"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Resepi Ringkas Spagetti Carbonara - 6 Bahan Je.

Assalamualaikum.

Image result for creamy carbonara sauce

Baru-baru ni kan anak saudara rehan balik bercuti ke Malaysia. Sekarang ni diorang satu family tinggal kat Belgium. Dah 3 tahun duduk sana, jadi makanan pun dah adapt dengan apa yang mudah dimasak kat sana. Hasilnya anak saudara rehan ni tak reti sangat makan makanan melayu haha. Logik la, masa diorang pindah tu umur dia 2 tahun, sekarang dah 5 tahun. Boleh kata kebanyakan hidup dia makan makanan barat.

Sementara mak ayah dia pulun lepas gian makan masakan melayu yang sedap meletops-letops kat Malaysia ni, anaknya pulak payah sangat nak makan. Rehan perhatikan berhabis juga duit abang kakak rehan ni belikan cheese, fresh milk, bawa anaknya makan kedai western. Anak saudara ni dah la kurus, karang bertambah kurus payah pulak. Haha.

Masa diorang tinggal rumah rehan, anak saudara rehan ni asyik cakap nak makan spagetti. Rehan pun tengok mak ayah dia ada beli cheese, fresh milk. Dah kira cukup bahan nak masak carbonara. Jadi rehan pun masakkan untuk dia. Alhamdulillah sedap walaupun adhoc je masak kocoh-kocoh, kakak rehan sampai minta resepi kat rehan. Ok sini rehan nak kongsi kat blog ni, sebab spagetti carbonara ni macam wajib mak-mak tau untuk dijadikan umpan bila anak-anak tak berselera makan. Haha.


Resepi Spagetti Creamy Carbonara

Bahan-bahan:
Spagetti
Bawang holland / bawang besar
Bawang putih
Isi ayam / udang / sotong / daging
Susu segar
Keju keping (sliced cheese)
Tepung gandum

*Optional: garam, oregano flakes, daun parsley etc untuk lebih perasa,

Cara-caranya:
1. Rebus spagetti sampai masak. Bila dah masak, ketepikan.
2. Hiris bawang, bawang putih, dan isi ayam/udang/sotong/daging. Tumis sampai wangi dan ayam separuh masak.
3. Koyak-koyakkan keju dan masukkan dalam kuali. Gaul sampai keju cair dan tak berketul. Untuk 1-2 orang makan, sekeping je pun dah cukup. Nak lagi creamy, masukkan lebih keju. Boleh adjust ikut tekak masing-masing.
4. Bila keju dah cair, masukkan susu segar. Gaul lagi sampai sebati.
5. Kalau cair, masukkan tepung gandum untuk pekatkan kuah. Kena ambil perhatian ye, kalau nak masukkan tepung, sila bancuh dulu dengan sedikit air supaya tepung tak berketul. Kemudian pastikan tepung masak sebelum tutup api.
6. Siap dihidang dan dimakan. Terpulang kalau nak masukkan garam, rehan tak masukkan garam kalau masak untuk anak. Terpulang juga kalau nak tabur oregano flakes, daun parsley, lada benggala, cendawan atau apa-apa bahan lain yang menambahkan sedap.

Selamat mencuba!

Pengalaman Baru: Buka Booth!

Assalamualaikum.

Ingat tak rehan pernah cerita, rehan suka buat benda baru. Haa. Minggu ni rehan dapat pengalaman baru lagi. Pengalaman buka booth di tapak Festival Konvokesyen UTHM 2016.

Wah! Memang lain daripada kebiasaan rehan berniaga. Yela, biasa berniaga hadap fon je. Jumpa customer bila COD je. Kali ni live nampak orang lalu lalang depan booth lepas tu malu-malu kucing pulak rehan nak ajak diorang singgah. Haha. Rehan ni pemalu yang amat!

Tapi sebenarnya ini bukan kali pertama rehan berniaga booth. Sebelum ni pernah sekali rehan dapat peluang berniaga di Car Boot Sale Batu Pahat. Yang tu lain pengalamannya sebab car boot sale cuma 1 hari. Jadi tak perlu banyak preparation.

Kali ni rehan dapat offer last minute untuk share booth. Tak perlu fikir banyak, ambil terus peluang tu. Memang berbeza dengan pengalaman car boot sale. Kali ni preparation memang banyak sebab Festkon ni berlangsung hampir seminggu. Boleh tahan serabut jugak kepala rehan fikir macam mana nak set up booth. Hihi.



Snap gambar tepi je. Tak menyempat nak bergambar bagai. Booth ni rehan jual pakaian muslimah je. Saja jual sale harga menjunam-junam sebab nak clearkan rak kat rumah. Sakit mata tengok stok-stok lama menyempitkan rak. Hehe.

Sebenarnya rehan tak berapa berkesempatan bertemu pelanggan kat booth. Sebab rehan ni terikat dengan komitmen anak-anak. Macam saat ni saat rehan tulis entri ni, booth rehan ada student yang tolong jagakan dengan zauji Qusyairi. Rehan kat rumah sebab anak-anak dah tidur.

Tak apalah. Mungkin rehan belum bersedia menghadap offline sale. Sebab tu Allah swt belum beri rezeki komitmen terhadap offline business. Bila rehan ada masa ke booth, rehan fokus untuk set up booth untuk pastikan pelanggan dapat info segera dan pengalaman menarik bershopping di booth rehan.



Support daripada pelanggan dan kawan-kawan. Terima kasih sudi singgah.

Walaupun sibuk sikit berulang-alik ke booth, melayan anak-anak dara dan abahnya. Alhamdulillah rehan masih diberi kesempatan masa untuk meneruskan online business macam biasa. Malah rehan sempat juga COD macam biasa ke bandar Batu Pahat. Antara item yang sempat rehan COD weekend ni; Lecithin, SR Vita C untuk ibu berpantang, Vitalea, Vita E, Set Anemia. InshaAllah esok COD item promo Twin Pack OmegaGuard dan Chewable Vita C pulak.

Menjadi-jadi pula order Shaklee rehan akhir-akhir ni. Alhamdulillah.

Buat warga Parit Raja dan Batu Pahat, serta ibu bapa dan pelajar yang hadir ke Majlis Konvokesyen UTHM ke-16 2016, jemput singgah ke booth rehan di Festkon ye. Booth A1, booth pertama di sebelah kanan pentas utama, berhampiran khemah urusetia. Rehan buat jualan penghabisan stok pada diskau hingga 50% tau. Cecepat sebab dah tak banyak saiz yang tinggal.

Yang nak order Shaklee, roger rehan laju-laju. Jangan malu-malu.

Selamatkan Dr. Fauziah Mohd Hasan.

Assalamualaikum.


Ya Allah yang memiliki seluruh alam,
Selamatkan ibu ini.
Dan jayakan misinya untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza.
Sesungguhnya Kau yang Maha Berkuasa.

Amin.

Cerita Tentang PhD.

Assalamualaikum.

Jujurnya sebab rehan dulu bekerja sebagai pensyarah di IPTA, rehan ni dikelilingi ramai sangat orang yang sedang mengambil atau telah tamat pengajian PhD. Kakak rehan sendiri ada seorang yang dah tamat PhD dan sah bergelar doktor falsafah. Seorang lagi kakak bakal tamat pengajian PhD lagi setahun inshaAllah. Kawan baik rehan pun seorang dah tamat PhD, seorang lagi masih lagi student PhD.

Malah rehan sendiri pernah beberapa kali hampir sambung PhD tetapi belum rezeki. Rehan pernah hadir temuduga biasiswa untuk pengajian PhD, pernah dipanggil untuk temubual santai dengan Prof dan Prof Madya yang rehan mohon untuk jadi supervisor rehan. Jadi inshaAllah rehan ada sedikit pengetahuan tentang pengajian PhD.

Rehan nak share la serba sikit tentang nilai PhD ni.

PhD ni, penuh air mata. Tak ada orang yang tamatkan PhD tanpa air mata. Dan nak dapatkan segulung ijazah kedoktoran, tak sekadar perlukan pengorbanan si empunya badan. Tapi banyak, terlalu banyak, hati dan perasaan orang lain yang terkorban.

Perasaan isteri/suami. Perasaan anak-anak. Perasaan ibubapa. Kawan-kawan. Malah kucing dan haiwan peliharaan lain yang ditinggalkan.

Nak dapatkan PhD, lebih-lebih lagi dari luar negara. Perlu fikir anak suami yang terpaksa berpindah sekolah, berpindah tempat kerja. Atau langsung terpaksa berhenti kerja yang stabil. Kucing-kucing yang dibelai dan disayang perlu ditinggalkan dengan tuan baru, sedangkan kucing itu pun ada perasaan.

Belum cerita rumah kalau dah dibeli, siapa nak jaga bila ditinggalkan 4 tahun. Mesti ada orang uruskan, kalau tak zalim la kita kat jiran-jiran bila rumah kita kotor dan mengundang tak selesa pada kejiranan.

Kereta yang ditinggalkan, siapa nak bayar installment dan servis. Roadtax dan insurance. Nak dijual mampu ke tutup hutang yang masih berbaki.

Itu baru cerita harta. Belum cerita keluarga. Wajah ibu dan ayah, siapa tahu di airport itu mungkin kali terakhir dapat lihat mereka. Adik beradik yang bakal berjauhan bertahun lamanya. Rindu yang tak terkata. Airmata dan airmata.

