"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Review: Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club

Assalamualaikum.

Baru-baru ni kami diberi kelapangan wang dan masa untuk bawa Kautsar ke Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club, Nusajaya. Tak plan sangat pun, tiba-tiba terfikir nak ke sana.

Saya ada google-google sebelum pergi tu, tapi tak dapat banyak maklumat yang membantu. Jadi saya rasa baik saya kongsi review ni supaya dapat bantu ibubapa lain yg berniat nak bawa anak ke sana.
Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Puteri Harbour Malaysia.

Kalau dari arah utara, boleh ke sana melalui Lima Kedai menghala ke Gelang Patah. Tapi jangan terus sampai ke Gelang Patah, belok kiri kat satu simpang tiga traffic light masuk jalan besar menuju Kota Iskandar dan Nusajaya. Tapi jalan situ agak sempit dan ada bahagian yang ada construction tak siap-siap. Motor dan lori pun banyak.

Selain tu, boleh lalu Jalan Skudai sampai lepas Danga Bay. Nanti ada flyover menuju je Nusajaya dan Kota Iskandar. Nanti jumpa Legoland dulu, kemudian Giant Nusajaya. Kemudian baru jumpa Puteri Harbour di kawasan Kota Iskandar. Jalan ni luas dan lapang macam highway.

Bagi yang tak biasa ke Kota Iskandar, saya cadangkan guna GPS / Waze.

Bersebelahan dengan Puteri Harbour ada bangunan Trader's Hotel bercantum dengan The Red Cube. Hello Kitty Town terletak dalam bangunan Red Cube ni berhampiran Sushi King, Kenny Rogers, Lat's Place, Starbuck, Toys R Us etc.

Hello Kitty Town & The Little Big Club ni sebenarnya taman tema dan playground setinggi 4 tingkat. Aras ground adalah cafe dan kaunter tiket. Hello Kitty Town terletak di Aras 1. The Little Big Club pula terletak di Aras 2 dan 3.

Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Ada dua pilihan tiket bagi warganegara Malaysia (pemegang MyKad):
RM55/pax untuk entri ke Hello Kitty Town sahaja, atau
RM85/pax untuk entri ke Hello Kitty Town dan The Little Big Club
*Nota: kanak-kanak bawah 3 tahun atau 90 cm tinggi masuk percuma.

Kami pilih untuk masuk dua-dua taman tema. Ada program istimewa seperti musical sing-along, Meet & Greet dll pada waktu tertentu. Pastikan anda semak jadual program di Kaunter Khidmat Pelanggan bersebelahan Kaunter Tiket sebelum masuk.


HELLO KITTY TOWN
Taman tema ni sesuai untuk kanak-kanak perempuan 3 tahun ke atas, yang dah boleh dengar arahan, atau yang boleh berdikari. Tempatnya kecil je, tapi banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan anak-anak.

Ready for action! Kautsar blur baru bangun tidur sebenarnya. Hihi.
Ada beberapa bilik aktiviti. Antaranya Cookies Making, Jewellery Making, Costume Studio. Boleh masuk Kitty House untuk ambil gambar, ala-ala rumah Hello Kitty la ada dapur, walk-in wardrobe, bilik mandi, bilik tidur. Selain tu boleh selesaikan task mudah di Black Wonder untuk selamatkan Hello Kitty dan Daniel yang diculik. Tak susah pun, lepas selesaikan nanti dapat sijil. Selain tu boleh main TeaCup yang pusing-pusing tu. Dan ada satu playground untuk kanak-kanak 90 cm ke atas. Namanya Friendship Land. Kami tak masuk sebab Kautsar tak cukup tinggi. Dalam tu ada personnel yang akan supervise anak-anak kita bermain.

Kami datang hari Sabtu, jam 12 lebih tengahari waktu cuti sekolah. Jadi agak ramai orang dalam tu dan bising sikit. Tapi masih ok, masih boleh main dan berseronok.

Sampai-sampai kami terus beratur untuk main TeaCup. Sebab line TeaCup tu yang paling pendek. Saiz TeaCup tu kecil je, kami masuk berdua pangku Kautsar, berlaga lutut. Hihi. Kena pula saya ni jenis kaki panjang, memang sempit. Demi anak, masuk jugak la.

