"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Cara Buka Akaun Semasa di Maybank.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni rehan buka akaun semasa kat Maybank. Terus terang, leceh betul prosesnya. Rasanya tak leceh sangat pun kalau staf Maybank kat area kami ni terangkan jelas-jelas. Tapi sebab tak jelas, maka dah berkali-kali turun naik tangga Maybank baru settle.

Ceritanya macam ni.

Kami nak buka akaun semasa di Maybank menggunakan nama trade Noraihan Qusyairi, iaitu syarikat perkongsian (partnership).

Mula-mula kami pergi ke Maybank cawangan jauh sikit. Pegawai bank bagitau untuk buka akaun semasa, perlu ada introducer. Kami minta borang introducer tu tak diberi pula. Katanya dah ada introducer baru ambil borang.

Kemudian kami ke cawangan Maybank dekat-dekat kawasan rumah. Dapat ambil borang introducer. Katanya sesiapa yang ada akaun semasa Maybank boleh jadi introducer. Kawan kami pun setuju, kami pun bawa la borang yang dah disain tu ke bank.

Sampai kat bank, introducer kami tak cukup syarat sebab akaun semasa beliau belum pun setahun. Ok. Rupanya kena ada akaun semasa lebih setahun baru boleh jadi introducer. Buat kali ke-4 kami ke Maybank dengan borang introducer yg baru, disain oleh introducer yang dah lebih setahun buka akaun semasa di Maybank.

Ok. Kali ni borang diterima. Urusan diteruskan. Kena sain macam-macam borang. Lebih kurang 30 minit juga baru siap semua urusan.

Ops. Tak selesai lagi. Haha. Kena balik rumah dulu. Tunggu pegawai bank telefon lebih kurang dalam masa seminggu untuk buka akaun. Seminggu ni untuk selesaikan dokumen je.

Minggu depannya kami ke bank lagi lepas pegawai bank telefon. Akaun dah sedia untuk dibuka. Jadi ke datang bawa duit RM2000 untuk buka akaun. Dah selesai duit masuk, akaun dah aktif. Dah boleh mula guna akaun tersebut.

Opsss tak siap lagi. Kena beratur kat kaunter lain pula untuk aktifkan internet banking. Internet banking yg diaktifkan tu cuma boleh tengok baki dan transaction history je. Tak boleh transfer ke, bayar bil ke. Semua tak boleh.

Nak aktifkan transfer atau bayar bil etc kena isi borang lain. Senaraikan no akaun yang nak disenaraikan sebagai Favourite, lepas tu bagi kat kaunter. Kaunter yang akan key in kan. Kita tak boleh buat sendiri.

Dah selesai?? Opsssss. Ada lagi. Hihih.

Buku cek belum dapat lagi. Tunggu lagi. Tunggu pegawai telefon untuk ambil buku cek bila dah siap. Kami tunggu lebih kurang dua minggu.

Ok. Baru selesai. Alhamdulillah.

Keseluruhannya makan masa hampir 1 bulan, enam (6) kali ke Maybank dari mula bertanya hingga selesai urusan.

Kawan-kawan yang perlukan introducer untuk bisnes, tunggu setahun lagi ye baru rehan boleh jadi introducer. Hahah.

Sekian. Tamat episod akaun semasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...