"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Bahaya Krim Muka Bermerkuri.

Assalamualaikum.

Ini satu sharing yng menarik untuk dibaca dan dihadam.


PELIK KENAPA ADA SKINCARE MURAH TP CEPAT PUTIH...BERKILAT.....??? 
YA BACA DULU SEBELUM ANDA TAHU APAKAN IA DIDALAMNYA....
CONTOH LAZIM... 
KLOROK YG KUAT KIMIANYA ITU MURAH...TAPI IA BERKUASA MENENTANG KOTORAN HEBAT...AKAN TETAPI KAIN KITA AKAN CEPAT NIPIS..LUNTUR DAN KOYAK.... 
CIRI2 PRODUK BERACUN MERKURI.HYDROKUINON DAN BERAPA RACUN MUDARAT LAIN. 
  1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair.
  2. Tidak homogen : Maksudnya, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.
  3. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi?
  4. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.
  5. Panas dan gatal apabila di-seletkan dekat kulit lengan.
  6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Kulit anda sedang berlaku irritation.
  7. Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.
  8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan
  9. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga kuman/ bakteria tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!
  10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.
  11. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Itu kesan sampingan apabila berhenti penggunaan krim bermerkuri, sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka.
  12. Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan akhirnya kehitaman (jeragat mula menguasai).
BAHAYA KOSMETIK BERMERKURI.
  1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.
  2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila kita hamil, akan effect dekat janin kita. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.
  3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.
  4. Kerosakan buah pinggang : Seperti yang I cakap tadi, merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urine pon menjadi besinggggg *orang jawa kata* sekaligus merosakkan buah pinggang.
  5. Resiko penyakit kanser: Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.

Semoga bermanfaat. Pilih produk yang selamat, semulajadi dan halal. Dah tentu berkesan juga.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Diabetis Ketika Hamil

Assalamualaikum.


Diabetes yang bermula apabila anda disahkan mengandung dikenali sebagai Gestational Diabetes. Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat.

Pada kebiasaannya, keadaan Gestational Diabetes terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan.

Keadaan Gestational Diabetes ini kerap berlaku. Kadar kebiasaannya, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan menghidapi penyakit ini. Dalam erti kata lain, 18 % wanita mengandung akan ‘dihantui’ dengan masalah ini. Amat biasa bukan?

Apakah risiko-risiko bagi saya untuk menghidapi Diabetes ketika hamil?

Anda berisiko tinggi menghidapi Diabetes ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah:
  • Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
  • Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
  • Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
  • Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (GTT) ketika mengandung. Ini adalah sejenis ujian mudah yang dijalankan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.

Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali air kosong/ air mineral sahaja.

Pada awal pagi nya, sebelum anda menikmati sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. 
Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang berperisa Oren atau Cola.
Kemudian, ujian darah akan diulang sekali lagi selepas 2 jam anda menikmati larutan gula ini. Mudah bukan?

Jika anda menghidapi kencing manis pada kandungan sebelumnya, anda akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada lebih awal kandungan untuk pengesanan awal Diabetes ketika mengandung, justeru dapat mengawal atur paras gula di dalam darah. Kawal atur gula di dalam darah pada peringkat awal mengandung adalah teramat penting dalam tempoh pembentukan organ-organ penting bayi anda pada ketika ini dan mengurangkan komplikasi Diabetes pada bayi dan juga ibu. Jika keputusan ujian toleransi glukosa GTT normal, ujian ini perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Kebanyakan ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel, tetapi terdapat segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika Diabetis tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum. Kebolehan untuk mengesan awal Diabetes ketika mengandung dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.

Amatlah penting ibu-ibu sekalian memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction). Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.

Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.

Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.
Maka, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.

Bagaimanakah Diabetes ketika hamil dirawat?

