangat!

Jadi lepas ni inshaAllah tak risau nak tinggalkan mama cat kat rumah lagi. Sebelum rehan balik kampung, rehan kira ada 2 anak kucing warna hitam. Balik dari kampung, tiba-tiba tengok ada 3 ekor anak kucing pula. Seekor lagi warna putih. Elok kami sampai rumah, mama cat terus pindahkan anak-anaknya ke bawah meja bisnes rehan. Terkantoi mama cat angkat baby pindah tu, kautsar dan arfa nampak. Susah payah rehan dan zauj rahsiakan daripada anak-anak berita baby cat dah lahir, sebab taknak diorang kacau mama cat. Aduhai haha.

Panjang lebar ni cerita pasal mama cat. Tapi sorry la gambar tak ada. Tak ready lagi nak ambil gambar baby dalam pantang hihi. InshaAllah nanti dah besar sikit rehan share gambar bebudak montel tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...