"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Perkara Paling Sukar Sebagai Isteri.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kami dah bersama lebih 4 tahun. Terus terang rehan mengaku, kami baru je masuk fasa selesa bersama. Dah 4 tahun barulah rasa agak kenal antara satu sama lain. Agak je. Sebab banyak lagi nak berkenalan antara kami suami isteri.

Walaupun rehan dah setahun lebih berhenti kerja, tapi cuma sebulan dua ni je rehan betul betul macam suri rumah. Hihi. Sebelum ni rehan ambil masa nak biasakan diri. Sejak sebulan dua ni rehan dah ada rutin yang agak selesa. Bangun pagi masak sarapan, masak lunch dan masak dinner. Zauj Qusyairi suka makan masakan fresh. Kalau panas-panaskan lauk tu beliau makan je, cuma lebih suka makan yang fresh. Lagipun kalau rehan masak, banyak ke sikit ke, mesti habis licin. Ajaib kalau rehan masak beliau makan tak habis. Hehe.

Itu perkara yang menarik. Sekarang bab yang tak menarik pulak.

Dalam sebulan ada beberapa kali zauj Qusyairi perlu outstation. Biasanya balik hari. Keluar rumah lepas subuh, paling lewat dalam jam 11-12 tengah malam sampai rumah semula. Pada sesetengah orang mungkin perkara harian biasa suami kerja begitu.

Tapi pada rehan jadual macam tu bukan perkara biasa. Jadual biasa rehan, pagi makan sarapan bersama zauj. Tengahari makan bersama zauj. Petang zauj balik rumah lepas asar. Malam makan bersama zauj lagi. Sehari 3 kali makan bersama zauj.

Bila zauj outstation dan rehan sendirian kat rumah dengan anak-anak, rehan rasa tak best. Rasa tak seronok. Hati rehan tak gembira. Rehan tak suka, tak biasa, tak sanggup berjauhan dengan zauj Qusyairi. Walaupun kami ni bukan jenis berkepit kat rumah, tapi kami sentiasa bersama. Dan rehan tak suka bila berjauhan.

Setiap kali terpaksa berjauhan, rehan tak putus doa supaya Allah swt pelihara keselamatan dan kesejahteraan zauj. Pulangkan beliau ke rumah dalam keadaan sihat dan gembira untuk bersama rehan dan anak-anak. Jauhkan beliau dari malapetaka dan bencana, serta perkara perkara yang memudaratkan. Risaunya, Ya Allah, setiap kali berjauhan. Lagi lagi kalau beliau kerja jauh.



Cinta hati rehan. Ni gambar semalam zauj Qusyairi ambil cuti sehari semata mata nak teman rehan jalan jalan kat pasar rabu. Sayang zauj banyak banyak.

Nah rehan copy paste pesanan daripada UZAR:

Kepada yang bernama isteri, kalian bergelar SOLEHAH,
Jika cintamu kepada suami berpada-pada,
Agar jika terpisahnya kalian, tidak 'membunuh' kewarasan minda,
Mencedera teruk perasaan dan emosi,
Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,
Kerana perpisahan itu pasti, walau sementara mungkin,
Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui ilahi, lalu terpisah..
Hatta jika kalian menemui ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan..terpisah,
Jika ditakdirkan kalian ke syurga..
Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah,
Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan,
Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga..?
Nauzubillah...
Justeru, wahai isteri..cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,
Pastinya Allah denganmu tiada terpisah,
Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung,
Rindu mampu ditangani,
Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan, merapatkanmu kepada Allah
Bukan menjauhkan...lalu jadilah kalian ISTERI SOLEHAH.
Yang cintai suami dan dicintai, dari jenis CINTA AKHIRAT bukan cinta DUNIA.
Ingatan sama juga untuk suami, juga terhadap anak-anakmu.

"Ya Allah, peliharalah rumahtangga kami. Jauhkan daripada godaan dan hasutan syaitan. Jauhkan kami daripada dosa dan maksiat. Kurniakan keberkatan, redha dan nikmat keampunan Mu dalam rumahtangga kami. Dan jadikan kami hamba yang bersyukur. Amin."

Alhamdulillah: Ulangtahun Ke-4 Noraihan Qusyairi.

Assalamualaikum.