Dan tugasan PhD tu sendiri. Bukan seperti ijazah biasa. Jawab exam dan lulus. Tapi research yang belum tentu pengakhirannya bagaimana. Mungkin terkandas di tengah jalan. Dan dah tentu hutang belajar yang sangat besar nilainya. Seorang pelajar Master Malaysia di Sweden pernah bagitau rehan, hutang pengajian selama 2 tahun tu bernilai juta. Apatah lagi pengajian PhD selama 4 tahun di luar negara. Sedangkan biasiswa PhD dalam negara pun nilainya ratusan ribu.

Belum sentuh lagi bab kekuatan mental. Menghadap research dari scratch hingga jadi thesis. Menulis thesis itu pun bertahun lamanya. Ramai yang tak tahu, PhD tu bermaksud kita perlu kemukakan ilmu baru. Ilmu yang belum pernah ditemui sesiapa pun sebelum ini. Teori. Konsep. Fakta. Yang baru. Sebagaimana Einstein menemui persamaan tenaga-jisim. Atau Hawking menemui teori Big Bang. Mungkin tak segempak mereka, tapi tetap sesuatu yang baru yang perlu ditemui dalam kajian mereka, barulah layak dianugerahkan gelaran Philospohical Doctor.

Tak tidur. Tak rehat. Malah ada masanya tak bercakap dengan sesiapa hatta dengan suami dan anak sendiri. Terlepas hari jadi, terlepas ulangtahun perkahwinan. Tak datang persembahan anak di sekolah. Pelajar PhD ni ada masanya kita tak jumpa mereka lama, rupanya menyepi menyiapkan kerja-kerja PhD.

Bukan sebab wang. Tapi sebab ilmu. Hanya orang yang meneruskan pengajian ke peringkat PhD sebab ilmu yang alami semua ini. Ada yang menangis-nangis telefon keluarga sebab elaun dah habis, sewa rumah tak berbayar lagi. Nak meneruskan hidup di negara orang dengan elaun yang tak seberapa, tambahan bawa suami dan anak lagi, bukan perkara mudah.

Kalau semata-mata sebab wang, banyak lagi cara boleh dapatkan wang lebih banyak berbanding gaji seorang pensyarah kanan. Berniaga lagi cepat kaya.

Kalau sebab wang, takkan mereka dedikasikan masa terhadap tugasan PhD sampai anak sendiri di rumah peluk baju ibu sebab rindu.

Bukan sebab wang. Tapi sebab ilmu.

Di hujung pengajian, setelah berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran mereka. Bukan ijazah itu yang mereka banggakan. Tapi survival sepanjang pengajian, pengalaman dan muhasabah diri betapa kecilnya ilmu yang Allah swt pinjamkan.

Petikan kata-kata seorang pelajar PhD:
"Bila ada PhD bukan bermakna kita tau semuanya. Tapi kita tahu mendalam specifically tentang tajuk PhD kita je. Bukan tentang bidang tersebut keseluruhannya."

Nak lebih jelas. Rehan bagi contoh katalah seorang pelajar PhD dengan kajian tentang diet burung pipit. Dia bukan pakar tentang burung pipit. Dia bukan pakar tentang diet haiwan mahupun burung. Dia cuma pakar tentang diet burung pipit. Itu saja.

Bila ditanya tentang perkara lain dia akan berkata: hal lain kena tanya pada pakarnya.

Sekian cerita tentang PhD dari pandangan mata rehan.

Lesen Parit Raja.

Assalamualaikum.



Ini screenshot daripada fb Harian Metro. Kejadian petang tadi. Kebetulan masa kejadian baru berlaku, rehan ada lalu di situ.

Sebelum tu kami sekeluarga dalam perjalanan balik rumah dari arah Ayer Hitam menuju Parit Raja. Sampai berdekatan Sabak Uni, ada beberapa kereta dari arah bertentangan yang high beam kami. Ingatkan ada polis kat depan. Tapi makin dekat zauji nampak ada kemalangan.

Ada hikmahnya rehan terlupa pakai cermin mana masa keluar rumah. Sebab rehan nampak samar-samar je mayat tu terbaring atas jalan. Bila rehan tak pakai cermin mata, memang rehan tak alert perkara lain selain benda yang rehan tengah tengok. Masa lalu tu rehan fokus pada mayat bertutup atas jalan. Sampaikan kereta yang dilanggar pun rehan tak nampak.

Kalau baca komen di fb Harian Metro tu, ramai yang persoalkan kenapa kereta tu uturn tiba-tiba. Ni rehan nak share. This is Parit Raja. Rakyat Parit Raja ni style memandu mereka berbeza. Sebab tu ada istilah terkenal di Batu Pahat iaitu; LESEN PARIT RAJA.

Rehan belajar memandu lepas rehan dah kerja di Parit Raja. Masa tu rehan masih tinggal dengan ayah di Batu Pahat. Setiap hari rehan kena drive ke Parit Raja, dalam keadaan rehan tak mahir bawa kereta dan jalanrayanya mencabar sebab tengah ada construction buat jalan dan letak divider sepanjang perjalanan dari rumah rehan ke tempat kerja. Sepanjang setahun lebih construstion tu tak siap-siap. Bila drive pergi kerja pagi jalannya lain, balik petang tu jalannya dah bertukar jadi lain. Itu pengalaman rehan awal-awal memandu dulu.

3 hari pertama rehan drive, ayah rehan follow dari belakang dengan kereta ayah sebab risau rehan drive sendirian ke Parit Raja. Lepas rehan belok masuk kawasan tempat kerja, ayah rehan pun uturn balik rumah. Macam tu sekali.

Apa bezanya LESEN PARIT RAJA?

Kat Parit Raja ni, peraturan jalanraya kurang diambil berat. Biasa akan jumpa kenderaan yang memotong kiri, bawa perlahan di lorong kanan, menyelit tiba-tiba. Semua ni perkara biasa? Well kat Parit Raja ada lebih daripada ini.

Di sini pemandu buat uturn di mana-mana sukahati mereka (macam dalam kejadian di atas). Rakan rehan sendiri pernah kemalangan sebab buat uturn di tempat tak sepatutnya.

Ramai penunggang motosikal yang tak pakai topi keledar menunggang menentang arus di bahu jalan. Biasanya mereka ni dari kampung sebelah nak ke kampung sebelah lagi tapi malas melintas jalan.

Selain tu, perkara biasa kenderaan tiba-tiba keluar atau masuk simpang dalam keadaan jalan sesak.

Tanpa divider, dan keadaan kawasan ni yang banyak sangat kampung (parit), perkara biasa bila kita tengah drive steady di lorong kanan tiba-tiba terpaksa brake sebab ada kenderaan berhenti di tengah jalan untuk masuk simpang.

Nak tambah lagi bahaya, jalan Batu Pahat - Kluang adalah laluan utama menghubungkan kedua-dua daerah yang merupakan kawasan perindustrian dan pertanian. Sangat banyak lori besar. Dan jalan yang sama juga berhubung terus ke Mersing. Jadi jalan ni sebenarnya satu jalan lurus yang sangat panjang yang menghubungkan 3 daerah.

Dan macam-macam lagi perangai pemandu di sini. Terutamanya sini adalah kawasan kampung dengan ramai pakcik-makcik bawa motor pergi balik surau atau hantar anak sekolah, ada beberapa IPTA jadi ramai student yang bawa motor kereta dengan jiwa muda mereka, tapi pengalaman kurang. Tambahan lagi ada lebih kurang 5-6 buah sekolah antara Sri Gading ke Ayer Hitam, jadi ramai pelajar sekolah melintas jalan dan menunggang basikal. Nak fahami kena alami sendiri.

Masa rehan masih sekolah rendah, rehan pernah tonton berita yang jalan Batu Pahat-Mersing ni termasuk 5 jalan paling bahaya di Malaysia. Masa rehan sekolah menengah, jalan ni berada di ranking kedua jalan paling bahaya di Malaysia. Wallahualam rankingnya hari ini.

Rehan sendiri sebagai bekas pensyarah di IPTA di Parit Raja ni, dan zauj Qusyairi juga tenaga pengajar di IPTA yang sama, masuk tahun ke-5 sebagai felo Pelajar Tanpa Asrama. Hampir setiap sem, setiap tahun ada pelajar IPTA kami yang meninggal dunia akibat kemalangan di jalan ini. Dah beberapa kali zauj Qusyairi tinggalkan rehan dan anak-anak malam-malam sebab mengiring pelajar yang kemalangan dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, JB. Sesetengah yang diiringi itu dah tak bernyawa pun.

Antara kemalangan yang paling menggemparkan berlaku di jalan ini bila kereta dipandu seorang ibu dilanggar treler dan terbakar. Ibu tersebut rentung. Waktu orang ramai cuba padamkan kebakaran, baru disedari ada anak wanita tersebut di tempat duduk belakang. Salah seorang di tempat kejadian ialah Ketua Balai Polis sekitar sini. Rehan tak ingat balai mana. Beliau dalam perjalanan pulang dari mesyuarat. Menitis air mata beliau bila menceritakan keadaannya ketika cuba menyelamatkan nyawa ibu dan anak tersebut tapi gagal. Kejadian ini dah lama berlaku tapi masih disebut hingga ke hari ini.

