"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Salam Ramadan 1435H.

Assalamualaikum.



Alhamdulillah hari kedua ramadan saya masih diizinkan untuk berkongsi post di blog Noraihan Qusyairi kesayangan kami. Sempena ramadan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua muslimin dan muslimat, pembaca budiman, dan pelanggan-pelanggan kami sekalian. Semoga ramadan kali ini membawa rahmat dan nikmat yang tak bersempadan buat kita semua.

Ramadan lepas, Alhamdulillah, saya sempat berpuasa beberapa hari sebelum melahirkan cahaya mata sulung kami, Kautsar Kamaliah. Walaupun sarat hamil ketika itu, tapi puasa tak menjadi halangan untuk bekerja dan beribadah lebih daripada biasa. Badan rasa segar dan bertenaga, malah sepanjang kami berpuasa saya tak gagal untuk masak lauk berbuka dan sahur. Hingga saat hampir melahirkan pun saya masih bergerak dan beraktiviti seperti biasa, kecuali bila doktor minta baring di dewan bersalin. Sekejap saja, Kautsar selamat dilahirkan. Syukur Allah swt pinjamkan nikmat kesihatan kepada kami, semoga nikmat ini kami syukuri sentiasa.

Seminggu dua ni sangat bermakna untuk keluarga kami. Selain ulangtahun hari lahir En Qusyairi, Kautsar pun akan sambut ulangtahun pertama. Allah, anak kecil kami dah setahun usianya. Semoga Allah swt limpahkan rahmat dan rezeki melimpah ruah untuk keluaga kami, kasih sayang yang tak bertepi, cinta-setia-bahagia dunia hingga akhirat.

Ramadan ini peluang kita bersihkan hati, bersihkan jiwa, bersihkan minda. Mulakan dengan amalan meminta maaf sesama manusia, inshaAllah semoga kita akan dikurniakan keampunan oleh Allah swt. Buat semua yang kami pernah, sedang dan bakal kenal, anda semua sebersih kapas putih di mata kami. Telah kami maafkan semua yg pernah, sedang dan bakal terjadi. Semoga kalian pun maafkan kami warga Noraihan Qusyairi.

Salam Ramadan 1435H.
Dari Muhammad Qusyairi, Noraihan dan Kautsar Kamaliah.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Seruan Menunaikan Zakat

Assalamualaikum.

Ini adalah entri salin dan tampal, daripada sumber seorang sahabat. Untuk pengetahuan semua, bayaran zakat boleh dibuat melalui perbankan internet maybank2u dengan memilih tetapan berikut:

Bill Payment > Zakat and Charity > Majlis Agama Islam Negeri > Pilih jenis zakat yang dibayar

Kita biasa mendengar pepatah Inggeris, what you give you get back.
Ertinya apa yang anda beri pasti akan dapat semula. Pepatah itu sememangnya benar kerana jika kita berikan kebaikan kepada orang lain, rasionalnya orang lain akan buat kebaikan kepada kita.

Ini adalah sunnatullah yang selalu terjadi. Oleh itu, perkara baik selalu terjadi pada orang baik. Persoalannya, bagaimana untuk mendapat pulangan yang baik. Yang lebih hebat daripada itu, pulangan baik bukan saja di dunia malah di akhirat juga.

Apabila kita memberi sesuatu yang baik yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain, sudah tentu orang itu berasa gembira dan mendoakan kebaikan untuk kita. Antara pemberian yang baik itu ialah zakat yang diwajibkan kepada umat Islam tetapi ramai mengabaikannya.


BERI ZAKAT TAK KURANGKAN HARTA

Sebenarnya dengan menunaikan ibadah zakat iaitu mengeluarkan 2.5 peratus daripada harta kita, harta itu tidak akan berkurang tetapi kita akan mendapat semula pulangan daripada bahagian yang dikeluarkan dengan pulangan yang sangat banyak.

Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah. Maka, jelaslah apabila seseorang itu mengeluarkan sedekah sunat apatah lagi sedekah wajib iaitu zakat, hartanya tidak akan berkurang.

Zakat daripada pengertian bahasa membawa maksud bertambah, berkembang dan membiak. Ini bermakna dengan berzakat, harta kita makin berkembang. Contohnya, seorang pembayar tegar di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah seorang peniaga.