Closing tak closing, zauj Qusyairi kata nak pergi dinner sempena ulangtahun ke 4 kami bernikah. Apa lagi, rehan dan dinner berpisah tiada. Kita makan dulu!



Tahun ni beria sikit sambut anniversary. Siap pakai lawa-lawa, makan pun kat kedai lawa. Biasanya buat taktau je. Hahaha.

Kami makan kat Kelab Kopi. Tak ingat nama jalannya, tapi kat belakang Jalan Sultanah. Kedai lawa, makanan sedap, air sedap, harga berpatutan. Cuma portion kecik sikit. Tapi ok je sebab harga murah. Kami order iced hazelnut coffee, hazelnut chocolate frappe, iced milo, spaghetti bolognaise, grilled beef patty, dan wholemeal butter toast. Jumlahnya RM40. Ok la kan.

Balik tu bawak Kautsar dan Arfa main kat Tasek Y. Meriah betul malam minggu kat situ. Sebab esok Kautsar tak sekolah, jadi bagilah main sampai jam 9.30 malam. Kesian dah lama anak-anak tak dapat main outdoor sebab cuaca panas.

Alhamdulillah dah 4 tahun kami bernikah. Banyak naik turun dalam hubungan kami suami isteri. Biasalah tu kan. Yang penting sama-sama saling perbaiki diri.

Tak banyak rehan nak tulis. Mungkin sebab kali ni special sikit, rehan simpan dalam hati. Sejak jadi surirumah dan berkhidmat 100% untuk suami dan anak-anak, rehan rasa lebih sentimental. Banyak yang tak terucap di lidah, tak terluah di blog. Biarlah rehan simpan perasaan ini 😊

Status fb kami hari ni?





Tak romantik langsung rehan. Haha. Rehan rasa kitorg suami isteri romantik kat fb ada la dalam sebulan dua sebelum kahwin dan 3-4 bulan lepas kahwin je. Lepas tu terbang segala romantik kami. Sebenarnya romantik kami berdua sembunyi-sembunyi. Biarlah jadi rahsia kami. Kat fb buat apa nak tunjuk? Segan je. Hahah.

Tengok kat video yang fb buatkan untuk kami sempena anniversary ni:
Kami berkenalan di fb bulan Mei 2011. Masa ni rehan approve je tapi tak kawan pun dengan zauj Qusyairi. Profile dia pun rehan tak tengok. Kahkahkah.
Mula kawan bertegur sapa kat fb kalau tak silap hujung bulan Julai 2011.
Hujung Ogos 2011 tu pertama kali berjumpa (walaupun ada terserempak kat office hehe).
Merisik - Oktober 2011
Bertunang - Disember 2011
Bernikah - Mac 2012

Pantas! Hahahaha.

Apa pun.
Alhamdulillah untuk 4 tahun pertama bersama.
InshaAllah untuk selamanya hingga ke jannah.

Sayang zauj ketat ketat!

Tips Tumit Pecah Merekah.

Assalamualaikum.

Kalau siapa yang rajin baca blog rehan ni mesti tau rehan ada masalah kulit sensitif. Kulit rehan cepat kering, senang gatal, keluar merah-merah, pedih. Yang mungkin pembaca tak tau, bukan kulit muka rehan je yang macam tu. Tapi seluruh tubuh rehan kulitnya sensitif.

Baru-baru ni tambah lagi satu masalah. Tumit kaki rehan merekah pulak. Memang kaki kaki rehan selalu kering. Tapi tak pernah pulak sampai merekah. Kali ni mungkin sebab cuaca panas ni, tumit dan kulit tapak kaki rehan merekah teruk sampai ada sekali tu berdarah. Huu, menangis nak berjalan tau.

Kat tumit tu dah merekah la macam dalam gambar bawah ni. Tapi Kalau sentuh pun kaki tak rasa apa. Dah berkematu agaknya. Yang lebih sedih sebab kulit kat bawah ibu jari kaki tu pecah, mengelupas sampai berdarah. Bila jalan kat carpet sakitnya lahai.

Jadi rehan google-google cara nak kurangkan tumit merekah ni. Meh rehan share sikit.


TIPS TUMIT PECAH / MEREKAH

1. Banyakkan minum air - Rehan sekarang minum air 2 - 4 liter sehari. Musim panas ni kadang-kadang terlajak minum 5 liter sebab banyak berpeluh. Air penting untuk mengekalkan kelembapan kulit. Sel tubuh perlukan bendalir untuk menjalankan fungsinya, jadi kena minum air banyak. Jumlah air yang perlu diminum ialah 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan.

