"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ibu Suri Rumahtangga.

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni payah betul rehan nak dapatkan masa lapang untuk tulis blog. Bukan tak ada masa. Masa tu ada. Tapi masa lapang yang ada rehan nak guna untuk rehat je.

Sejak jadi suri rumahtangga, segala-gala kekuatan dan ketabahan yang ada dalam nadi rehan tercabar. Kesabaran dan segalanya tercabar. Rehan bukannya gagah sangat. Rehan ni lembik orangnya. Hati lembik (kuat menangis pun ye hihi). Fizikal pun lembik.

Bila galas tugas jaga anak 24 jam, Allah, beratnya rehan rasa tanggungjawab tu.

Rehan ni orangnya sistematik. Suka buat kerja ikut jadual, ikut turutan. Bila ada anak, semua lintang pukang. Kelam kabut. Ikut la mood anak-anak nak buat apa. Jadi rehan rasa tertekan kat situ. Sebab rehan kena ubah kebiasaan rehan seluruhnya. Nak kata rehan ni OCD, sikit la. Bila barang bersepah atau perkara tak jadi ikut plan, sakit mata dan hati rehan sebab rasa tak sempurna. Hihi. Ala macam dalam cerita Monk tu. Tapi tak la sampai tahap Monk tu.

Lagi satu anak-anak rehan ni dua-dua taknak langsung jauh daripada rehan. Contohnya sepanjang pagi tadi rehan duduk memangku Kautsar dan Arfa. Ye. Rehan pangku dua-dua anak sepanjang pagi. Perkara ni normal bagi anak-anak rehan. Dua-dua memang suka sangat melekat kat rehan. Lebih lagi kat daerah terpencil ni cuma rehan seorang je. Adik beradik dan mertua jauh. Jadi memang anak-anak 24/7 rehan yang jaga. Langsung tak nak ikut orang lain.

Masuk bab sakit badan pulak. Rehan ni lembik tau orangnya. Tak pernah main sukan. Tak pernah bersenam. Tak boleh lari. Semput (bukan asma tau hihi) memanjang. Sejak dulu rehan ada sakit belakang. Bila ada anak ni, bertambah-tambah sakit badan sebab sentiasa menampung berat anak-anak. Rehan pun dah overweight sekarang ni, thanks to zauj Qusyairi yang rajin bagi rehan makan haha. Maka sakit la lutut nak menampung berat berlebihan.

Boleh kata sepanjang masa badan rehan tak pernah tak sakit. Sakit-sakit sendi dan sengal. Lenguh. Malam pun tidur tak berapa lena. Selesa jauh sekali. Sebab malam-malam Arfa selalu ngempeng lama-lama. Bangun pagi sakit badan tau.

Ikutkan memang stress sangat hidup dengan badan sakit-sakit dan jadual lintang pukang ni. Sebab tu rehan amalkan suplemen Shaklee. Tak pernah miss (kecuali masa travel, selalu lupa bawak). Rehan wajib makan bcomplex, vitalea, ostematrix dan esp. Alhamdulillah membantu sangat kurangkan sakit badan dan stress.

Sekarang rehan tambah senarai vitamin wajib rehan. Tambah vita c, alfalfa dan gla. Sebab rehan nak maintain kulit moist, elakkan masalah kewanitaan. Berbeza sangat berbanding bersalin Kautsar dulu, teruk rehan kena masalah keputihan. Bersalinkan Arfa kali ni tak ada langsung keputihan.

GLA tu rehan makan sebab sejak
bersalin Arfa, period selalu lama sampai 35 hari. Start rehan makan gla, period Alhamdulillah normal macam masa anak dara dulu 28 hari je.

Nah rehan belanja gambar anak-anak pelaburan dunia rehan. Comel kan? Hihih.





Terima kasih kat anak-anak. Sejak ada diorang ni, hidup rehan terasa lebih penuh dengan pengisian. Anak-anak yang mengajar rehan macam-macam. Yang membawa rehan lebih rapat kepada Allah swt. Didik hati dan emosi rehan.

Tak dapat rehan bayangkan hidup tanpa anak-anak.

Travel Balik Kampung dengan Bayi.

Assalamualaikum.

Perkara travel-travel ni memang sebati dengan rehan. Almaklumlah jodoh dengan orang Perak, sedangkan diri sendiri orang utara. Hihi.

Masalah masa mula-mula ada Kautsar dulu, rehan tak tau macam mana nak travel dengan baby. First time balik kampung lepas bersalin Kautsar kira-kira masa umur Kautsar 1 bulan. Masa tu balik perak sebab raya aidilfitri.

Alkisahnya lepas bersalin Kautsar tu rehan beli carseat. Masa survey kat internet dah aim carseat untuk newborn up to 4 years old (type 0). Entah macam mana masa kat kedai boleh terbeli yg type 1 (1 year and older). Jadi bila balik kampung tu, letak juga Kautsar dalam carseat tp sendal sana sendal sini la nak kasi selesa.

Masa bersalin Arfa rehan beli carrier untuk newborn. Rehan beli kat Aeon Big je, sebab rehan tau takdenya nak pakai lama. Memang betul pun. Pakai 2 bulan macam tu, lepas tu Arfa dah boleh masuk carseat type 1 tu. Cepat betul anak ibu ni membesar. Haha.

Sekarang kalau travel dekat-dekat Arfa boleh la masuk carseat. Tapi sejak akhir-akhir ni dah mula dah Arfa tunjukkan ciri-ciri protes bila abahnya masukkan Arfa dalam carseat. Kalau travel jauh lately rehan tak masukkan Arfa dalam carseat pun. Sebab setengah jam ke sejam sekali Arfa mesti nak susu. Jadi kalau kat highway tu susah pulak nak berhenti-henti kalau kena kat tempat yang tak ada RnR.