Lepas TeaCup, kami masuk bergambar di Kitty House. Cantik sangat dalam tu, sesuai la untuk budak-budak perempuan. Lepas keluar dari Kitty House tu ada sesi Meet&Greet dengan Kitty dan Daniel, jadi kami ambil gambar dulu. Dalam taman ni ada jurugambar yang ambil gambar kita, nanti kita boleh beli. Nanti saya cerita pakej gambar ye.

Kitty House: Kat ruang tamu
Kitty House: Kat wardrobe
Lepas Meet&Greet, kami rehat sekejap, makan dan minum di Cinnamonroll Cafe. Harga agak mahal, biasalah kan. 1 cucuk mini donut RM4.50. Cookies pun RM4.50 satu tapi besar dan manis, makan tak habis. 

Jewellery Making: time ni Kautsar tengah bersemangat!
Kemudian kami ke Jewellery Making. Dalam ni kita akan diberi 1 utas rantai dan 1 pendant setiap seorang. Masukkan pendant dalam rantai, siap. Senang je kan? Tapi untuk kanak-kanak, lama jugak nak siap. Haha. Rantai tu kita boleh bawa balik, dah termasuk dalam harga tiket. Kami tak ke Cookies Making sebab Kautsar belum sesuai nak uli-uli doh. Nanti comot. 

Last sekali kami masuk Black Wonder. Mula-mula tu ibu dan abah blur jugak apa benda task yang kena buat. Mana nak cari klu. Lepas tu ibu semangat selesaikan task, abah sibuk ambil gambar, Kautsar pula ralit main lari jalan pusing dalam tu. Hasil usaha ibu, kitorang dapat sijil sebab berjaya selesaikan task. Haha.

Sebelum keluar tu sempat juga tengok My Melody Sing-Along, tapi bila habis tu nak peluk-peluk dengan Hello Kitty dan Daniel Kautsar takut pula. Haha.

Black Wonder: Sebelum mula task
Black Wonder: Dalam Fashion House kot.

My Melody Sing-Along: Ralit sangat Kautsar nyanyi.

THE LITTLE BIG CLUB
Dah puas pusing Hello Kitty Town, kita ke The Little Big Club pula. Berbanding Hello Kitty Town yang ala-ala taman tema, The Little Big Club ni lebih kepada Playground bertema. Ada 2 tingkat, memang puas main. Temanya Barney, Thomas & Friends, Bob The Builder, Pingu, Angelina Ballerina. Itu je kot.

Mula-mula kami duduk rehat dulu sambil tengok Sing-Along Thomas & Friends. Berjoget-joget Kautsar bila part nyanyi-nyanyi. Sambil tu Kautsar main kat tempat Barney. Bila dengar lagu The Wheels on The Bus terus Kautsar berhenti main dan melompat-lompat joget. Lagu kegemaran Kautsar tu selain Head, Shoulders, Knees and Toes dan Baa Baa Black Sheep.


Lepas main kat Barney, masuk rumah Pingu. Rumah Pingu ni macam pusat hiburan keluarga, ada Air Hockey, gravity bowling etc. Tak sesuai untuk Kautsar jadi kami terus keluar dan main kat playground.

Depan Pingu Igloo

Dalam Pingu Igloo
Playground aras 2 tu besar, macam maze. Sesat-sesat ibu abah Kautsar main dalam tu. Abah paling semangat, terselit-selit bawa Kautsar main dalam playground saiz budak-budak (bayyangkan abah Kautsar yang saiz montel tu main kat sana). Gigih sangat abah bawa Kautsar naik gelongsor, kemudian lepaskan Kautsar menggelongsor. Soalnya, abah kena turun gelongsor juga lepas tu. Satu-satunya baby tua yang main gelongsor kat situ. Haha.




Main kat playground tu je dah lama. Lepas tu main susun-susun tetris pula. Kautsar sangat kental angkat blok-blok tetris tu walaupun terhuyung-hayang. Sekejap je main susun tetris, lepas tu terus ke aras 3.

Susun tetris
Kat aras 3 ada banyak permainan berunsurkan rides. Kautsar dengan abah naik Bertie The Bus, Windmill. Itu je sebab dah letih sangat masa tu. Kautsar pun dah mengantuk. Selain dua tu, ada Thomas Train Ride, Bumper & Diesel Car, Helitour Ride, Crane Drop Ride, dan beberapa lagi yang saya tak ingat. Ada Sodor playground juga, tapi kami tak main sebab penat. Kat aras 3 ni ada cafe yang jual makanan berat. Tapi harga saya tak pasti sebab saya tak makan pun kat sini. Kami plan nak makan di Lat's Place nanti.