2. Pakai selipar rumah - Kalau kat dapur dan bilik air memang biasa pakai selipar kan. Bila tumit pecah, cuba pakai selipar sentiasa sepanjang masa. Tujuannya untuk mengurangkan geseran dan tekanan pada kaki yang menyebabkan kulit semakin kering dan sakit.

3. Bersihkan kaki dengan scrub dan garam Epsom - Kalau ada scrub, gunakan scrub untuk buang sel kulit mati yang dah mengeras keliling kaki. Kalau tak ada boleh juga invest beli batu gosok kaki yang banyak jual kat Watson dan Guardian. Atau pakai kain biasa pun boleh. Rehan cuci dengan garam Epsom sebab garam ni rasa selesa kat kaki rehan. Dulu masa rehan kena rashes sebab peluh pun rehan berendam dengan garam Epsom untuk hilangkan gatal. Memang berkesan.

4. Sapu aloe vera atau krim pelembap - Dulu masa kecil mak rehan selalu sapu aloe vera atau orang panggil pokok lidah buaya. Tapi sekarang ni rehan tak buat la sebab nak mencari pokok lidah buaya tu satu hal jugak. Haha. Jadi rehan sapu krim pelembap je. Krim pilihan rehan dah tentu Herbal Blend Multi-purpore Cream. Alhamdulillah lepas sekali sapu terus rasa selesa, tak pedih dan tak kasar. Lepas 2 hari sapu dah tak rasa kasar langsung, macam tak ada merekah pada bawah ibu jari kaki. Yang kat tumit ambil masa sikit, tapi tak lama pun. InshaAllah seminggu je dah boleh rasa tumit kaki jadi licin.

Buat masa ni rehan teruskan dengan sapu Herbal Blend Cream je sebab tumit dah ok sikit. Kadang-kadang sapu sehari sekali, kadang-kadang lupa sapu. Haha. Kalau ada siapa-siapa yang mengalami masalah tumit kaki pecah atau merekah boleh la cuba tips yang rehan share kat atas ni ye. InshaAllah sikit sebanyak dapat bantu kurangkan masalah korang.

Semoga bermanfaat.

Kautsar Kamaliah: 2 Tahun 8 Bulan.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah anak sulung kami, Kautsar Kamaliah binti Muhammad Qusyairi dah berusia 2 tahun 8 bulan. Rasa macam dah besar anak ibu, tapi bila tengok angka 2 tahun 8 bulan tu macam, Allah, baby lagi anak ibu ni sebenarnya. Tapi sebab Kautsar cepat pandai, jadi rasa macam Kautsar ni dah besar je.

Rehan bersyukur sebab Allah swt izinkan rehan jadi ibu kepada Kautsar. Sebabnya Kautsar ni sangat hebat, sangat amazing, sampai ada masa rehan rasa Kautsar terlalu hebat dibandingkan dengan ibunya ni. Sejak mula-mula hamilkan Kautsar sampai sekarang rehan cuma nampak perkara-perkara hebat je pada tuan puteri seorang ni.

Masa hamil Kautsar senang sangat. Rehan boleh bergerak lincah macam tak hamil. Travel banyak, tak jaga makan minum sangat pun tapi kesihatan sentiasa baik, check up klinik selalu kena puji dengan nurse dan doktor. Saat melahirkan Kautsar antara momen terindah dalam hidup rehan. Tanpa rasa sakit, cuma berbekalkan tanda keluar darah rehan ke hospital. Dari saat rehan rasa sakit yang pertama (itu pun lepas doktor induce masukkan ubat kat bawah) sampai saat melahirkan cuma 5 jam je. Teran cuma 2 kali. Sedangkan ibu lahirkan anak sulung seberat 3.55 kilogram. Jahitan ada sikit tapi tak ada masalah sangat.

Sejak usia 3 bulan Kautsar dan meniarap. Kemudian masa berlalu pantas, sedar-sedar Kautsar dan merangkak, menyusur dan berjalan. Daripada tak ada gigi sampai gigi penuh. Daripada rambut lurus sampai rambut Kautsar jadi kerinting bulat bulat. Alhamdulillah hari ni usia Kautsar menjangkau 2 tahun 8 bulan. Puteri ibu yang solehah, sihat, cantik, menyejukkan hati.