Nak ajar anak masuk carseat? Pada rehan yang penting hati mak-mak kena gigih dengar anak menangis. Itu je. Lama-lama nanti senyap jugak anak-anak kita dalam carseat hehe. Rehan selalu khayalkan Arfa dengan makanan, bagi roti atau biskut nanti senyaplah Arfa. Lagi satu Arfa tak boleh tengok muka rehan lepas dia masuk carseat. Nampak je terus nangis. Haha.


Ni gambar masa abahnya drive, rehan duduk sebelah.


Ni pulak masa rehan drive sendiri. Kautsar ada kat belakang seat co-driver masa ni.

Gambar Kautsar dalam carseat masa kecil dulu tak ada dalam fon ni. Nantilah kalau jumpa rehan share ye.

Ok. Jumpa lagi inshaAllah.

Weaning Off: 2 Minggu Tanpa Susu Ibu.

Assalamualaikum.

Hari ni Alhamdulillah dah genap 14 hari Kautsar wean off. Dua minggu tanpa susu ibu, tanpa ngempeng, ngopek, memerap dan yang sewaktu dengannya.

Senang ke?

Alhamdulillah tersangat senang wean off Kautsar. Ada sekali dua je Kautsar tiba-tiba menangis masa nak tidur petang, memang hati mak-mak ni sayu sangat tengok Kautsar macam tu tapi gagahkan jugak hati. Yang bukan mak takkan faham rasa ni. Nampak gagah tapi sebenarnya rapuh oii.

Memang la Kautsar dah mula minum susu formula sejak usia genap 1 tahun. Waktu tu susu rehan drop yang teramat drop sampai tak boleh nak banyakkan susu (kemudian baru rehan tau rupanya susu rehan drop sebab mengandung). Bila rehan tau rehan mengandung, masa tu Kautsar umur 11 bulan, rehan gagahkan diri susukan Kautsar lagi sebulan. Setahun. Setahun je pun cukuplah. Alhamdulillah, Allah izinkan rehan susukan Kautsar selama setahun tanpa formula.

Sejak mula minum susu formula, rehan masih susukan Kautsar sampai rehan bersalinkan Arfa. Setiap kali tidur memang Kautsar menyusu dengan rehan. Jadi masa rehan nak wean off Kautsar ni, rasa takut jugak kot-kot Kautsar tak boleh terima. Memang biasanya kalau Kautsar tak dapat susu dengan rehan Kautsar akan mengamuk.

Alhamdulillah mungkin ada hikmah rehan wean off Kautsar awal daripada perancangan asal. Sejak wean off sampai sekarang Kautsar tak ada masalah sangat. Ok je. Pandai minta susu kocak bila nak tidur.

Wean off maksudnya rehan dah tak susukan Kautsar. Betul. Tapi takde la rehan terus abandon Kautsar macam tu je. Waktu Kautsar biasanya menyusu badan, rehan ganti dengan sesi peluk-peluk, popok-popok sampai Kautsar tertidur. Kautsar anak yang sangat baik, sangat memahami. Bila ibunya popok peluk-peluk Kautsar terus baring pejam mata dan tidur. Langsung tak ada masalah.

Sesekali Kautsar minta nak susu ibu, rehan tak pernah cakap tak boleh. Tapi rehan cakap, "Minum susu kocak ye. Susu kocak sedap. Kautsar suka minum susu kocak. Susu ibu untuk eby (Arfa)."

Menjadi. Kautsar faham bila rehan cakap macam tu. Tak pernah sekali pun dalam masa 2 minggu ni Kautsar mengamuk nak susu ibu. Sekali dua je Kautsar tiba-tiba menangis sedih. Tiba-tiba cebik-cebik bibir, tahan air mata. Allah, sayu betul rasa.

Mak-mak, rehan bukan anti susu ibu. Rehan sokong penyusuan susu ibu. Tapi dalam masa sama, rehan tak fanatik. Ada sesetengah mak-mak yang rehan tau tak mampu nak susukan anak. Tak mampu bukan maksudnya tak ada susu. Tak mampu bukan maksudnya tak mahu. Tapi cabaran mak-mak moden rehan faham, sangat memberi tekanan.

Pendapat rehan, perkara paling utama ialah kesihatan mak-mak. Baik dari segi fizikal mahupun mental. Rehan tau ramai mak-mak yang nak susukan anak secara eksklusif. Tapi dalam masa sama mak-mak menanggung tekanan bekerja mencari nafkah, pressure daripada masyarakat dan keluarga terdekat.

Nasihat rehan, abaikan semua tu. Buat yang terbaik yang mak-mak mampu. Tak perlu tunduk pada tekanan. Tak perlu usahakan melebihi kemampuan fizikal, mental dan rohani mak-mak. Susu formula tak salah. Memang bukan yang terbaik, tapi tak salah. Selain susu formula, banyak lagi pilihan yang mak-mak boleh bagi kepada anak seperti susu kambing. Yang penting mak-mak happy.

Tunjang rumahtangga adalah ibu/isteri. Ibu dan isteri kena gembira. Bila ibu/isteri gembira, rumahtangga bahagia. Perkembangan emosi anak-anak lebih utama. Kalau mak-mak terlalu fokus untuk beri susu ibu sepenuhnya sehingga stress, hingga tak gembira bila bersama anak-anak, tak ada gunanya.

Jadi mak-mak semua, buat apa yang mak-mak gembira buat. Jangan stress.

Salam sayang,
Rehan dan anak-anak syurga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...