Depan taman rehan ni ada uturn. Kat uturn ni perkara biasa berlaku kereta terbalik, kadang-kadang sampai berlaku kematian. Terbaru rehan sendiri nampak lori besar dan panjang terbalik di uturn tu.

Rehan harap lebih banyak aktiviti kesedaran keselamatan jalanraya dibuat di sini. Buat divider dari Parit Raja ke Ayer Hitam terus lagi baik. Tak apalah jalan jauh sikit untuk uturn. Asalkan tak membahayakan nyawa. Kuatkuasakan undang-undang ketat. Parit Raja membangun pesat disebabkan wujud beberapa IPTA dan industri di sini. Jadi orang kampung perlu suaikan diri dengan perubahan dan pertambahan bilangan penduduk, jangan terbawa-bawa cara memandu yang lama ketika kawasan ni masih tenang tak ramai penduduk. Cuma pendapat rehan.

Semoga kita semua dipelihara dari kemalangan dan kecelakaan.

Berakhir Sudah September 2016.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selesai sudah bulan September 2016. Tamat bulan kelahiran rehan. Satu tahun umur bertambah, satu tahun juga semakin dekat dengan kematian. Jadi kena lebih insaf, jangan gembira sangat.

Birthday rehan tahun ni sangat bermakna. Sebab rehan dapat sambut dengan kakak rehan yang dah 3 tahun tak bersua. Kakak rehan ni sekarang sedang sambung pengajian doktor falsafah di Belgium. Sama-sama kita doakan beliau berjaya graduasi on time tahun depan.


Selain tu birthday kali ni juga rehan berkesempatan sambut dgn kawan-kawan terbaik rehan. Seorang tu pengapit merangkap pelukis inai masa rehan nikah dulu. Seorang lagi kawan sejabatan masa masih bekerja dulu, sama-sama geng kena buli. Opss.

Sempena birthday rehan, saja la rehan belanja diorang ni makan KFC. Dah lama sangat rehan tak makan KFC, teringin la pulak. Wajib order extra cheese walaupun makan ayam yang curah cheese atasnya tu. Gila cheese betul. Haha. Aktiviti bila kami dah berkumpul bertiga apa lagi, bertukar-tukar fikiran (bergosip) la. Ada jugak terselit tukar-tukar resepi dan tukar-tukar ayat perli memerli sesama kami. Hihi. Kawan rehan ni seorang doktor falsafah, seorang lagi bakal doktor falsafah. Tapi bila kami berjumpa, fefeeling macam gadis-gadis remaja gelak mengekek-ngekek tak macam orang dewasa. Haha.



Ni la aktiviti masa tu. Main snow sambil ketawa tak sudah. Tak ke macam budak-budak. Hahaha.

Birthday rehan tahun ni, zauji hadiahkan rehan shawl RM10. Suka sangat. Biasanya rehan tak minta hadiah, zauji pun takde prepare apa-apa untuk birthday rehan. Tahun ni dah masuk tahun ke-12 rehan tak ingat birthday rehan. Zauji kejut rehan untuk wish birthday pun rehan cuma balas: "ok...ok..." haha. Terus terang rehan tak gemar sangat sambut birthday rehan. Kalau birthday anak-anak pun sambut gitu-gitu je. Saja seronok-seronok. Takde la beria. Hehe.

Apapun Alhamdulillah untuk nikmat nyawa, bahagia dan ujian sepanjang 30 tahun hidup ni. Syukur sangat Allah swt tempatkan rehan di mana rehan berada sekarang. Bukan di tempat lain. InshaAllah rehan usahakan untuk beri yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab rehan.

Amin.

Update Santai: Rezeki.

Assalamualaikum.

Asyik update pasal Shaklee, sekali sekala nak update santai-santai pulak. Bisnes Alhamdulillah masih aktif dan semakin aktif. Kehidupan berkeluarga pun semakin meriah nampaknya.



Baru-baru ni kakak rehan balik daripada Belgium. Kakak rehan ni tengah sambung PhD Biology. Ni pertama kali dia balik sejak 3 tahun lepas. Pertama kali dia jumpa Arfa Adhaliya. Masa kakak rehan ke Belgium dulu, Kautsar Kamaliah baru umur 5-6 bulan rasanya.

Balik kali ni bersebab. Adik ipar kakak rehan nak bernikah. Jadi mereka satu keluarga balik la. InshaAllah tahun depan baru kakak rehan habis belajar. Barulah boleh balik for good.

Ni kakak kedua yang bakal bergelar doktor falsafah. Kembarnya dah dianugerahkan senat UTM dengan gelaran Doktor Falsafah beberapa bulan lepas. Alhamdulillah. Bangga sangat dengan diorang berdua.

Rehan? Walaupun rehan yang pertama dalam adik beradik rehan yang sambung Master (Fizik), tapi rehan rasa mungkin sampai sini je perjalanan rehan dalam bidang akademik. Bukan tak minat. Minat sangat nak sambung belajar. Tapi semakin berusia, rehan dapati diri rehan lebih suka timba pengalaman dalam bermacam bidang berbanding menumpu pada satu bidang je.

Sekarang rehan lebih suka mencuba, buat benda baru. Walaupun nampak macam rehan membazir masa dan membazir wang, tapi sebenarnya rehan dapat banyak pengalaman dan pengajaran. Kalau ada kawan-kawan minta rehan buat atau tolong sesuatu, rehan mesti nak buat. Cuba dulu. Lepas rehan dah selesa, rehan stop dan cari cabaran baru.

Rasa puas hati sangat! Berbeza sangat dengan diri rehan yang dulu.

Sebenarnya rehan pernah 2 kali mohon sambung PhD, masa rehan masih bekerja dulu, du universiti tempatan dan luar negara. Tapi setiap kali itu, Allah swt tentukan rehan hamil. Dua kali apply, dua kali hamil. Kali kedua tu rehan dah siap hadir interview biasiswa, balik tu terus hamil. Haha. Rehan anggap rezeki rehan duduk rumah dengan anak-anak, jadi rehan terus buat keputusan letak jawatan.

Sekarang rehan merancang nak tambah anak, tapi Allah swt belum izinkan. Rehan dan suami ok je, takde la sedih ke takut ke. Kalau ada rezeki anak nanti adalah. Sebenarnya kami suami isteri ni tak kisah sangat anak berapa, lelaki ke perempuan. Masa mencuba nak dapatkan Kautsar je ada perasaan nak sangat. Bila dah ada Kautsar, rasa tenang je. Arfa hadir dalam rahim rehan masa Kautsar umur 11 bulan. Kami suami isteri takde perasaan lain, 200% gembira dan bersyukur dengan berita baik tu. Langsung takde was-was. Takde risau. Padahal masa Arfa lahir tu rehan dijangka dah berhenti kerja. Bisnes pun rehan slowkan. Memang 100% rehan serahkan pada zauj Qusyairi untuk sara keluarga.

Begitulah nikmat keyakinan pada Allah swt. Yakin Allah swt cuma berikan yang terbaik untuk kami. Ramai sebenarnya yang persoalkan keputusan rehan berhenti kerja, bisnes yang rehan slowkan, hamil anak kedua, belum dapat anak lelaki. Tapi kami suami isteri memang tak kisah haha. Kami yakin Allah swt beri yang terbaik sesuai dengan keperluan kami. Bukanlah maksudnya kami lepas tangan, malah kami usahakan bersungguh-sungguh. Cuma bila tak dapat seperti yang kami kehendaki tu kami tak pula rasa kecewa atau sedih. Malah bersemangat untuk mencuba lagi.



Gambar masa balik kampung Teluk Intan masa raya haji lepas. Seronok betul depa berdua pergi kebun walaupun kena serang dengan nyamuk. Muka masing-masing kena gigit berbelas-belas nyamuk haha.

Tengok la wajah-wajah ni. Rehan dah ada mereka berdua, kenapa rehan nak sedih kecewa untuk anak-anak yang belum tentu rehan ada? Yang dua orang ni dah lebih dari cukup untuk melengkapi hidup kami suami isteri. Alhamdulillah.



Baru-baru ni hari jadi rehan. Alhamdulillah dah jejak umur 30 tahun. Satu angka yang dulunya rehan takut sangat haha. Sebenarnya bila rehan semakin berusia, rehan semakin terbuka terima perubahan sekeliling rehan. Rehan tak lagi macam dulu kalut takut tua, takut tak kaya, takut sunyi etc. Sekarang ni rasa lebih seronok kalau tak perlu belanja haha. Tengok mainan mahal-mahal untuk anak, rehan rasa lagi takut sebab mainan tu tak bawa mereka kemana-mana. Seronok main sekejap je. Rehan takut rehan tak sediakan mereka untuk hidup beragama, bertemu Pencipta.

Terasa berbeza pemikiran sekarang berbanding dulu.

Erm. Patutnya entri ni santai je kan. Macam dah terserius pulak. Haha. Agaknya rehan memang orangnya serius. Hehe.

Oklah. Sampai sini dulu. InshaAllah jumpa lagi dalam entri akan datang. Sesiapa berminat dengan suplemen Shaklee atau nak jadi dropship pakaian muslimah boleh WhatsApp rehan ye.

Rindu Berblogging.

Assalamualaikum.