Beliau telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM1,000 pada 1991. Berkat zakat yang dikeluarkan secara istiqamah, hasilnya sehingga tahun 2012 dia mampu mengeluarkan zakat sebanyak RM102, 000. Lihatlah, sudah terang lagi bersuluh bahawa zakat boleh mengembangkan harta kita.


PULANGAN DI AKHIRAT

Namun, sebagai hamba Allah yang mana meletakkan dunia di tangan dan akhirat di hati, matlamat paling besar yang kita inginkan ialah pulangan di akhirat sana. Ingatlah, setiap kali kita membantu orang yang berada dalam kesulitan di akhirat kelak Allah akan membantu merungkaikan kesulitan yang kita hadapi.

Cuba bayangkan dengan hanya membayar RM8 di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Negeri anda telah menyalurkan setiap RM1 kepada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Jika anda membayar zakat lebih daripada RM10, makin ramailah insan yang dapat dibantu untuk merungkaikan kesulitan mereka.

Insya-Allah dengan keikhlasan yang benar-benar tunduk pada perintah Allah ini akan menyebabkan anda selamat daripada kesulitan yang besar di hari akhirat


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Resepi: Resepi Bayi: Minestrone Soup

Assalamualaikum.

Bila anak semakin besar, ibu-ibu pun makin kreatif pelbagaikan masakan untuk anak, kan? Kautsar sekarang dah pandai memilih makanan, taknak makan bubur macam bayi-bayi, nak makan nasi macam orang dewasa. Oleh itu saya pun carikan resepi dewasa yang sesuai untuk bayi bawah setahun macam Kautsar.

Kebetulan masa beli barang dapur di pasaraya, saya ternampak Sup Minestrone jenama Heinz dalam tin. Bila saya baca-baca, minestrone soup ni sebenarnya sup tomato dengan isi sayuran dan ayam. Sesuai sangat untuk Kautsar. Selain untuk anak-anak, sup ni juga sangat rendah kalori, sesuai untuk anda yang nak kuruskan badan. 

Alhamdulillah saya berkesempatan masakkan sup ini, jadi saya nak kongsikan resepinya.

Bahan-bahan: 
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang celery dipotong hiris
2 inci lobak merah dipotong dadu
1 biji kentang sederhana besar dipotong dadu
1 mangkuk kecil bunga kubis
1/2 biji lada benggala
1 biji bawang holland dipotong dadu
2 ulas bawang putih diketuk
1 mangkuk kecil isi ayam yang diperap
4-5 sudu besar puri tomato atau sesedap rasa
Stok ayam
Pasta yang dipatah-patahkan

Cara-cara:
  1. Goreng ayam yang diperap sekejap kemudian diasingkan. Tujuannya supaya rempah perap meresap dalam ayam dan tak terserap oleh kuah sup. Boleh perap dengan paprika, lada hitam, atau saya gunakan rempah perap sate dengan sedikit oregano. 
  2. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga sedikit coklat.
  3. Masukkan bawang yang telah ditumis, ayam yang telah digoreng, puri tomato, semua bahan sayuran, stok ayam dan pasta yang telah dipatahkan ke dalam slow cooker. Tambah sedikit air jika perlu. Reneh sehingga masak. Jangan lupa rasa sedikit, jangan sampai terlalu masam.
  4. Alternatif jika tidak menggunakan slow cooker, panaskan semua bahan yang telah dicampur tersebut di atas dapur dengan api kecil. Biarkan mereneh selama 2 jam.
  5. Resepi ini tak dicampur garam dan gula supaya sesuai untuk bayi. Selepas siap, boleh asingkan sedikit untuk bayi anda, dan selebihnya anda campurkan dengan garam dan gula mengikut selera anda. Sesuai untuk dewasa dan bayi.

Mudah, kan? Saya ambil masa setengah jam untuk siapkan bahan hingga mereneh dan siap kemas dapur semula. Selebihnya saya tinggalkan dalam slow cooker hingga ke pagi. Jom layan gambar masakan saya :)

Bahan-bahan: ayam perap digoreng sekejap, bawang hollad, bawang putih, lobak merah, tomato, kentang, bunga kubis, lada benggala, celery, pasta

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masukkan stok ayam dan puri tomato

Reneh sampai semua bahan sangat lembut. Dah siap bekal untuk Kautsar :D

Selamat mencuba!


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Tentang Kautsar :)

Assalamualaikum.