Jika anda menghidapi Diabetes ketika mengandung, anda perlukan rawatan susulan oleh pakar perbidanan dan sakit puan, pakar perubatan/ endokrinologi, pegawai zat makanan dan jururawat diabetes. Anda akan diminta supaya membuat rawatan susulan lebih kerap untuk pemeriksaan.
Yang penting ketika menghidapi Diabetes adalah memastikan tabiat permakanan yang sihat dan senaman. Kebiasaanya Diabetes ketika mengandung dapat dikawal dengan kawalan diet atau permakanan sahaja.

Walau bagaimanapun, daripada 5 ibu yang menghidapi Diabetes, seorang ibu memerlukan rawatan Insulin untuk mengawal paras gula di dalam darah. Jika anda memerlukan rawatan insulin, jururawat Diabetes akan menerangkan kepada anda bagaimana anda boleh melakukannya.

Ibu-ibu tidak perlu risau, seharunya  kesempatan ini diambil untuk berbincang dengan pegawai zat makanan/ dietitik mengenai pemilihan makanan yang berkhasiat untuk anda dan bayi anda, dalam masa yang sama dapat mengawal paras gula pada tahap yang memuaskan.

Bagaimanakan proses kelahiran saya nanti? Bilakah saya akan diminta untuk bersalin?

Ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung, akan diminta bersalin pada usia kandungan 38 hingga 40 minggu, mengikut keadaan Diabetes dan kawalan paras gula dalam darah. Cara kelahiran juga akan dibincangkan bersama anda dan pasangan, mengenai kelebihan bersalin biasa, induced labour ataupun pembedahan caesaerean mengikut keadaan Diabetes ibu dan juga anggaran saiz bayi.

Apakah yang perlu saya lakukan selepas bersalin?

Selepas tempoh pantang 6 minggu, temujanji akan diberikan kepada anda untuk mengulang semula ujian toleransi glukosa GTT, untuk memastikan anda bebas daripada Diabetes selepas kelahiran. Jika ujian ini tidak normal, anda akan dirujuk kepada pakar perubatan/endokrinologi untuk rawatan susulan diabetes.

Wanita yang menghidapi Diabetes ketika mengandung, mempunyai kebarangkalian 1 di dalam 3 menghidapi Diabetes Jenis 2 dalam tempoh 5 tahun berikutnya. Justeru itu, anda dinasihatkan untuk menjalani Ujian Glukosa berpuasa (Fasting Blood glucose) setahun sekali.

Bagaimana jika saya bercadang untuk hamil sekali lagi selepas ini?

Sebelum bercadang untuk mengandung lagi, pastikan berat badan anda sesuai dengan tinggi anda, mempunyai Indeks Jisim Badan BMI yang ideal, mengamalkan permakanan dan gaya hidup yang sihat, untuk mengurangkan risiko anda menghidapi sekali lagi Diabetes ketika mengandung.
Jika bercadang untuk mengandung lagi, anda boleh memulakan pengambilan asid folik tambahan 5mg sehari sekali sebelum menghentikan perancangan keluarga dan pada 3 bulan pertama kehamilan. Anda memerlukan preskripsi doktor untuk ubat ini.

Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.

Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.

Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin di bawah pengawasan doktor dan petugas kesihatan anda.

Ditulis oleh:
Dr. Muhammad Izzat, registrar obstetrik dan gineakologi yang bertugas di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Rujukan:
Royal College of Obstetricians & Gynaecologist United Kingdom

Waspada Warna Urin (Air Kencing).

Assalamualaikum.

Ramai tak tahu yang kita boleh tau tahap kesihatan kita daripada warna air kencing. Sebenarnya air kencing adalah cara paling senang untuk kita tau sama ada tubuh kita kekurangan air atau pun tak.

Cuba rujuk jadual ni. Dan bandingkan dengan warna urin kita. Dalam keadaan normal, urin sepatutnya berwarna kuning cair.


Air kencing mempunyai pigmen urokrom yang memberikan warna kuning. Warna ini berubah-ubah mengikut kepekatan air kencing, daripada kuning gelap kepada kuning cair.