Rehan rasa dah 2-3 bulan rehan tak aktif berblogging kan. Sejak raya aidilfitri. Rindu sangat tau. Lagi-lagi rehan memang dah lama blogging. Sejak tahun 2008. Tapi masa tu rehan guna blog lain.

Sebenarnya rehan memang sibuk. Siang malam rehan kerja tak kira masa. Sampai kerja kerja rumah pun zauj Qusyairi yang banyak buatkan.

InshaAllah sementara je. Rehan yakin sampai masanya semua yang rehan dan suami lakukan hari ni akan berbaloi.

Jadi apadia yang rehan sibukkan sangat tu sebenarnya?

Rehan sibuk sebab anak-anak membesar. Makin banyak kerenah. Lagi pulak anak perempuan. Anak perempuan rehan tak lasak berlari melompat (walaupun hakikatnya Arfa boleh tahan lasak).

Tapi anak perempuan rehan suka berbual. Kena tengok matanya bila berbual. Kena balas dengan soalan yang sesuai. Rehan cuba pastikan rehan layan mereka sebaiknya. Dalam keadaan rehan sendirian kat rumah bila suami keluar kerja. Anak-anak memang 100% rehan yang jaga. Jarang sangat anak-anak dengan orang lain.

Alhamdulillah Kautsar dah sekolah, ada banyak komunikasi dan interaksi dengan cikgu dan kawan-kawan. Cuma Arfa jela yang perlu lebih perhatian dan latihan kat rumah.

Selain anak, rehan sibuk uruskan bisnes Shaklee. Bisnes rehan ni dah hampir 4 tahun. Walaupun rehan cuma buat sambil-sambil je, syukur Allah swt lorongkan rezeki untuk rehan melalui bisnes ni. Cukup untuk tampung keperluan harian rehan. Terus terang rehan kurang minat menaja, rehan cuma suka jual barang. Lebih lebih lagi barang yang rehan betul betul suka macam Shaklee ni. Jadi rehan seorang yang handle urusniaga Shaklee yang bernilai ribuan ringgit sebulan. Syukur zauj Qusyairi faham dan banyak bantu pos dan cod. Kalau tak memang tak mampu rasanya hihi.

Dan lagi satu, rehan juga uruskan bisnes pakaian muslimah yang dah lebih 4 tahun rehan usahakan. Bisnes pakaian muslimah ni rehan ada team admin dan dropshipper yang bantu. Tapi packing dan postage, segala mak nenek hal administration masih perlu rehan buat. Sekarang kami tengah dalam proses untuk scale up bisnes pakaian ni, lagi banyak kerjanya.

Sebab tu rehan sibuk sangat. Jam 9-9.30 malam anak-anak tidur rehan pun dah rasa flat sangat. Tapi waktu itulah yang rehan guna untuk packing barang untuk pos esok, balas pm dan whatsapp, list out perjalanan hari esok.

Dalam pada berbisnes di rumah dengan anak-anak, masih perlu masak mengemas mencuci. Setiap hari zauj balik untuk makan tengahari, seolah-olah terapi untuk rehan bila dapat luangkan 1 jam dengan beliau antara tempoh rehan menguruskan anak dan bisnes di rumah. Kalau beliau tak balik 1 jam tu rasa sedih sangat. Haha.



Doakan rehan tabah, gagah tempuhi dugaan dan ujian dalam hidup rehan. Rehan yakin pelaburan rehan sangat berbaloi. Ini yang terbaik yang Allah swt dah janjikan.

Tips Simpan Dan Cairkan Susu Perahan (EBM).

Assalamualaikum.

Entry kali ini khas untu ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu. Khususnya ibu-ibu yang bekerja dan perlu hartar anak ke rumah penjaga. Hari ni kita kongsi sama-sama tips menyimpan dan mengendalikan susu perahan atau ringkasnya EBM yang saya ambil daripada internet. Banyak sangat artikel ini dah diterbitkan, saya pun tak pasti siapa penulis asal, tapi saya rujuk pada wall facebook dan juga entry oleh Momma Mia.

Gambar ihsan Google.

Penyimpanan dan Pengendalian EBM
Bagi ibu yang berkerjaya, susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Istilah-istilah Penting Susu Ibu yang Diperah
  • EBM: Expressed Breast Milk (susu yang diperah)
  • Fresh EBM: Susu yang baru diperah dan masih segar
  • Chilled EBM: Susu yg dah perah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku). Chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi.
  • Frozen EBM: Susu yg simpan dalam tempat sejukbeku

Bekas Penyimpanan Yang Sesuai
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label berikut:
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska / pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.


Tempat Penyimpanan

1. Suhu Bilik:

  • Jika bilik tidak berhawa dingin (25 °C hingga 37 °C), disarankan tidak lebih dari 4 jam.
  • Jika bilik berhawa dingin (15 °C hingga 25 °C), boleh sehingga 6-8 jam.

*suhu bilik harus stabil, contoh bilik berhawa dingin, penghawa dingin tidak dimatikan sepanjang botol EBM ada di dalam bilik tersebut.

2. Peti Sejuk / Sejukbeku:


Gambar ihsan mama Muzfirah

  • Peti sejuk 1 pintu (bahagian beku) sehingga 2 minggu.
  • Peti Sejuk 2 pintu:
    • bahagian sejukbeku (-18 °C hingga -20 °C) sehingga 3 bulan
    • bahagian sejuk (bukan beku) rak paling atas (2 °C hingga 4 °C) sebelum dibekukan boleh tahan sehingga 3-5 hari. Hari ke-5 terus masukkan ke bahagian beku.
    • bahagian sejuk (bukan beku) rak paling atas (2 °C hingga 4 °C) selepas dibekukan boleh tahan sehingga 24 jam.
  • Deep freezer (-20 °C) boleh tahan sehingga 6 bulan


3. Bekas Penyejuk

  • Cooler bag/box (0 °C hingga 4 °C), tahan 12 - 24 jam


PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula


TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Pejabat

  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais


Rumah

  • Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja di bahagian beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.


Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Throw Back: Anak Sakit HFMD.

Assalamualaikum.

Tak berapa lama dulu Kautsar dijangkiti penyakit tangan kaki mulut, atau yang biasa orang sebut HFMD (hand, foot, mouth disease). Penyakit ni terjangkit kat Kautsar masa kami balik kampung. Sepupu kesayangan Kautsar, Abang Luqman, masa tu baru je baik daripada sakit ni. Tak sengaja terjangkit ke Kautsar pula.

Gambar ihsan Google. Bintil pada tangan kaki Kautsar lagi sikit dan tak semerah ni. Kecil-kecil je.
Alhamdulillah tak teruk langsung. Pagi tu suhu Kautsar tinggi, saya ukur 38.5C. Waktu saya mandikan, saya perasan ada bintik merah macam ruam yang banyak kat punggung Kautsar. Tangan dan kaki ok tak ada bintik. Tapi sejam kemudian saya cek tangan dan tapak kaki ada bintil berisi air. Adalah dalam beberapa bintil. Tapi saya taknak ambil risiko. Terus kami bawa ke Klinik Pakar Kanak-kanak.

Saya ceritakan kepada doktor tentang demam, bintil di punggung, tangan dan kaki. Juga tentang sepupu Kautsar yang baru baik dari jangkitan HFMD. Doktor kata ada kemungkinan Kautsar dijangkiti HFMD, tapi beliau tak sahkan. Sebab masih awal sangat. Demam Kautsar sikit je, bintil-bintil pun sikit. Doktor cuma bagi ubat paru-paru dan ubat batuk sebab Kautsar dah beberapa hari batu selsema. Ubat demam kami ada. Antibiotik untuk HFMD pun doktor tak bagi, lebih-lebih lagi kami ada bagitau Kautsar susah makan ubat.

Balik tu kami monitor Kautsar, Alhamdulillah setakat itu je sakitnya. Tak makin teruk. Kat mulut boleh kata tak ada bintil langsung. Kat tangan dan kaki sikit-sikit je. Sebab doktor tak bagi apa-apa ubat, kami ikhtiarkan dengan suplemen Shaklee. Dah alang-alang ibunya SID, takkan anak sakit kita tak usahakan. Betul tak?

Saya bagi Kautsar 1 scoop Meal Shake dibancuh dalam susu setiap malam sebelum tidur. Tangan dan kaki Kautsar pula kami sentiasa sapukan dengan Herbal Blend. Lepas makan malam kami bagi Nutriferon kepada Kautsar, 1 paket sehari selama 2 hari berturut-turut.

Apa yang saya perasan, Kautsar lebih lena tidur malam. Malah waktu nap siang pun lebih lama. Bintil di tangan, kaki dan punggung cuma bertahan sehari dua. Sapu Herbal Blend kat punggung Kautsar tak ada bintil baru yang naik. Kautsar pun tak rasa tak selesa, boleh main macam biasa. Kalau tak Kautsar asyik pegang dan tepuk-tepuk pampers je. Bintil yang ada tu terus kering dan makin baik. Bila bintil kering, kulit tangan dan kaki Kautsar menggelupas teruk. Dengan Herbal Blend, kulit yang menggelupas tak kering dan keras. Kulit pun jadi lebih lembut.

InshaAllah lepas ni kami akan lebih konsisten berikan Meal Shake untuk Kautsar. Bulan ni ada promosi Beli 3 percuma 1. Memang nak borong. Kalau ada yang sudi nak kongsi boleh hubungi kami ye.

