"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Check List Bersalin

Assalamualaikum.

Banyak perlu disediakan untuk menyambut kelahiran bayi. Lebih-lebih lagi jika kali pertama bersalin. Sejak mula disahkan hamil, saya pun mula sediakan senarai semak / check list barang yang diperlukan untuk mulakan rutin baru sebagai ibu. Check list saya yang sebenar agak elaborated, daripada keperluan ketika hamil hinggalah bayi berusia 6 bulan.

Hari ni saya nak share antara perkara yang saya rasakan penting dalam check list saya. Saya pecahkan check list ini kepada beberapa bahagian: barang bayi, barang ibu, keperluan menyusukan bayi etc. Macam ni lebih mudah bagi saya.

Berikut senarai pendek keperluan yang paling asas yang saya rasa wajib ada.






Bergantung kepada keadaan, tempat ibu-ibu bersalin dan berpantang, perjalanan, atau faktor-faktor lain, mungkin ada beberapa keperluan yang ibu-ibu perlu tambah atau kurangkan. Kena rancang kelahiran anak, dan cuba ikut perancangan itu. Ini untuk mengelakkan kekalutan dan kelam kabut. Juga untuk memudahkan suami membuat keputusan (jika perlu) saat ibu-ibu sedang sakit.

Semoga senarai ini bermanfaat. Semoga saya dapat mudahkan hari ibu-ibu semua. InshaAllah.


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Petua Kuruskan Badan Menurut Dr. Hamid Arshat.

Assalamualaikum.

Saya suka sangat baca perkongsian-perkongsian oleh Dr. Hamid Arshat. Boleh kata beliau adalah pakar perubatan kegemaran saya. Post beliau di facebook agak kebapaan, sesuai dengan jiwa saya yang sejak kecil lebih rapat dengan ayah berbanding ibu. Lagi, beliau sangat profesional dan neutral dalam pandangan yang diberikan. Tak ada post berunsur emosi melebih-lebih. Setiap post bercerita buruk dan baik sesuatu dalam segenap perspektif.

Yang paling saya suka, beliau selalu berkongsi petua dan tips kesihatan secara semulajadi.

Berikut saya salin semula tips dan petua untuk kuruskan badan secara semulajadi, seperti yang beliau kongsi. Artikel asal boleh baca di sini.



Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemuk/obesiti memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika berat mereka turun sedikit, berat akan naik baik ke tahap asal atau melebihinya. Saya beri ubat adipex yang berkesan mengawal selera yang dimakan pada waktu sarapan pagi, perlu diingat ubat-ubat saperti adipex hanya boleh diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Di samping itu saya nasihatkan tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohidrat seperti nasi, roti, mee, kuih-muih, donat, biskut dan makanan ringan. Saya juga tekankan tentang senaman, berjalan kaki, atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.
Cuba amalkan panduan-panduan ini.
  1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
  2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menyebabkan lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
  3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buahan. Masak sayur sekejap, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksidan serta kurang kalori yang menggemukkan.
  4. Mulakan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan cendawan. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air pati ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
  5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat, oat, barley dan nasi perang.
  6. Jauhkan makanan segera, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
  7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
  8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
  9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
  10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang.
  11. Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, atau senyap-senyap mereka ulang makan.
  12. Gunakan pinggan kecil (10 inci) menggantikan pinggan besar (12 inci) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.
  13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus separuh hidangan sebelum mula makan.
  14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang-kacang waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
  15. Berjalan 30 minit sejauh 2-3 km, atau cabut rumput rumpai di halaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

Banyak perkara yang beliau kongsikan di atas sebenarnya perkara kecil yang selalu kita ambil ringan. Sebenarnya, kita sendiri yang terbiasa dengan tabiat makan berlebihan sedangkan tubuh tidak kelaparan. Ayuh kita sama-sama usaha untuk mengubah cara hidup. Bukan untuk cantik saja, tapi untuk pastikan kesihatan tak terjejas akibat cara hidup yang sambil lewa.

Sekian. Semoga memberi manfaat kepada anda yang membaca :)

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: 10 Petua Perkembangan Mental Anak 0-3 Tahun Menurut Pakar Psikiatri Kanak-kanak

Assalamualaikum.

Anak-anak harta yang sangat berharga. Saya nak kata anak-anak umpama kanvas kosong, ibu bapa yang mencorakkannya. Tapi terlalu cliche, kan? Bila terlalu cliche selalunya tak sampai makna. Jadi saya suka nak kata anak-anak ni yang datangnya dari benih seorang bapa dan bercantum dengan benih seorang ibu, maka membesarnya pun seperti pohon. Ibu bapa yang menyemai dan membaja, penentu sama ada pohon itu akan hidup sihat, subur dan berbuah lebat untuk memberi manfaat kepada orang lain. Atau pun cuma sebatang pokok tak berbuah, hidupnya tak bermanfaat dan tak juga memberi kebaikan kepada orang lain. Nauzubillah.


Ramai warga Facebook dah tekan "Share" apa yang saya nak kongsikan hari ini. Tapi saya nak kongsikan jugalah, supaya lebih ramai dapat baca. Dan supaya saya sendiri pun tak lupa. Terima kasih kepada kakak tersayang sebab share beliau yang menggerak saya membaca artikel asal tentang ini.

Berikut adalah 10 kaedah yang dikongsi oleh Pakar Psikiatri Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr. Mdm Sherine Ann Selvarajah. Bukan calang-calang ahli psikiatri, Dr. Sherine memang orang yang dikenali dalam bidangnya. Sila klik sini untuk baca latar belakang Dr. Sherine.

Tips-tips ini telah diperoleh daripada ibu salah seorang pesakit beliau. Ibu tersebut telah kongsikan di blog beliau di sini (sila klik untuk baca artikel asal). Jom fahami apa dia 10 tips yang Dr. Sherine kongsi.

1. Biasakan dan kerapkan anak bermain dengan pasir, buih, rumput dan plastisin
Tujuannya untuk merangsang motor dan sensory skill anak-anak. Beri anak pegang dengan tangan dan rasa dengan kaki. Tanggalkan kasut atau stokin anak. Biar anak-anak dapat pengalaman itu. Buat masa ni

Kautsar belum lagi didedahkan dengan pengalaman menyentuh dan bermain dengan pasir, buih, rumput atau plastisin. Sebab Kautsar baru 5 bulan, duduk pun belum pandai. Kalau dapat pegang sesuatu, terus masukkan ke mulut. Jadi tak sesuai bagi Kautsar pegang pasir dan sebagainya. Tapi pengalaman melihat sudah banyak juga. Sejak Kautsar dah berminat melihat persekitaran dan memberi respon, kami suami isteri sering dedahkan Kautsar dengan macam-macam persekitaran. Setakat usianya 5 bulan ni, Kautsar dah pernah lihat pantai, ombak, sawah, dah merasa suasana kampung dan bandar, dah bermain dengan kucing, dah pernah lihat lembu, kuda, pernah naik kereta, motor, kapal terbang, pernah ke shopping complex, pasar malam, taman, tasik, pernah ikut ibu jaga peperiksaan hujung minggu, pernah ke pejabat abah teman abah buat kerja. Senang kata kami suami isteri memang suka dedahkan Kautsar dengan persekitaran berbeza. Dan setiap kali balik kampung Kautsar selalu dengan orang lain, tak melekat dengan kami saja.

