"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Assalamualaikum 2016!

Assalamualaikum 2016!

Semoga Allah swt lanjutkan nikmat yg kita miliki sekarang.
Dan dilipatgandakan keberkatan-Nya.

Ya Allah.
Izinkan tahun 2016 menjadi tahun yg lebih baik bagi kami.
Dari segi amalan ibadah.
Rezeki dan barokah.
Umur dan kesihatan.
Kasih sayang dan persaudaraan.
Tutur kata dan adab.
Dan segala rahmat kurniaan seperti yg Engkau izinkan.

Amin ya Rabb.

Kindness Johor: Free Market Johor

Assalamualaikum.

Malam ni entri urgent nak share tentang Free Market Johor yang akan berlangsung esok.

Butirannya seperti dalam gambar di bawah ye.



Kindness Johor adalah badan non-profit yang fokus melakukan keeja-kerja amal di sekitar Johor. Antaranya ialah Free Market Johor ni iaitu ahli-ahli Kindness akan buka carboot dan berikan barangan percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Lokasi kebiasaannya adalah di hadapan Pejabat Zakat, khas untuk golongan asnaf yang berurusan dengan pejabat zakat.

Antara aktiviti Kindness Johor ialah memberi sarapan pagi percuma kepada asnaf, barangam dapur dan peralatan sekolah.

Siapa berminat boleh la apply jadi volunteer. Boleh dapatkan maklumat lanjut melalui fb Kindness Johor. Type je Kindness Johor kat search box, nanti keluar la fb nye.

Semoga bermanfaat.

Asal Usul Nama Kautsar Kamaliah.

Assalamualaikum.

Cerita malam ni personal sikit. Biasanya rehan tak share kat tempat public macam blog atau fb. Tapi bukan la rahsia. Kalau borak-borak dengan rehan tak ada masalah rehan kongsi cerita ni.

Malam ni nak cerita asal usul kami pilih nama Kautsar Kamaliah untuk anak sulung, buah hati pengarang jantung kami.

Masa rehan mengandungkan Kautsar, hati rehan kuat naluri kata anak rehan ni anak perempuan. Jadi rehan mencari nama anak perempuan je. Tak fikir nama anak lelaki langsung.

Bila diintai-intai, memang betul rehan mengandungkan anak perempuan. Alhamdulillah.

Bila kandungan cecah 7 bulan, rehan mula sibuk cari nama anak. Macam-macam rehan senaraikan. Tapi tak banyak yang kami berkenan. Rehan cerewet sikit masa tu, sebab anak sulung kan.

Masa tu cuma 2-3 nama je yang rehan dan zauji Qusyairi berkenan. Salah satunya Kautsar. Rehan nak letak nama Siti Kautsar tapi zauji taknak, katanya nanti sama dengan nama Siti Kuning. Hahaha.

*buat yang taktau, siti kuning tu kucing kesayangan rehan. Dah arwah dah tapi sempat berkongsi hidup selama 4 tahun lebih dengan rehan.*

Masa mula-mula rehan suggest nama Kautsar kat zauji, rehan kata rehan suka sangat nama tu sebab surah Al-Kautsar. Surah Al-Kautsar menceritakan tentang sungai di syurga. Rehan sendiri memang suka nama-nama yang terkait dengan alam.

Sungai kautsar dikatakan airnya lebih putih daripada susu, lebih wangi daripada Kasturi. Dasarnya daripada permata yang indah. Rehan tak dapat nak bayangkan kecantikannya. Sebab tu rehan suka sangat nama Kautsar.

Dari segi sentimentalnya, surah Al-Kautsar adalah surah pertama yang Zauji baca ketika kami solat berjemaah pertama kali lepas bergelar suami isteri.

Tapi yang jadi titik penentu nama Kautsar dipilih sebagai nama anak kami ialah sebab surah Al-Kautsar adalah surah penghibur yang Allah swt turunkan kepada Rasulullah saw untuk mengubat duka akibat kehilangan dua orang yang paling baginda sayang iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Siti Khadijah. Sejak pertama kali rehan dengar cerita ni lama dulu, rehan memang tersentuh sangat. Tersentuh dengan kecintaan Rasulullah saw dan betapa kasihnya Allah swt kepada baginda.