Saat dan ketika ni, Kautsar tengah lena tidur. Alhamdulillah Kautsar tak ada masalah tidur sejak dalam pantang. Masa umur seminggu macam tu ada pernah Kautsar taknak tidur. Rehan susukan pun taknak. Kakak rehan dodoi pun taknak. Last nya abang ipar rehan dodoikan baru nak lena. Manja. Hihi. Sekarang Kautsar tidur dalam jam 8:30 - 9:30 malam, terus sampai pagi. Arfa pun mengikut perangai kakak senang tidur malam. Pagi-pagi Kautsar bangun dalam jam 7. Dulu masa rehan masih bekerja, Kautsar bangun tidur jam 5 - 6 pagi. Dapatlah rehan luangkan masa sekejap dengan Kautsar sebelum rehan pergi kerja.

Kautsar suka sangat pakai baju princess. Hehe. Kami suami isteri tak biasakan menghias anak perempuan kami. Sebab entah la ye, kami taknak anak-anak kami terbiasa cantik kat mata manusia. Tapi opah Kautsar suka belikan Kautsar dress. Kautsar suka sangat pakai dress, katanya macam ibu. Hehe. Sebab rehan selalu pakai jubah bila keluar. Ni gambar raya tahun lepas. Kautsar suka sangat dress ni.

A photo posted by @kucaimq on

Lagi kautsar suka pakai kasut. Tak suka pakai selipar sangat. Jadi sekarang Kautsar ada satu kasut princess (lebih kurang macam dalam gambar raya ni tapi tak ada gambar kartun), ada satu kasut ala converse, satu lagi kasut bubble gummers. Bubble Gummers tu rehan belikan sebab Kautsar asyik cakap nak kasut flower. Arfa ada satu kasut flower, rehan beli kebetulan masa tu ada offer RM10. Kautsar punya saiz takde. Jadi rehan belikan Bubble Gummers.

Kautsar dah boleh berborak. Kadang-kadang faham, ada masa tak berapa faham apa Kautsar cakap. Dah boleh berbalas cakap dengan rehan, which is satu perkara yang sangat menyeronokkan. Ada la kawan berborak kat rumah. Kalau tak rehan cakap dengan dinding je. Haha. Antara contoh perbualan rehan dengan Kautsar:

Ibu: Siapa kena marah tadi?
Kautsar: Kautsar la.
Ibu: Kenapa kena marah?
Kautsar: Nakal la. (Sambil sengih-sengih)

Kautsar: Ibu nak pergi mana?
Ibu: Nak jumpa kawan ibu, hantar Shaklee.
Kautsar: Kawan ibu cantik/besar/kecil eh?

Eh kat hujung ayat tu, johorean sangat tau. Hahaha.

Antara perkara terhebat tentang Kautsar, betapa cepat Kautsar matang. Umurnya baru 2 tahun 8 bulan. Tapi ramai yang tersalah ingatkan Kautsar 4 tahun. Kutsar ni tinggi tau, tambah dengan perangai kakak-kakak dia tu memang orang senang ingat Kautsar dah 4 tahun.

Bila ibu solat, Kautsar ikut solat sebelah ibu. Siap bertelekung lengkap. Baca Al-Fatihah. Kalau Arfa datang diri depan ibu, Kautsar akan pimpin tangan Arfa ke tepi. Tadi kami diizinkan Allah swt solat maghrib kat masjid. Masa solat berjemaah tu Arfa ada sekali main jalan-jalan depan saf kami. Kautsar masa tu duduk belakang, tiba-tiba datang pimpin Arfa ajak duduk belakang sama. Rehan tengah solat rasa nak menangis pun ada. Bila masa anak ibu jadi sehebat sebijak ni, Ya Allah.

Lagi satu Kautsar tersangat sayang kat Arfa. Berebut mainan tu biasalah, pada rehan tak serius pun masalah bergaduh berebut mainan ni. Nanti besar pandai la diorang berkongsi inshaAllah. Asalkan dididik dengan betul. Tapi bila main kat taman atau jalan-jalan, Kautsar suka sangat pimpin tangan Arfa. Arfa pulak, mengekor je mana kakaknya pimpin Arfa ikut je tak banyak soal. Sweet sangat.