2. Jangan terlalu dedahkan anak-anak dengan things in the box
Things in the box merujuk kepada gadget seperti tv, tablet, smart phone. Jangan tinggalkan anak-anak bersendirian dengan gadjet kerana akan membantutkan perkembangan saraf mata, badan dan otak. Anak-anak akan jadi kurang responsif, kurang sensitif, kurang empati, dan pasif. Dr Zubaidi pernah kata, boleh tengok video di youtube atau tonton tv dengan anak-anak asalkan ibubapa ada bersama berinteraksi dengan anak-anak sepanjang menonton. Contoh paling saya suka, kakak kesayangan saya selalu tonton video dengan anak perempuannya yang berusia 2 tahun. Setiap kali menonton, kakak akan ceritakan apa yang mereka tonton, buat bunyi, ekspresi wajah dan macam-macam lagi. Seolah-olah video itu silent, kakak sayalah yang jadi pencerita. Anak saudara saya sampai hari ini sangat attentive, aktif, suka bermain dan tak takut dengan orang. Rajin berbual pun ya juga. Menurut Dr Sherine, tak salah bagi anak menonton things in the box asalkan setiap sesi tak lebih daripada 10 minit.


Setakat ini Kautsar cuma menonton beberapa video muzik kanak-kanak, setiap satu tak sampai 5 minit. Itu pun jarang kami bagi Kautsar tonton sebab Kautsar lebih berminat memegang dan bermain dengan tangan.

3. Rangsang imitation skill anak-anak
Imitation skill ialah skil meniru. Ibubapa digalakkan merangsang skil meniru pada anak-anak dengan cara buat satu perkara dan minta anak buat semula. Buatlah apa-apa yang mudah anak tiru. Tepuk tangan. Lompat. Angkat tangan. Sebut perkataan. Setakat hari ini Kautsar pandai senyum dan ketawa bila kita senyum atau ketawa dengannya. Menurut Dr Sherine, merangkak merupakan skil yang sangat bagus sebab melibatkan semua anggota badan. Biar anak merangkak lama-lama, tak apa, sebab dapat menjana minda yang lebih aktif.

Kautsar mula meniarap pada hari pertama masuk usia 3 bulan. Sampai sekarang usianya 5 bulan, dah laju menyusur dan bergolek. Memang tak boleh tinggal, sekejap dah ke mana-mana. Tunggu hari saja Kautsar pandai merangkak. Sekarang memang giat mengangkat badan sambil sengih-sengih tak ada gigi. Hihi.

4. Banyakkan concept toys berbanding permainan superhero, monsters dll
Concept toys adalah permainan yang berasaskan pengetahuan, contohnya blok ABC, Lego, blok warna, bentuk dan sebagainya. Permainan begini menambah perbendaharaan kata (vocab) anak-anak selain membantu proses pembelajaran anak. Anak cepat belajar dengan bermain concept toys. Elakkan memberi anak permainan superhero atau dolls seperti Ultraman, Buzz Lightyear, Barbie dan yang sewaktu dengannya sebab permainan superhero dan fairy tales sangat tak berkait dengan realiti. Permainan begini boleh mengganggu konsep anak-anak berkaitan realiti. Anak-anak dibimbangi akan terlalu attach dengan khayalan dan gagal mengenal realiti.

Mainan Kautsar sekarang banyak berkait dengan bunyi, warna, tekstur dan teether (sebab gusi dah mula gatal kan). Kami tak banyak berhabis beli mainan, sebab di peringkat usia sekarang, Kautsar lebih perlukan komunikasi dan interaksi dengan orang sekeliling, barulah Kautsar pandai beri respon. Tapi kami tetap pastikan ada beberapa mainan yang sesuai dengan usia dan perkembangan minda Kautsar. Tak perlu berlebihan dalam bab-bab mainan.

5. Ajar perkataan sebelum mengajar ayat
Bila mengajar anak bercakap, elakkan menggunakan ayat penuh. Sebaliknya perkenalkan perkataan kepada anak berulang kali hingga anak kenal objek yang kita katakan. Contohnya jika mau perkenalkan buku kepada anak, cakap "Buku" saja sambil tunjukkan buku itu. Elakkan cakap "Ini buku" atau "This is a book".

Saya dah mula ajar ABC kepada Kautsar sejak usianya 3 bulan. Cuma sebut A - apple, B - ball begitu saja. Kautsar belum faham, tapi Kautsar boleh dengar. Bila travel dalam kenderaan dan Kautsar mula tak keruan, selalu saya sebutkan ABC hingga Z kepada Kautsar. Alhamdulillah Kautsar cam sebutan itu dan mesti senyum-senyum bila dengar.

6. High-5 untuk anak-anak yang takut pada orang
Kalau anak takut pada orang lain, contohnya takut pada atuk, jangan minta anak salam atuk. Sebaliknya cuba minta atuk High-5 anak anda. Perbuatan High-5 melibatkan body contact yang minimum sekaligus memberi isyarat kepada anak anda yang orang itu tak memberi bahaya.

Kautsar belum pandai salam, peluk, cium mahupun High-5. Tapi setakat ni Kautsar cepat takut pada orang lelaki yang suaranya garau. Di kampung suami, sepupu sepapat suami yangkami jarang jumpa bawa Kautsar ke kedai Kautsar tak takut pun. Tak menangis. Alhamdulillah.

7. Jangan marah, sebaliknya beri penjelasan jika anak-anak buat salah
Anak-anak pada umur 0-3 tahun masih belum kenal betul dan salah. Jika anak buat salah, janganlah marah. Sebab mereka tak tahu dan tak faham pun yang mereka buat itu salah. Sebaliknya jelaskan kenapa perbuatan itu salah. Penjelasan akan bantu anak anda belajar bezakan antara betul dan salah, baik dan buruk.


Walaupun Kautsar belum faham kata-kata, tapi bayi sekecil Kautsar mengerti intonasi dan riak muka. Kami suami isteri cuba yang terbaik untuk pastikan Kautsar lihat dan dengar yang baik-baik saja. Kalau Kautsar meragam, pujuk saja perlahan-lahan.

8. Overly-attached bukan petanda baik
Anak yang terlalu attached pada seseorang contohnya ibu atau bapa dikhuatiri akan mengalami masalah self-esteem. Biasakan anak bergaul dengan orang lain terutamanya ahli keluarga.

Alhamdulillah tak banyak masalah Kautsar dalam hal ini. Mula-mula memang Kautsar takut-takut, tapi biasanya lama-lama tak jadi masalah. Kena biasakan saja sebab Kautsar kan tinggal bertiga dengan ibu dan abah saja, sekali sekala berjumpa saudara ambil masa sikit untuk Kautsar sesuaikan diri. Dah lama-lama ok saja.