Itu baru cerita Kautsar. Sekarang masuk cerita Kamaliah pulak.

Nama Kamaliah ni tak sengaja pilih. Masa belek-belek album nama-nama bayi, rehan ternampak nama kamilia (bunga camelia). Rehan suka nama-nama bunga, tapi sebutan kamilia tu agak moden untuk citarasa rehan.

Lebih kurang masa rehan mengandung 8 bulan setengah, rehan balik kampung mertua kat perak. Dalam perjalanan balik ke johor semula tu, sepanjang perjalanan kami suami isteri dengar lagu Camelia yang Ramli Sarip nyanyi dalam persembahan akhir Anugerah Juara Lagu. Memang jatuh hati dengan nama kamilia. Entah mana rehan tiba-tiba suggest nama Kautsar Kamaliah. Zauji terus setuju.

Gabungan nama Kautsar Kamaliah maksudnya yang banyak kesempurnaan.
😊😊😊



Ini Kautsar Kamaliah, anak sulung ibu Noraihan dan abah Qusyairi. Sejak saat ibu hamilkan Kautsar sehingga hari ini saat ini ibu mohon kepada ALLAH swt supaya Kautsar Kamaliah akan jadi umat yang menghiburkan hati Rasulullah saw, dan hati ibu abah. Dan dengan kesempurnaan Kautsar yang banyak, akan menjadikannya umat yang berjasa kepada agama dan ibu bapa.

Doakan Kautsar sihat, demam sejak malam tadi 😭

Bukan Malaikat: Outing Sendirian Dengan Anak-anak.

Assalamualaikum.

Rehan tak ambil gambar tadi. Cuba bayangkan sendiri jela:
Rehan.
Gendong Arfa.
Tolak stroller Kautsar.
Kepit beg.

Tak mampu nak ambil gambar oii. Tangan dah tak cukup. Haha.

Ceritanya kami ni kat Melaka sebab zauji Qusyairi ada tugas. Jadi tadi sementara abah budak-budak ni berbengkel, rehan bawak anak-anak ke AEON Bandaraya Melaka. Ikutkan hati macam malas je nak bawak bebudak keluar sebab rehan pun tak berapa sihat, tengah demam menghapus dosa hehe. Anak-anak pun selesema sikit.

Tapi kesian dah beberapa minggu budak-budak ni tak dapat keluar main sebab cuaca asyik hujan petang. Jadi tadi rehan redah jugak la bawak anak-anak pergi main kat AEON.

Rehan kan, dapat lesen pun masa umur 25 tahun. Gagal driving test 3 kali. Melintas jalan masih pimpin tangan ayah (sebelum kawin dulu). Kat tempat rehan ok la rehan berani drive. Tapi kat tempat baru memang rehan tak berani drive. Lebih-lebih lagi rehan jarang sangat-sangat drive sejak mengandung Kautsar 3 tahun lepas. Lama tuuu.

Tadi rehan rasa risau nak drive sendiri, bawa anak-anak pulak tu. Kalau budak-budak ni bising, rehan susah nak fokus driving. Lagi pulak kat Melaka ni jalan sempit dan banyak yang sehala.



Kat atas ni gambar masa balik hotel. Kami duduk kat belakang Mahkota Parade. Tersangkut dalam jam dekat-dekat Jonker Walk. Lepas tu belok-belok ikut GPS, sekali jalan tutup pulak. Tersangkut nak uturn tak boleh sbb banyak kereta. Haha. Cabaran betul.

Alhamdulillah pergi dan balik selamat. Biasalah salah-salah lorong tu. Tapi tak ada insiden pelik atau bahaya. Arfa masuk kereta pergi dan balik tidur je. Kautsar masa pergi baik duduk diam. Masa balik Kautsar tidur jugak. Senang kerja ibu. Dah sampai depan hotel baru Kautsar terjaga sbb ibu pasang speaker-phone. Biasalah, orang courier telefon hantar stok hihi.

