"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tip: Petua Banyakkan Susu.

Assalamualaikum.

Anda nak susu yang banyak? Jom amalkan tips-tips berikut:

♥♥ Perlu menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu hendak keluar.
♥♥ Pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam yang terbaik adalah tangan anda dengan menggunakan kaedah marmet.
♥♥ Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut dari bahu hingga ke puting susu.
♥♥ Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan saluran darah mengembang dan memudahkan susu mengalir keluar.
♥♥ Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih banyak dan cepat. Kalau tak bawak gambar atau video anak, pejam mata bayangkan keletah anak, suaranya dan senyumannya.
♥♥ Amalkan zikir " Ya Matin " semasa mengepam.
♥♥ Semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu. Buat benda lain dan tentu terkejut tengok penghasilannya. Kalau asyik tengok, susu segan nak keluar.

Pengambilan breastfeeding set Shaklee juga membantu meningkatkan kualiti & kuantiti susu anda. Tah tahu nak pilih set penyusuan yang mana? Boleh baca di sini.

Selamat menyusukan anak. Sesungguhkan kita adalah ibu-ibu yang menunaikan hak :)


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Doa Untuk MH370 (2).

All right. Good night.

:'(


Nota: Salam sayang dan rindu dari kejauhan, diiring doa yang tak bersempadan dari kami di Noraihan Qusyairi. Semoga selalu dalam rahmat keredhaan dan keampunan Allah swt. Buat semua yang tak berkesempatan pulang ke pangkuan keluarga.

Innalillahi wainnailairajiun.



ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Motivasi: Renungan Di Sebalik Ujian Allah swt

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni kami sibuk sangat. Sampai kawan-kawan mesej tanya mana kami ni, susahnya nak jumpa. Alhamdulillah ramai juga kawan-kawan yang sayang kami. Hehe.

Banyak yang berlaku bulan ini. Esok pun ada dugaan untuk kami. InshaAllah kalau diizinkan kami akan ceritakan.

Lanjutan daripada siri dugaan demi dugaan ini, saya terjumpa artikel yang sangat menyentuh hati saya. Artikel ni saya ambil dari laman web Harian Metro, sesuai untuk semua. Jemput baca dan sama-sama insafi intipati artikel yang ditulis oleh Imam Muda Hassan Adli Yahaya.

Beberapa bulan lalu, negara digemparkan seketika dengan cuaca serta suhu dingin hinggakan sebuah daerah di negeri pantai timur mencecah suhu serendah 17 darjah Celsius 
Rupa-rupanya tidak lama kemudian, Allah uji pula kita dengan musim panas sehingga sampai satu ketika suhu kali ini dikatakan panas luar biasa. Suhu yang panas bukan saja mengeringkan keadaan sekeliling, malah membuatkan tumbuh-tumbuhan mati kekeringan.

Tidak sekadar itu, beberapa negeri di Semenanjung menghadapi krisis bekalan air hingga terpaksa dicatu akibat penyusutan tadahan air di kebanyakan empangan. 
Pakar berkaitan meramalkan suhu panas bakal berlanjutan untuk tempoh panjang dan ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan kerana kita terancam dengan pelbagai krisis seperti kebakaran hutan dan penyakit.

Tidak cukup dengan cuaca panas, Malaysia terpalit dengan jerebu yang membimbangkan hingga beberapa tempat mencapai kualiti udara tidak sihat. Malah, ada sekolah di beberapa kawasan diarah tutup buat sementara.