Badan memelukan air untuk menjalankan fungsi sel dengan baik. Kalau kita kurang minum air, badan akan mengekalkan air di dalam tubuh menyebabkan penghasilan air kencing berkurang. Akibatnya kita dapat lihat air kencing kita jadi warna kuning gelap.

Kalau minum air cukup pula, badan akan hasilkan lebi banyak air kencing. Warna air kencing akan jadi kuning cari.

Selain tu, warna air kencing mungkin dipengaruhi oleh warna makanan yang kita makan. Suplemen pun boleh mempengaruhi warna air kencing.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Masalah Kolestrol Tinggi.

Assalamualaikum.


Anggaran 6 juta rakyat Malaysia mengalami kolestrol tinggi. Cuba lihat sekeliling kita. Kawan-kawan dan keluarga kita. Bagi setiap 9 orang yang kita kenal, 2 daripadanya mengalami kolestrol tinggi. Soalnya adakah kita salah seorang daripada 2 orang tersebut?

APA ITU KOLESTROL?
Kolesterol adalah bermaksud sejenis sterol yang muncul dalam aliran darah sebagai lemak. Apabila molekul hidrogen dan oksigen mula bergabung bersama-sama, mereka menjadi satu lemak yang dipanggil lipid. Jika tidak dirawat, lipid ini boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius dan mengancam nyawa manusia

Terdapat tiga jenis utama kepadatan lipoprotein dan ada termasuk kepadatan rendah (LDL) yang sering menjadi punca utama penyakit koronari jantung, ketumpatan tinggi (HDL) , dan ketumpatan perantaraan (IDL). Ujian kolesterol mudah boleh mengetahui jenis kepadatan anda mengalami .

Sumber kolestrol dalam badan kita adalah daripada rembesan hati dan pemakanan. Kolestrol yang dirembes oleh hati memang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi secara normal. Kolestrol daripada pemakanan pula sering menjadi punca masalah kolestrol tinggi akibat daripada pemakanan tak seimbang dan pengambilan makanan keterlaluan.


AKIBAT KOLESTROL TINGGI
Kolestrol berlebihan dalam badan akan menyebabkannya membeku dan termendap dalam salur darah. Kesan mendapan kolestrol dalam salur darah menyebabkan salur darah menjadi sempit dana meningkatkan risiko penyakit serius seperti:
  • Sakit jantung
  • Tekanan darah tinggi / Hipertensi
  • Strok / Angin ahmar
  • Peyakit hati
  • Ketaksuburan

JUMLAH KOLESTROL HARIAN YANG DICADANGKAN
Persatuan Jantung Amerika mencadangkan pengambilan kolestrol sebanyak 300mg sahaja sehari bagi individu normal. Bagi pesakit jantung, jumlah kolestrol yang dicadangkan cuma 200mg sehari.

Walau bagaimanapun, tahukah anda berapakah jumlah kolestrol yang anda ambil setiap hari?



Satu hidangan biasa rakyat Malaysia sebenarnya mengandungi lebih daripada jumlah kolestrol harian yang dicadangkan. Itu baru satu hidangan. Sedangkan sehari kita makan 2 hingga 3 kali hidangan berat. Ini bermaksud jumlah kolestrol harian kita tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang dicadangkan untuk kesihatan.

Semoga entri ini bermanfaat. Untuk dapatkan Set Kolestrol Shaklee, hubungi kami sekarang.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kenali Penyakit Strok.

Assalamualaikum.

Pendarahan di kepala atau otak sering berlaku secara mengejut dan tiba-tiba. Mangsa serangan boleh rebah kerana kurang pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak. Keadaan ini dipanggil serangan strok atau angin ahmar.

Strok terbahagi kepada dua jenis.
  • Strok Ischaemic - gumpalan darah/lemak dan saluran darah yang sempit mengurangkan bekalan oksigen ke bahagian otak.
  • Strok Haemorrhagic - Saluran darah pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam atau sekeliling tisu otak.