Ok tadi tu bahagian yg indah-indah. Sekarang masuk bahagian yang tak berapa nak indah pulak.

Sampai-sampai AEON je terus tuju ke Kidzoona. Masa tu dalam jam 11.30 pagi kot. Sambil gendong Arfa, isi borang daftar, dukung Kautsar keluar dari stroller, bukakkan kasut anak-anak, pakaikan stokin. Lepas tu main. Main main main. Sampai lebam. Rehan dapat la curi masa melayan WhatsApp tak henti-henti. Ramai yang transfer duit hari ni, jadi kena cepat settlekan order customer.

Dah berjam-jam main dalam tu. Puas la. Rehan pun tengah agak-agak nak ajak Kautsar keluar dari Kidzoona tu. Arfa pulak minta susu. Rehan tak susukan lagi, segan sebab golongan ayah-ayah dah start datang lepas sembahyang Jumaat. Tengah cari line nak susukan Arfa, Kautsar main panjat-panjat sebelah rehan. Tiba-tiba....

Gedebuk!

Rehan tengok Kautsar diri, terus berlutut tekap mulut, terus baring atas lantai takup muka. Tapi tak nangis. Lepas tu rehan tengoj Kautsar bangun sambung main. Tapi rehan tak sedap hati. Rehan panggil nak tengok mulut Kautsar. Tudia!

Darah bertakung-takung. Rehan lap pakai tisu tak luak-luak. Sampai habis tisu rehan. Rupanya masa Kautsar lompat tu dagunya tersangkut kat belakang kerusi lembut. Tu yang tergigit lidah. Luka besar kat lidah. Dah habis tisu, rehan lap pakai kain pulak. Tapi tak henti darahnya. Terus rehan ke kaunter. Nasib baik ada disediakan gauss. Sampai 7-8 gauss rehan lapkan darah tu, baru kurang. Kurang je tau, tapi darah masih ada.



Ni gambar tisu yang last. Lepas tu rehan guna gauss. Tapi tak sempat nak snap gambar. Sampai adik kaunter tu ambil plastik isi gauss yang penuh darah tu. Kautsar asalnya tak menangis. Tapi bila dia nampak darah banyak-banyak, lepas tu adik-adik kaunter tu berkerumun dia jadi takut. Terus menangis.

Itu satu hal.

Tengah kalut nak lap mulut Kautsar, Kautsar pulak menangis. Boleh pulak masa tu juga Arfa nak susu. Adoyaiiii. Kalut betul perasaan rehan tadi. Masa tu rehan terus mode autopilot. Lap Kautsar, angkat Arfa bawak ke ceruk dan susukan. Sekejap aje Arfa susu terus bangun nak main. Sabar jela.

Dalam pukul 2 rehan keluar dari Kidzoona tu. Segan sebab dah terbuat drama tadi pun ye. Nak bagi budak-budak makan pun ye. Bawa makan kat Vivo sebab itu je yang paling senang. Syukur dapat pelayan yang baik dan memahami keadaan rehan bawa anak-anak. Sementara tunggu makanan sampai, Arfa nak susu lagi. Dah la duduk depan pintu. Pelayan yang serve tu lelaki pulak. Rehan tebalkan muka susukan juga Arfa. Nasib baik pakai baju nursing friendly beli dari An-Naafiqa (boleh tengok fb diorang), aurat terjaga susukan anak kat public area.

Arfa makan banyak. Kautsar taknak makan, taknak minum mungkin sebab lidah sakit. Lepas Arfa makan, rehan nak makan tak sempat. Arfa dah sibuk nak main. Memang laju sangat la makan tadi. Rasanya dari masa makanan tiba sampai rehan bayar dan keluar kedai tu tak sampai 20 minit. Terus bayar parking dan balik. Itu pun masa bayar parking silap termasukkan kad bilik hotel kat mesin parking. Haha.