A photo posted by @kucaimq on

Ni gambar masa kami ke Kundasang baru-baru ni. Berkepit je dua orang ni. Hihi.

Setiap pagi, Kautsar bangun tidur terus mandi dan bersiap ke sekolah. Oh lupa nak cerita, Kautsar dah masuk sekolah. Kami suami isteri sepakat nak hantar Kautsar ke Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI). Walaupun ada orang sangka keluarga rehan mengutamakan akademik, tapi sebenarnya rehan rasa yang paling penting dalam hidup ni ialah mencari makna. Mencari makna hidup. Jadi rehan soal diri rehan, pada usia Kautsar belum pun 3 tahun, apa makna hidup Kautsar yang paling utama. Rehan temukan jawapannya iaitu untuk menanam rasa kecintaan kepada Allah swt dan agama Islam. Rehan nak beri pendidikan Islam terbaik yang rehan tak dapat dulu. Tak pandai baca ABC, tak pandai kira 123 itu bukan masalah. Malah kalau Kautsar membesar jadi seorang pemalu yang tak berani berucap di khalayak, tak pandai mengutarakan pendapat, pada rehan bukan masalah. Sebab yang penting hati Kautsar pada usia 2 tahun ni kenal Allah swt dan cintakan agamaNya.

Balik semula ke cerita jadual Kautsar, pagi-pagi bangun terus mandi. Rehan mandikan Kautsar dengan air suam sebab Kautsar tak tahan sejuk. Tapi musim cuaca panas sekarang ni mandi air paip pun dah cukup suam. Lepas mandi rehan masakkan sarapan, Kautsar tengok Didi and Friends dulu kat TV Ceria. Kemudian rehan hantar ke PASTI. Patutnya masuk kelas jam 8 tapi biasanya rehan hantar Kautsar jam 8:30 - 9 pagi. Sayang rasanya tertinggal aktiviti pagi, tapi inshaAllah rehan tengah usahakan untuk hantar Kautsar sekolah on time.

Balik sekolah jam 3 petang. Rehan dengan Arfa sama-sama ambil Kautsar. Biasanya rehan akan siapkan bekal makanan dan air, lepas balik sekolah kami akan piknik kat mana-mana. Kautsar dan Arfa boleh la main outdoor. Tapi musim cuaca panas ni rehan terus bawa balik rumah, main dalam rumah je. Petang abahnya balik kerja, anak-anak main dengan abahnya pulak. Paling tidak sejam setengah waktu eksklusif dengan abah. Patutlah anak-anak manja dengan abah. Hehe.

Sementara diorang main, rehan masak dinner. Balik main tu rehan mandikan dua-dua. Lepas tu pakaikan telekung. Sembahyang dengan abah atau ibu atau dua-dua sekali hehe. Lepas solat baru makan dan tidur. Senang kan? Anak-anak rehan Allah swt pilih ruh yang terbaik paling sesuai dengan ruh rehan. Syukur Ya Allah.

Hantar Kautsar ke sekolah antara perkara terbaik yang kami buat awal tahun ni. Kautsar masuk sekolah lewat, sebab kami tak plan nak hantar Kautsar ke sekolah pun. Tapi rehan hari-hari duduk dengan Kautsar, rehan perasan Kautsar nak kawan. Kautsar dah tiba masa untuk bergaul dengan kawan-kawan sebaya. Jadi satu hari tu tiba-tiba zauji suruh siap-siap nak jumpa cikgu PASTI nak tumpangkan Kautsar. Adalah sebulan lebih jugak Kautsar menangis kat sekolah. Menangis bukan sebab taknak sekolah. Tapi sebab Kautsar rindu ibu. Bila menangis je sebut: Kautsar nak jumpa ibu. Cikgu pernah tanya nak berhentikan Kautsar ke sebab sedih sangat menangisnya, tapi rehan kuatkan hati cakap tak perlu. Alhamdulillah lepas tu Kautsar terus ok.

Mungkin betul cakap cikgut tu, ibu jangan risau. Serahkan Kautsar pada Allah swt, inshaAllah Kautsar ok. Sebelum tu memang rehan ada berat hati nak lepaskan Kautsar ke sekolah, sebab rehan pun rindu jugak kat Kautsar. Malah masa hari pertama tu rehan pun menangis tinggalkan Kautsar kat sekolah.