Bertie The Bus

Windmill
Helitour
Sebelum balik kami sempat cukupkan gambar untuk ambil pakej gambar bernilai RM150:
  • 4 gambar saiz 5R
  • 1 gambar saiz 8R
  • 1 magnet
  • 1 keychain
Pakej lain yang saya ingat:
  • RM35/ pcs untuk gambar saiz 5R
  • RM100 untuk 4 gambar saiz 5R
  • RM50/pcs untuk gambar jigsaw puzzle
  • RM200/pcs untuk gambar canvas
Secara ringkas, kami yang bawa anak kecil seusia Kautsar ni pun ambil masa 4 jam dalam dua-dua taman ni. Kalau bawa anak umur 3-12 tahun elok la datang awal sikit. Kami tak plan jadi datang waktu cuti sekolah, memang agak ramai. Tapi seronok meriah. Kalau datang weekdays lebih aman inshaAllah, saya dah tanya dengan adik yang kerja situ. Hehe.

Saya rasa puas hati la dengan Hello Kitty Town dan The Little Big Club. Walaupun harga tiket agak mahal, tapi pada kami berbaloi. Untuk lain kali, kami lebih berminat nak ke The Little Big Club saja. Hello Kitty Town boleh pergi bila Kautsar dah besar sikit.

Review untuk Lat's Place inshaAllah akan datang ye. 


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kautsar dan Penyakit Tangan Kaki Mulut (HFMD).

Assalamualaikum.

Tak berapa lama dulu Kautsar dijangkiti penyakit tangan kaki mulut, atau yang biasa orang sebut HFMD (hand, foot, mouth disease). Penyakit ni terjangkit kat Kautsar masa kami balik kampung. Sepupu kesayangan Kautsar, Abang Luqman, masa tu baru je baik daripada sakit ni. Tak sengaja terjangkit ke Kautsar pula.

Gambar ihsan Google. Bintil pada tangan kaki Kautsar lagi sikit dan tak semerah ni. Kecil-kecil je.
Alhamdulillah tak teruk langsung. Pagi tu suhu Kautsar tinggi, saya ukur 38.5C. Waktu saya mandikan, saya perasan ada bintik merah macam ruam yang banyak kat punggung Kautsar. Tangan dan kaki ok tak ada bintik. Tapi sejam kemudian saya cek tangan dan tapak kaki ada bintil berisi air. Adalah dalam beberapa bintil. Tapi saya taknak ambil risiko. Terus kami bawa ke Klinik Pakar Kanak-kanak.

Saya ceritakan kepada doktor tentang demam, bintil di punggung, tangan dan kaki. Juga tentang sepupu Kautsar yang baru baik dari jangkitan HFMD. Doktor kata ada kemungkinan Kautsar dijangkiti HFMD, tapi beliau tak sahkan. Sebab masih awal sangat. Demam Kautsar sikit je, bintil-bintil pun sikit. Doktor cuma bagi ubat paru-paru dan ubat batuk sebab Kautsar dah beberapa hari batu selsema. Ubat demam kami ada. Antibiotik untuk HFMD pun doktor tak bagi, lebih-lebih lagi kami ada bagitau Kautsar susah makan ubat.

Balik tu kami monitor Kautsar, Alhamdulillah setakat itu je sakitnya. Tak makin teruk. Kat mulut boleh kata tak ada bintil langsung. Kat tangan dan kaki sikit-sikit je. Sebab doktor tak bagi apa-apa ubat, kami ikhtiarkan dengan suplemen Shaklee. Dah alang-alang ibunya SID, takkan anak sakit kita tak usahakan. Betul tak?

Saya bagi Kautsar 1 scoop Meal Shake dibancuh dalam susu setiap malam sebelum tidur. Tangan dan kaki Kautsar pula kami sentiasa sapukan dengan Herbal Blend. Lepas makan malam kami bagi Nutriferon kepada Kautsar, 1 paket sehari selama 2 hari berturut-turut.

Apa yang saya perasan, Kautsar lebih lena tidur malam. Malah waktu nap siang pun lebih lama. Bintil di tangan, kaki dan punggung cuma bertahan sehari dua. Sapu Herbal Blend kat punggung Kautsar tak ada bintil baru yang naik. Kautsar pun tak rasa tak selesa, boleh main macam biasa. Kalau tak Kautsar asyik pegang dan tepuk-tepuk pampers je. Bintil yang ada tu terus kering dan makin baik. Bila bintil kering, kulit tangan dan kaki Kautsar menggelupas teruk. Dengan Herbal Blend, kulit yang menggelupas tak kering dan keras. Kulit pun jadi lebih lembut.