Ok la. Rehan balik tu rehan happy je. Sambung main dengan anak-anak kat rumah. Sejam lepas sampai tu abahnya pun balik bilik. Bawak budak-budak mandi kolam pulak.

Balik mandi kolam, dah sampai bilik tu Kautsar excited sangat lompat-lompat. Sekali kaki licin terjatuh terhantuk pintu. Benjol setepek kat kepala. Ni first time Kautsar benjol.



Lepas dah settle menangis-nangis, bagi roti makan roti pulak. Sambil tu Kautsar main dengan Arfa, tertolak Arfa jatuh mulut terhentak kat meja. Berdarah bibir pulak. Dugaaaaaaannnnn ! Ibu dah tak terkata. Banyak betul perkara jadi hari ni. Bila keluar makan malam, Arfa terbalikkan sambal kicap sebotol dan tumpahkan air secawan. Betul-betul menduga kesabaran. Sekarang ni hampir jam 11 malam, dua-dua dah tidur, ibu baru dapat berehat sejak bangun tidur subuh pagi tadi.

Yang baiknya tentang hari ni, lepas ni ibu lebih yakin nak keluar bertiga je dengan anak-anak. Bye bye abah. Ibu doa semoga anak-anak ibu jadi anak yang rajin solat, lemah lembut budi bahasa, menjaga aurat dan kehormatan, menyejukkan hati dan mudah diajar. Allah swt perkenankanlah doa ibu.

Last sekali nak belanja satu-satunya gambar yang senonoh hari ni. Gambar masa tunggu makanan sampai lunch tadi.

Haid Tak Teratur Lepas Bersalin.

Assalamualaikum.

Sekarang waktu rehan menaip ni jam kat telefon rehan pukul 11:28 malam. Rehan menaip ni pun guna telefon je, sambil-sambil baring menyusukan baby Arfa. Baby la sangat. Hihi. Rehan selalu anggap anak-anak rehan baby sampai umur 6 bulan je. Lepas tu rehan tak panggil baby lagi.

Eh melalut pulak. Haha.

Rehan ni baru selesai settlekan segala urusan bisnes tadi. Lepas tidurkan Arfa tadi, rehan terus duduk menghadap laptop untuk settlekan order. Senang je. Klik-klik je dah settle. Tapi tak sempat nak blogging.

Lepas settle mengorder, rehan sapu NutriWhite Daily Defense kat muka sikit. DD ni favourite rehan. Siang malam nak sapu, sebab kulit rehan yang sensitif ni rasa senang handle sejak guna DD. Lepas sapu DD, rehan makan suplemen malam pulak. Suplemen biasa rehan la; OsteMatrix dan Vita E. Selain tu rehan minum Vivix satu sudu kecil.

Alhamdulillah selesai urusan rehan hari ni. InshaAllah.

Sejak bulan lepas rehan tambah suplemen malam rehan. Rehan tambah GLA Complex. Sebelum ni rehan tak pernah makan GLA tau. Bukan apa, sebelum ni rehan tak ada keperluan makan GLA. Rehan memang makan apa yang rehan perlu je. Hehe. Tokey suplemen pun reti malas makan banyak-banyak jugak. Opss.

Yang buat rehan rasa perlu makan GLA tu sebab akhir-akhir ni period rehan tak sama macam dulu. Dulu masa zaman rehan masih anak dara, period rehan memang teratur sangat. Setiap bulan mesti cukup cycle 27 hari. Tak lebih. Tak kurang. Rehan mula track period sejak zaman kampus. Masa tu dapat kesedaran nak rekodkan period sebab doktor kata orang perempuan kalau nak tau ada penyakit perempuan ke tak, tengok periodnya teratur ke tak. Sejak tu memang rajin la rehan rekodkan period.

Lepas kahwin period rehan masih cantik 27 hari setiap cycle. Sebab tu rehan senang tau yang rehan mengandung Kautsar. Lepas bersalin Kautsar, genap sebulan habis pantang rehan terus period macam biasa.

