Entri ini adalah sambungan bagi entri 10 Tanda Awal Masalah Kesihatan Hati (Bahagian 1). Dalam entri tersebut saya dahkongsikan lima (5) tanda, kali ini saya kongsi lagi lima (5) tanda masalah kesihatan hati.
6. Refluks Asid dan Muntah
Satu lagi tanda masalah hati ialah kerap mengalami masalah penghadaman dan refluks asid yang boleh menyebabkan muntah-muntah.
7. Hilang Selera Makan
Walaupun hilang selera makan disenaraikan sebagai petanda awal penyakit hati, biasanya selera tidak terjejas sehingga penyakit hati telah semakin teruk. Jika anda mengalami kurang selera makan dan simptom-simptom penyakit hati yang lain, anda patut berjumpa dengan doktor dengan kadar segera kerana ia mungkin petanda masalah kesihatan hati anda telah ditahap yang lebih serius.
8. Cecair Berlebihan dalam Badan
Keadaan badan yang membendung / menyimpan cecair dan tak disingkirkan juga boleh bermaksud hati anda bermasalah. Ia boleh memberi kesan kepada bahagian bawah kaki, pergelangan kaki yang membengkak. Bila bahagian yang membengkak dipicit, kulit yang termasuk tidak terus kembali ke keadaan asal, sebaliknya kekal berlekuk untuk beberapa saat. Ini adalah petanda ceciar berlebihan dalam badan.
9. Cirit Birit
Hati memainkan peranan penting dalam proses penghadaman. Bila hati tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menyebabkan cirit birit.
10. Rasa Tak Sedap Badan / Kurang Sihat
Hati yang tak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan. Toksin tidak disingkirkan dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit kulit, sakit kepala dan rasa cepat marah.
[Sumber]
Cadangan Suplemen Shaklee untuk Masalah Hati
DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
- Biji ‘milk thistle’
- Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
- Merupakan bahan utama dalam DTX
- Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
- Biji schizandra chinensis
- Menghalang Toksin berada dalam badan
- Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
- Mengandungi Antioksida
- Cendawan Reishi
- digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
- Dandelion
- Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
- Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
- Kunyit
- Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
- Ekstrak artichoke
- Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
No comments:
Post a Comment