9. Bermain mengikut minat anak
Kalau anak nak bermain sesuatu permainan, layanlah. Jangan kita pula ajak main permainan lain. Sebab kajian menunjukkan otak anak berkembang paling maksimum ketika anak melakukan perkara yang diminatinya dengan gembira.

Alhamdulillah Kautsar senang gembira buat apa sekalipun. Cuma bila Kautsar nampak batang hidung ibu yang penyek ni, mulalah Kautsar mengada-ngada nak ibu main sama. Hihi.

10. Beri pilihan jawapan
Vocab anak-anak masih terhad. Mereka selalunya faham soalan kita, tapi tak reti nak jawab semula. Jangan biarkan anak-anak diam tak menjawab pertanyaan. Beri pilihan jawapan supaya mereka boleh pilih. Contohnya jika kita tanya, "Kautsar nak main apa? Kautsar nak main bola, atau nak baca buku?"

Allah. Sayangnya anak ibu, Kautsar dan abah Kautsar, En. Qusyairi. Ibu sayang sangat kedua-duanya.
Alhamdulillah. Saya didedahkan dengan maklumat begini seawal usia Kautsar masih beberapa bulan. Jadi memang banyak perubahan yang boleh saya lakukan. InshaAllah cuma yang terbaik untuk anak ibu. Jom ibu-ibu kita sama-sama amalkan.

Harap bermanfaat :)


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Hebatnya Wanita.

Assalamualaikum.

Artikel di bawah saya salin daripada facebook. Sangat menarik dan membuka mata. Sempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ni, saya jemput semua pengunjung blog kecil saya ni baca, terutamanya kaum adam.

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilann...ya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda.

Luka episiotomi ketika proses kelahiran normal. Gambar macam biasa, ihsan Google.

Selamat Hari Wanita untuk semua wanita di luar sana. Hargai dan sayangi diri anda, tangan lembut yang mampu menggoncang dunia :)



Apa Dah Jadi?

Assalamualaikum.


Pernah tak nampak gambar kat atas ni? Gambar ni sekarang tengah hangat tersebar di facebook. Alkisah sepasang kekasih remaja tanpa rasa bersalah duduk di kerusi yang dikhaskan untuk wanita mengandung dan wanita menggendong anak dalam pengangkutan awam. Sedangkan di sebelah mereka seorang wanita sedang menggendong anak berdiri sebab tak ada tempat duduk.

Apa yang saya perihatin di sini ialah ahli masyarakat kita semakin lama semakin kurang nilai-nilai sivik. Tak ada rasa kasihan mahupun bersalah lihat ibu tersebut menggendong anak. Dan faham sajalah kalau naik train, tentulah bergoyang-goyang. Anak yang digendong bukannya kecil, boleh jadi hampir 10 kg, sama berat dengan seguni beras. Awak berdua pula terlentok melayan handphone tanpa perasaan.

Saya agak sensitif dengan perkara begini. Bukan sebab saya seorang ibu, bukan sebab saya pernah mengandung. Tapi perkara seperti menghormati wanita terutamanya yang mengandung dan menggendong anak, mengutamakan warga tua, perkara seperti ini pada saya cuma common sense. Tak perlu diajar di sekolah. Semua orang sepatutnya ada common sense untuk mengamalkan nilai sivik seperti ini.

Saya ada pengalaman saya sendiri. Ketika Kautsar baru berusia 3 hari, saya ke klinik kesihatan bawa Kautsar untuk pemeriksaan jaundice. Dalam keadaan baru 3 hari bersalin, saya jalan perlahan-lahan menuju ke kerusi menunggu terdekat untuk duduk sementara suami uruskan pendaftaran. Mata saya tak lepas melihat kerusi terdekat, sambil perlahan-lahan dukung Kautsar yang agak berat. Tiba-tiba wanita muda yang duduk di sebelah kerusi kosong tersebut telak tangannya di kerusi tu, tanda tempat itu ada orang lain akan duduk. Sakitnya hati saya. Terus saya jalan melepasi dia menuju ke kerusi kosong yang lain, bersebelahan ibu-ibu yang sama-sama bawa bayi untuk pemeriksaan jaundice. Suami pula duduk di tempat lain sebab tiada kerusi kosong di situ. Bila saya perhatikan, rupanya wanita tadi sedang menunggu untuk buat buku mengandung. Tempat kosong di sebelahnya di reserve untuk suami dia. Alahai, sweetnya.

Esoknya Kautsar berusia 4 hari, saya bawa Kautsar untuk pemeriksaan jaundice di hospital swasta. Ketika balik, saya dan suami berpecah di pintu utama. Suami ke tempat parking untuk ambil kereta, saya ke kerusi menunggu. Saya dah hampir tiba di sebuah kerusi kosong, tiba-tiba wanita Cina dan anak remaja lelakinya terus letak barang-barang di kerusi kosong tersebut bila mereka nampak saya mahu duduk. Tentu mereka reserve kerusi itu untuk orang lain juga. Terus saya pandang muka mereka berdua, pusing dan berpatah balik. Depan mereka, saya tunggu suami sambil berdiri mendukung Kautsar. Tak apa, saya sihat. Kautsar pun sihat. Kami mampu berdiri berdua.

Saya tak kata semua warga kita begitu. Cuma segelintir saja, tapi tetap tak boleh diterima. Saya ada berjumpa orang-orang baik yang sangat perihatin dengan ibu mengandung dan menggendong anak. Saya pernah bawa Kautsar ke Jusco ketika usianya 2 minggu. Bila Kautsar menangis, saya perlu susukan Kautsar tapi tiada tempat duduk. Hari minggu. Ramai orang bershopping raya. Semua kerusi penuh. Tapi seorang wanita bangun dan minta saya duduk di tempatnya. Minggu depannya sekali lagi bawa Kautsar ke Jusco. Situasi yang sama. Sebab tiada tempat duduk, saya menyusukan Kautsar sambil berdiri, sementara suami ke surau. Satu pasangan Cina sedang duduk, suaminya menunggu si isteri makan aiskrim. Ketika saya sedang berdiri menyusukan Kautsar, lelaki Cina tersebut melambai panggil saya. Beliau dan isteri telah berganjak untuk sediakan ruang untuk saya. Terima kasih kedua-duanya.

Entri ini bukan bertujuan untuk mengata atau menghina atau merungut. Cuma sebagai pembuka mata, apa dah jadi dengan sopan santun, budi bahasa dan sifat kasih sayang kita. Tanggungjawab ibu bapa mendidik anak, saya harap Kautsar besar menjadi wanita bermaruah, tinggi harga diri dan berbudi pekerti. InshaAllah.

Anak ibu ayah. Besar jadi wanita solehah ye :)


Tips: Petua Tambah Susu Ibu.

Assalamualaikum.

