"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Petua Rawat Batu Karang.

Assalamualaikum.

Petua ni saya dapat daripada facebook Dr. Hamid Arshat. Bolehlah follow beliau, memang selalu beliau post info-info kesihatan khasnya kesihatan wanita. Gambar-gambar yang beliau post kadang-kadang boleh buat kecut perut. Tapi kalau tak kecut perut tak datang kesedaran pula pada kita untuk jaga kesihatan seawal usia muda macam saya ni. Uhuk uhuk.

Jadi saya rasa terpanggil untuk kongsi petua ini dengan semua. Jom baca apa petua Dr. Hamid tentang cara nak hilangkan batu karang ni.

Batu karang dalam hempedu
Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
  • Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut
  • Hari ke-6 jangan makan malam
  • Pada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu camca garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi
  • Pukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam Epsom
  • Pukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.
  • InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.
Sumber: Dr. Hamid Arshat


Penyakit batu karang ni dah jadi perkara biasa sekarang. Boleh kata dalam sebuah keluarga mesti ada anggota yang pernah alami. Saya belum pernah lagi. Tapi sudah dua ahli keluarga terdekat saya diserang batu karang baru-baru ini saja, salah seorangnya sudah terlalu teruk hingga terpaksa menjalani pembedahan buang hempedu. Ya, buang hempedu terus. Dan kalau dirisik-risik, sebenarnya pembedahan buang hempedu ni bukan perkara asing lagi dalam dunia perubatan di Malaysia. Kenapa begitu?

Mungkin disebabkan faktor pemakanan rakyat Malaysia yang berubah berbanding dulu. Bila suami isteri bekerja, tak ada masa untuk memasak di rumah. Penyelesaiannya dengan membeli makan luar, sedangkan makanan yang dijual itu dimasak supaya sedap, bukan supaya pemakannya sihat. Sudah tentu dalam masakan tersebut penuh dengan perisa dan perasa tambahan yang tak baik untuk kesihatan. Tak baik macam mana tu? Selain membuat buah pinggang dan perut bekerja lebih keras untuk mencerna makanan, perasa tambahan dalam makanan juga boleh menyebabkan mendapan dalam buah pinggang dan hempedu. Mendapan ini yang nanti mengeras menjadi batu. Kolesterol tak payah katalah, memang tinggi. Kolesterol yang tinggi dalam darah akan menyebabkan salur darah tersumbat. Hasilnya, tekanan darah jadi tinggi.

Macam-macam penyakit kalau nak diceritakan satu-satu memang tak pernah habis. Kebanyakan penyakit zaman moden ini disebabkan oleh pemakanan yang tak seimbang. Jadi cubalah kawal pemakanan. Cubalah makan makanan yang sihat. Masaklah kalau sempat, tak perlu meriah-meriah, masak ringkas-ringkas lagi sedap sebenarnya.

Selamat menjaga kesihatan. Ingat orang yang tersayang :)



63 Petua Rumahtangga

Assalamualaikum.

Usia perkahwinan saya dan En. Qusyairi baru mencecah setahun. Ok, lebih tepat lagi satu tahun dan 24 hari. Dalam usia perkahwinan yang masih muda, boleh tahan banyak naik turun asam garam rumahtangga yang kami dah lalui bersama. Puncanya perkenalan kami yang singkat sebelum diijabkabul. Tapi perkenalan singkat itu yang menjadikan perkahwinan kami lebih manis bila percintaan lebih mendalam setelah bernikah.

Menjadi suami isteri dalam keadaan belum habis mengenali satu sama lain, kami sentiasa berusaha memperbaiki diri dan menambah bahagia dalam rumahtangga. Ingat lagi ketika beberapa bulan pertama perkahwinan, En. Qusyairi rajin betul berkongsi post-post facebook tentang rumahtangga, menjadi suami / isteri yang diredhai Allah swt dan apa-apa saja yang boleh menjadi panduan untuk menguatkan ikatan rumahtangga. Semua post tersebut beliau tag saya. Dari situ kami belajar sedikit demi sedikit mengubah diri supaya lebih toleransi dan saling menyayangi. Sehingga saat ini, dalam pada usia perkahwinan yang baru tamat tahun pertama kami sudah saling memahami satu sama lain. Malah semakin bahagia menjalani rumahtangga hingga kebanyakan masa tak sanggup rasanya bila tak bersama.

