"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Memasuki 3 Siri.

Assalamualaikum.


Tahun ni, rehan dan suami sama-sama masuk ke siri 30. Wawawa. Macam tak percaya. Rasa macam masih muda remaja tengah sekolah menengah sibuk pilih nak ambil aliran apa. Hahaha.

Sebenarnya agak teruja rehan nak masuk usia 30 tahun. Walaupun hati masih muda, tapi nombor 30 tu nampak terlalu menggoda auumm. Rasa macam masuk ke fasa baru kehidupan.

Alhamdulillah. Banyak yang rehan syukurkan pada usia 30 tahun. Pada usia ini, rehan telah pun masuk tahun ke-4 perkahwinan. Kami dikurniakan dua orang anak yang cantik, sihat dan bijak, mudah sangat dijaga dan diuruskan.

Rehan juga buat keputusan terbaik untuk pilih berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Walaupun agak kelam kabut dan tunggang langgang hidup rehan sekarang, tapi lebih baik begini bagi rehan dan keluarga. Rehan rasa rehan buat keputusan yang terbaik meninggalkan kehidupan selesa dengan gaji bulanan yang dah confirm masuk tiap-tiap bulan.

Sebaliknya rehan pilih untuk berniaga dan berniaga dan terus berniaga walaupun bukan niat rehan nak jadi kayaaaaa sekaya-kayanya. Rehan cuma dahaga ilmu. Bila cebur bidang baru, rehan banyak belajar benda baru. Dan ilmu bari ni bantu isi lohong kosong dalam diri rehan yang sememangnya suka sangat belajar. Lebih baik lagi sekarang rehan dah bawa beberapa orang untuk sama-sama menuntut ilmu dalam bidang perniagaan, dan membuahkan hasil yang manis setiap bulan.

Bagi orang yang tiada latar belakang perniagaan macam rehan, meninggalkan kerja bergaji tetap dan meningkat setiap tahun untuk berniaga yang tak pasti bila untung tu satu langkah yang tersangat besar dan mencabar. Tapi bagi rehan, rasa yakin bahawa Allah swt akan bantu rehan dalam pencarian ilmu ini memudahkan langkah rehan sekarang. Walaupun perlahan, banyak sangat peningkatan yang rehan dah kecapi.

Balik ke cerita usia 30, walaupun pada orang lain umur begini sepatutnya sudah sekian sekian pencapaian, rehan rasa rehan malas nak melayan pandangan orang lain. Hahah. Sejak dulu begini la rehan, suka buat hal sendiri-sendiri. Rehan cuma nak hidup tenang-tenang dengan anak-anak dan suami, mencintai keluarga ini lebih dari sebelumnya, mendekatkan diri kepada Pencipta dan menikmati hidup seberapa adanya. Ewah.

Simple kan azam rehan. Hahaha.

Maka dengan ini rehan ucapkan Selamat Datang Usia 30 Tahun! Yeehaaa!


Nah belanja gambar muda sekeping. Ni masa umur 22 tahun. Muda remaja. Hidup lurus fikir nak belajar dan cari kerja lepas tu duduk rumah jaga mak ayah je. Gambar ni ambil masa konvo ijazah. Masa konvo master dah tak heran dah, pergi konvo pun dengan kawan-kawan je. Baju pun pakai baju biasa-biasa. Datang konvo pun sebab kawan ajak. Kalau tak malas rasa nak masuk dewan. Family semua tunggu kat pesta konvo bershopping je. Hihih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...