Artikel diubahsuai daripada artikel asal oleh Pn Norhanita.

Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Ibu-ibu boleh mengambil makanan penggalak susu yang berkesan meningkatkan produksi dan kualiti susu. Terdapat pelbagai makanan / tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster. Di bawah saya senaraikan makanan-makanan penggalak susu dan petua-petua untuk menambah susu badan:

Lobak putih
Saya selalunya masak sup lobak putih dengan ikan bilis dan tauhu kering. Orang Jepun pula gunakan lobak putih untuk dijadikan jeruk. Untuk menggalakkan penghasilan susu ibu, boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering
Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma
Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu

Pucuk betik / Betik muda
Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba / Fenugreek
Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi. Saya selalu masukkan halba dalam masakan asam pedas.

Habbatus sauda / Jintan hitam / Black seed
Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa / Murunggai / Pokok kelor
Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang
Boleh dicelur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis / Pucuk manis
Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya
Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walau bagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

Pengambilan Air
Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang
Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi: Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  InshaAllah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep demand vs supply. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak / penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa
Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.

Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Setiap ibu adalah berbeza. Ada ibu yang dapat menambah susu dengan makan makanan tertentu, ada ibu perlu makanan lain. Ibu-ibu perlu sabar dan berusaha mencari makanan apa yang dapat menggalakkan susu anda. Saya sudah jumpa makanan penggalak susu saya: Yakiniku Bento di Sushi King. Susu jadi berganda bila saya makan bento itu. Tapi saya masih belum berpuas hati sebab masih belum tahun elemen yang mana satu daripada keseluruhan hidangan itu yang sebenar-benar penggalak susu saya.

Selain itu, jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

Cadangan Suplemen untuk Ibu Menyusu
Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.

Untuk info lanjut, anda bolehlah menghubungi saya. Selamat meyusukan bayi anda :)



Tips: Petua Memilih Breastpump.

Assalamualaikum.

Salah satu keperluan seorang ibu terutamanya ibu yang bekerja dan menyusukan anak seperti saya ialah breastpump. Saya mula mencari ilmu tentang breastpump sejak 5-7 minggu kehamilan kerana memilih breastpump bukan perkara mudah dan main-main. Saya nak kongsi beberapa kriteria yang saya ambil kira ketika memilih breastpump.

Kriteria memilih breastpump:
  • Bunyi motor
  • Berat dan saiz
  • Single atau double pumping
  • Beroperasi secara manual, bateri atau elektrik
  • Harga / nilai
Ibu-ibu boleh meyusun kriteria-kriteria ini mengikut keperluan ibu-ibu sekalian. Kriteria di atas sini saya susunkan mengikut keutamaan saya. Saya letakkan harga sebagai kriteria terakhir sebab walaupun berbelanja untuk menyambut bayi sulung sangat banyak dan ibu-ibu perlu berjimat, tapi pada saya bunyi dan saiz breastpump adalah kriteria yang sangat penting dan saya tak boleh tolak ansur. Saya akan ceritakan satu persatu.

Bunyi Motor
Bunyi motor breastpump sangat penting bagi saya. Walaupun saya ada bilik pejabat sendiri, tapi bersebelahan dengan bilik saya adalah pejabat staf-staf lelaki yang lebih senior. Ruang pejabat kami pula sangat senyap. Sebab itu saya perlukan breastpump dengan motor yang senyap. Supaya aktiviti saya mengepam susu di pejabat tak didengari dan mengganggu staf lain. Lagipun bagi saya mengepam susu adalah perkara yang sulit dan melibatkan kehormatan diri. Lebih baik jika dilakukan secara senyap dan tak diketahui.

Berat dan Saiz Pam
Encik Qusyairi dan saya sangat gemar bercuti. Kami banyak bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Sebab itu saya perlukan pam yang kecil dan ringan supaya mudah dibawa ke mana-mana. Lagipun dengan pam yang kecil dan ringan, saya boleh jimatkan ruang dalam beg galas untuk di isi dengan storage bag, pen, cooling bag etc.

Single atau Double Pumping
Juga penting bagi ibu bekerja seperti saya sebab tak banyak masa mengepam di pejabat. Jika saya perlukan 10 minit untuk mengepam susu di setiap payu dara, jumlah masa mengepam akan menjadi 20 minit bagi setiap sesi. Sepanjang 8 jam di pejabat, saya perlu mengepam sebanyak 3 sesi, iaitu berjumlah 1 jam masa bekerja dihabiskan untuk mengepam. Jika saya buat double pumping, setiap sesi cuma 10 minit, dan jumlah masa mengepam di pejabat setiap hari ialah 30 minit saja.

Operasi Manual, Bateri atau Elektrik
Saya perlukan pam yang boleh beroperasi secara bateri dan elektrik. Sebabnya kami selalu berjalan jauh. Ketika dalam perjalanan susah nak dapatkan sumber elektrik. Sebab itu saya perlukan pam elektrik yang boleh beroperasi dengan bateri.

Harga / Nilai
Seberapa boleh tentu kita semua mahukan pam dengan harga terendah. Tapi disebabkan saya cerewet mahukan pam yang ringan dan senyap, memang tak banyak pilihan yang ada. Dan semuanya harganya hampir mencecah RM1000. Membeli pam penyusuan adalah satu pelaburan (dan pengorbanan) ibu untuk anak. Biar berhabis sekali, tapi hasilnya memuaskan hati.

Pilihan Saya:
Setelah saya survey di kedai dan internet, pilihan yang memenuhi keperluan saya tak banyak. Akhirnya saya pilih Ameda Lactaline sebab saiznya kecil, ringan, motor yang senyap, boleh single dan double pumping dan harganya lebih murah berbanding Medela. Saya beli di kedai online sebab harga yang lebih murah berbanding kedai luar, pakej yang ditawarkan juga sangat menjimatkan. Keseluruhan pakej breastpump ini yang saya beli termasuk beberapa add-ons bernilai lebih kurang RM1200.

Ameda Lactaline Personal
Seminggu lepas bayi Kautsar lahir saya mula menggunakan pam Ameda Lactaline tersebut. Sejak pertama kali mencuba, saya dapat kesan beberapa masalah. Pertama, banyak yang perlu dilakukan untuk set up pam sebelum mengepam. Kedua, payudara kiri dan kanan seseorang tak semestinya sama. Kedua-duanya mungkin perlukan rangsangan berbeza untuk mengeluarkan susu. Maka bila saya buat double pumping, hasilnya tak seberapa. Bila buat single pumping, masa pula lama. Penyelesaiannya saya bertukar kepada pam manual.