Orang kata kalau kita breastfeed anak period lambat datang kan. Ada yang sampai 2 tahun tak datang period. Rehan tak. Rehan fully breastfeed Kautsar sampai umur 1 tahun, tapi period macam biasa. Masa Kautsar umur 11 bulan period rehan tak datang. Masa tu rehan dah agak rehan mengandung lagi.

Senang sangat bila period teratur. Nak merancang anak senang. Kami suami isteri pun merancang anak cuma guna kalendar je. Takde pil-pil ke cucuk-cucuk jarum ke insert-insert semua tak ada. Satu pun kami tak pernah cuba. Main tanda kat kalendar je. Kalau orang tanya rehan pasal merancang anak, yang rehan tau rancang guna kalendar je. Alhamdulillah setakat hari ni Allah swt izinkan semua perancangan kami.

Berbalik kat cerita period tadi, lepas rehan bersalinkan Arfa period rehan lambat sikit. Kalau masa Kautsar dulu lepas sebulan habis pantang rehan terus period macam biasa, kali ni hampir 2 bulan lepas habis pantang baru rehan datang period. Period cycle nya panjang pulak, 35 hari.

Rehan jadi tak selesa la sebab susah nak agak bila next period. Bila waktu subur. Karang silap rancang pulak, kesian anak-anak tak sempat bermanja. Abahnya pun tak boleh dah nak manja-manja. Haha.



Jadi sejak tengah tahun hari tu rehan gigih analisis rekod period rehan (ayat taknak kalah hihihi). Memang period rehan tak stabil. Kejap 35 hari cycle. Kejap lagi 33 hari cycle. Lepas tu 35 hari cycle balik. Eh, seteresss ahkak la. Almaklum la orang fizik ni tak suka uncertainty. Segala ketakpastian kalau boleh nak dielakkan. Hahaha.

Makanya rehan fikir mungkin dah sampai masanya rehan ikhtiar dengan GLA. Nampak tak tu. Tokey shaklee pun ambil masa berbulan nak decide untuk makan suplemen baru. Bukan sebab tak yakin dengan Shaklee. Rehan memang dah yakin sangat dengan Shaklee, sebab tu rehan berani jual. Cuma biasalah bila kita nak buat perkara baru tak boleh membuta tuli je. Kena bersiap siaga dulu. Ewah.

Jadi sejak awal bulan lepas rehan mula makan GLA Complex. Awal-awal tu tak konsisten pun. Kadang makan, kadang lain terlupa makan pulak. Rehan memang terkejut dengan hasilnya. Bulan tu period rehan genap 27 hari cycle. Wawawawaaaa!

Sejak berjaya dapat period 27 hari cycle tu rehan tak malas nak makan GLA lagi. Sebelum tidur memang rehan makan. Matlamatnya nak kekalkan period stabil dan teratur sampai rehan tak perlu bantuan GLA lagi.



Nah rehan belanja gambar sekeping. Bukan senang nak tengok gambar rehan. Gambar ni pun jenuh rehan scroll telefon zauj Qusyairi, baru jumpa. Hehe. Ni gambar masa keluar belikan water colour untuk Kautsar. Tak sempat sampai rumah dia dah projekkan water colour tu dalam kereta dulu. Habis biru muka dia. Hihi.

Nampak tak dalam gambar ni, bonus yang rehan dapat lepas makan GLA? Kulit jadi licin tau. Sejak rehan stop makan collagen, kulit rehan kadang-kadang keluar jerawat dan jeragat. Kadang-kadang jadi kering. Tapi sekarang Alhamdulillah ok je muka ni. Abaikan jerawat kat antara mata rehan tu. Tu jerawat sebab period. Hehe.

Ok la. Rehan ni plan nak tulis post pendek-pendek je sebenarnya. Tapi dah meleret-leret jadi panjang pulak. Biasalah rehan. Kalau dah dapat menulis, cepat lupa diri. Haha.

Sampai sini dulu hari ni. InshaAllah jumpa lagi dalam next entry.