TANDA DAN GEJALA STROK
Otak: Keliru, sawan, pening, masalah berlarutan, hilang koordinasi tubuh, sakit kepala yang teruk.
Mata: Masalah penglihatan sama ada sebelah atau kedua-dua mata.
Muka, tangan, kaki:emah atau kaku secara tiba-tiba di sebelah bahagian tubuh. Kesukaran untuk berjalan secara tiba-tiba.

Strok adalah KECEMASAN! Setiap minit sangat berharga.

Jika stroke menyerang:



Faktor Risiko Strok Yang Tidak Dapat Diubah:
  • Sejarah keluarga
  • Lelaki
  • Peningkatan umur

Faktor Risiko Strok Yang Boleh Diubah
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit Jantung
  • Atrial fibrillation
  • Penyakit diabetes
  • Tahap kolesterol tinggi
  • Obesiti/kegemukan
  • Merokok
  • Alkohol
  • Tidak aktif/ kurang bersenam
Secara realitinya, kebanyakan kejadian strok boleh dicegah. Strok memerlukan rawatan segara dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Strok menyerang OTAK (bukan jantung) dan pemulihan pesakit strok berterusan sepanjang hayat.


BAGAIMANA MENCEGAH SERANGAN STROK (DAN SERANGAN ULANGAN)?
  1. Pastikan tekanan darah kurang daripada 130/80 mmHg.
  2. Turunkan paras kolesterol LDL (kurang daripada 1.8 mmol/L)
  3. Berhenti merokok
  4. Tidak mengambil alkohol
  5. Kawal berat badan dan bersenam
  6. Ketahui sama ada mempunyai penyakit jantung atau diabetes
  7. Ambil aspirin atau ubat anti-platlet/pencair darah
  8. Ambil diet rendah lemak dan rendah garam
  9. Ambil alternatif seperti suplemen
Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat! Jangan sesekali abaikan faktor risiko, sentiasa lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengetahui keadaan kesihatan anda, dan segera amalkan cara hidup sihat.

Cegahlah sebelum terlambat!!

[Sumber]


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Petanda Awal Sakit Jantung.

Assalamualaikum.


Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.

  1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  3. Lidah terasa tegang dan pendek.
  4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
  7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  10. Rasa keletihan sepanjang masa.
  11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  12. Degupan jantung tidak menentu.
  13. Nafas terasa pendek.
  14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda.

[Sumber]

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU

Shaklee ada rangkaian suplemen untuk kesihatan jantung.


Langkah 1:
PENCEGAHAN oleh Phytocol-ST yang menyerap kolestrol dari makanan agar tidak diserap oleh salur darah

Langkah 2:
PENURUNAN oleh Omega Guard yang menyerap kolestrol jahat sedia ada yang berlebihan dalam salur darah.

Langkah 3:
MENGUATKAN oleh CoQHealth Plus yang meningkatkan fungsi otot jantung dan memperbaiki peredaran darah

Langkah 4:
PERLINDUNGAN oleh VIVIX yang memberi perlindungan kepada sel dari penuaan pra matang dan menghalang kerosakan sel serta memelihara kesihatan salur darah.

Berminat untuk dapatkan Set Kesihatan Jantung Shaklee boleh hubungi kami bila-bila masa.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Hadiah Kelahiran Arfa Yang Sangat Kreatif.

Assalamualaikum.

Sebelum ni rehan ada post pasal beras kan. Cakap pasal beras tergerak rehan nak share hadiah yang kami dapat sempena kelahiran Arfa. Rehan mengaku kawan-kawan dan family rehan memang kreatif kali ni. Sebab hadiah yang dapat kali ni jauh melantun-lantun berbeza berbanding hadiah kelahiran Kautsar dulu.

Sebelum tu share sikit hadiah apa yang kami dapat sempena kelahiran Kautsar dulu.