Saya beli pam manual Avent Natural Series ketika bayi Kautsar hampir 2 bulan. Pertama kali gunakan pam manual Avent ni saya sangat gembira sebab lebih mudah untuk kawal speed dan suction. Hasilnya lebih cepat mengalami letdown reflex. Setiap kali sesi mengepam saya mengalami letdown reflex berganda berbanding menggunakan pam elektrik Ameda Lactaline. Selain itu saya sangat suka pam manual Avent juga sebab sangat mudah dikendalikan. Masa menggunakan Ameda, saya cuma mengepam sekali sehari kerana bayi Kautsar menyusu badan di rumah. Lagipun saya rasa leceh nak set up pam Ameda ketika bayi menyusu. Dengan pam manual Avent, lebih mudah mengepam sambil menyusukan anak. Saya pun jadi lebih rajin untuk mengepam. Hasil daripada kerap mengepam, susu badan pun jadi semakin banyak. Pam Avent manual ini saya beli dengan harga RM200 di kedai online, berbanding kedai luar harganya RM300.

Avent Natural

Mungkin ramai ibu-ibu lain pernah alami perkara yang sama. Membeli breastpump bukan mudah. Ibu-ibu perlu banyak membaca dan membandingkan pilihan-pilihan yang ada. Jika mampu, cuba dulu breastpump sebelum membeli. Atau jika mahu beli breastpump selepas bayi lahir supaya dapat memilih breastpump yang paling selesa dan berkesan. Bagaimanapun cuba untuk tidak menetapkan bajet terlalu ketat, kerana breastpump yang mahal semuanya mahal bersebab. Anggaplah breastpump ini pelaburan untuk kesihatan anda dan bayi anda.

Selamat menyusukan anak :)



Rahsia Kebaikan Susu Ibu.

Assalamualaikum. 

Sempena dah menjadi ibu, hari-hari pun menggali ilmu berkaitan keibubapaan. Hari ini saya nak kongsi rahsia kelebihan dan kebaikan susu ibu. Berikut adalah artikel yang ditulis oleh Professor Madya Dr. Poh Bee Koon, seorang pakar pemakanan terkemuka. Jom sama-sama kita baca bagaimana susu ibu mempengaruhi otak si manja menjadi lebih pintar.

OTAK LEBIH PINTAR DENGAN SUSU IBU: Fahami bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak. 
Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada kelangsungan hidupnya. 
Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya. 
Bagaimana Otak Berfungsi 
Otak kita merangkumi banyak bahagian yang menjalankan fungsi tertentu seperti menghubungkan penglihatan, perasaan, bahasa, dan pergerakan. Dalam setiap bahagian otak, terdapat berjuta-juta neuron (sel saraf), yang menghantar mesej kepada satu sama lain melalui sinaps. Hubungan ini membolehkan pelbagai bahagian berkomunikasi dan berfungsi bersama-sama.
Susu Ibu adalah yang Terbaik! 
Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak.
Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak:
Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan). 
Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi. 
Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan. 
Lebih Banyak Manfaat daripada Susu Ibu
Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran. 
Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting. 
Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar.
Gambar ihsan Google.
Selain kebaikan dan kelebihan seperti yang dinyatakan dalam artikel Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, saya suka nak berkongsi kebaikan susu ibu kepada bayi dan juga kepada ibu.

Kebaikan susu ibu kepada bayi:

  • bayi menerima nutrien yang paling lengkap dan optimum untuk tumbesaran bayi 
  • bayi lebih senang menghadam susu ibu daripada susu formula, mengurangkan sembelit kronik, kolik dan gangguan perut yang lain 
  • sistem imun bayi lebih kuat di mana bayi dilindungi daripada jangkitan, alergi, asma, obesiti, kencing manis dan lain-lain masalah kesihatan
  • tidak ada bayi alah pada susu ibu 
  • tidak mengandungi bahan-bahan kimia 
  • bayi yang lebih cerdik di mana susu ibu meningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf dan sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan 
  • rasa susu ibu berubah mengikut apa yang ibu makan, oleh itu ia membantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi melalui susu 
  • mengerat ikatan emosi antara ibu dan anak 
  • penyusuan susu ibu memainkan peranan penting dalam pembangunan rohani dan emosi bayi


Kebaikan penyusuan susu ibu kepada ibu: 

  • susu ibu adalah PERCUMA!
  • membantu pengecutan uterus serta mengurangkan risiko kanser ovari, rahim dan payudara dan membantu mengurangkan berat badan ibu kerana penyusuan susu ibu membakar kalori!!
Semoga entri ini bermanfaat. Saya harap ramai ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana memilih untuk menyusukan anak mereka dengan susu ibu.


Pengumuman: Khabar Ramadan

Assalamualaikum.

Kami ada berita yang ingin dikongsi dengan semua sahabat pembaca. Buat sementara waktu ini aktiviti blogging dan facebook Noraihan & Qusyairi akan dicutikan seketika. Walau bagaimanapun, order dan pendaftaran ahli masih berjalan seperti biasa. Boleh hubungi kami melalui sms atau email untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi, cuma harap maaf banyak kalau kami terlewat balas berbanding biasa. 

Dan sebab kenapa blog dan facebook kami berehat seketika? Sebab kami baru dikurniakan Allah swt dengan anugerah terindah buat sepasang suami isteri iaitu kelahiran cahaya mata sulung kami. Alhamdulillah Puan Noraihan dan bayi selamat dan sihat. 

Doakan kami menjadi ibu bapa terbaik untuk anak kami. Dan mohon doa sahabat pembaca semua anak kami menjadi hamba Allah swt yang soleh dan solehah serta membahagiakan ibu bapa dan Tuhannya di dunia dan akhirat. Amin. 


Salam Ramadan Kareem.

Assalamualaikum.

Beberapa hari ni tak dapat nak update entri di sini. Alhamdulillah kami suami isteri sentiasa sibuk dengan tugas hakiki kami, bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk COD vitamin kesihatan Shaklee dan menyediakan persiapan menyambut Ramadan Kareem. Jarang-jarang kami duduk-duduk saja di rumah tak buat apa-apa. Ada saja yang disibukkan. Alhamdulillah, seronok.

Sememangnya Ramadan bulan yang membawa rezeki. Rezeki kami melimpah ruah menjelang Ramadan. Lebih-lebih lagi dalam perniagaan vitamin Shaklee ini. Niat kami berniaga bukan sebagai punca pendapatan, bukan juga untuk meraih keuntungan. Sebaliknya sekadar mau berkongsi kebaikan yang kami rasa daripada vitamin ini. Aktiviti yang mulanya saya jalankan secara suka-suka, tak sangka akhirnya jadi perkara yang mendatangkan keseronokan bagi kami suami isteri. Lebih-lebih lagi bila semakin ramai kenalan yang kami jumpa ketika berniaga, pelanggan-pelanggan baru yang kami kenali secara tak sengaja. Tak perlu terlalu berkira tentang masa dan wang ringgit. Membantu orang lain menikmati hidup lebih sihat dan berkualiti, itu yang lebih memuaskan hati. Terfikir juga tentang jadual kami yang penuh sarat berkejar-kejar antara keluarga, kerja dan perniagaan, tapi bila kami bincang-bincang semula, tiada masalah pun sebab kami buat semua ini untuk kepuasan diri.

