"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Makanan Pertama Bayi: Peraturan 4 Hari

Assalamualaikum.

Cerita sikit pasal makanan pertama bayi. Ada satu peraturan yang dinamakan Peraturan 4 Hari. Haa apa tu?

Peraturan 4 Hari ni cara kita sebagai ibubapa nak uji makanan yang serasi dengan bayi kita. Yela kita yang dah dewasa pun ada makanan boleh makan, ada yang tak. Bayi pun sama. Malah perut bayi sangat sensitif jadi kita kena lebih hati-hati.

Jadi macam mana kita nak perkenalkan makanan kepada bayi kita?

Mulakan dengan makanan berunsurkan buah-buahan atau sayur-sayuran. Pilih buah atau sayur yang tak terlalu manis, tak pahit dan boleh mengenyangkan. Contohnya boleh mulakan dengan avokado, labu, betik, pisang, kentang. Kemudian apply peraturan 4 hari.

Peraturan 4 hari ni caranya mudah je. Bagi satu jenis makanan kepada bayi selama 4 hari berturut. Jangan campur makanan lain. Tujuan kita buat macam ni untuk kenal pasti sama ada makanan tu serasi atau pun tak dengan bayi kita.

Tak perlu apply peraturan 4 hari ni berulang kali dengan makanan yang sama. Cuma buat masa pertama kali perkenalkan satu-satu makanan je.

Apa yang ibubapa kena perhatikan ialah reaksi bayi terhadap makanan. Dalam masa 4 hari, kita boleh tengok sama ada bayi kita suka makanan tu atau pun tak. Kadang-kadang bayi tak berminat dengan makanan tu, sepanjang waktu makan bayi lebih suka main daripada makan.

Selain reaksi bayi, kita kena perhatikan tabiat membuang bayi kita. Ada sesetengah makanan boleh sebabkan bayi sembelit. Kesian anak kita sakit nak membuang tak boleh. Kalau berlaku sembelit, ibubapa boleh tukarkan makanan anak dengan makanan yang tinggi fiber atau campurkan makanan tinggi fiber tu dalam menu sekarang. Boleh tengok jadual atas tu macam mana nak plan makanan bayi.

Lagi satu yang penting untuk diperhatikan, sama ada bayi alah dengan makanan tersebut. Tanda-tanda alah yang paling ketara ialah ruam atau kulit bertukar kemerahan. Kalau berlaku ruam terus hentikan makanan tersebut dan gantikan dengan makanan lain.

Makanan pertama Arfa ialah labu. Lepas 4 hari, rehan tukar kepada brokoli pula. Tapi brokoli tu bila diblend tak lumat habis. Masih ada tekstur kasar. Bila rehan bagi kat Arfa, Arfa tak suka. Arfa luakkan balik brokoli tu dari mulut dan taknak makan lagi. Jadi sekali je rehan bagi Arfa makan brokoli. Lepas tu rehan tukar ke labu semula.

Esoknya rehan bagi betik pula. Dua hari rehan bagi Arfa makan betik, rehan perasan Arfa tak berapa suka betik juga. Cerewet anak ibu ni rupanya. Hahaha. Bila rehan suapkan betik, Arfa tak teruja nak makan. Arfa lagi teruja nak main, toleh kiri toleh kanan tengok kakak Kautsar main. Kalau rehan berhenti suap pun Arfa tak kisah. Berbeza masa makan labu, bila rehan berhenti menyuap marah betul Arfa. Siap menangis nak makan lagi. Hihi.

Jadi rehan bagi Arfa makan betik setakat dua hari je. Menu seterusnya rehan nak bagi kentang pulak. Tapi rehan nak campurkan dengan bayam. Ikutkan peraturan 4 hari sepatutnya tak boleh campur dulu. Tapi anak-anak rehan ni setakat yang rehan perasan tak ada masalah alahan, tapi senang kena sembelit. Jadi kalau nak bagi kentang semata-mata rehan tak berani. Kesian kalau Arfa sembelit nanti. Sebab tu rehan nak campurkan dengan bayam. Kita tengok nanti apa hasilnya.

Ok setakat ni je kali ini. InshaAllah jumpa lagi dalam next entri.

Salam sayang,
Rehan, Qusyairi dan anak-anak


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...