InshaAllah lepas ni kami akan lebih konsisten berikan Meal Shake untuk Kautsar. Bulan ni ada promosi Beli 3 percuma 1. Memang nak borong. Kalau ada yang sudi nak kongsi boleh hubungi kami ye.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Bengkel Babywearing (Gendong Bayi) 101

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas, kami tiga beranak diizinkan hadir menuntut ilmu menggendong bayi di Bengkel Babywearing 101 anjuran Selat Tebrau Babywearers. Banyak sangat ilmu berkaitan kaedah menggendong bayi secara selamat yang kami dapat kutip sepanjang program berlangsung.

Program bermula jam 8 pagi. Kebetulan diadakan di UTM, alma mater saya, kami pula bermalam di Skudai. Jadi kami tak tergesa-gesa pergi. Dewan tempat bengkel berlangsung sangat luas dan selesa. Ada ruang untuk kanak-kanak menonton movie dan mewarna, ada juga ruang untuk ibu-ibu menyusukan anak.

Paling best ada booth-booth jualan dengan diskaun khas untuk peserta bengkel.



Acara pertama ialah ceramah tentang kebaikan menggendong bayi. Maaflah saya tak sempat nak tengok nama penceramah sebab sibuk layan Kautsar teruja ramai kawan. Penceramah adalah pensyarah Sains Sukan di Fakulti Pendidikan UTM yang dah banyak menerbitkan jurnal dan kertas kerja berkaitan kebaikan menggendong bayi kepada ibu dan anak.

Seterusnya adalah taklimat khas oleh En. Steven, wakil daripada IzziKlik iaitu pengedar sah baby carrier jenama Ergo di Malaysia. Taklimat En. Steven berkaitan macam mana nak bezakan Ergo tiruan (Fergo) dengan Ergo asli. IzziKlik ni satu-satunya pengedar sah Ergo di Malaysia tau, jadi kalau nak beli produk Ergo lebih baik rujuk dengan IzziKlik kat mana boleh dapatkan. Sebab baru-barunya ada pelanggan yang beli Fergo pada harga RM500 lebih di Expo Mom & Baby JB. Yang murah dah tentu fake, yang mahal belum tentu original.

Sesi ketiga adalah ceramah tentang kaedah babywearing yang selamat oleh Dr Nyazirah Wahab, doktor pakar radiologi Hospital Sultanah Aminah merangkap Presiden Selat Tebrau Babywearers. Barulah jelas kenapa kita sebagai ibu bapa WAJIB ELAK crotch-carrier. Crotch-carrier memang murah, kat kedai ada yang cuma RM60 lebih. Berbanding ergonomik baby carrier yang selamat untuk bayi harganya RM300 lebih. Ibu bapa tolong faham, ada sebab harga baby carrier yang baik tu mahal. Materialnya selamat untuk bayi, malah bayi berada dalam keadaan selesa dan selamat jika digunakan dengan kaedah yang betul.

Selesai ceramah adalah sesi latihan dalam kumpulan. Kami tiga beranak dalam Kumpulan 5, En Qusyairi satu-satunya kumbang dalam group kami. Mula-mula kami di beri masa 90 minit untuk belajar dan mahirkan diri dengan Soft-Structured Carrier (SSC) dan Ring Sling. Bagi kami berdua, SSC bukan asing sebab kami dah gunakan JumpSac Orbit seawal Kautsar berusia 4 bulan lagi. Tapi yang lebih best sebab kami dapat cuba pelbagai jenis SSC daripada jenama lain. Ada banyak jenama SSC di pasaran Malaysia antaranya TULA, Ergo, Pognae, SnuggBaby, Onya, CuddleMe, Manduca, Tugeda, KinderPack dan Boba. Kami tak dapat cuba banyak sebab Kautsar sejak dapat kaki memang taknak digendong. Lagi pun Kautsar mengantuk sangat waktu tu. Hehe.