Klimaks kepada ujian yang menimpa negara tentulah tragedi kehilangan pesawat MH370. Sehingga artikel ini ditulis, pakar dari pelbagai negara hanya mampu mengemukakan teori mengenai kehilangan pesawat itu. Namun, di mana sebenarnya pesawat ini masih menjadi rahsia Allah. 
Ketika negara menjadi perhatian berikutan kehilangan pesawat ini, dengan tidak diduga Allah melimpahkan rahmat-Nya melalui hujan yang membasahi bumi negara sejak beberapa hari lalu.
Ia sedikit sebanyak mengurangkan kegelisahan yang kita alami sejak diuji dengan pelbagai ujian. Saya percaya, ujian demi ujian yang Allah rencanakan untuk kita antara tanda betapa Allah merindukan doa hamba-Nya yang semakin ‘sunyi’ sejak akhir-akhir ini. 
Lumrah kebanyakan manusia, ketika senang, kita terlalu mudah lupa untuk meminta kepada-Nya. Ketika senang juga kita selalu kekurangan masa untuk berhubung dengan Allah melalui solat, qiamullail dan doa. 
Jika solat pun mungkin tidak khusyuk kerana memikirkan pelbagai tugas dunia yang belum disempurnakan. Usai bersolat, kadangkala kita tak sempat berdoa, sebaliknya terus bingkas bangun dari sejadah untuk mengejar dunia. 
Kerana itu apabila ditimpa ujian, manusia akan kembali kepada Allah melalui ibadah dan puji-pujian kepada-Nya. Betapa kasihnya Allah kepada kita, diberi peringatan supaya kembali kepada-Nya. 
Peringatan ini juga sebenarnya menyelamatkan kita daripada terus melakukan kemaksiatan yang mengundang azab-Nya kelak. 
Namun begitu, dalam masih diuji, kita dikejutkan pula dengan kisah kematian beberapa pengunjung sebuah konsert yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini. Dikhabarkan, punca kematian disebabkan pengambilan dadah yang dibekalkan pihak tidak bertanggungjawab.
Memang tidak dinafikan, penyalahgunaan dadah sememangnya haram di sisi agama mahupun perundangan negara. Namun sebenarnya, sebagai negara Islam yang menjadi contoh kebanyakan negara lain, kita sepatutnya membuka mata dengan lebih luas untuk memandang lebih daripada itu. 
Di dalam Islam, ada sebuah kaedah dipanggil ‘Sadd Az-Zara’e’. Kaedah ini ialah dengan menutup ‘pintu’ yang menjadi punca kepada pelbagai masalah lebih besar.
Yang pasti, ‘pintu’ kepada isu dadah yang menyebabkan kematian ini adalah penganjuran konsert yang sebenarnya tidak sesuai dijadikan aktiviti untuk diisi golongan remaja. 
Selain mengundang percampuran tanpa batas antara lelaki dan perempuan, ia terdedah kepada dosa besar lain seperti minum arak, zina, pengabaian solat dan banyak lagi kemaksiatan lain.
Jika tiada kebenaran diberi untuk penganjuran konsert seperti ini, bukan saja kes kematian akibat dadah dapat dielak, malah pelbagai lagi ‘bencana’ seperti kelahiran anak luar nikah serta penyakit berbahaya seperti AIDS. 
Allah menimpakan pelbagai ujian dan musibah untuk membuatkan hamba-Nya berfikir.
Namun jika hamba-Nya masih tidak mahu berfikir, tidak mustahil Allah bakal menimpakan azab bukan saja kepada kepada si pelaku maksiat, bahkan kepada seluruh manusia di negara ini. Nauzubillahiminzalik. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Ibubapa: Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum.

Post ni saya copy daripada satu blog. Suka baca post ni. Sebab tu nak kongsi kat sini. Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih menyusukan Kautsar dengan susu ibu sepenuhnya. Dah 8 bulan dah usia Kautsar. Walaupun bekerja tak menentu masa, walaupun seringkali perli travel ke sana ke mari, walaupun sendirian tak pernah ke kelas dan tiada mentor yang membimbing saya, tapi semangat dan izin Allah swt ada. Misi menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya takkan pernah berhenti. Jemput baca dan kongsi.


Penyusuan susu ibu.

Tengah mengandung, sudah bersalin tapi mindset dan mulut cakap:

"tak payah beli botol/pam.. nanti takde susu, rugi"
"taknak target 2tahun.. nanti kecewa"
"tak tau lagi boleh pam ke tak"
"nanti anak fussy kalau minum susu ibu"
"ko bolehlah susu banyak"
"susah nanti anak taknak kat orang"
"keturunan vwxyz aku semua susu tak banyak mana pun"
"takde tempat/kawan nak ngepam"

ini adalah amat-amat mengecewakan.
amat-amat menyedihkan.
amat-amat kasihan.

