"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Dua Hari Tanpa Abah.

Assalamualaikum.

Minggu lepas rehan merasa jadi mak tunggal 2 hari. Lebih kepada mak tunggul sebenarnya sebab bosannya tak ada kawan bila abah tak ada. Hahah.

Sebenarnya rehan kena bersyukur, rezeki zauj Qusyairi selalu dilapangkan Allah swt. Macam-macam urusan beliau dipermudahkan. Salah satunya beliau dipermudahkan untuk turut serta dalam satu projek inovasi. Dan projek tu membawa beliau ke Putrajaya selama 2 hari minggu lepas.

Secara mengejut!

Tengahari tu beliau dapat jemputan, malam tu juga terus bertolak. Rehan masa tu berkira-kira, nak ikut atau tak. Sebenarnya hati rehan berat nak ikut sebab rehan ada juga urusan kat rumah ni yang tak izinkan rehan ke mana-mana.

Mulanya rehan was-was juga nak tinggal sendiri bertiga dengan anak-anak. Sebab rehan ni mana pernah sendirian jaga anak, kecuali masa zauj Qusyairi kerja jela. Waktu lain mesti ada zauj. Adalah sekali dua zauj kena kerja, rehan tinggal dengan kakak rehan. Tapi sekali dua jela. Paling lama pun 2 hari jugak.

Masa tu rehan fikir mungkin lebih baik rehan drive bawa anak-anak ke JB. Tak ada masalah drive seorang asalkan anak-anak tidur. Kautsar inshaAllah tak ada masalah, Kautsar dah pandai dengan kata. Arfa masih kecil, tapi kalau kena caranya tak susah sangat bawa Arfa naik kereta. Rehan pun dah banyak kali drive sendiri dengan anak-anak, tapi ke tempat dekat-dekat je la. Tak pernah drive jauh lagi.

Kejadian ni masa bawa anak-anak check up kat klinik. Tugas rehan seorang sebab abahnya kerja.
Tapi akhirnya rehan decide nak stay kat rumah je. Kawan rehan ada kat sebelah rumah ni, jadi tak risau sangat. Itu pun rehan tak tidur dengan dia pun. Rehan tidur sendiri lagi senang. Tak menyusahkan orang. Tapi ada jugak la menyusahkan kawan tu masa makan malam. Hehe.

Kalau hari-hari biasa rasanya rehan tak yakin betul nak jaga anak sendiri selama 2 hari. Biasanya anak-anak zauj Qusyairi yang mandikan. Sebab rehan ni ada sakit lutut dan belakang, jadi tak berapa yakin nak bangun duduk pegang anak. Tapi masa minggu lepas tu, awal-awal lagi rehan dan set minda rehan takkan ada masalah. Tak susah pun jaga anak sendiri, kan. Hihi.

Alhamdulillah memang mudah sangat 2 hari tu. Tak ada masalah. Anak-anak dengar kata. Malah terus terang rumah lebih kemas dan terjaga bila zauj tak ada. Hahaha.

Malam tu lepas abahnya bertolak, Arfa pun dah tidur masa tu, rehan panggil Kautsar duduk depan rehan. Rehan pandang muka Kautsar, rehan kata: Kautsar, abah kerja ye. Abah tak balik malam ni. Malam esok pun abah tak balik. Kautsar jadi anak baik, tolong ibu jaga adik. Dengar cakap ibu.

Ya Allah, memang berkesan sangat. 2 hari terbaik dalam hidup rehan. Kautsar sangat dengar kata. Langsung tak tanya abahnya. Bila rehan tanya Kautsar abah kat mana, Kautsar jawab: Abah kerja ye. Abah tak balik ye.

Sedih pulak jiwa mak-mak ni.

So aktiviti sepanjang 2 hari tersebut? Tak banyak beza dengan hari biasa. Rehan bangun pagi-pagi mandi, sediakan air mandi anak-anak. Masak bubur untuk Arfa. Rehan memang suka makan bubur, jadi 2 hari tu rehan makan bubur je tak makan nasi. Senang kerja. Kautsar pun makan banyak bertambah-tambah dua hari tu. Lepas makan, lepas rehan solat zuhur, anak-anak tidur. Bagusnya anak-anak rehan ni, sepanjang abahnya tak ada masing-masing behave sangat. Tidur pun serentak. Dapatlah rehan check in kat home office rehan. Alhamdulillah.

Petang-petang rehan bawa anak-anak main kat playground, lebih kurang jam 4 lebih lepas solat Asar. Lepas tu pergi tengok fish pulak kat perpustakaan. Kautsar memang suka haiwan. Arfa tak faham apa-apa, nampak air je terus nak turun mandi kolam. Hahah.


Tengok fish sampai jam 6 lebih sikit. Balik rumah dua-dua terus mandi. Main air lama-lama sikit dalam bilik air tu sambil sental daki-daki yang dah kumpul sehari. Hehe. Lepas mandi, Arfa makan malam. Ibu dan Kautsar makan lepas Maghrib. Dua-dua malam rehan makan dengan kawan rehan sebelah rumah ni.

Malam pertama tu lepas abah bertolak anak-anak terus tidur. Malam kedua pula rehan bawa anak-anak pergi McDonalds main kat playground. Main sampai dua-dua letih. Balik terus tidur. Malam ketiganya Arfa mengantuk sangat sebab tak tidur petang, jadi lepas mandi maghrib tu Arfa dah nak tidur sangat, rehan tak boleh nak keluar makan. Kawan rehan datang rumah bawakan makanan, picnic dalam rumah jela. Kautsar baik. Lepas makan dan kemas, Kautsar terus tutup tv nak tidur. Tak sempat tunggu abah sampai rumah.

Macam tulah ceritanya rehan jadi mak tunggal 2 hari. Mungkin ada sesetengah orang rasa 2 hari je bukan susah mana. Pada rehan, ni pencapaian yang hebat. Sebab rehan ni anak bongsu, tak pernah terlibat dengan kanak-kanak sampai la umur rehan 16 tahun bila Mamat lahir. Itu pun rehan duduk asrama masa tu. Lepas asrama terus masuk PLKN, terus masuk Matrikulasi, terus ke UTM sampai habis Master. Senang kata rehan tak ada pendedahan dengan bayi dan kanak-kanak langsung.

InshaAllah lepas ni kalau rehan perlu jaga anak-anak sendiri lagi, rehan rasa tak ada masalah. Kalau perlu travel bawa anak sendiri setakat sejam dua perjalanan pun inshaAllah rehan yakin. Tapi sebolehnya memang rehan taknak jauh dengan zauj Qusyairi. Hihih.

Ibu-ibu lain ada pengalaman jaga anak seorang diri tanpa suami atau orang lain? Jom share dengan rehan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...