Ring-sling mudah nak guna. Tapi entah kenapa, saya tak berapa berminat. Mungkin sebab gendong sebelah bahu je. Ring sling ni menggendong bayi dalam kain yang dijahit dengan ring (gegelung cincin). Ala-ala orang indonesia selalu bawa budak dalam kain batik. Kalau pakai batik yang tak berjahit tu kita panggil ribozo (ikat, bukan jahit). Menggendong dengan ring sling cuma guna sebelah bahu, jadi ibu bapa kena pilih bahu yang mana yang selesa. Saya memang tak minat gendong sebelah bahu sebab tak lama je mesti rasa berat sebelah. Ada kaedah pakai ring sling, kalau salah pakai akan menyebabkan sakit belakang.

Belajar buat high back carry.
Lepas break tengahari, sesi latihan dalam kumpulan yang kedua pula. Kali ini untuk belajar dan berlatih gunakan Mei Tai dan Wrap. Wrap adalah kain khas untuk menggendong bayi. Cuma sehelai kain panjang, macam shawl tapi lagi besar. Orang dengan susuk macam saya sesuai guna wrap saiz 5 (4.2 meter). Macam En Qusyairi boleh guna saiz 5 atau 6 (4.5 meter). Saya berkenan sangat dengan wrap Garisol, warnanya sangat cantik, kainnya sangat sedap dan sangat selesa untuk bayi. Ada banyak jenama wrap, antara yang affordable ialah JumpSac, BebeSachi, Deisu, Lenny Lamb. Jenama affordable ni biasanya daripada material 100% cotton.

Selain tu ada wrap yang lebih mahal dan boleh cecah lebih RM1000, seperti Pavo. Wrap mahal ni daripada material campuran sutera dan cotton. Ada juga wrap daripada material campuran linen dan cotton. Jenama wrap lain yang kami sempat usha hari tu ialah NatiBaby, Garisol, JumpSac, Deisu. Wrap ni yang paling best dan menambat hati saya. Sebab kalau pakai wrap, selesa sangat-sangat. Betul-betul ibu body ibu dan bayi. Tak ada istilah wrap tak sesuai, kecuali kalau salah pakai.

Mei Tai pulak. Mei Tai ni macam wrap, ikat-ikat keliling badan. Tapi kelebihannya ada body panel macam SSC. Lebih senang nak ikatlah berbanding wrap. Jenama yang dicadangkan BebeSachi. Kat bawah ni gambar En Qusyairi menggendong Kautsar dengan Mei Tai jenama apatah, harganya RM1200. Menangis mak dengar harganya. Nak berpeluh pun takut. Haha. 


Sepanjang bengkel memang meriah dengan kanak-kanak dan bayi. Seronok sangat Kautsar main. Tak banyak gambar yang kami tangkap. Biasalah, saya kalau dah khusyuk memang tak ingat nak bergambar. Saya bukan gila gambar pun. Hihi.


Selain tu ada banyak cabutan bertuah. Kautsar menang satu Angel Backpack dan sepasang tshirt dan seluar. Saya yang paling seronok sebab dapat voucher RM50 untuk nursing wear oleh FeedMilk dan voucher 15% off untuk beli baby carrier di FabMom. Selain tu kami berjaya borong 5 set cloth diaper untuk Kautsar pada harga RM16 setiap satu. Murah sangat! Dan cenderahati yang kami bawa balik termasuklah dua set penjagaan gigi untuk Kautsar, buku nota Fakulti Pendidikan UTM dan lebih penting lagi booklet berisi maklumat menggendong bayi. Dan kami juga dah booking sehelai wrap Lenny Lamb. Tunggu hari je sampai. Tak sabar!


Ibubapa yang berminat nak babywear anak masing-masing, saya nasihatkan joinlah mana-mana group babywearing yang bertauliah. Yang berada di sekitar Johor boleh join Selat Tebrau Babywearers. Yang lain boleh join Malaysia Babywearing. Best sebab diorang ni terlatih, dapat sijil untuk ajar gendong bayi. Selain tu diorang selalu jual beli wrap preloved pada harga affordable. Best beli yang preloved sebab dah broken in. Lembut sangat. Selesa!

Ok, terpanjang lebar la pulak kan. Sampai sini dulu. Malam ni nak tidur mimpi Garisol wrap :)

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Cara Ringkas Solat Sunat Hajat.