Perlu buat sesuatu..

Bagaimana nak berjaya?
1. Ingat firman Allah dan sunnah Rasulullah
2. Cari ilmu sebelum, semasa dan selepas bayi dilahirkan.
3. Bacalah!
4. Cari pakar/kaunselor laktasi/sahabat/rakan yang telah berjaya.

Didoakan anda diberi petunjuk, diberi hidayah
dan jumpa orang yang tepat untuk dibuat sahabat.

Cari sahabat yang sentiasa ingatkan kita:

"Rezeki Allah bagi, bersangka baik dengan Allah, Allah bantu kita"
"niat kita nak susukan 2tahun ikut perintah Allah dan sunnah nabi"
"Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih, usaha dulu"
"punya banyak nikmat dan rezeki Allah bagi, mustahil tiada untuk anak"
"stok tak berkepuk dalam peti pun boleh berjaya"
seumpamanya..

Bukan sahabat yang sekadar menyedapkan hati kita untuk sekadar saja, tidak terus berusaha, dan mengalah, dan berserah, dan pasrah, dan dan din dun don den den...................

_______________________________________________________________________

1. Ingat firman Allah dan sunnah Rasulullah

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." (Al-Baqarah: 233)

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Luqman: 14)

2. Cari ilmu sebelum, semasa dan selepas bayi dilahirkan.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan." (al-Kahfi: 109)

Allah berfirman lagi yang sebanding dengannya (mafhumnya): "Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Luqman: 27)

Ini semua menggambarkan betapa hebatnya, luasnya ilmu Allah. Sekaligus ia menggambarkan kehebatan penciptaan-Nya. Allah mahu kita memanfaatkan kejadiannya dengan melihat, merenung, meneliti dan mengkaji untuk menyakini penciptaan alam dan segala milik-Nya.

3. Bacalah!

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" (Al-'Alaq: 1)

4. Cari pakar/kaunselor laktasi/sahabat/rakan yang telah berjaya.

Rasulullah saw bersabda,"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi, maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu,atau engkau menemukan bau yang hanyir (busuk)" (HR Bukhari no 2101)

[Sumber]


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha.

Assalamualaikum.

Hari ni nak share cara ringkas solat sunat dhuha. Ringkas je. Tengah kerja di pejabat pun sempat curi masa untuk solat sunat dhuha ni. Alhamdulillah. Sumber diambil dari sini dan sini.

Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha:
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor.

"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )


2. Rakaat Kedua
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.


3. Doa
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha


Fadhilat Solat Dhuha

  • Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
[Sumber]


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Anda mungkin juga meminati:

Tips: Makanan Yang Menghasilkan Angin Dalam Perut

Assalamualaikum.

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin.

* Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.

* Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

* Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

* Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.

* Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.

Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.

* Seserat (fiber) yang mudah larut dalam air dan bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus. Ia terdapat dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan.

Seserat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai ke usus besar di mana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan. Manakala seserat tidak larut melalui usus tanpa sebarang perubahan dan tidak banyak menghasilkan angin.

[Sumber: Blog Dr.Zubaidi]


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Gejala Kekurangan Protein: 5 Tips Mengenali Kekurangan Protein

Assalamualaikum.

Protein adalah makromolekul yang terdapat di semua bahagian tubuh. Protein berperanan dalam setiap fungsi tubuh, baik untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal, menjaga aras tenaga, perlindungan tubuh, serta metabolisme lemak dan karbohidrat yang diperlukan untuk penghasilan tenaga. Meskipun tubuh menghasilkan protein sendiri, sumber protein dari makanan masih tetap diperlukan, terutama bagi orang yang sibuk dan kurang istirahat.

Jika berlaku kekurangan protein, tubuh akan menggunakan protein yang disimpan dalam badan sehingga boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif. Berikut adalah beberapa tips untuk mengetahui apakah seseorang mengalami defisiensi (kekurangan) protein.