Masa Kautsar lahir kami dapat banyak sangat barang baby. Anak sulung kot, sebab tu ramai yang belikan barang baby. Kebanyakannya bagi baju. Segala jenis baju kami dapat, cukup stok dari lahir sampai Kautsar umur setahun. Hihi. Selain tu kami dapat playgym, barang kelengkapan bayi, dan paling banyak dapat duit cash la. Mungkin sebab Kautsar lahir dekat nak raya kan.

Kali ni bersalinkan Arfa, hadiah yang kami dapat sangatlah variasi. Meh share sikit. Kat bawah ni rehan share gambar dari Google ye, sebab tak dan nak ambil gambar hadiah Arfa hari tu.


1. Baju, baju, baju!
Tak dapat sebanyak masa Kautsar lahir, tapi cukup banyak. Ibu dan abah tak ada kalut-kalut nak cuci baju cepat-cepat. Hihi.


2. Set Safi Balqis
Yang dapat daripada kawan-kawan kat office. Tersangatlah prihatin kan dengan kecantikan ibu Arfa. Hahah. Dapat satu set produk Safi Balqis; pencuci muka, toner, lotion, bedak, serum, krim, deodoran. Rehan google tapi tak ada gambar yang lengkap.


3. Set-set Tupperware
Nampak tak rehan tulis set-set tu? Kata jamak tu. Maksudnya rehan dapat lebih dari satu set. Berbunga-bunga hati bila member call tanya: Kau nak tupperware tak? Haruslah nak. Hati ibu mana mampu menolak godaan tupperware. Kikiki. Tupperware ni office yang bagi. Ha yang ni gambar rehan snap. Dapat 2 set, satu lagi tu set botol susu. Comel sangat! Maka dengan adanya set tupperware ni, rehan rajin sangat blend lada, bawang, bawang putih tiap-tiap hujung minggu, simpan dalam fridge dan freezer. Masak pun jadi mudah sangat, 10 minit siap!


4. Ikan bilis
Bukan calang-calang ikan bilis. Ini ikan bilis import dari Tawau tau. Dapat sekilo ikan bilik kopek. Sekilo lagi ikan bilis halus. Jangan tanya jenis-jenisnya kat rehan. Rehan tau masak dan makan je.


5. Beras
Ok, yang ni sangat best juga. Dapat besar 2 kampit daripada pemborong beras En Zulhilmi. Sekampit 5 kilo beras panjang. Sekampit lagi 5 kilo beras wangi. Berselera rehan makan dalam pantang. Sukalah zauj Qusyairi tengok rehan menggemukkan diri. Hihi.

6. Pakej Jagaan Bersalin dan Berpantang
Yang ni hadiah dari kakak dan ayah rehan. Pakej penjagaan selepas bersalin. Dalam pakej ni termasuklah mandian herba, bertangas, berurut, bertungku, urutan wajah, lilit bengkung. Sepanjang pakej ni, berat rehan turun banyak. Tapi bila rehan duduk rumah sendiri makan nasi sedap beras best tadi naik balik berat. Hahah. Ok secara jujur, rehan memang tak berdiet sebab rehan menyusukan anak :)


Setakat ni je yang rehan ingat. Dah tengah-tengah malam ni rasa mengantuk nak tidur lebih daripada rasa nak berblogging. Hihi. Tapi seriously, kreatif kan family dan kawan-kawan rehan?

Ada ke yang pernah dapat hadiah kreatif macam ni? Cuba share sikit.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Cara Download Video Dari Youtube.

Assalamualaikum.

Sejak-sejak ada anak ni, wajib ada youtube. Kautsar banyak belajar dari youtube. Jadi pada kami, youtube ni saluran yang penting. Masalahnya bila kita biarkan anak-anak menghadap youtube, tak elok untuk perkembangan anak. Satunya, anak tekan-tekan video kat youtube tu sampai ke mana-mana video yang mungkin tak baik untuk rohani dan mental anak. Keduanya, susah kita nak pantau bila anak sendirian main tekan-tekan kat telefon. Karang ada juga yang terdelete, habislah.