Jadi saya nak berkongsi beberapa petua yang anda-anda yang sedang sama-sama melayari rumahtangga. Semoga kita semua saling mendapat manfaat dari petua-petua ini :)

oleh: Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

  1. Doa yang berterusan.
  2. Patuh ajaran agama.
  3. Murah dengan pujian.
  4. Murah dengan khidmat.
  5. Murah dengan belaian kasih sayang.
  6. Murah dengan sentuhan.
  7. Mencari kebaikan pasangan.
  8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
  9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
  11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
  12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
  13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
  14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
  15. Tolak-ansur.
  16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
  18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
  19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
  20. Sanggup berkorban buat pasangan.
  21. Menghormati pasangan.
  22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
  23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
  24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
  27. Meletakkan hak kepada pasangan.
  28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
  29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
  30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
  31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
  32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
  33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
  34. Memahami peranan ‘pasangan’.
  35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
  36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
  37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
  38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
  39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
  40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
  41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
  42. Sentiasa berterus terang.
  43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
  44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
  45. Elakkan salah pasangan.
  46. Cari titik pertemuan.
  47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
  48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
  49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
  50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
  51. Seimbangkan hubungan dari segi: 
    • mental, pendidikan dan ilmu
    • Emosi
    • Fizikal dan ekonomi 
    • Sosial
    • Spiritual
  52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
  53. Tidak terlalu mengongkong.
  54. Tidak bertindak bersendirian.
  55. Memberi peluang untuk berbeza:
    • Pendapat atau pandangan
    • Hobi
    • Kegemaran
    • Makanan
    • Cita rasa
    • Warna pilihan dan pelbagai
  56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
  57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
  58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
  59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
  60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
  61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
  62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
  63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Untuk dijadikan panduan. Dan dipraktikkan. Dan sebagai rujukan bila sesekali termasam muka. Aish. Sayang En.Qusyairi saya banyak-banyak sangat. Hingga sampai syurga :)

Hamil: Pergerakan Bayi Dalam Kandungan


Assalamualaikum.

Ibu-ibu hamil, terutamanya yang hamil anak pertama, mesti selalu tertanya-tanya: Bilakah kali pertama saya dapat merasa bayi saya bergerak?

Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripada itu.

Jika anda sudahpun mempunyai anak, anda pasti tahu tanda-tandanya. Anda mungkin mula menyedari pergerakan bayi anda kira-kira di antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Gambar igsan Google.
Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?

Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:

Pada minggu ke-7 hingga minggu ke-8, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.

Pada kira-kira minggu ke-9, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.

Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.

Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.

Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.

Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa sebab. Seperti anda juga, ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur. Menjelang penghujung kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang, kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.

Bagaimanakah pergerakan bayi saya dari minggu ke minggu?

Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.

Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32

Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.

Mulai kira-kira minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut.

Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana untuk tahu bila sudah tiba masa bersalin.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula!

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesarannya juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.
Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, kedudukan bayi akan tetap dalam mangkuk pelvis anda, sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, dapatkan nasihat mengenai bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.)

Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati ketika hendak duduk.

Apabila kepala bayi turun lagi ke dalam pelvis, anda akan rasa "ringan", kerana tekanan pada bawah tulang rusuk anda kini tidak begitu kuat.

Pada peringkat ini juga, anda tidak akan merasa pergerakan keseluruhan badan bayi. Sebaliknya, anda mungkin menerima tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, berdasarkan posisi bayi. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masanya bayi anda akan diam dan berehat dan ada masanya dia sangat aktif, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!
Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?
Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan. Tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata. Namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir kehamilan, anda mungkin sudah mengenal pasti dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda.
Saya tidak merasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?
Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Jika anda mahukan kepastian, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:

Baring mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.

Angkat kaki ke atas dan relaks.
Mainkan muzik kepada perut anda.

Tidak lama dahulu, wanita hamil sering dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, sebaik-baiknya pada masa yang sama setiap hari.

Dapatkan suplemen untuk kehamilan yang baik untuk kesihatan ibu dan anak dari Shaklee. Set ini mengandungi vitamin B-Complex, multimineral dan multivitamin Vita-Lea, Vita-C, serbuk protein ESP, kalsium dan magnesium OsteMatrix serta tambahan minyak ikan yang kaya dengan DHA dan EPA OmegaGuard (untuk trimester kedua dan ketiga).

Set Kehamilan Trimester 1

Set Kehamilan Trimester 2 dan 3
Ibu-ibu yang berminat boleh hubungi saya untuk mendapatkan set kehamilan ini pada harga terendah. Para pelanggan saya juga layak mendapat konsultasi eksklusif dan akan dijemput menyertai secret group eksklusif yang dikendalikan oleh pakar-pakar Shaklee. Di secret group ini anda boleh membincangkan masalah kesihatan dan kecantikan semuanya sekali. Jangan ketinggalan :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...