Salam sayang daripada
Qusyairi, rehan dan anak-anak syurga kami.

Tips: Petua Mudah Tidurkan Anak.

Assalamualaikum.

Percaya tak, kebiasaannya rehan mampu tidurkan Kautsar dan Arfa sekaligus? Serentak! Dua-dua tidur sekali. Tak payah dua kali kerja tidurkan seorang-seorang.

Alhamdulillah. Dalam bab ni Allah swt permudahkan urusan rehan sebagai ibu. Mudah sangat. Tapi bukan serta merta rehan mampu tidurkan anak sekaligus. Ambil masa untuk rehan belajar dan faham kaedahnya.



Dulu rehan nak tidurkan anak seorang pun payah. Anak-anak rehan susah lepas, taknak jauh. Dua-dua jenis telinga lintah pulak tu. Dengar bunyi sikit terus terjaga. Bila waktu tidur, masa rehan dodoikan seorang yang seorang lagi mulalah gelisah sebab ibu tak layan dia. Bila gelisah, mulutnya pun bising merengek dan menangis. Akibatnya yang tengah didodoikan tu akan terjaga, tak boleh tidur. Seksa oii tiap-tiap kali nak tidurkan anak je jadi macam ni.

Sejak tu rehan rajin membaca kaedah-kaedah parenting yang betul. Dan kaedah yang menepati seruan Islam. Cara-cara tenangkan anak yang betul, dalam masa sama menenangkan hati kita sebagai ibu bapa yang stress dan letih.

Senang je.

Rehan akan buat rutin sebelum tidur. Mula-mula rehan akan ceritakan kat Kautsar perkara-perkara menarik yang kami akan buat esok. Permainan apa, atau apa yang rehan akan masak untuk Kautsar. Lepas tu rehan bagitau yang Kautsar kena rehat dan tidur, esok baru kita buat aktiviti tu. Kadang-kadang masa rehan cerita tu Kautsar buat tak dengar je. Tapi cerita jugak. Sebab anak-anak ni dengar sebenarnya.

Lepas habis cerita kat Kautsar, rehan ambil Arfa dan borak-borak main-main sikit. Biasanya rehan buat Arfa gelak mengekek-ngekek dulu, Kautsar pun join main sama agah-agah Arfa. Bila Arfa dah mengantuk, baru rehan susu dan dodoikan Arfa.

Trick yang penting, masa dodoi tu rehan bacakan surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan surah 4 Qul. Itu je rehan baca ulang-ulang sampai Arfa tertidur. Masa itu rehan banyakkan eye contact dengan Kautsar sebab nak borak tak boleh, mulut tengah mengaji.

Biasanya tak lama lepas rehan mula dodoikan Arfa, Kautsar pun akan baring. Kalau Kautsar nak susu, dia akan ambil susu sendiri dari atas meja. Kemudian Kautsar baring sambil dengar rehan mengaji dodoikan Arfa. Sampai masa Arfa tertidur, Kautsar pun dah selamat tidur.

Senang sangat, kan?

Rehan pun macam tak percaya cara ni senang sangat. Mula-mula dulu rehan zikir Lailahaillah, tapi rehan yang jadi mengantuk hehe. So rehan tukar kepada 6 surah tadi.

Mommies yang ada masalah tidurkan anak boleh cuba. InshaAllah berkesan. Anak-anak memang akan tenang bila dengar alunan ayat Allah oleh suara ibunya sendiri.

Cubalah.

Tips Merancang Anak oleh Dr. Harlina Hj Siraj.

Assalamualaikum.

Mula-mula sekali rehan nak ucapkan terima kasih kepada tuan empunya post asal. Terima kasih sebab rajin sangat buatkan post ringkasan drp temuramah Dr Harlina Hj Siraj, Pakar Sakit Puan PPUKM.

Rehan screenshot aje.
Semoga banyak manfaatnya kepada semua yang baca.





Banyak point dalam artikel ni yang kena kat rehan. Hehe.