1. Otot Lemah
Otot dalam tubuh terdiri dari dua jenis protein yang disebut aktin dan miosin yang bekerja bersama untuk menghasilkan gerakan. Jaringan ini juga yang pertama ditargetkan oleh tubuh ketika terjadi kekurangan protein. Otot yang kekurangan protein akan cepat nyeri, kejang dan lemah.


2. Penurunan Berat Badan
Penurunan berat badan mungkin menjadi berita gembira bagi orang yang sedang melakukan diet ketat. Tetapi harus waspada kerana penurunan berat badan mungkin bererti kekurangan protein terutama bila berat badan berubah secara mendadak. Kekurangan protein boleh menyebabkan edema iaitu kelebihan cecair di pelbagai bahagian tubuh terutama pada bahagian bawah kaki sehingga menyebabkan pembengkakan.


3. Luka Lambat Sembuh
Jika kebetulan memiliki luka, cuba perhatikan waktu penyembuhannya. Kolagen merupakan protein pada kulit yang membuatkan kulit anjal dan kuat. Orang yang kekurangan protein sering menunjukkan penyembuhan luka lambat kerana kekurangan kolagen. Selain itu, kulit juga menjadi lebih sensitif terhadap sinar matahari dan boleh menyebabkan ruam, kekeringan, dan kulit mengelupas.


4. Kuku dan Rambut Rosak
Rambut dan kuku terdiri daripada protein yang disebut keratin. Kekurangan protein boleh dikesan dengan melihat kepada kuku dan rambut yang tidak sihat. Rapuh dan munculnya lapisan pada kuku merupakan tanda-tanda kuku tidak sihat. Begitu juga rambut yang berhenti tumbuh, keguguran rambut dan rambut bercabang merupakan gejala kekurangan protein yang boleh dilihat pada rambut.


5. Gejala Letih Lesu
Kelesuan sering dianggap sebagai akibat bekerja terlalu keras, kurang tidur, atau terlalu banyak tidur. Namun, kekurangan tenaga yang menyebabkan kelesuan merupakan salah satu cara tubuh memberitahu bahawa anda kekurangan protein.

Cadangan
Selalu perhatikan pola makan, terutamanya  jika anda seorang vegetarian tegar. Pastikan untuk mengambil sayuran kaya protein seperti produk kekacang dalam diet harian anda. Anda juga boleh mengamalkan suplemen protein tulen yang berkualiti tinggi dan selamat.




ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Mac: Bulan Cinta Noraihan & Qusyairi

Assalamualaikum.

Tajuk entri kali ini, amboi amboi amboi. Romantik gitu. Bulan Mac sangat bermakna kepada kami suami isteri. Bulan Mac begini, dua tahun lepas kami selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri. Kisah cinta kami, nak kongsi pun segan. Haha. Cukup sekadar tahu, kami tak bercinta lama pun. Cuma tujuh bulan sejak pertama kali kenal En Qusyairi, Pn Noraihan dah selamat jadi isteri beliau.

Alhamdulillah. Nikmat yang sangat disyukurkan menjadi isteri kepada En Qusyairi :)

Cuma beberapa hari lagi menjelang ulangtahun kedua pernikahan kami. Majlis kami ringkas; nikah, sanding, photoshoot dalam satu hari. Hampir semuanya kami berdua uruskan sendiri. Seminggu kemudian, majlis sebelah pihak lelaki pula. Alhamdulillah lancar perjalanan majlis kami di kedua-dua belah pihak.




Menjadi isteri En Qusyairi tak susah. Beliau sangat baik dan penyayang. Setiap kerja rumah kami lakukan bersama, tapi sering juga beliau sendiri lakukan kerana tak mahu saya penat. Kami serasi dalam minat yang kami kongsi. Cuma selepas berkahwin baru saya dapat kenali beliau sebenar-benarnya, ternyata beliau seorang yang sering mengalah untuk kepentingan orang lain. Dan terasa seolah-olah saya bertanggungjawab menjaga beliau jangan sampai diambil kesempatan oleh orang-orang yang mengambil peluang.