Kain Tersepit Eskelator!

Assalamualaikum.

Minggu lepas masa puasa ke-2 rehan keluar beli barang kat Giant U-Mall. Budak UTM mesti tau kan, tempat korang tengok wayang. Hihi. Macam biasa rehan wajib keluar bawak batalion; zauji Qusyairi, Kautsar dan Arfa.

Masa nak balik tu rehan bawak banyak plastik. Penuh tangan kiri kanan. Kautsar pegang tangan rehan, sambil rehan pegang plastik. Abahnya pula dukung Arfa. Kami pun turun eskelator beramai-ramai.

Kebetulan rehan pakai skirt kembang. Sebelum tu dah beberapa kali skirt rehan tersangkut kat tayar troli. Masa turun eskelator tu betul-betul dah nak sampai bawah rehan rasa skirt rehan kena tarik. Bila rehan tengok bawah, skirt dah tersepit kat eskelator. Kelam kabut jugak rehan panggil zauji, sebab rehan tak boleh nak campak je beg plastik yang rehan pegang tu. Kautsar pun pimpin tangan rehan.

Alhamdulillah zauji Qusyairi cepat tarik skirt rehat. Ada koyak halus je. Tapi kena minyak banyak sangat. Sedih sangat sebab skirt tu sangat selesa.

Tapi yang paling rehan bersyukur sebab skirt tak bercabut masa tu. Kalau tercabut taktau la rehan nak lari mana, aurat rehan maruah rehan kot.



Dalam gambar ni cuma 1/3 daripada total minyak kat skirt rehan. Macam impossible je nak hilangkan minyak macam ni kan. Tak apalah. Bukan rezeki rehan dapat pakai skirt ni.

Jadi awak-awak yang selalu pakai kain atau skirt labuh hati-hati la masa turun naik eskelator. Tak boleh nak jangka bila kejadian macam ni nak jadi. Sedangkan rehan yang jenis berhati-hati selalu pegang skirt bila jalan pun terkena.

Semoga terpelihara keselamatan dan kehormatan kita semua.

Salam sayang.
Qusyairi, rehan dan anak-anak.

Quran: Word of Wisdom



Assalamualaikum.

Sesungguhnya banyak dugaan dalam hidup dan perniagaan. Banyak perkara yang mudah dimanipulasi untuk dapatkan wang.

Maka kena selalu beringat.

Tak apalah kalau tak kaya.
Asalkan Allah swt redha dengan rezeki yang Dia kurniakan.

Semakin berusia, rehan lihat wang dan harta dari sisi berbeza.
Lebih lagi lepas bercahayamata.
Sangguh rehan tinggalkan kerja selesa, bergaji tinggi.

Sebab proses pembelajaran dan mendidik hati tu lebih bernilai harganya.

Ramai yang lalui perjalanan mereka kerana terpaksa.
Rehan sukarela.
Dan pengajarannya lebih mencabar iman dan redha kita makhluk yang tak sempurna.

Ya Allah.
Syukur kepadaMu atas kurniaan yang telah Engkau berikan kepadaku selama ini dan akan datang nanti.
Biar kalah di dunia, di akhirat aku menang kembali.
InshaAllah.

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1437H.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bertemu lagi dengan bulan mulia Ramadhan. Rehan ambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang masa rehan hidup di bumi Allah swt ini sekiranya ada menyakiti atau menzalimi sesiapa.

Juga bagi pihak zauji Qusyairi dan anak-anak kami, ribuan maaf dipinta jika menyinggung atau menyusahkan sesiapa.

Sesungguhnya tak ada manusia yang dapat lari dari dosa dan kesilapan. Jadi dengan rendah diri rehan maafkan dan halalkan segalanya. Hati rehan tak pernah ingin menyimpan kesalahan orang lain terhadap kami andai ada. Doakan rehan terus istiqamah.



Selamat mengumpul pahala.
Moga dipermudahkan urusan ibadah dengan suplemen Shaklee.
Dan moga Allah swt terima ibadah kita semua.

Amin.

Kenangan Zaman Belajar.

Assalamualaikum.

Rehan baca kat blog lain pasal result UPU dah keluar, teringat pulak zaman rehan sambung belajar dulu. Zaman paling carefree kata orang. Hihi.

Nak cerita la jugak. Dulu rehan sekolah asrama. Masa result SPM keluar, rehan kat PLKN. Kelakar je ramai-ramai duduk kat dewan makan tunggu cikgu bagi-bagi result. Result rehan tak seberapa pun kalau dibandingkan dengan kawan-kawan. Tapi ok la dapat jugak tawaran sambung belajar.

Masa tu kat PLKN jugak. Result matrikulasi keluar. Rehan dapat matrix penang. Masa mohon matrix pun kelakar. Rehan pilih:
1. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
2. Kolej Matrikulasi Kulim
3. Kolej Matrikulasi Seremban.

Masa pilih tu rehan tak bincang pun dengan family. Rehan sorang-sorang je decide. Lepas tu bila arwah mak tau, mak kata apasal jauh sangat. Mintak la dekat sikit. Rehan pun tukar pilihan tu bila dibuka untuk tukar. Rehan minta:
1. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
2. Kolej Matrikulasi MARA Seremban
3. Kolej Matrikulasi MARA Kulim

Mihmihmih. Alhamdulillah dapat matrix penang. Tarikh daftar matrix tu exactly 1 minggu lepas tamat PLKN. Bayangkan hitamnya rehan masa tu. Kahkahkah. Kebetulan hari ahad tu mak rehan pergi tunaikan umrah, lepas hantar mak kat KLIA terus berdesup ke penang.

Pukul 1 pagi sampai penang. Esok paginya pukul 10 rehan dah tercongok kat kolej untuk pendaftaran. Lepas siap daftar, pukul 11 rehan tengah berdiri tengah panas lambai ayah balik johor sebab esoknya ayah kerja. Lepas ayah balik rehan pun taktau nak buat apa, rehan jalan kat gerai-gerai kat dataran pelajar beli penyapu, beli seterika, baldi. Lone ranger sungguh hihih.

Masa rehan isi borang UPU untuk degree, rehan nak sangat belajar kat USM. Kurang pasti sebab apa. Masa tu jiwa muda rehan memang nak sangat jauh dari keluarga, supaya pandai berdikari. Sebelum tu rehan ni jenis melintas jalan pun pimpin tangan ayah. Hahaha.

Tapi masa nak apply UPU, rehan tak letak USM kat pilihan pertama. Sebabnya setakat yang rehan tau, tak pernah kawan-kawan rehan dapat pilihan pertama. Rehan pun letak la USM pilihan kedua. Pilihan pertama rehan letak UTM.

Bila tau rehan dapat UTM, frust nye menonggeng-nonggeng. Kuciwa tak dapat sambung USM. Dah berangan hujung minggu naik feri release tension, main bunga api kat Gurney. Naik bas pusing island. Tapi rupanya jodoh dengan UTM tu memang terbaik. Rehan jatuh cinta dengan UTM sejak minggu haluan siswa, sampai hari ni masih terasa cinta tu ada di hati. Ewah!

Sampai sekarang kalau kitorang balik JB, macam perkara wajib pergi makan kat Meranti. Even gambar maternity kami pun buat kat tasik UTM. Masa baru kahwin, rehan rajin ajak zauji Qusyairi pusing UTM, tunjuk tempat rehan jalan kaki pergi kelas, tempat tunggu bas. Bawak zauji masuk library, duduk di meja yang sama rehan duduk setiap hari masa theses writing dulu. Solat kat masjid tempat rehan lepak masa tunggu next kuliah. Pergi fakulti tempat rehan bertunggu tangga hampir 5 tahun. Kelas rehan, makmal PSM dan dissertation. Naik balai cerap. Dating kat arked. Order air milo tabur kegemaran rehan.

Sekarang kalau pergi UTM kerjanya main kejar kejar dengan Kautsar dan Arfa je. Hihihi.



Ni gambar tingkap lecturer rehan. Kat kertas tu soalan assignment kami. Kena salin sendiri. Hahaha.

Hati ni nak sangat sambung PhD sebenarnya. Apakan daya, tiap kali rehan nak sambung je, rehan pregnant. Pernah dah pergi interview biasiswa, lepas interview terus pregnant. Sekarang rehan dah rasa takut nak sambung Phd. Sebab otak dah berkarat. Haha. Supervisor yang rehan book dulu pun dah nak pencen tahun ni.

Rasa rindu nak masuk kelas, belajar. Walaupun rehan ada hadir kelas bisnes, kelas nutrisi, marketing. Tapi tak sama.

Rehan rindu hadir kelas fizik.

Ramai yang tanya rehan, belajar fizik nanti jadi apa. Bila masa nak apply semua hukum-hukum fizik yang rehan belajar tu.

Well. Jadilah apa pun. Bagi rehan belajar fizik jadikan rehan manusia. Ajar rehan bersyukur. Begitu luas spektrum cahaya, yang boleh dilihat dengan mata kasar sangatlah sikit rupanya. Maha Besar Allah swt yang menciptakan segalanya.

Bumi dan bima sakti yang tak habis kita jelajah sebenarnya hanya satu titik kecil daripada keseluruhan alam semesta. Betapa hebat ciptaan Allah swt menciptakan ruang tak terhingga daripada jasad padu tiada jisim.