Alhamdulillah kami berjaya merancang anak setakat ini tanpa pernah sekalipun menggunakan produk perancang keluarga. Begitulah yang kami suka. Sebab rehan memang tak suka kalau tubuh badan rehan yang semulajadi Allah swt ciptakan sihat dan mudah diuruskan berubah fitrahnya jika rehan amalkan produk perancang keluarga. Rehan ni period teratur, tak ada masalah berkaitan kewanitaan. Jadi nak kekalkan begitulah. Macam mana kami merancang untuk mengandung, macam itu jugalah kami rancang untuk menjarakkan kehamilan; dengan menggunakan kalendar.

Mengandungkan Kautsar dan Arfa dua-dua kami rancang. Memang ternanti-nanti kehamilan dua-dua anak kami. Kautsar kami usahakan selama 7 bulan. Arfa pulak 5 bulan. Bila sah rehan mengandung dua-dua kali kami menangis dan sujud syukur. Tak pernah kami was-was dengan rezeki yang Allah swt bagi.

Untuk anak seterusnya pun kami dah ada perancangan. Tapi kami yakin dengan perancangan Allah swt, jadi kami pilih untuk sentiasa terbuka hati dengan apa pun ketentuan-Nya.



Nah gambar buah hati kami. Best friends forever. Kawan gaduh dan kawan main selamanya. Ibu asyik jadi referee je bila dua orang kecil ni main.

Doakan rezeki kita dapatkan kembangkan keluarga lagi ye anak-anak.

Al-Fatihah: Tengku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil.

Assalamualaikum.



Perbualan di Whatsapp rehan sekejap tadi. Asalnya borak-borak hal bisnes. Tiba-tiba business partner rehan yang berada di JB sampaikan berita mengejutkan.

Baru-baru ni memang ada rehan dengar khabar Tunku Jalil atau mesra dipanggil TJ dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah JB. Cuma rehan tak sangka serius.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati.
Kullun nafsin zaaikatul maut.

Salam takziah drp kami buat seluruh kerabat Diraja Johor yang baru shj kehilangan putera mereka Tunku Abdul Jalil, Tengku Laksamana Johor.

Sesungguhnya drp Allah kita datang.
Kpd Allah juga kita dikembalikan.

Kami mendoakan kesejahteraan dan keamanan buat roh Almarhum TJ. Semoga keluarga dan orang-orang yg menyayangi baginda tabah menghadapi pemergian ini.

Innalillahiwainnailaihirajiun.



Rakyat Johor rapat dengan Sultan. Sejak berzaman begitulah kaedahnya. Dah tentu seluruh rakyat negeri Johor berdukacita dengan kemangkatan TJ maghrib tadi. Rehan tak terkecuali.

Sama-samalah kita jadikan ini sebagai peringatan bahawa kematian itu tersangatlah dekat. Menjaga kesihatan hanyalah ikhtiar, bukti kita mensyukuri nikmat tubuh badan yang Allah swt kurniakan.

Tapi hakikatnya sihat atau sakit, jodoh dan ajal adalah rahsia Allah swt. Dan kita hanya perlu beriman dengan Qada dan Qadar.

Semoga roh TJ ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Arfa: 9 Bulan 3 Minggu.

Assalamualaikum.

Minggu ni usia Arfa dah 9 bulan 3 minggu. Alhamdulillah anak ibu sihat dan bijak. Baru-baru ni kena panas badan, demam on off dan selsema berhingus-hingus. Tapi dah baik dah.

Setakat hari ni Arfa ni manja dipanggil eby. Kautsar la yang asyik panggil eby sampai semua orang terikut. Hehe. Banyak sangat yang berlaku kat Arfa akhir-akhir ni, tu pasal la demam agaknya. Processor berat sangat. Hihi.



Atas ni gambar tiga bulan lepas kot. Rehan jenis tak rajin tangkap gambar. Kalau buka galeri telefon ni tak banyak gambar pun. Abahnya rajin ambil gambar anak-anak. Dulu gambar rehan pun abahnya rajin ambil, tapi rehan cakap tak payah la. Kita tak tau entah siapa akan tengok gambar tu nanti. Biar la tak ada gambar pun tak apa.