Esok johor cuti. Rehan nak bawak Kautsar jalan pasar rabu. Arfa inshaAllah tinggal dengan abahnya. Saja lebihkan masa dengan Kautsar sebab hari biasa Kautsar ke sekolah. Bila balik ibu tetap kena uruskan Arfa. Jadi hari cuti rehan fokus sayang manja-manja dengan Kautsar.

Ish dah terpanjang sangat post ni. Haha. Ralit menaip tak sedar dah macam tulis jurnal. OK inshaAllah rehan tulis lagi nanti. Sekarang nak teman zauji tidur, kesian selalu kena tidur sendiri sebab rehan berkepit dengan anak-anak. Hehe.

Doakan rumahtangga kami aman damai, bahagia dan diredhai Allah swt. Doakan anak-anak kami membesar jadi anak soleh solehah yang berguna pada agamanya. Amin.

Review: Little Luqman Homestay Skudai.

Assalamualaikum.

Rehan ni walaupun anak jati Batu Pahat, tapi kerap sangat travel ke JB. Sebabnya ayah rehan dah pindah tinggal di JB sejak mak rehan meninggal. Kalau rehan balik JB, rehan mesti menginap di Little Luqman Homestay Skudai.

Sebelum tu nak bagitau, harga sewa Little Luqman Homestay Skudai ni cuma RM260/day je. Muraaahhhhh sangat, kan?

Rehan suka menginap kat Little Luqman sebab jaraknya tak sampai 5 minit pun daripada rumah ayah dan kakak rehan. Memang dekat sangat. Sebab tu first choice rehan kalau nak bermalam kat JB memang kat sini.



Selain faktor jarak, satu lagi sebab rehan suka tinggal kat Little Luqman ni sebab rumahnya baru dan bersih sangat. Rehan riki-riki rumah ni rupanya siap tahun 2013, sebaya dengan Kautsar. Tak cecah 3 tahun pun lagi. Memang best la. Interior baru. Owner Little Luqman pulak memang ada citarasa. Deco homestay ni tak macam homestay langsung, feeling macam hotel. Hihi.



Little Luqman ni rumah teres intermediate 2 tingkat. Ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Paling penting ada aircond kat master bedroom, bilik tidur kedua tingkat atas dan kat ruang tamu. Water heater pulak ada 2, kat bilik air master bedroom dan bilik air tingkat bawah. Selain daripada tu ada kelengkapan lain termasuk tv 45" siap ada Astro full pack, peti sejuk, cerek, peralatan dapur dan memasak, microwave. Yang terbaru rehan dengan owner Little Luqman dan pasang WiFi laju. Rehan tak test lagi laju mana tapi katanya Unifi. Laju la kan. Haha.

Semua ni cuma RM260/day je oii. Macam tak percaya harganya tu.



Paling best tentang homestay ni ialah lokasinya. Little Luqman ni terletak di Mutiara Rini, Skudai. Mutiara Rini ni memang lokasi terhangat. Dekat dengan macam-macam tempat menarik JB contohnya Johor Premium Outlet, Nusajaya, Hello Kitty Town & Little Big Club, Danga Bay, UTM. Lebih kurang 5 minit daripada homestay ni ada Tesco, Giant, McDonalds, KFC, dobi layan diri, kedai-kedai makan tersedap (rehan tau sebab rehan dulu study UTM hihi), Hutan Bandar. Ada 5-6 playground dekat-dekat situ tau.

RM260/day je tau!

Kejiranan pun sangat aman dan tenteram. Kawasan taman perumahan tu gated and guarded, kalau datang ramai-ramai inshaAllah selamat kalau park kereta luar rumah. Jiran-jiran pun baik dan peramah. Senang kata memang tak risau la kalau tinggal situ berhari-hari.

By the way, owner Little Luqman Homestay Skudai ni pemurah tau. Rehan dapat tau kalau stay beberapa malam boleh dapat diskaun bertingkat tingkat. Sebab tu homestay ni selalu penuh. Rehan survey homestay lain kat area ni mostly rumah lebih lama, tapi harga RM300 lebih ke atas. Haruuuuu~

Jom layan gambar pulak. Gambar ni rehan cilok dari fb Little Luqman Homestay Skudai.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...