Kadang kadang rehan rasa nak ulang semula, ambil 2nd degree. Passion rehan yang sebenarnya.

Zauji Jatuh Motor!

Assalamualaikum.



Sedih tau.

Rehan macam biasa la kat rumah tunggu zauji balik kerja. Akhir-akhir ni selalu hujan petang. Rehan selalu standby kena pick up zauji kat office kalau dia bawa motor pergi kerja.

Petang tu sebenarnya rehan ada COD Shaklee kat dalam kampus. Jadi lepas ambil Kautsar balik sekolah pukul 3 tu rehan terus bawa anak-anak ke kampus main kat situ. Masa tu rehan dengan anak-anak duduk kat pentas kat padang kawad makan aiskrim.



Lepas jumpa student hantar shaklee, rehan balik rumah mandikan anak-anak. Sediakan minum petang. Kemas rumah sikit. Masa mengemas tu la zauji sampai rumah. Rehan tengah nak buka pintu, zauji tunjuk tangan luka. Banyak jugak darahnya masa tu.

Rehan cek ada 3 luka. Kat dua-dua tapak tangan dengan kat pergelangan kaki. Zauji cerita masa tu baru lepas hujan lebat. Masih renyai. Zauji dalam perjalanan balik rumah. Sampai satu selekoh berpasir, motor tak balance terus zauji jatuh.

Katanya muka tersembam tapi Alhamdulillah satu calar pun takde kat mukanya.

Rehan risau sangat. Luka zauji sampai ke malam tak kering lagi. Sebelum tidur rehan cuci lukanya dengan dettol, kemudian sapu minyak gamat. Zauji kata pedih dan berdenyut.

Ya Allah, jagalah zaujiku untukku.

An-Naafiqa Featured Di Metro Ahad.

Assalamualaikum.

Dalam pada bersedih cat rehan dah tak ada, rehan nak share jugak berita gembira minggu lepas. Alhamdulillah side business rehan iaitu kedai pakaian nursing muslimah disiarkan dalam Metro Ahad pada 8 Mei 2016. Syukur sangat.

Sebenarnya rehan dah jual baju-baju muslimah sebelum rehan terjebak dengan Shaklee lagi. Masa tu rehan baru kahwin dan rasa macam perlukan hobi supaya masa rehan lebih terisi. Kuasa Allah swt lorongkan rehan bertemu dengan supplier Glory Collection, rehan terus daftar jadi dropship. Dalam 2-3 bulan lepas tu rehan diizinkan jadi agen dengan Glory, boleh beli stok baju dan jual kepada dropship lain. Untung pun lebih banyak. Tapi masa tu rehan jual sendiri je kat group dropship. Tak ada branding pun.

Bila rehan hamilkan Kautsar, rehan berkenalan dengan Shaklee. Masa tu terjebak join bisnes Shaklee dan terus aktif sebagai SID. Income wise, dua-dua bisnes Alhamdulillah menjadi. Tapi sampai satu masa rehan perlahankan aktiviti bisnes baju dan fokus pada bisnes Shaklee je. Sebab masa tu rehan betul-betul sibuk, masa yang berbaki rehan nak spend dengan keluarga. Nak cari duit cepat memang mudah dengan Shaklee, tapi pada rehan bisnes baju lebih memberi kepuasan. Tapi terpaksalah hentikan sementara untuk fokus pada keluarga dan anak. Rehan masih beli stok baju tapi rehan agih-agih kat student rehan yang nak buat side income. Diorang yang jual, diorang yang untung. Rehan tak berapa ambil untung masa tu sebab niat nak tolong student je.

Kemudian rehan hamilkan Arfa. Sebelum hamil Arfa, rehan minta izin Zauj Qusyairi untuk berhenti kerja. Masa tu fokus rehan 100% pada anak. Bisnes stop, kerja bergaji pun rehan resign. Mula-mula memang sesak jugak, ambil masa nak sesuaikan diri.

Sebelum resign memang rehan ada niat nak mulakan semula bisnes pakaian muslimah. Rehan memang terlalu sayang bisnes baju rehan ni. Jadi lebih kurang 6 bulan lepas resign, rehan mulakan semula bisnes pakaian muslimah. Kali ni dibawah jenama An-Naafiqa.

Alhamdulillah. 6 bulan pertama bisnes berkembang sangat pesat. Dan sekarang lepas 1 tahun serius dengan bisnes ni, jenama An-Naafiqa dah makin dikenali. Sentiasa ada orang PM untuk order baju. Dan syukur juga kali ni rehan dah berkembang daripada satu supplier kepada 3 supplier.

Dari segi masa, kebanyakan masa rehan habiskan untuk bisnes Shaklee. Bisnes Shaklee ni tak boleh rehan tinggalkan sebab rehan tau kebaikan suplemen Shaklee. Jadi tanggungjawab untuk rehan sebarkan kebaikan vitamin Shaklee sebab rehan tau kat luar sana ramai pengguna macam rehan dulu yang membuta tuli beli suplemen mahal. Kononnya suplemen mahal mesti bagus. Salah tu! Jadi tanggungjawab rehan untuk sebarkan ilmu kesihatan yang banyak rehan belajar melalui kelas nutrisi Shaklee.

Bisnes pakaian muslimah rehan pulak ada team yang uruskan. Rehan cuma pantau je. Seronok bila dapat bantu orang menimba ilmu berniaga dan menjana pendapatan. Sebab tu rehan serahkan pada team An-Naafiqa tanggungjawab untuk tunaikan permintaan pelanggan.

Rehan selalu percaya bila niat kita baik, kita guna kaedah yang patuh syariah, tak memanipulasi sistem, Allah swt akan berikan lebih daripada yang kita beri.

Baru-baru ni tiba-tiba kami dihubungi oleh wartawan Harian Metro. Beliau berminat untuk tulis artikel tentang gaya pakaian ibu menyusu. Maka terhasillah artikel di bawah.



Di sini rehan nak ucapkan syukur kehadrat Allah swt untuk peluang dan rezeki yang diberikan.
Terima kasih kepada zauj Qusyairi, Kautsar Kamaliah dan Arfa Adhaliya sebab sudi berkongsi isteri dan ibu dengan bisnes rehan.
Setinggi penghargaan kepada team An-Naafiqa yang bekerja keras membangunkan jenama dan mengembangkan pengaruh kami.

Buat pelanggan, keluarga, kawan dan sahabat yang menyokong kami, terima kasih.
Teruskan menyokong dakwah kecil kami.
Semoga menjadi medium membangunkan diri dan ummah.

Boleh lawat fb page kami di:
www.facebook.com/annaafiqa

Atau instagram:
@annaafiqa.nursing

Kasih Sayang Yang Dipinjamkan Terlalu Sekejap.

Assalamualaikum.



Comel gambar ni kan. Ni gambar masa pertama kali cat ni datang rumah rehan. Masa tu rehan sorang kat rumah malam-malam. Zauj Qusyairi pergi kedai bawak anak-anak. Masa rehan tengah packing-packing kat ekor mata rehan nampak kelibat putih. Rupanya cat ni.

Mulanya rehan ambil gambar daripada jauh. Ingatkan cat ni jenis takut dengan orang. Sebab masa tu dia kurus dan comot. Nampak macam kucing liar. Tapi makin lama cat ni datang makin dekat. Lastnya dia naik atas meja rehan dan duduk mengadap rehan macam dalam gambar.

Sejak tu cat datang rumah rehan hari-hari, duduk atas pangku. Kalau tak layan dia panjat sampai atas kepala rehan. Dengan arfa pun bukan main manja cat ni. Bergesek badan sampai arfa rimas nak menangis. Hahaha.

Rehan sayang sangat cat ni. Rasanya sejak kuning mati 2 tahun lepas, ni kucing pertama yang rehan sayang betul betul sayang. Rehan siap fikir kalau rehan pindah rumah pun rehan nak bawak cat ni sekali.

Tiap-tiap hari cat ni datang makan kat rumah rehan. Dalam freezer kami ada satu tupperware besar isi ikan dia saja.

Semalam kawan rehan datang rumah. Cat ni ada, tidur bawah meja. Lepas tu dia datang duduk atas riba rehan. Sebab kawan rehan datang, rehan tak sempat nak rebuskan ikan untuk cat. Bila kawan rehan balik maghrib tu cat dah keluar. Tak sempat rebus ikan.

Lepas solat maghrib rehan siap-siap nak keluar makan. Zauj Qusyairi keluar buang sampah. Lepas tu zauj masuk rumah kelam kabut panggil rehan. Bila zauj pandang je rehan, zauj sebut: sayang, cat dah mati kena langgar.

Ya Allah. Perasaan rehan masa tu.

Rehan keluar tengok cat terbaring kat tengah jalan, darah mengalir banyak sangat. Ada kesan seret. Bulu cat banyak bersepah sepah kat jalan, terbang bila angin tiup. Kebetulan ada sekumpulan student naik motor lalu, berhenti sebelah rehan dan cat. Student tu tanya: kucing akak ke? Rehan jawab: dia kucing bebas, tapi saya jaga.

Student tu tanya dah mati ke. Rehan sentuh leher cat, kepala cat. Dah mati dah. Student tu kata tadi diorang lalu cat tu masih gerak gerak. Rehan dah bingung bingung masa tu. Tak boleh nak fikir apa. Siapalah yang langgar cat sebesar itu, kat bawah lampu jalan, terseret, dan tak turun angkatkan ketepi pun.