Assalamualaikum.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

WAKTU MELAKUKAN SOLAT SUNAT HAJAT
Boleh dilakukan bila-bila masa ( siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll.Walaubagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam,/ separuh malam.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat

Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah ( cara paling ringkas) ialah :

Lafaz niat solat sunat hajat:
صَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الحَاجَØ©ِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :

  • Baca doa iftitah
  • Baca Al Fatihah
  • Baca Surah Al Kafirun 1 kali
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

Pada Rakaat Kedua

  • Baca Al Fatihah
  • Baca Surah Al Ikhlas
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
  • Membaca Tahiyat Akhir
  • Memberi Salam

Berdoa selepas memberi salam:
Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, dijauhkan dari maksiat dll.

Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha dan ikhtiar. Salah satu dari usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui solat hajat sama ada kecil atau besar.

Hajat yg dipohon
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi/menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat/kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain


FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

  • Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah swt
  • Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah swt Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
  • Memberi ketenangan jiwa kepada seseorang
  • Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah swt
  • Tidak putus asa dengan takdir Allah swt
  • Dimakbulkan Allah swt doa yang dipohon (InshaAllah)

Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja (tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada didalam solat- batal solat jika melafazkannya).

Hajat juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi salam ( boleh melafazkannya krn telah keluar dari solat.

Semoga bermanfaat dan rajin diamalkan.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Simptom Dosa!

Assalamualaikum.

Ini adalah petikan beberapa isi penting daripada rancangan Tanyalah Ustaz yang bersiaran pada 12 Oktober 2014.

Antara dosa tak langsung tanpa sedar ialah menuduh halal dan haram sesuatu perkara

Hak menghukumkan HALAL dan HARAM itu hak Allah swt.
Janganlah kita menuduh sesuatu kerjaya atau harta sesorang itu Halal atau Haram kerana kita tiada hak untuk jatuhkan hukum Halal dan Haram jika tiada bukti asas dan sahih. Itu semua Hak Allah swt. Jangan binasakan diri sendiri dengan menindas hak Allah swt.

Antara Amal yang boleh diikhtiarkan untuk mohon dosa diampunkn Allah swt (semua jenis dosa kecuali syirik!):

  1. Haji: sebab ada hari Arafah iaitu saat paling makbul berdoa! Mohon Allah swt ampunkan dosa kita!
  2. Setiap hari iaitu 1/3 malam (jam 3 pagi hingga subuh)
  3. 10 malam terakhir Ramadhan! Carilah LailatulQadar. Bukan menunggu LailatulQadar!

Yang penting Konsisten. InshaAllah syaitan akan jauh dr menghampiri kita.


Soalan: adakah perbuatan sihir itu merupakan satu penyakit dan penghapus dosa?
1. Percaya Allah itu Maha Besar dan segala yang berlaku adalah dari-Nya
2. Jangan percaya dan yakin penyakit itu sebab datang dari sihir malah kita redha atas ketentuan dari Allah swt
3. Jadi ubatnya adalah dekatkn diri dgn Allah swt, perkasakan ilmu agama dan usaha atas jalan Allah swt untuk ikhtiar dan seterusnya berdoalah pada Allah agar dipermudahkan urusan.

Semoga bermanfaat.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Susu Ibu: Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan.

Assalamualaikum.

Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang baru melahirkar) anak pertama mungkin.mengalami sedikit masalah untuk dua minggu pertama dalam penyusuan susu ibu. Berikut adalah beberapa masalah yang sering dialami:

Bengkak buah dada


Sebab - Jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, buah dada akan jadi padat dengan susu. Buah dada anda akan terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

Penyelesaian:

  • Sebelum menyusu, perah buah dada dengan perlahan-lahan untuk melembutkannya. Ini akan memudahkan bayi menghisap puting dan areola. Anda juga akan merasa kurang sakit.
  • Jika buah dada anda masih keras selepas menyusu, perahkan baki susunya. Tuamkan buah dada untuk melegakan kesakitan.
  • Pakai coli yang mengampu buah dada dengan baik.
  • Tentukan kedudukan anda betul dan bayi menetek dengan berkesan. Jangan hadkan penyusuan. Menyusulah dengan lebih kerap.


Puting yang luka atau merekah


Sebab - Jika bayi hanya menghisap puting dan tidak areolanya, ini akan menyebabkan puting luka atau merekah.

