"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Strok: Pembunuh Senyap.

Assalamualaikum.

Pendarahan di kepala atau otak sering berlaku secara mengejut dan tiba-tiba. Mangsa serangan boleh rebah kerana kurang pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak. Keadaan ini dipanggil serangan strok atau angin ahmar.

Strok terbahagi kepada dua jenis.

  • Strok Ischaemic - gumpalan darah/lemak dan saluran darah yang sempit mengurangkan bekalan oksigen ke bahagian otak.
  • Strok Haemorrhagic - Saluran darah pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam atau sekeliling tisu otak.


TANDA DAN GEJALA STROK
Otak: Keliru, sawan, pening, masalah berlarutan, hilang koordinasi tubuh, sakit kepala yang teruk.
Mata: Masalah penglihatan sama ada sebelah atau kedua-dua mata.
Muka, tangan, kaki:emah atau kaku secara tiba-tiba di sebelah bahagian tubuh. Kesukaran untuk berjalan secara tiba-tiba.

Strok adalah KECEMASAN! Setiap minit sangat berharga.

Jika stroke menyerang:



Faktor Risiko Strok Yang Tidak Dapat Diubah:

  • Sejarah keluarga
  • Lelaki
  • Peningkatan umur


Faktor Risiko Strok Yang Boleh Diubah

  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit Jantung
  • Atrial fibrillation
  • Penyakit diabetes
  • Tahap kolesterol tinggi
  • Obesiti/kegemukan
  • Merokok
  • Alkohol
  • Tidak aktif/ kurang bersenam


Secararealitinya, kebanyakan kejadian strok boleh dicegah. Strok memerlukan rawatan segara dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Strok menyerang OTAK (bukan jantung) dan pemulihan pesakit strok berterusan sepanjang hayat.


BAGAIMANA MENCEGAH SERANGAN STROK (DAN SERANGAN ULANGAN)?

  1. Pastikan tekanan darah kurang daripada 130/80 mmHg.
  2. Turunkan paras kolesterol LDL (kurang daripada 1.8 mmol/L)
  3. Berhenti merokok
  4. Tidak mengambil alkohol
  5. Kawal berat badan dan bersenam
  6. Ketahui sama ada mempunyai penyakit jantung atau diabetes
  7. Ambil aspirin atau ubat anti-platlet/pencair darah
  8. Ambil diet rendah lemak dan rendah garam
  9. Ambil alternatif seperti suplemen


Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat! Jangan sesekali abaikan faktor risiko, sentiasa lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengetahui keadaan kesihatan anda, dan segera amalkan cara hidup sihat.

Cegahlah sebelum terlambat!!

[Sumber]


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...