Hari ni tergerak nak cerita pasal Kautsar kat sini. Anak sulung kami ni lahir awal Ramadan lepas. InshaAllah lagi sebulan umur Kautsar cecah setahun. Alhamdulillah. Setakat hari ini, Kautsar membesar dengan sihat, lasak dan sangat-sangat comel. Ramai peminat Kautsar terutamanya makcik-pakcik kawan-kawan ibu dan abah Kautsar di tempat kerja, dan anak-anak murid kami yang sayang kat Kautsar.

Alhamdulillah Kautsar bijak serba serbi. Masuk saja usia tiga bulan, Kautsar terus meniarap. Tak lama lepas tu terus menyusur. Kautsar menyusur lama, kalau tak silap sampai 6-7 bulan usianya. Kemudian merangkak. Sekarang usia Kautsar 11 bulan, Kautsar suka memanjat. Sendiri Kautsar boleh panjat sofa, meja kopi, rak tv. Lagi Kautsar suka sangat berdiri tepi sofa dan jalan menyusur sofa. Allah, comelnya.

Ibu dan abah Kautsar biarkan Kautsar nak buat apa pun yang Kautsar suka. Sejak dua tiga minggu lepas Kautsar dah mula menonggeng-nonggeng tanda nak berdiri. Bertatih sangat suka. Ibu yang tak larat nak bongkok pimpin Kautsar tatih, sakit pinggang bongkok lama-lama. Haha.

Sebelum usia Kautsar 11 bulan lagi Kautsar pandai tiru apa yang ibu dan abah buat. Ibu dan abah selalu popok-popok Kautsar, ada masa Kautsar popok-popok ibu dan abah. Lagi Kautsar suka tadah tangan sambil mulut bising baca doa lepas teman ibu dan abah solat. Sebelum makan pun Kautsar tadah tangan baca doa. Tengah makan pun Kautsar tadah tangan baca doa.

Ibu tak ajar ABC 123 alif ba ta kat Kautsar. Ibu suka ajak tengok-tengok gambar je, tu pun tak selalu. Kautsar pun tak rajin nak layan. Haha. Kautsar suka action, bukan pronunciation. Yang itu, ibu perasan. Tak kisah, ibu tau anak ibu cerdik jadi kat sekolah nanti-nanti boleh belajar. Sekarang ibu tekankan pada pendedahan je, banyakkan interaksi dengan orang lain, banyak dedahkan pada persekitaran berbeza supaya dapat rangsangan semulajadi. Alhamdulillah setakat ni kami gembira macam ni.

Tiba-tiba, tak ada idea nak tulis apa lagi. Haha. Entahlah ye, kalau kita sayang sangat sesuatu, kita mesti nak beri perlindungan terbaik untuk sesuatu itu, kan? Allah, sayangnya saya pada Kautsar dan Encik Qusyairi, hanya Allah yang tau. Dan betapa mereka sayang saya juga, Allah Allah, syukur sangat. Kata makcik-makcik Kautsar, Kautsar ni tak macam baby. Cepat besar, cepat matang, cepat dewasa. Pandai jaga diri sendiri. Tak banyak ragam, tak banyak susahkan orang. Senang senyum, senang gembira, suka sangat ketawa. Besar nanti Kautsar akan senangkan ibu. Itu kata mereka. InshaAllah, amin. Memang ibu tak biasakan panggil Kautsar baby, sejak usia Kautsar 6 bulan ibu selalu sebut Kautsar dah besar. Mungkin kata-kata ibu itu jadi doa.

Ibu bahagia seadanya :)


Pn Noraihan dan En Qusyairi adalah pengedar sah Shaklee di Batu Pahat dan seluruh Malaysia. 

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi percuma. 
  • atau boleh terus isi borang order seperti di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli seperti di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Apa Itu Radikal Bebas (Oksidan) dan Anti-Oksidan?

Assalamualaikum.

Hari ini nak berbicara soal radikal bebas dan anti-oksidan.

Radikal bebas dan antioksidan adalah istilah yang sering kali kita dengar, tapi banyak orang yang mungkin tidak mengetahui apa sebenarnya radikal bebas.

Sebenarnya radikal bebas atau sering disebut oksidan merupakan molekul-molekul yang sangat reaktif di dalam tubuh dan pada hakikatnya dapat merosakkan bio molekul penting di dalam sel-sel, termasuk DNA. Hal ini merupakan penyebab utama penyakit serius seperti serangan jantung, kanser dan penuaan awal.



