"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kasih Sayang Keluarga.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni kami selesai closing bisnes Shaklee kami bagi bulan sulung Januari 2015 seawal petang. Jadi malam-malam ni tak banyak kerja nak buat, saya dengan rendah diri tergerak nak berkongsi pandangan dan buah fikiran tentang keluarga.

Saya berasal dari keluarga sederhana besar. Sederhana besar je, walaupun ada 6 orang adik beradik (jumlah asalnya boleh jadi 7 orang, boleh dikira 8 orang juga sebenarnya). Alhamdulillah kesemua kami dah berumah tangga, jadi 12 orang anak menantu ayah kami kesemuanya. Mak kami dah hampir 6 tahun meninggalkan kami. Innalillahiwainnailaihirajiun.

Kami bukan keluarga yang terbiasa menzahirkan kasih sayang. Kami tak berpeluk cium selalu. Kali terakhir saya peluk cium kakak kesayangan saya kalau tak silap setahun lebih yang lepas, sebelum beliau berlepas ke negara asing melanjutkan pelajaran. Peluk cium kedua terakhir sebelum itu kira-kira 4-5 tahun lepas ketika beliau berlepas melanjutkan pelajaran ke negara asing juga. Lama kan?

Tapi percayalah, keluarga kami pernah melalui dugaan dan cabaran yang lebih besar daripada kebanyakan keluarga biasa lain. Dan kami tahu apa yang mampu kami hadapi. Bagaimana kami tangani dugaan can cabaran tersebut, cuma kami yang tahu dan faham.

Dan percayalah, tak semua orang mampu tangani apa yang kami pernah tangani.

Adakah dugaan besar buat keluarga kami menjadikan kami semakin kuat dan teguh sebagai keluarga?

Jawabnya ya dan tidak. Ada antara kami yang semakin teguh, semakin kuat dan gagah. Ada yang semakin lemah dan hilang pegangan. Ini perkara biasa, sesiapa pun yang menghadapi dugaan sebenarnya berada di simpang antara kekuatan dan kelemahan. Kita mungkin tak mampu memilih untuk sentiasa menjadi kuat, lebih-lebih lagi bila kita memilih untuk berseorangan.

Tapi pandangan saya, kita tak pernah keseorangan. Keluarga sentiasa ada. Allah sentiasa ada. Kenapa mau berseorangan, menyisihkan diri?

Sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab, kita perlu mendahulukan keperluan melebihi kemahuan. Inilah bukti kematangan. Sebelum berbuat sesuatu, kita harus sentiasa fikir dan memikirkan bahawa keputusan dan tindakan kita bukan milik kita seorang; sebaliknya ada hak ramai orang dalam tindakan dan keputusan kita.

Ada hak ibubapa. Hak saudara. Hak anak. Hak keluarga yang dipilih Allah sebagai sebahagian dari diri kita dunia dan akhirat. Dunia ini bukan untuk kita lalui berseorangan, tanpa perlu kisah atau ambil berat tentang orang lain. Sekecil perkara yang kita lakukan mungkin menimbulkan resah dan kecewa kepada keluarga yang menyokong kita selama ini.

Kalaulah mudah kita beli semuanya dengan wang. Tapi kasih sayang keluarga bukan tandingan dengan wang, harta dan segala yang ada di dunia.

Sebaliknya harga bagi kasih sayang keluarga adalah rasa hormat dan kepercayaan yang tak berbelah bagi. Sekali tercalar rasa hormat dan kepercayaan itu, mampukah kita tebus kembali?

Memilih sesuatu atau seseorang melebihi keluarga sendiri umpama menggadai satu-satunya emas yang kita punya, demi mencari perak yang lebih berharga. Hakikatnya tak terbanding nilainya.

Dah. Tak henti menulis karang jadinya. Salam peluk cium untuk sahabat yang meluangkan masa membaca post tak seberapa hari ini. Salam sayang. Semoga Allah swt redha dengan pekerjaan kita.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...