Antara kami berdua, ada satu perkara yang sangat serasi. Minat kami melancong terutamanya berbackpacking. Sehari selepas majlis di sebelah lelaki, kami bercuti ke Cameron Highland. Bukanlah percutian yang dirancang, tetapi keluarga dan makcik kesayangan beliau mahu kami berehat setelah penat selesai majlis.

Bulan madu kami yang sebetulnya merupakan pengembaraan 10 hari 11 malam merentasi seluruh Sabah. Dari Kota Kinabalu menaiki kereta api ke Beaufort, patah balik ke Kota Kinabalu. Menaiki kapal terbang ke Sandakan, menaiki bas ke Lahad Datu. Ke Tawau dengan pacuan empat roda. Seterusnya menaiki bot laju ke Pulau Mabul. Perjalanan yang takkan pernah kami lupa.

Ulang tahun pertama pernikahan kami pula di sambut di Bandung, Indonesia. Tempat percutian kegemaran kami. Ketika itu saya hamilkan Kautsar hampir tujuh bulan. Kemudian kami sepatutnya ke Saigon, Vietnam tapi rancangan bertukar kerana kehamilan saya waktu itu yang terlalu sarat tidak disarankan untuk menaiki kapal terbang.




Penyeri rumahtangga kami hadir saat kami begitu fokus dengan kerja dan keluarga. Waktu itu kami terpisah seminggu atas tuntutan kerja. Saya dapat rasanya sesuatu yang berbeza, tapi tak mahu memberi harapan pada En Qusyairi kerana beliau jauh ketika itu. Taknaklah saya memberi harapan kepada orang yang saya sayang, dah kemudian semudahnya menarik semula harapan itu. Sudah tentu hati beliau akan tercalar. Cuma setelah kami bersama semula, kami bincangkan kemungkinan itu.

Waktu itu kami sedang bercuti di Shah Alam-Bukit Tinggi-Genting Highland. Subuh yang indah itu, ujian kehamilan tunjukkan saya sah hamil anak pertama kami. Alhamdulillah. Memang terbaik rancangan Allah swt. Kami yang cuma berkenalan setengah tahun sebelum bernikah, sudah selesai mengenali hati budi sebagai suami isteri. Kamu sudah hampir puas berjalan berdua ke sana ke mari. Waktu itu memang kami benar-benar bersedia memiliki cahayamata. Sebagai hadiah kehamilan saya, En Qusyairi hadiahkan sesi photoshoot kehamilan untuk merakam cantiknya isteri beliau saat hamil. Terima kasih, zauj.



Alhamdulillah. Genap sembilan bulan kemudian lahir cahayamata sulung kami, Kautsar. Bayi kami lahir cukup bulan secara normal dan sangat sihat. Kelahiran Kautsar sangat mudah dan lancar. Kelakar pun ada. Hehe. Kami tak menjangka akan melahirkan pada hari itu, jadi kami cuma ke hospital untuk pemeriksaan biasa. Tiba-tiba Kautsar lahir dengan mudah, syukur Ya Allah. Keluarga dan kawan-kawan tak menjangka Kautsar akan lahir hari itu. Kejutan yang indah. Saya suka menanggap kelahiran Kautsar adalah hadiah ulangtahun kelahiran istimewa untuk En Qusyairi.



Dan bulan ini cukup dua tahun kami layari bahtera rumahtangga ini bersama. Permulaan yang cukup sempurna dalam mengejar kebahagiaan di syurga nanti. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt untuk nikmat rumahtangga dan keluarga yang sangat bahagia. Alhamdulillah untuk nikmat rezeki yang sentiasa mencurah-curah, untuk setiap masa kami sekeluarga sentiasa bersama. Sangat jarang berjauhan dengan beliau, hatta di tempat kerja sekalipun.