Berdasarkan penelitian saintis Moses Gomberg dan saintis lainnya, istilah radikal bebas dimaksudkan sebagai molekul yang relatif tidak stabil di dalam sel, mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan di orbit luarnya. Molekul tersebut bersifat reaktif dalam mencari pasangan elektronnya, yang biasanya “dicuri” dari sel tubuh lain. Hal inilah yang merosakkan sel-sel tubuh, sehingga terjadi penuaan awal.

Radikal bebas yang bersifat reaktif tersebut juga dapat menimbulkan perubahan kimia dan merosakkan pelbagai komponen sel hidup seperti protein, lipid, karbohidrat, dan asid nukleik. Lebih teruk lagi, jika radikal bebas sudah terbentuk dalam tubuh maka akan terjadi reaksi berantai dan menghasilkan radikal bebas baru yang akhirnya jumlahnya terus bertambah.

Zat anti oksidan adalah bahan yang dapat meneutralkan atau menghancurkan radikal bebas. Radikal bebas merupakan jenis oksigen yang memiliki tingkat reaktif yang tinggi dan secara semulajadi ada di dalam tubuh sebagai hasil dari reaksi biokimia di dalam tubuh. Radikal bebas juga terdapat di lingkungan sekitar kita yang berasal dari pencemaran udara, asap tembakau, pengewapan alkohol yang berlebihan, bahan pengawet, sinar Ultra Violet, X-rays, dan ozon. Radikal bebas dapat merosakkan sel tubuh apabila tubuh kekurangan zat anti oksidan atau bila terdapat radikal bebas berlebihan dalam tubuh. Hal ini dapat menyebabkan berkembangnya sel kanser, penyakit hati, arthritis, katarak, dan penyakit degeneratif lainnya, bahkan juga mempercepat proses penuaan.

Penyebab
Sinar ultraviolet matahari antara pukul 10.00 pagi – 3.00 petang, pencemaran asap rokok, alkohol, pembebasan asap kendaraan bermotor adalah faktor luaran yang memacu pembentukan radikal bebas di dalam tubuh. Setiap kali bernafas dengan menghirup oksigen pasti terjadi pengoksidaan yang menghasilkan sisa-sisa oksida yang disebut oksidan. Oksidan inilah yang juga membentuk radikal bebas .

Selain itu, gizi berlebihan merupakan faktor dalaman pembentukan radikal bebas dalam tubuh. Dalam makanan kita sehari-hari sebaiknya tidak berlebihan lemak, vitamin, protein, dan sebagainya kerana ketika tubuh kita mencerna makanan, selain menghasilkan tenaga, tubuh juga menghasilkan radikal bebas sebagai sebahagian dari proses metabolisme tubuh.

Stres oksidatif adalah ketidakseimbangan antara radikal bebas dan antioksidan yang dipicu oleh dua keadaan umum yakni kurangnya antioksidan, dan berlebihan produksi radikal bebas. Keadaan stres oksidatif membawa pada kerosakan oksidatif mulai dari tingkat sel, jaringan hingga ke organ tubuh, menyebabkan terjadinya percepatan proses penuaan dan munculnya penyakit. Berbagai penyakit yang telah diteliti dan didapati kuat berkaitan dengan aktiviti radikal bebas antara lain adalah stroke, asma, diabetes melitus, radang usus, penyumbatan kronik pembuluh darah di jantung, parkinson, hingga AIDS.

Teori penuaan dan radikal bebas pertama kali dikemukakan oleh Denham Harman dari University of Nebraska Medical Center di Omaha, AS pada 1956 yang menyatakan bahawa tubuh mengalami penuaan kerana serangan oksidasi dari zat-zat perosak. Kanser dan tumor telah sipersetujui oleh saintis sebagai penyakit yang berawal dari mutasi gen atau DNA sel. Radikal bebas jelas berperanan pada proses mutasi ini. Bahaya lainnya adalah bila bereaksi dengan low-density lipoprotein (LDL)-cholesterol menjadi bentuk yang reaktif sebagai faktor risiko penyakit jantung.

Radikal bebas (oksidan) ini boleh diatasi dengan mencegah kemasukan oksidan ini ke tubuh dengan memakai pelindung matahari di kulit, dan juga dengan antioksidan. Antioksidan dalam tubuh dapat memberikan perlindungan pada tubuh dari ancaman radikal bebas dan berfungsi untuk meneutralkannya. Manfaatnya dapat memperlambat proses penuaan dan mencegah berbagai penyakit di atas.