Setiap pelanggan tak dikenali yang membeli dengan kami, kami rasa sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kepercayaan yang diberi. Tanggungjawab sebagai Independent Distributor anda kami pikul sepanjang masa, jangan ragu-ragu untuk mesej atau telefon kami bila-bila masa. Dan kami sentiasa berdoa anda dapat kebaikan daripada pembelian anda.


Salam Ramadan buat semua yang sudi singgah di blog Noraihan & Qusyairi. Semoga Allah swt mempermudahkan ibadah anda semua :)


Hadiah Untuk Ayah.

Assalamualaikum.

Saya masih baru beberapa bulan berkecimpung dalam perniagaan suplemen kesihatan Shaklee. Blog ini pun masih muda, banyak lagi lohong dan lompong yang belum terisi dalam blog ini. Masih banyak yang saya mahu kongsi di sini, baik dari segi kebaikan suplemen Shaklee mahupun bagaimana produk ini memberi kesan kepada kehidupan saya bukan saja dari segi kesihatan.

Sejak mula aktif berniaga produk-produk Shaklee, adalah sedikit pendapatan sampingan untuk kami suami isteri. Memandangkan pendapatan bulanan kami sendiri sudah mencukupi, jadi kami selalu kumpul-kumpul hasil pendapatan sampingan ini untuk perkara-perkara lain yang lebih berupa kemahuan, bukannya keperluan. Dan kemahuan saya yang paling kuat sekali adalah untuk membalas jasa keluarga.

Mula-mula mengamalkan vitamin Shaklee, sebaik saja saya terasa keberkesanan produk-produk ini saya terus bekalkan ayah dengan Advance Joint Health Tablet. Masa itu cuma tablet ini saja yang ayah sudi terima. Ayah saya orangnya tak suka dibelanja, perangai yang menurun ke saya dan adik-beradik yang lain. Dengan anak-anak sendiri pun ayah tak suka dibelanja. Jadi waktu mula-mula saya cadangkan produk Shaklee, ayah berat hati mau terima.

Ayah saya banyak penyakitnya. Ubat-ubatan harian ayah banyak sangat. Pagi lain, malam lain. Sekali makan berbiji-biji pil. Mengenali ayah seumur hidup saya, saya tahu ayah takkan mahu jika saya bekalkan seluruh set kesihatan kepadanya. Jadi saya cuba dengan satu vitamin saja, Advanced Joint Health Tablet. Sebabnya pil banyak-banyak yang ayah makan setiap hari tu tak ada satu pun untuk sakit sendi. Semuanya untuk penyakit-penyakit lain yang lebih berat. Oleh kerana dah terlalu banyak pil yang hospital bekalkan, ayah tak mahu ambil ubat untuk sakit sendi pula.

Bila saya cadangkan Advanced Joint Health Tablet, ayah berat hati mahu terima. Dipujuk-pujuk akhirnya ayah setuju, dengan syarat harga tablet itu ditolak daripada wang yang saya hantar setiap bulan. Saya pun setuju. Cuma saya tak pernah tolak harga tablet tersebut, setiap bulan jumlah yang saya hantar kepada ayah tetap sama. Hehe. Bising juga ayah pada mulanya. Saya tahu kalau saya berhujah memang takkan menang dengan ayah. Jadi saya minta ayah pandang tindakan saya itu dari sudut berbeza. Dengan berbakti kepada ayah, saya harap keberkatan dan rahmat Allah swt akan memayungi rezeki saya, dan doa ayah sendiri akan menjemput rezeki yang lebih meriah untuk keluarga saya. Bila saya terangkan begitu barulah ayah terima.

Tapi Advanced Joint Health Tablet tu cuma langkah mula saya saja. Bila ayah mula terasa sakit sendi semakin kurang dan terus kurang, ayah semakin yakin dengan Shaklee. Lebih-lebih lagi bila saya terangkan tentang kemungkinan menghadapi krisis penyembuhan, tapi ayah sendiri tak mengalami krisis penyembuhan yang teruk. Setiap kali kami berjumpa atau bertelefon, ayah akan ceritakan perkembangan sakit sendinya yang semakin pulih.

Lalu saya cucuk jarum, saya ceritakan tentang Vivix pula.

Vivix ni ayah yang punya :)
Macam-macam saya cerita tentang Vivix. Tapi tak pernah saya bayangkan yang saya mahu belikan sebotol untuk ayah. Saya cuma cerita produk kesihatan Shaklee ni harganya murah, yang paling mahal cuma Vivix. Itupun sebab kelebihan-kelebihan Vivix untuk pesakit berat seperti kencing manis, darah tinggi, paras kolestrol tinggi, pesakit jantung dan lain-lain. Ayah dengarkan tapi tak pernah kata apa-apa. Kadang-kadang sambil berbual-bual petang saya cerita sikit-sikit tentang Vivix, siapa yang sesuai makan dan bagaimana fungsinya, tentang ramuannya yang organik dan selamat. Tapi saya tak pernah cerita beria, cuma seperti borak-borak kosong saja.

Lama juga saya cerita sedikit demi sedikit tentang Vivix pada ayah, lebih kurang sebulan dua jugalah. Akhirnya satu hari saya dapat panggilan daripada ayah, katanya lepas Advanced Joint Health Tablet bulan itu habis, ayah nak cuba Vivix pula. Saya jawab selamba: Boleh saja. Sedangkan dalam hati terujanya tak terkata. Haha.

Jadi bulan ini, dengan rezeki daripada pendapatan sambilan yang kami seronok lakukan bersama ini, saya dan suami telah belikan hadiah Vivix untuk ayah. Macam biasa, ayah minta ditolak daripada wang bulanan yang saya hantar kepadanya. Dan macam biasa jugalah, saya setujukan saja. Tapi saya tahu, dan ayah pun tahu, perkara itu takkan berlaku :p

Selamat menyambut puasa, ayah. Selamat menjaga kesihatan. Dan semoga kesihatan ayah bertambah baik hari ke hari. Untuk apalah rezeki dan kesenangan yang kita kecapi jika tak dikongsi dengan orang yang tersayang. Terasa jiwa kosong tak bermakna hidup dan harta kalau segala kemewahan dan kesenangan cuma untuk diri sendiri saja. Cuma ini yang mampu seorang anak lakukan, selain doa yang mengiringi setiap hari. Doakan kami berdua juga :)

notakaki: Bulan ini juga berkat rezeki rajin berusaha saya hadiahkan suami dengan Performance Drink dan untuk diri sendiri pula Nutriferon. Dah ada Performance Drink ni, bolehlah kombinasikan dengan ESP dan Milk Shake kami untuk bancuh set Mighty Triple Gem. Persediaan untuk berpuasa nanti. Seronok rasanya berkongsi dengan keluarga dan suami. Bak kata P. Ramlee: Hai senangnya dalam hati...

Tips: Petua Merancang Jantina Anak

Assalamualaikum.

Tips ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan. Sepertimana dengan tip-tip lain, tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya. Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tip ini 70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan.