Adik motor tu sorang turun angkatkan cat ke tepi. Rehan suruh dia pergi rumah rehan cuci tangan. Rehan ketuk rumah jiran bagitau tumpang letak cat sekejap sementara nak keluar.

Balik tu zauj tanam cat depan rumah kami.

Ya Allah perasaan rehan sampai saat ni. Tak tergambar. Tak dapat nak reply customer. Dengan rakan bisnes rehan pun terus terang rehan bagitau rehan tak ok. Diorang semua bagi ruang rehan bertenang. Terima kasih sangat.



Cat terbaik yang rehan kenal lepas kuning. Rehan dah bulat hati nak jaga dia, bawa tinggal dengan kami. Rupanya umurnya tak panjang. Cat tak pernah langsung cakar atau gigit anak-anak rehan. Kuku pun tak pernah keluar. Padahal arfa selalu hempap, tepuk kuat-kuat, tarik ekor, cubit.

Doakan Allah swt temukan rehan dengan baik seperti dia lepas ni.

7 Tahun Tanpa Emak.

Assalamualaikum.



Bulan ni genap 7 tahun mak rehan dijemput ilahi. Terasa baru kejap sebenarnya. Kebanyakan masa rehan rasa mak rehan masih ada cuma bukan di sini.

Rehan dengan mak tak rapat sangat. Tapi di hujung hayatnya rehan dengan kakak rehan eli yang diizinkan Allah swt berkesempatan jaga mak sepanjang di hospital. Masa tu rehan dalam semester kedua pengajian master.

Mak rehan memang dah lama sakit. Ada macam macam penyakit tapi yang paling teruk ialah diabetis. Bacaan gula dalam darah mak pernah mencecah angka 34; sampai doktor sendiri terkejut macam mana mak masih boleh bangun dan berjalan.

Lepas tamat matrikulasi, rehan diizinkan Allah swt menunaikan umrah dengan mak, abang long dan isterinya. Masa tu mak dah sakit agak teruk tapi masih boleh berjalan dan uruskan diri. Kat tapak kaki mak ada luka sebenar 5cm yang asalnya cuma calar entah mak terpijak apa. Tapi disebabkan mak diabetis teruk, luka calar tu susah nak sembuh sampai akhirnya merebak jadi sebenar tu.

Urusan menunaikan umrah Alhamdulillah mudah. Tapi bila mak terbatal wudhu dan perlu ambil wudhu semula agak leceh. Sebab luka kaki mak tak boleh basah. Setiap kali basah, kena dress semula dengan gauss dan bandage baru.

Sejak tu mak kerap keluar masuk wad. Sampaikan berita mak warded tu dah jadi perkara biasa. Ayah sampai pesan tak perlu balik bila mak warded, sebab biasanya kami tak sempat sampai rumah mak dah discaj.

Hari tu rehan macam biasa di kolej. Kakak rehan telefon bagitau mak masuk wad. Rehan fikir-fikir tak nak balik dulu sebab final exam dah dekat, assignment dan projek banyak yang due minggu tu. Tapi rehan telefon jugak ayah, nak bertanya khabar.

Masa telefon tu rehan perasan perkara pelik pertama: suara ayah lain macam seriusnya. Sampai rehan takut nak tanya lebih-lebih. Perkara pelik kedua: ayah tak cakap tak payah balik macam biasanya ayah cakap setiap kali mak warded. Ayah suruh rehan pakat-pakat dengan kakak rehan untuk balik kampung sama-sama. Tak jauh pun, dari JB ke BP cuma sejam lebih je.

Bila dengar ayah kata macam tu dalam hati rehan fikir, ok ayah suruh balik jugak. Rehan pun tunggu kakak rehan datang ambil rehan kat kolej, balik sama-sama. Dalam perjalanan tu kami singgah makan dulu. Macam biasa.

Sampai kat rumah tengok kereta ayah tak ada. Kat cermin kereta lagi satu ada nota. Kami pun baca: Eza, kalau dah sampai rumah tolong telefon Mak Ani. Mak Onn tenat.

Bayangkan perasaan masa tu. Mak Ani ni jururawat yang bertugas jaga pesakit diabetis. Dah macam keluarga kami sendiri. Mak Onn tu panggilan mak rehan.

Laju-laju kami ke hospital. Bila sampai kami tengok mak penuh wayar berselirat. Baju tak ada, cuma tutup dengan selimut. Katanya mak meracau-racau jadi doktor terpaksa bagi penenang supaya mak tidur.

Dari situ bermula huru hara dalam hidup rehan. Perasaan bercampur baur. Emosi terlampau. Bila doktor bagi mak tidur, sepatutnya mak sedar semula lepas satu jangka masa. Tapi mak rehan tak bangun-bangun.

Bila mak tak bangun, doktor pindahkan mak ke ICU. Selama 12 hari mak kat ICU, rehan tak sanggup nak balik rumah. Siang ramai yang datang melawat jadi rehan balik rumah berehat. Bila malam rehan tidur kat kaki lima dan kerusi menunggu ruang legar depan ICU.

Masa tu final exam master semester kedua dah bermula. Sem tu rehan ambil 4 paper. Entah apa yang rehan jawab dalam 3 paper pertama pun rehan taktau. Asal jawab je. Dengan letih berulang alik selang hari dari kolej ke rumah ke hospital. Masa tu mak rehan mula sedar.

Bila mak sedar, doktor pindahkan mak ke wad biasa. Rezeki mak, lepas 5 hari berpanas kat wad komunal mak dapat bilik di kelas pertama. Mak tak boleh bersuara, tak boleh bergerak. Tapi masih boleh berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Rehan dan kakak kerap temankan mak malam-malam.

Lepas seminggu, rehan tinggal 1 paper terakhir sem tu. Jadi rehan fikir nak fokus pada exam hujung minggu tu. Examnya hari rabu. Hari sabtu ahad tu rehan tak ke hospital. Banyak kali kakak telefon nak bawa rehan ke hospital, tapi rehan kata weekend ni je last rehan nak study. Lagipun sabtu ahad ramai orang melawat mak. Abang kakak pun ada.

Rupanya tu peluang terakhir rehan nak bertemu dengan mak. Ahad malam tu kami gerak balik JB. Rehan balik kolej. Isnin petang waktu rehan kat library kakak rehan call, katanya: Yan, mak dah takde.

...
...
...

Jadi minggu ni genap 7 tahun sejak peristiwa tu. Terasa masih baru.

Semoga Allah swt kurniakan Jannah untuk mak.

Kawan-kawan Terbaik!

Assalamualaikum.

Semalam hari yang sangat seronok. Rehan buat makan-makan untuk kawan-kawan terbaik rehan. Adalah 4 orang tetamu je. Tapi bukan main-main tau, ni 4 orang terbaik yang beri pengaruh besar dalam dunia pekerjaan rehan suatu masa dulu.

Masa kawan-kawan rehan tanya ni makan-makan sempena apa, rehan kata majlis ni namanya majlis makan-makan santai sambil rehat-rehat. Haha. Sebab rehan tau, 4 orang kawan rehan tu tersangat berdedikasi bekerja. Sampaikan diri sendiri terabai. Dalam masa sama sebenarnya rehan memang dah lama nak ajak kawan yang seorang ni datang ke rumah. Cuma dia seorang yang belum pernah datang rumah rehan. Dia lebih kepada kakak kepada rehan. Rehan nak sangat jumpa sebelum kakak ni bersara tak lama lagi.

Rehan jemput kawan-kawan rehan datang pukul 3.30 petang lepas habis waktu kerja. Dalam pukul 1 tengahari rehan tak masak lagi. Arfa asyik nak memerap je. Macam mana nak masak. Huhu. Lebih kurang pukul 1:30 baru rehan ke dapur.

Menu simple je. Rehan masak spagetti bolognaise daging dengan sardin roll je. Yang nak makan cuma 6 orang termasuk kami suami isteri, tapi rehan masak macam ada kenduri. Haha.

Alhamdulillah dalam jam 3 tu dah siap masak semua. Siap kemas dapur dan ruang tamu sekali.

Dalam jam 4 tetamu pertama sampai. Aiza ni kawan rehan sejak rehan buat master dulu. Kami sama-sama satu makmal laser. Terperuk dalam makmal laser sangat stress tau. Tak ada tingkap boleh tengok luar. Kalau kat workstation rehan lagi stress, lagi gelap, kepam. Kebetulan masa tu mak rehan baru meninggal dunia. Rehan perlu environment baru. So rehan pun kawan dengan aiza dan kawan aiza, piha. Bila rehan dah mula kerja, kebetulan aiza pun dapat kerja kat tempat sama tapi sementara. Sekarang bila rehan dah berhenti kerja, aiza pulak masuk gantikan tempat rehan.

Seterusnya hana sampai tak lama lepas aiza sampai. Kalau aiza junior setahun daripada rehan, hana junior 2 tahun di utm jugak. Tapi hana jurusan matematik. Rehan dengan aiza jurusan fizik. Rehan kenal hana bila hana masuk kerja kat jabatan sama. Tapi masa tu tak rapat sangat. Aiza yang kenalkan kami sampai rapat.