Sejak sebulan lepas Arfa dah boleh menapak 3-4 langkah. Hari ni Arfa dah boleh jalan jatuh. Rasanya macam baru sangat lahirkan baby bulat-bulat ni, dah nak berjalan dah. Sebagai persediaan nak dapat kaki, abah belikan Arfa kasut kasut dan kasut lagi. Mula-mula tu beli kasut kain biasa je sekadar nak pakai kalau berlatih tatih tatih kat depan rumah. Lepas tu jumpa kedai buat offer kasut cantik RM10, belikan jugak untuk Arfa walaupun kena tunggu 3-4 bulan lagi baru boleh pakai. Last sekali kelmarin beli kasut yg ada bunyi-bunyi untuk motivate Arfa melangkah.

Belum sempat try lagi kasut bunyi tu. Haha.

Bulan lepas jugak gigi bawah Arfa dah tumbuh 2 batang. Kecik cinonet je giginya. Comel. Ibu seram sejuk jugak nak susukan Arfa sejak ada gigi. Tapi berbeza dengan Kautsar, Arfa langsung tak pernah gigit ibu. Kautsar dulu memang ibulah tempat dia uji try test gigi baru. Hehe. Minggu ni gigi atas Arfa dah keluar 2 batang. Tapi baru sikit sangat. Bulan depan inshaAllah habis keluar la tu.

Sejak Arfa dah nak berjalan, berat Arfa pun tak naik banyak. Kalau dulu nak nampak leher pun susah, sekarang pipi pun dah slim. Sayu je ibu tengok. Cepat sangat besar. Tak puas lagi ibu gendong baby bulat ni.

Dan baru baru ni rehan perasan Arfa dah boleh sebut cat. Kalau nampak cat dia pun laju je sebut "Catttttt!!". Sebiji macam intonasi ibu panggil cat makan. Hahah. Kalau ibu sebut cat nanti Arfa sibuk cari cat kat mana. Suka betul Arfa dengan cat.

Lagi satu perkataan yang Arfa tau ialah "hello". Asal jumpa apa-apa yang flat dia berangan la cakap kat telefon. Pun sebiji macam intonasi ibu bila ibu main dengan Arfa. Setakat ni dua perkataan tu yang ibu yakin Arfa faham. Selalu juga Arfa panggil Abah, sekali sekala dengar Arfa panggil ibu. Tapi ibu tak yakin Arfa betul-betul faham.



Kalau tengok rupa Arfa ni sebiji muka abahnya kan. Dengan kulit gelap, hidung kemek kembang pulak tu. Hahaha. Mata sepet. Jauh betul daripada rupa Kautsar.

Yang kelakar dua beradik ni pergi mana-mana orang ingatkan lelaki. Kautsar tu selalu orang panggil abang. Arfa dah pakai baju pink bunga-bunga pun orang kata baby boy. Hehe.

Rehan memang tak biasakan anak pakai baju girlish sangat. Anak-anak rehan mostly pakai tshirt dengan seluar je. Kepala kosong takde riben riben ke headband bagai.

Masa kecik dulu arwah mak rajin tocangkan rambut kami 4 orang beradik perempuan. Pakai baji gaun riben bunga bagai. Tapi untuk anak-anak rehan, rehan pakaikan ringkas je. Sebab anak-anak rehan memang rehan biasakan lasak, main comot kotor tak ada masalah. Lagipun rehan rasa risau jugak kalau rehan secara tak sedar dah tanam standard imej dan rupa tertentu kat anak-anak. Rehan pernah je jumpa budak kecik usia 4-5 tahun potong rambut kat salon, buat rebonding. Pada rehan takkan budak kecik macam tu tau, kecuali kalau diajar dan dibiasakan.

Maka jangan la kutuk kalau tengok anak rehan comot, lasak. Orang johor kata begau. Hihi. Sebab anak rehan sihat. Gembira. Bahagia.

Itu yang rehan nak. Hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...