Terima kasih kerana menjadi suami terbaik yang dikirim Allah swt untuk memimpin keluarga kita ke jannah-Nya. Kerana sentiasa menyokong setiap usaha yang tindakan isterimu. Kerana bangun malam mendodoi anak supaya isterimu dapat berehat seketika. Terima kasih kerana menyokong misi penyusuan susu ibu yang isterimu tempuhi sejak lahirnya puteri kita. Terima kasih kerana tak pernah lupa menyediakan pam dan botol susu setiap pagi, supaya mudah isterimu mengepam selesai usai solat subuh. Kerana tak pernah gagal mencuci botol susu dan pam susu setiap kali balik kerja. Kerana berpanas-panas bersama di dapur memasak makan malam kita. Kerana mengizinkan isterimu bekerja dan berniaga walaupun segala perbelanjaan rumahtangga kamu yang tanggung. Dan terima kasih kerana menjadi kawan yang sentiasa mendengar saat diri ini perlukan perhatian. Dan tak lupa untuk hadiah ulangtahun yang sangat istimewa.


Untuk dua tahun yang teramat bermakna, terima kasih untuk segalanya.


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Doa Untuk Yusof Ashraf.

Assalamualaikum.


Kami tergerak untuk mengajak semua pembaca blog kecil kami ini, untuk sama-sama membantu Cikgu Adam, bekas guru Pn Noraihan ketika menuntut di tingkatan 4 dan 5 dulu. Anak beliau, Mohd Yusof Ashraf telah disahkan menghidap penyakit Mucopolysaccharidosis. Berikut petikan daripada laman Medscape tentang penyakit ini:

Mucopolysaccharidosis (MPS) involves defective activity of the lysosomal enzymes, which blocks degradation of mucopolysaccharides and leads to abnormal accumulation of heparan sulfate, dermatan sulfate, and keratan sulfate.

Kami di Noraihan Qusyairi merendah diri mohon rakan-rakan blogger dan pembaca budiman untuk sama-samam bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada Cikgu Adam. Bak kata cikgu, RM1 juta tu terlalu banyak untuk ditanggung. Kalau jual semua aset sekalipun takkan mampu menanggung bayaran perubatan bernilai sedemikian. Apalah salahnya kita yang hebat, sihat, bertenaga ini sumbangkan seberapa yang ikhlas untuk bantu kurangkan bebanan cikgu. Kalau tidak beban kewangan, mungkin dapatkan legakan hati beliau yang rungsing.

Jika berminat untuk menyumbang, boleh hubungi Pn Noraihan di talian 012-7807365. Kami tak pegang wang anda, kami akan hubungkan anda dengan orang yang bertanggungjawab mengumpul dana bagi pihak alumni sekolah kami.

Semoga sedikit rezeki yang kita kongsikan hari ini, akan menjadi imbalan paling berat di akhirat nanti. InshaAllah.


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Petua & Cara Tingkatkan Metabolisme Badan

Assalamualaikum.

Meningkatkan kadar metabolisme badan juga merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan bagi mereka yang mahu kurus. Apa itu metabolisme ? Menurut Kevin Zahari, metabolisme ini ialah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Jadi, pada asasnya, mereka yang rendah kadar metabolismenya akan kurang membakar kalori dalam badan mereka. Manakala bagi mereka yang tinggi kadar metabolismenya, badan mereka akan membakar lebih banyak kalori. Pembakaran kalori yang banyak akan membantu menguruskan badan.

Menurut Dr. Oz pula, metabolisme ialah proses badan menguraikan makanan untuk menghasilkan tenaga. Semasa kita muda, otot badan akan menyimpan tenaga dan mengelakkan kenaikan berat badan. Namun, dengan meningkatnya usia kita. Kita akan kehilangan otot-otot ini dan tenaga ini akan disimpan sebagai lemak dalam badan. Pada usia 40 tahun, kadar metabolisme badan kita akan merosot sekitar 5 % setiap dekad dan menyebabkan proses menurunkan berat badan semakin sukar.

Cara-cara untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan:
Sebelum melakukan aktiviti ini, kita perlu tahu kadar metabolisme badan kita berdasarkan umur, berat badan, dan tinggi kita. Data ini berguna untuk kita gunakan semasa proses meningkatkan kadar metabolisme badan dan menurunkan berat badan. Kadar metabolisme ini boleh dikira menggunakan Metabolism Calculator.