Sekarang ni aiza dengan hana kalau datang rumah rehan takyah rehan bangun bukak pintu pun. Diorang datang terus masuk je sendiri. Anak-anak rehan pun dah kenal diorang sampai boleh duduk berpangku (bukan perkara biasa bagi kautsar dan arfa).

Akhir sekali kakak-kakak kesayangan rehan sampai. Kakak-kakak yang sangat rehan hormat dari segi etika kerja, komitmen, dedikasi dan budi bahasa. Kak ita, mungkin beza dalam 5-6 tahun je daripada rehan. Dan kak saffiah, yang bakal bersara hujung bulan ni. Memang bakal bersara tapi orangnya nampak muda sangat. Very easy going dan positif.

Entah macam mana 5 individu daripada generasi berbeza duduk sebumbung di tempat kerja dan jadi rapat sesama kami macam adik beradik. To be honest, rehan anggap mereka ni macam keluarga rehan sendiri yang rehan tak pernah ada.



Ni je gambar yang ada. Itu pun sebab hana yang teringat nak snap. Rehan macam biasa la, jarang ingat kat kamera. Lagi-lagi bila dalam situasi yang istimewa macam ni, rehan selalu terlalu absorb dengan suasana sampai tak ingat perkara lain. Hehe.

Sepanjang petang tu kami ni kerja gelak je. Semua bercakap sampai taktau nak dengar yang mana satu. Haha. Alhamdulillah zauji tersayang pun sama tempat kerja dan kenal baik dengan semua kawan rehan, langsung tak kekok nak borak bersama. Cumanya lewat petang tu zauji ada kerja luar sikit jadi beliau terpaksa minta diri.

Rehan seronok sangat sebenarnya. Dapat jumpa kawan-kawan terbaik rehan. Rehan tak pasti akan datang ada kesempatan lagi nak berkumpul macam ni. Sebab tu rehan usahakan juga untuk buat mini gath ni. Kak saffiah puasa semalam tau, tapi pagi tu sebab rehan jemput datang kak saffiah batalkan puasa.

Rehan doa bermohon pada Allah swt kurniakanlah kesihatan dan kebahagiaan kepada kawan-kawan terbaik rehan. Mereka ni kawan yang berintegriti, boleh diharapkan dan sangat prihatin. Dah banyak sangat rehan terhutang budi dengan diorang, Allah swt je yang mampu balas.

Rehan sayang kawan-kawan rehan.

Perkara Paling Sukar Sebagai Isteri.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kami dah bersama lebih 4 tahun. Terus terang rehan mengaku, kami baru je masuk fasa selesa bersama. Dah 4 tahun barulah rasa agak kenal antara satu sama lain. Agak je. Sebab banyak lagi nak berkenalan antara kami suami isteri.

Walaupun rehan dah setahun lebih berhenti kerja, tapi cuma sebulan dua ni je rehan betul betul macam suri rumah. Hihi. Sebelum ni rehan ambil masa nak biasakan diri. Sejak sebulan dua ni rehan dah ada rutin yang agak selesa. Bangun pagi masak sarapan, masak lunch dan masak dinner. Zauj Qusyairi suka makan masakan fresh. Kalau panas-panaskan lauk tu beliau makan je, cuma lebih suka makan yang fresh. Lagipun kalau rehan masak, banyak ke sikit ke, mesti habis licin. Ajaib kalau rehan masak beliau makan tak habis. Hehe.

Itu perkara yang menarik. Sekarang bab yang tak menarik pulak.

Dalam sebulan ada beberapa kali zauj Qusyairi perlu outstation. Biasanya balik hari. Keluar rumah lepas subuh, paling lewat dalam jam 11-12 tengah malam sampai rumah semula. Pada sesetengah orang mungkin perkara harian biasa suami kerja begitu.

Tapi pada rehan jadual macam tu bukan perkara biasa. Jadual biasa rehan, pagi makan sarapan bersama zauj. Tengahari makan bersama zauj. Petang zauj balik rumah lepas asar. Malam makan bersama zauj lagi. Sehari 3 kali makan bersama zauj.

Bila zauj outstation dan rehan sendirian kat rumah dengan anak-anak, rehan rasa tak best. Rasa tak seronok. Hati rehan tak gembira. Rehan tak suka, tak biasa, tak sanggup berjauhan dengan zauj Qusyairi. Walaupun kami ni bukan jenis berkepit kat rumah, tapi kami sentiasa bersama. Dan rehan tak suka bila berjauhan.

Setiap kali terpaksa berjauhan, rehan tak putus doa supaya Allah swt pelihara keselamatan dan kesejahteraan zauj. Pulangkan beliau ke rumah dalam keadaan sihat dan gembira untuk bersama rehan dan anak-anak. Jauhkan beliau dari malapetaka dan bencana, serta perkara perkara yang memudaratkan. Risaunya, Ya Allah, setiap kali berjauhan. Lagi lagi kalau beliau kerja jauh.



Cinta hati rehan. Ni gambar semalam zauj Qusyairi ambil cuti sehari semata mata nak teman rehan jalan jalan kat pasar rabu. Sayang zauj banyak banyak.

Nah rehan copy paste pesanan daripada UZAR:

Kepada yang bernama isteri, kalian bergelar SOLEHAH,
Jika cintamu kepada suami berpada-pada,
Agar jika terpisahnya kalian, tidak 'membunuh' kewarasan minda,
Mencedera teruk perasaan dan emosi,
Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,
Kerana perpisahan itu pasti, walau sementara mungkin,
Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui ilahi, lalu terpisah..
Hatta jika kalian menemui ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan..terpisah,
Jika ditakdirkan kalian ke syurga..
Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah,
Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan,
Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga..?
Nauzubillah...
Justeru, wahai isteri..cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,
Pastinya Allah denganmu tiada terpisah,
Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung,
Rindu mampu ditangani,
Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan, merapatkanmu kepada Allah
Bukan menjauhkan...lalu jadilah kalian ISTERI SOLEHAH.
Yang cintai suami dan dicintai, dari jenis CINTA AKHIRAT bukan cinta DUNIA.
Ingatan sama juga untuk suami, juga terhadap anak-anakmu.

"Ya Allah, peliharalah rumahtangga kami. Jauhkan daripada godaan dan hasutan syaitan. Jauhkan kami daripada dosa dan maksiat. Kurniakan keberkatan, redha dan nikmat keampunan Mu dalam rumahtangga kami. Dan jadikan kami hamba yang bersyukur. Amin."

Alhamdulillah: Ulangtahun Ke-4 Noraihan Qusyairi.

Assalamualaikum.

Closing tak closing, zauj Qusyairi kata nak pergi dinner sempena ulangtahun ke 4 kami bernikah. Apa lagi, rehan dan dinner berpisah tiada. Kita makan dulu!



Tahun ni beria sikit sambut anniversary. Siap pakai lawa-lawa, makan pun kat kedai lawa. Biasanya buat taktau je. Hahaha.

Kami makan kat Kelab Kopi. Tak ingat nama jalannya, tapi kat belakang Jalan Sultanah. Kedai lawa, makanan sedap, air sedap, harga berpatutan. Cuma portion kecik sikit. Tapi ok je sebab harga murah. Kami order iced hazelnut coffee, hazelnut chocolate frappe, iced milo, spaghetti bolognaise, grilled beef patty, dan wholemeal butter toast. Jumlahnya RM40. Ok la kan.

Balik tu bawak Kautsar dan Arfa main kat Tasek Y. Meriah betul malam minggu kat situ. Sebab esok Kautsar tak sekolah, jadi bagilah main sampai jam 9.30 malam. Kesian dah lama anak-anak tak dapat main outdoor sebab cuaca panas.

Alhamdulillah dah 4 tahun kami bernikah. Banyak naik turun dalam hubungan kami suami isteri. Biasalah tu kan. Yang penting sama-sama saling perbaiki diri.

Tak banyak rehan nak tulis. Mungkin sebab kali ni special sikit, rehan simpan dalam hati. Sejak jadi surirumah dan berkhidmat 100% untuk suami dan anak-anak, rehan rasa lebih sentimental. Banyak yang tak terucap di lidah, tak terluah di blog. Biarlah rehan simpan perasaan ini 😊

Status fb kami hari ni?





Tak romantik langsung rehan. Haha. Rehan rasa kitorg suami isteri romantik kat fb ada la dalam sebulan dua sebelum kahwin dan 3-4 bulan lepas kahwin je. Lepas tu terbang segala romantik kami. Sebenarnya romantik kami berdua sembunyi-sembunyi. Biarlah jadi rahsia kami. Kat fb buat apa nak tunjuk? Segan je. Hahah.

Tengok kat video yang fb buatkan untuk kami sempena anniversary ni:
Kami berkenalan di fb bulan Mei 2011. Masa ni rehan approve je tapi tak kawan pun dengan zauj Qusyairi. Profile dia pun rehan tak tengok. Kahkahkah.
Mula kawan bertegur sapa kat fb kalau tak silap hujung bulan Julai 2011.
Hujung Ogos 2011 tu pertama kali berjumpa (walaupun ada terserempak kat office hehe).
Merisik - Oktober 2011
Bertunang - Disember 2011
Bernikah - Mac 2012

Pantas! Hahahaha.

Apa pun.
Alhamdulillah untuk 4 tahun pertama bersama.
InshaAllah untuk selamanya hingga ke jannah.

Sayang zauj ketat ketat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...