Para suami harus mengetahui anda adalah penentu dalam jantina anak-anak. Benih lelaki membawa kromosom X dan Y manakala benih wanita hanya membawa kromosom X. Gabungan kromosom X-X akan menghasilkan anak perempuan manakala X-Y akan menghasilkan anak lelaki.

Gambar ihsan Google.

Ciri-Ciri X dan Y
X – Jangka hayat lebih lama, bergerak lambat, tahan dalam keadaan berasid
Y – Jangka hayat singkat, bergerak pantas, tahan dalam keadaan berakali


Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki (XY)

  1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
  2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
  3. Menukarkan cecair faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. Air bikarbonat sebanak 20 ml dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
  4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan oleh agama jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika ibubapa ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.


Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan (XX)

  1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
  2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
  3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.


Kita merancang, Allah swt juga merancang dan sebaik-baik perancang. Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita. Selamat mencuba :)


Tips: Petua Hadapi Jerebu.

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni kes jerebu makin menjadi-jadi. Di tempat kami, jerebu tersangatlah teruk sampaikan duduk dalam pejabat dengan tingkap bertutup pun rasa nak pakai mask. Waktu pagi nak ke tempat kerja yang cuma sekangkang kera daripada rumah kami tu pun rasa sesak nasaf. Kawasan perumahan kami seolah-olah baru lepas fogging.

Makluman terbaru daripada majikan kami, indeks pencemaran udara (IPU) di tempat kerja kami jam 8 pagi semalam setinggi 490. Sedangkan IPU 301 ke atas sudah dikira berstatus hazardous. Hingga ke jam 3 petang, IPU menurun kepada 182, iaitu masih lagi dalam kategori unhealthy. Sekolah di daerah kami dah diberikan cuti berganti selama tiga hari disebabkan jerebu teruk di sini.

Gambar sekitar jam 9 pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
  • Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


[Sumber]

Berikut beberapa nasihat yang majikan edarkan kepada staf-staf berkaitan dengan jerebu. Saya nak kongsikan dengan pembaca semua, semoga sama-sama dapat manfaat daripada nasihat tersebut.

  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask).
  • Pastikan udara di dalam rumah / bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
  • Banyak minum air kosong ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti / menghadiri aktiviti luar.


Bagi ibu dan bakal ibu, boleh baca info melindungi bayi dan kandungan daripada jerebu daripada laman web BabyCentre di sini dan di sini.

En. Qusyairi dan saya terasa hebat menyamar jadi doktor.

Sesiapa ada tips lain, bolehlah kongsi bersama di sini :)


Berat Mata Yang Memandang.

Assalamualaikum.

Apa yang saya nak kongsikan malam ini bukan cerita yang menyeronokkan. Beberapa kejadian berlaku sehari dua ini, buat saya rasa sedih. Dan saya orangnya cepat empati, jadi terasa bebannya bila berlaku kejadian-kejadian tak diingini walaupun bukan ke atas diri sendiri.

Balik kerja semalam, ketika sama-sama masuk ke dalam kereta bersama En. Qusyairi, beliau katakan ada kes di sekolah tempat isteri kawan kami mengajar. Seorang murid jatuh ketika bermain di tangga. Murid tersebut baru darjah dua. Terus saya terbayangkan adik kesayangan saya ketika dia darjah dua, kecil dan masih terlalu mentah. Murid tersebut meninggal dunia. Waktu kejadian, ayahnya sedang menunggu di luar pagar.

Petang tadi sengaja balik kerja lambat. Jam hampir pukul 6 petang, dapat pesanan ringkas dari Ketua Jabatan. Print screen sms tersebut seperti berikut.


Perkara pertama saya buat ialah hantar mesej kepada En. Qusyairi bertanya bagaimana kami berdua boleh membantu. Tiada cara. Kelab staf tentu akan buat kutipan sumbangan, dan kami boleh menymbang. Lebih daripada itu, tiada apa yang boleh kami bantu selain mengirim doa.

Dan selesai masak makan malam tadi, baru saja saya selesai mengaminkan doa yang En. Qusyairi baca, beliau dapat panggilan telefon daripada rakan staf. Katanya mereka perlu ke Johor Bahru malam ini juga, ada pelajar kemalangan. Keadaannya kritikal dan telah dipindahkan ke hospital besar di Johor Bahru. Ketika saya menaip ini, En. Qusyairi masih belum pulang lagi. Baru sebentar tadi beliau sampaikan khabar dari hospital. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah mendoakan keselamatan dan kesihatan pelajar kami.

Saya orangnya sangat mudah empati. Cepat beremosi walaupun bukan berkaitan dengan saya. Dengan semua kejadian yang berlaku sehari dua ini, saya agak bersedih. Membayangkan perasaan seorang ayah menjumpai anaknya terbaring tak bernyawa di bawah tangga. Perasaan kehilangan segala-galanya melihat rumah tempat berteduh sekeluarga hangus hingga ke tanah. Perasaan ibu dan bapa mengharung perjalanan ratusan kilometer untuk menemani anak yang cedera parah.

Pun begitu walau betapa beratnya mata kita yang memandang, sudah tentu berat lagi bahu mereka yang memikul. Saya doakan ketenangan dan kesejahteraan untuk mereka, semoga mereka redha dan sabar menghadapi dugaan maha berat seperti ini. Dan saya harap pembaca budiman semua sama-sama berdoa dengan saya. Untuk mereka.


Tips: Petua Penyimpanan dan Pengendalian EBM

Assalamualaikum.

Entry kali ini khas untu ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu. Khususnya ibu-ibu yang bekerja dan perlu hartar anak ke rumah penjaga. Hari ni kita kongsi sama-sama tips menyimpan dan mengendalikan susu perahan atau ringkasnya EBM yang saya ambil daripada internet. Banyak sangat artikel ini dah diterbitkan, saya pun tak pasti siapa penulis asal, tapi saya rujuk pada wall facebook dan juga entry oleh Momma Mia.

Gambar ihsan Google.

Penyimpanan dan Pengendalian EBM
Bagi ibu yang berkerjaya, susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Istilah-istilah Penting Susu Ibu yang Diperah
  • EBM: Expressed Breast Milk (susu yang diperah)
  • Fresh EBM: Susu yang baru diperah dan masih segar
  • Chilled EBM: Susu yg dah perah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku). Chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi.
  • Frozen EBM: Susu yg simpan dalam tempat sejukbeku

Bekas Penyimpanan Yang Sesuai
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label berikut:
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska / pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.


Tempat Penyimpanan

1. Suhu Bilik:

  • Jika bilik tidak berhawa dingin (25 °C hingga 37 °C), disarankan tidak lebih dari 4 jam.
  • Jika bilik berhawa dingin (15 °C hingga 25 °C), boleh sehingga 6-8 jam.

*suhu bilik harus stabil, contoh bilik berhawa dingin, penghawa dingin tidak dimatikan sepanjang botol EBM ada di dalam bilik tersebut.