Jadi pada kami, cara terbaik untuk bagi anak tengok video dengan pemantauan ialah dengan mendownload video yang nak ditengok, kemudian pasang kat TV. Jadilah aktiviti keluarga kami menyanyi nursery rhymes dan mengekek-ngekek tengok gelagat Marsha & Bear.

Kalau ada yang masih tak tahu, rehan nak share cara paling senang untuk download video dari youtube. Cara ni kawan rehan yang bagitahu jadi apa salahnya rehan share dengan pembaca lain kan.


DOWNLOAD VIDEO DARI YOUTUBE

  1. Buka video yang nak didownload.
  2. Pada address bar browser anda, letakkan "ss" di URL sebelum perkataan youtube. URL anda akan kelihatan begini: http://ssyoutube.com/.....
  3. Nanti akan keluar windows baru macam dalam gambar bawah. Anda telah di redirected ke laman SaveFrom.net.
  4. Pilih saiz video yang nak di download di sebelah kanan. Untuk gambar jelas terang cun melecun di TV, pilih MP4 720p.
  5. Ada button download warna oren kat sebelah kanan, klik download. Tunggu download siap.


Cara ni senang kan. Tapi ada satu kekurangan. Kalau buat macam cara kat atas ni, ada limited saiz. Video bawah 100Mb je yang boleh download kalau tak silap rehan. Habis tu macam mana nak download kartun panjang-panjang yang saiznya besar?

Masih gunakan SaveFrom.net tu juga. Sebelum tekan button download tu, cuba cari ada button untuk install tool SaveFrom.net ni kat desktop/laptop. Install dulu, lepas tu buka video yang nak di download kat youtube. Tak payah letak "ss" tu lagi, sebab kat youtube tu sendiri ada button "Download" warna hijau. Boleh terus tekan download kat youtube, tak perlu redirect ke laman SaveFrom.net.

Kalau tak jumpa button install tu, cuba download video yang panjang-panjang lebih kurang sejam guna cara pertama tadi. Video panjang ni saiznya besar jadi tak boleh gunakan cara pertama yang letak "ss" tu. Bila tekan download, nanti akan keluar pop-up yang maklumkan download tak berjaya sebab saiz fail besar sangat. Pop-up tu akan cadangkan kita install tool SaveFrom.net di desktop/laptop. Install je dan button download warna hijau akan muncul kat semua video kat youtube.

Cubalah. Senang sangat. Rehan siap ada pendrive 8Gb khas isi video kautsar. Itu pun rasa tak muat. Hihi. Selamat mencuba.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Rahsia Muda 25 Tahun!

Assalamualaikum.

Baru-baru ni berita mengejutkan tersebar di kalangan rakan-rakan niaga rehan. Ada seorang senior ni umurnya dalam pertengahan 30-an tapi bila diukur body age beliau cuma 20 tahun. Wow!

Seorang lagi senior umur juga pertengahan 3-an, tapi body age 18 tahun. Wow! Wow!

Remaja sangat, kan? Rehan ni kalau diukur berapa la agaknya body age rehan. Hihi.


Body age ni ialah satu sistem kiraan umur berdasarkan taraf kesihatan tubuh badan kita. Pengiraannya dibuat berdasarkan bacaan lemak, otot, berat, tinggi dan kolestrol badan. Mesin kira body age tu hebat tau, boleh tau berapa banyak lemak dan otot kita kat bahagian kaki, tangan dan torso. Jadi kita boleh la target nak repair bahagian mana yang patut.

Jadi balik kepada senior yang body age remaja tu, bila ditanya apa rahsianya beliau cuma sebut satu perkataan je: VIVIX. VIVIX ni suplemen anti-penuaan dan anti-kanser. Rehan baru sebulan lebih amalkan VIVIX ni sejak dalam pantang bersalinkan arfa.