Makanan yang Mengandung Oksidan (Radikal Bebas)
Jenis makanan tertentu seperti fast food (makanan segera) berpotensi meninggalkan racun dalam tubuh, sebab jenis makanan ini mengandungi lemak dan bahan pengawet yang tinggi. Padahal untuk zaman sekarang kebiasaan makan makanan berlemak tinggi menjadi sesuatu yang sukar dielakkan kerana perubahan pola hidup masyarakat, khususnya di bandar besar.

Pegawai perubatan dan nutrisi menyebut makanan berlemak boleh menjadi sumber radikal bebas dalam tubuh. Menurut Prof Dr Harijono KS, SpKK, dekan Fakultas Kedoktoran UNS, radikal bebas ini berbahaya kerana amat reaktif mencari pasangan elektronnya. Jika radikal bebas sudah terbentuk dalam tubuh maka akan terjadi reaksi berantai dan menghasilkan radikal bebas baru yang akhirnya jumlahnya terus bertambah. Selanjutnya akan menyerang sel-sel tubuh kita sehingga terjadilah kerosakan pada sistem peredaran yang akan mempercepat proses penuaan.

Makanan yang Mengandung Antioksidan
Ada beberapa makanan yang merupakan sumber antikosidan, iaitu makanan yang mengandung Vitamin A, C, E, melantonin, betakaroteno seperti sayuran, kacang-kacangan, jagung, dan buah. Saat ini juga tersedia suplemen dan susu yang mengandung antioksidan. Daging mengandung banyak oksidan, jadi sebaiknya perbanyakkan memakan sayur dan buah.


[Sumber]

Vitamin Cadangan Shaklee





Promosi Vita E Complex sepanjang Jun 2014. Beli 6 percuma 1, percuma keahlian Shaklee dan cash back pada Julai 2014.



Pn Noraihan dan En Qusyairi adalah pengedar sah Shaklee di Batu Pahat dan seluruh Malaysia. 

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi percuma. 
  • atau boleh terus isi borang order seperti di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli seperti di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Amalan Penyusuan Semasa Berpuasa

Assalamualaikum

Sekejap masa berlalu. Sedar-sedar kita hampir bertemu bulan Ramadhan iaitu bulan berpuasa bagi seluruh umat Islam di dunia.

Adakah ibu-ibu sekalian lebih-lebih lagi yang menyusukan anak bersedia menghadapi bulan Ramadhan ini? Kali ni saya nak berkongsi sedikit tentang amalan penyusuan semasa kita berpuasa.  Pasti anda tahu bahawa meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat. Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan kita seharian.

Bagi ibu-ibu menyusu, pengeluaran air susu daripada payudara adalah berdasarkan kepada keupayaan kita mengosongkan payudara secara efektif sekerap yang mungkin dengan menerusi penyusuan terus atau pemerahan payudara. Dalam penyusuan susu ibu, terdapat dua hormon yang terlibat secara langsung iaitu hormon prolaktin dan oksitoksin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitoksin pula merembesnya keluar.

SUSU KERING???

Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang kita menjalani ibadah puasa. Kita hanya perlu sentiasa berfikiran positif bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan dalam masa yang sama memastikan diri kita mengamalkan pemakanan yang seimbang dan menyihatkan.

Pengeluaran susu ibu yang berkurang bukan disebabkan oleh ibadah puasa. Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang daripada refleks pengeluaran susu (let down reflex) tercetus. Cara yang terbaik bagi mengelakkan anda berasa tertekan adalah dengan sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal (susu berkurang). Amaun susu ibu mungkin berkurang pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan jadikan ia sebagai pencetus keadaan stress. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payudara anda. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payudara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap 2-3 jam sekali.

Panduan Pemakanan

1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

[Sumber]

Harap ibu-ibu diluar sana terus gigih menyusukan anak dengan susu ibu. Namun jangan pula hingga mengganggu kesihatan fizikal dan mental ibu dan anak. Sebaiknya susukan anak dalam keadaan tenang dan gembira. Anak-anak boleh rasa emosi kita.

Pn Noraihan dan En Qusyairi adalah pengedar sah Shaklee di Batu Pahat dan seluruh Malaysia. 

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi percuma. 
  • atau boleh terus isi borang order seperti di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli seperti di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...