"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

6 Bulan Pertama Hidup Arfa.

Assalamualaikum.

Sekejap je. Sekejap sangat. Rasa macam baru je lagi rehan jalan senget-senget macam penguin bawa perut yang besar berisi Arfa. Standby seminggu kat rumah kakak rehan tunggu nak lahirkan Arfa. Tahan sakit malam-malam bila mild contraction. Brixton hicks. Tinggalkan Kautsar tidur seorang dengan kakak dan abang ipar rehan, sedangkan kami ke hospital jam 4 pagi. Dan menyambut anak kedua kami yang debab sangat.

Alhamdulillah hari ni Arfa dah usia 6 bulan lebih. Dah besar. Berat. Shomel. Hihihi.

Enam bulan pertama hidup Arfa rasa seolah-oleh berlalu cepat sangat. Mungkin sebab Arfa memang cepat besar. Cepat sangat membesar. Baru semalam ada seorang makcik ni sangka Arfa dah umur setahun. Hahaha. Belum lagi la.

Arfa lahir dengan berat 3.75 kilo. Lepas Arfa lahir berat Arfa naik dalam setengah kilo je setiap bulan. Jadi Arfa taklah besar mana. Sekarang saiz Arfa ngam-ngam je dengan umurnya.

Gambar atas ni masa Arfa baru je lahir. Nampak tak debabnya tu. Lepas habis pantang dah tak berapa debab pun. Masa Arfa lahir, Arfa kena jaundice. Jaundice memang dah dijangka sebab rehan dengan suami darah tak sama. Doktor kat kata anak-anak kami dijangka akan jaundice.

Berbanding dengan Kautsar, Arfa dah dikesan kuning tu dalam masa 24 jam lepas lahir. Jadi kes Arfa dikira serius walaupun bacaan kuning tak tinggi. Doktor tahan Arfa dalam wad selama 4 hari. Letak bawah dua lampu. Sampai kering kulit Arfa, menggelupas sebab panas lampu.

Bila rehan bawa Arfa balik rumah, rehan perasan Arfa boleh angkat kepalanya sendiri. Masa tu Arfa suka tidur meniarap. Kita tiarapkan ke kiri, tak lama lepas tu bila tengok kepalanya dah toleh ke kanan. Hihih. Masa tu kami semua dah perasan Arfa ni kuat budaknya.

Masa umur Arfa 80 hari, Arfa dah pandai tiarap sendiri.

Belum pun masuk 3 bulan, Arfa dah angkat punggung. Lutut tegak. Macam orang pumping. Rehan perhati je. Lutut Arfa tak jejak ke tanah. Rehan suspek mesti sama macam Kautsar ni, lambat merangkak. Kautsar dulu masuk 6 bulan baru merangkak.

Memang betul pun. Arfa menyusur je laju. Tapi tak merangkak lagi. Suka sangat tegakkan kaki taknak bengkok lutut.

Gambar ni masa arfa baru masuk 4 bulan. Pumping je kerjanya. Lutut tu keras je taknak bengkok. Hihihi.

Masa Arfa masuk 5 bulan, Arfa buat kejutan. Masa tu rehan tinggalkan Arfa kat ruang tamu sekejap sementara rehan ke dapur. Sekejap je. Tak sampai 5 minit. Bila rehan ke depan, rehan nampak Arfa tengah berdiri memapah sofa!

Ya Allah terkejutnya rehan masa tu. Siap tanya Kautsar, ada dirikan adik ke. Hahaha. Lepas tu rehan baringkan Arfa atas lantai. Kejap lagi Arfa laju menuju ke sofa dan berdiri lagi. Hebatnya anak ibu!

Hari ni usia Arfa lebih kurang 6 bulan seminggu. Beberapa hari sebelum masuk usia 6 bulan Arfa dah mula merangkak. Sikit-sikit. Sekarang dah makin laju dan makin jauh. Jenuh mengejar Arfa. Sekejap dah termasuk bawah meja. Sekejap lagi dah sampai bilik.

Alhamdulillah setakat hari ni Arfa sihat walafiat. Belum pernah demam. Cuma sekali pernah selsema masa baru-baru habis pantang. Cucuk vaksin pun tak demam. Menangis je kuat. Kautsar dulu cucuk vaksin tak menangis tapi tukar bulan je demam manja. Hihihi.

Setakat ni je rehan nak cerita. Rasa macam dah panjang sangat post ni. Banyak lagi rehan nak share, inshaAllah dalam entri akan datang ye.

Salam sayang.
Rehan, Qusyairi dan anak-anak.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...