Penyelesaian -

  • Pilih kedudukan yang sesuai  dan selesa. Dekatkan bayi ke  buah dada dan bukan sebalik-nya.
  • Pastikan bayi menghisap puting bersama areolanya. Oleh itu mulutnya haruslah terbuka luas dan dagunya menyentuh buah  dada anda.
  • Amat penting anda terus menyusukan anak dalam kedudukan yang betul.
  • Beri bayi hisap buah dada yang  tidak sakit dahulu. Bila susunya  mangalir dangan elok, beralih- lah ka buah dada yang sakit itu.
  • Selepas menyusu, masukkan  hujung jari anda ke penjuru mulut bayi. Kemudian alihkan bayi dengan perlahan dari buah dada anda.
  • Sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu untuk membantu memulihkannya. Elak  daripada menggunakan sabun,  krim atau losyan pada puting.
  • Dedahkan puting anda ke udara sekerap mungkin. Elak daripada memakai coli  sehingga kesakitannya reda.
  • Jika putingnya terlalu sakit, dapatkan nasihat doktor. Sementara itu, perah susu anda agar pengeluaran susu tidak terjejas dan bayi terus disusui.



Kekurangan Susu Ibu

Sebab -

  • Pengaliran susu anda  akan menyusut kerana kurang  rangsangan akibat faktor-faktor yang berikut :
  • Jika anda tidak membenarkan bayi menghisap sekerap yang ia hendak.
  • Jika anda mula memberikan makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol.
  • Jika anda beri bayi menghisap sebelah buah dada sahaja.


Susu anda juga akan menyusut :

  • Jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu.
  • Jika anda menghadapi tekanan emosi.


Penyelesaiannya  -

  • Susui bayi anda sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendakinya.
  • Cuba susui bayi anda pada setiap 2 jam.
  • Susui bayi anda dari kedua-dua belah buah dada.
  • Perbaiki pengambilan makanan anda. Lebihkan makanan membina badan (seperti ikan, ayam, daging, telur, susu, kekacang, biji-bijian dan kacang) dan makanan mencegah penyakit (seperti buah-buahan dan sayur- sayuran).
  • Yakini diri sendiri. Anda boleh menyusu bayi anda.
  • Cuba tenangkan diri anda.


(Dari Laman Web Hospital Mersing)


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU PENYUSUAN SUSU IBU



Set breastfeeding Shaklee dipakej khas bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan bayi sambil dapat nutrient penting yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Set ini bukan sahaja untuk menambah susu, tapi juga membekal tenaga kepada ibu-ibu secara selamat dan semulajadi. Set ini mengandungi:

  • Vitalea: multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.
  • Vita-C: penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.
  • B Complex: mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.
  • Alfalfa: digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Di samping itu, kegunaan alfalfa sangatlah banyak.
  • ESP: membekalkan 40% keperluan protein harian ibu, memberi tenaga segera dan berpanjangan, memekatkan susu selain mengandungi asid amino perlu termasuk 9 komponen yang tak dapat dihasilkan oleh badan
  • OsteMatrix: tablet kalsium dan magnesium untuk mengelakkan ibu kekurangan kalsium yang menyebabkan kejang otot, gusi berdarah dan tulang rapuh. Kalsium yang cukup juga boleh membanpu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Ibu-ibu yang pernah mengambil set breastfeeding ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak.

Namun, 3 PERKARA PENTING ini perlu diamalkan:

  • Minum 3Liter air sehari
  • Pam susu 3 jam sekali
  • Doa, tawakal

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Assalamualaikum Oktober.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bulan September dah melabuhkan tirai. Maka secara rasminya contest kami dah tutup. Sebanyak 7 penyertaan yang kami terima, semuanya sangat menarik. Jadi sekarang kami ambil masa untuk pilih pemenang terbaik. InshaAllah minggu ni pemenang akan diumumkan.

Oktober ni promosi ESP pula. ESP ni bestselling produk. Boleh kata semua yg dah pernah try ESP confirm akan repeat order. InshaAllah nanti kami akan cerita lebih lanjut tentang promosi ESP ni.

Promosi Meal Shake beli 3 percuma 1 masih lagi berjalan tau!

Di kesempatan ini kami ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di mana pun anda berada. Tahun ni kami dikurniakan rezeki untuk menjalankan ibadan qurban untuk buah hati pengarang jantung kami, Kautsar. Alhamdulillah. Semua urusan qurban untuk Kautsar dipermudahkan bagi kami :)

Dalam perjalanan balik kampung beraya. Sekali sekala abah kenalah merasa senang tak senang melayan Kautsar dalam kereta. Hihi.

Ok, berjumpa lagi dalam entri seterusnya. Semoga hati kita sentiada dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...