2. Peti Sejuk / Sejukbeku:


Gambar ihsan mama Muzfirah

  • Peti sejuk 1 pintu (bahagian beku) sehingga 2 minggu.
  • Peti Sejuk 2 pintu:
    • bahagian sejukbeku (-18 °C hingga -20 °C) sehingga 3 bulan
    • bahagian sejuk (bukan beku) rak paling atas (2 °C hingga 4 °C) sebelum dibekukan boleh tahan sehingga 3-5 hari. Hari ke-5 terus masukkan ke bahagian beku.
    • bahagian sejuk (bukan beku) rak paling atas (2 °C hingga 4 °C) selepas dibekukan boleh tahan sehingga 24 jam.
  • Deep freezer (-20 °C) boleh tahan sehingga 6 bulan


3. Bekas Penyejuk

  • Cooler bag/box (0 °C hingga 4 °C), tahan 12 - 24 jam


PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula


TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Pejabat

  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais


Rumah

  • Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja di bahagian beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.


Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.


Keluarga Bahagia.

Assalamualaikum.

Dah ramai yang tegur saya dah lama tak update blog. Bukan taknak update, tapi saya baru lepas cuti seminggu. Biasalah, cuti-cuti sekolah bawa adik dan ayah jalan-jalan balik kampung sambil-sambil melawat abang kakak dan keluarga mertua. Ayah pun kali terakhir jumpa keluarga mertua saya ketika kami kahwin dulu, dah lebih setahun lepas. Adik pula bila lagi dapat berjalan kalau bukan cuti sekolah. Ibubapa (atau kakak) mana tak ambil cuti sempena cuti sekolah, kan? Inilah waktunya nak bawa mereka jumpa saudara mara. Hehe.

Tadi En. Qusyairi dan saya keluar berdating macam masa bercinta dulu. Kami menonton wayang cerita Fast and Furious 6. Dalam cerita tu, si hero Dom asyik ulang sebut perkara yang sama: betapa pentingnya kesetiaan pada keluarga. Sempena cuti-cuti dan cerita wayang yang bertemakan keluarga, saya pun mood baik nak bercerita tentang keluarga malam ini.

Saya ada dua orang abang dan tiga orang kakak. Selain itu, saya ada seorang adik lelaki. Ayah saya dah lama bersara, emak pula sudah empat tahun meninggalkan dunia. Kami adik beradik sangat rapat, terutamanya yang perempuan. Yang sulung abang, diikuti abang kemudian tiga orang kakak, kemudian saya dan seterusnya adik lelaki saya. Saya sangat sayang mereka.

Tak cukup korum dua orang. Ketika hari bahagia kami :)
Berbanding kakak-kakak yang lain, saya paling ramai kawan. Kawan-kawan saya pelbagai jenis. Dan kebanyakan mereka sangat baik sanggup buat macam-macam untuk persahabatan kami. Ada yang sanggup tangguh balik kampung selama seminggu untuk bantu saya siapkan tugasan ketika belajar dulu. Ada yang bersama-sama saya dalam tangis bila ditimpa masalah. Ada juga yang percayakan saya dengan masalah dan wang mereka lebih dari yang saya sangka. Memang saya sangat sayangkan kawan-kawan saya.

Tapi kawan-kawan semua takkan dapat menandingi keluarga. Bila saya ada masalah yang betul-betul besar punya masalah, saya akan kongsi dengan keluarga. Keluarga tak pernah membelakangkan saya. Saya pun taknak membelakangkan mereka.

Ketika saya sekolah, study group saya adalah dengan kakak-kakak saya. Sebab itu saya tak banyak masalah dengan pelajaran, sebab saya dah belajar lebih awal. Apa yang kakak-kakak belajar di kelas, mereka ajarkan kepada saya.

Bila saya ke asrama penuh, keluarga saya tak pernah gagal tunjukkan betapa mereka bangga dengan saya. Bila di matrikulasi, saya kumpul duit syiling banyak-banyak supaya dapat hubungi kakak abang saya di telefon. Waktu itu terasa sunyinya tanpa mereka dekat dengan saya. Bila saya sambung pelajaran ke universiti, saya ambil masa hujung minggu melawat kakak-kakak saya di kampus universiti mereka: seorang di utara, seorang di pantai timur dan seorang lagi di kuala lumpur. Ketika saya kesempitan wang, salah seorang pasti tak berat hati berkongsi dengan saya. Bila mereka kesempitan saya pun tak berat hati berkongsi dengan mereka. Dan sesama kami cuma bayar semula seberapa yang kami mampu bayar.

Bila saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana, ayah dan kakak saya bergilir bayarkan yuran pelajaran dan beri wang belanja kepada saya. Hingga hari ini, saya terasa begitu terhutang budi dengan mereka, kerana wang daripada skim gaji yang saya terima setiap bulan adalah jasa dari ayah dan kakak saya. Saya sangat terhutang budi dengan mereka.

Ketika saya nyatakan hasrat mau berumahtangga, tak siapa pun persoalkan siapa bakal suami dan bagaimana orangnya. Ketika itu mereka tau saya terlalu baru berkawan dengan En. Qusyairi. Tapi mereka percayakan pilihan saya, kerana saya telah dididik dengan begitu baik oleh ayah dan arwah emak. Keluarga saya tau saya takkan buat pilihan yang salah. Pertama kali perkenalkan ayah dengan En. Qusyairi, ayah siap pakai baju lawa-lawa. Sebelum turun kereta, ayah sikat rambut supaya nampak kemas. Sedangkan yang akan beliau jumpa adalah bakal menantunya, seolah-olah ayah lebih gementar berbanding saya. Sedangkan sebelum En. Qusyairi, sudah lima kali ayah terima menantu. Haha.

Semakin kita dewasa, semakin kita akan faham pengorbanan keluarga untuk kita. Semakin kita akan hargai kehadiran mereka. Muda-muda dulu mungkin kita cuma rasa sayang pada keluarga, tapi setelah berkahwin dan membentuk keluarga sendiri, saya mula rasa perlu dan sangat risau kehilangan keluarga. Saya sangat sayangkan ayah, adik beradik dan anak-anak saudara saya. Sanggup berhabis wang dan masa untuk mereka. Tak fikir panjang untuk lakukan macam-macam perkara untuk mereka.

Begitu juga mereka dengan saya.

Jadi saudara-saudari pembaca di luar sana, nasihat saya cuma satu. Hargai keluarga. Jangan membelakangkan mereka. Nampak macam sedikit, tapi takkan ada orang lain yang sanggup berkorban untuk kita seperti keluarga telah berkorban selama ini. Saya telah merasa kehilangan emak tercinta. Membayangkan mereka yang masih ada sekarang takkan selamanya dapat bersama saya sudah cukup buat saya rasa sangat sedih. Ambil masa untuk tunjukkan kasih sayang anda. Esok mungkin terlambat. Lusa mungkin tak sempat.

Semoga entri kali ini bermanfaat :)

Dua-dua ini pun keluarga saya juga :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...