1. Jangan Biarkan Diri Kelaparan.
Diet yang agresif yang mengurangkan sebahagian besar kalori dalam diet kita sebenarnya merupakan cara yang salah. Diet seperti ini akan mengejutkan badan dan menyebabkan kelaparan. Diet seperti ini juga menyebabkan kadar metabolisme badan semakin rendah. Cara yang terbaik ialah dengan mengurangkan 100 kalori setiap hari daripada diet biasa kita.


2. Tambahkan Protein dalam Diet Makanan
Protein dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan. Ini kerana, badan kita membakar kalori dua kali ganda semasa menghadamkan protein berbanding karbohidrat. Ikan merupakan salah satu sumber protein yang baik. Ikan seperti ikan Salmon contohnya mempunyai asid lemak Omega-3 yang meningkatkan jumlah enzim pembakar lemak dalam badan.


3. Makan setiap 3 Jam
Semakin kerap kita makan, semakin tinggi kadar metabolisme badan. Ini fakta yang agak menarik mengenai metabolisme. Jadi dalam sehari kita perlu makan 3 kali sehari (makan berat) dan 2 kali snek sihat.

Cadangan jadual makan harian
Kajian mendapati, mereka yang mengambil snek (250 kalori) tiga kali sehari makan lebih sedikit ketika makan utama dan mempunyai kadar metabolisme yang tinggi.


4. Minum Kopi, Teh Hijau atau Air Kosong
Kopi dan Teh Hijau ini mengandungi kafein. Kafein ialah bahan semualajadi yang meningkatkan kadar metabolisme badan. Minum kopi dan teh yang berais meningkatkan lagi kadar metabolisme ini. Hal ini kerana minuman berais akan menyebabkan badan berusaha untuk memanaskan badan yang akan membakar lebih banyak tenaga.


5. Makan makanan pedas
Cili mempunyai bahan kimia yang dipanggil capsinoids. Kajian mendapati capsinoid ini meningkatkan penggunaan tenaga iaitu 50 kalori sehari.


6. Tidur Cukup
Kajian mendapati, tidur yang kurang menyebabkan kadar metabolisme badan menurun, meningkatkan selera makan dan meningkatkan risiko obesiti dan kenaikan berat badan. Cuba dapatkan tidur yang cukup sekitar 7 hingga 8 jam sehari.


7. Senaman
Senaman ialah cara terbaik dan paling efektif untuk meningkatkan kadar metabolisme badan.

Sumber & Sumber


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Doa Untuk MH370.

Assalamualaikum.


Di luar sana ada isteri yang menanti suaminya. Ada anak yang menanti ibunya. Ada ayah yang menanti anaknya. Saat ini masih belum ada khabar tentang pesawat Malaysia Airlines yang masih hilang di lokasi tak diketahui. Doa dan harapan kami di Noraihan Qusyairi sentiasa ada mengiringi usaha mencari dan menyelamat krew dan penumpang pesawat malang tersebut.

Janganlah kita menjadi antara mereka yang menyebarkan spekulasi. Kerana sesungguhnya sukar untuk kita faham perasaan mereka yang menanti dalam ketaktahuan. Memang menarik membincangkan topik demi topik kemungkinan yang terjadi terhadap pesawat itu, tapi bagi ahli keluarga krew dan penumpang, dapat mengetahui apa yang terjadi kepada orang kesayangan mereka lewat tengah malam itu dah lebih daripada mencukupi. Seksanya menanti dalam keadaan tak mengetahui.


Lihat wajah-wajah ini dan cuba bayangkan berada di tempat ahli keluarga mereka. Mereka bukan sekadar nama. Bukan sekadar statistik kemalangan udara. Mereka individu yang bertugas, yang berkeluarga, yang suatu masa dulu cuma orang biasa seperti kita semua. Harapkan yang terbaik untuk mereka.

أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (QS. Al-Anbiya’: 87)

Sebarkan doa, bukan spekulasi.




ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...