VIVIX mengandungi resveraterol yang bertindak sebagai agen anti penuaan dan anti kanser. Tapi jangan salah faham tau, VIVIX ni bukan suplemen untuk kulit tegang, dahi licin. VIVIX ni melambatkan penuaan tubuh keseluruhannya.

Bila kita amalkan minum VIVIX setiap hari, seluruh sel dalam tubuh badan akan dipulihkan kepada fungsi asal. Contohnya orang yang merokok kan paru-parunya dah tercemar dengan toksik dari asap rokok. Dah tentu paru-paru perokok dah tak sama macam paru-paru orang yang tak merokok yang tak terdedah dengan pencemaran asap rokok. Bila perokok amalkan minum VIVIX, sel-sel pada paru-paru perokok akan dibantu supaya pulih dan dapat menjalankan fungsi asal seperti paru-paru orang yang tak terdedah dengan asap rokok.

Itu paru-paru. Bayangkan pula buah pinggang, jantung, hati, usus, otak. Seluruh tubuh kita akan dibantu untuk pulih seperti fungsi asal. Macam bayi gitu.

Shaklee dah buat kajian bertahun-tahun untuk hasilkan VIVIX. Hasil penyelidikan Shaklee, VIVIX terbukti secara klinikal mampu memberi kesan 10 kali lebih baik berbanding resveraterol sendiri. Shaklee dah patenkan VIVIX ni supaya tak ada pihak yang tak bertanggungjawab yang ubah formula VIVIX untuk hasilkan suplemen yang kurang berkualiti. Senang kata, kualiti VIVIX ni 100% Shaklee lindungi.

Kalau minta nasihat kesihatan dari rehan, rehan nak nasihatkan amalkanlah VIVIX setiap hari.Jangan ada satu hari pun yang tertinggal. Sekarang mungkin rasa biasa, tak penting. Tapi 10-20 tahun lagi, anda akan rasa, nampak dan jadi berbeza berbanding dengan pengamal VIVIX. Percayalah.

BELI 1 BOTOL VIVIX

BELI 2 BOTOL VIVIX DAN FREE MEMBERSHIP SHAKLEE

Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Beli Beras Harga Murah.

Assalamualaikum.

Sejak GST ni semua orang nak berjimat. Harga barang makin naik, tapi pendapatan takat tu juga. Jadi kenalah lebihkan penjimatan, kan?

Rehan dengan zauj sama juga. Kami memang suka berjimat bila berbelanja. Barulah dapat belanja banyak barang. Hihi. Salah satu yang kami jimatkan ialah beras.

Hurm. Berapa harga beras kat pasaran ye?

Harga beras kat pasaran berbeza-beza. Ada beras hancur, ada besar wangi, beras panjang, basmathi. Macam-macam jenis beras ada tau. Tiap-tiap jenis ada gred berbeza-beza pula tu.

Salah satu langkah berjimat ialah kami beli beras murah-murah je. Kalau kat Tesco ada jual beras hancur timbang. Sekarang rehan tengok orang cina ramai beli beras timbang tu, sebab harganya murah. Tapi rehan taklah. Kami beli beras kampit yang murah-murah je.

Sejak 2-3 bulan lepas, family kami makan beras panjang. Rehan memang suka beras panjang ni. Kanji kurang. Masaknya pun senang. Sedap dah tentu sedap. Beras panjang ni mahal. Sekampit 5 kilo harganya berpuluh-puluh, kalau tak silap rehan dalam RM40-RM50 lebih. Tapi yang bestnya rehan dapat beli jimat berbelas ringgit.

Haa, macam mana tu?

Haruslah rehan dapat berjimat, sebab rehan beli direct dari pemborong beras. Bukan beli kat kedai. Pemborong beras yang rehan selalu beli tu jual harga murah. Siap delivery lagi. Best tak? Best kan!

Kalau berminat nak beli beras dari pemborong beras ni, boleh hubungi En Zulhilmi (Zul). Kat bawah ni rehan share jenis dan harga beras yang En Zul ni jual ye.








ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...