"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Assalamualaikum 2016!

Assalamualaikum 2016!

Semoga Allah swt lanjutkan nikmat yg kita miliki sekarang.
Dan dilipatgandakan keberkatan-Nya.

Ya Allah.
Izinkan tahun 2016 menjadi tahun yg lebih baik bagi kami.
Dari segi amalan ibadah.
Rezeki dan barokah.
Umur dan kesihatan.
Kasih sayang dan persaudaraan.
Tutur kata dan adab.
Dan segala rahmat kurniaan seperti yg Engkau izinkan.

Amin ya Rabb.

Kindness Johor: Free Market Johor

Assalamualaikum.

Malam ni entri urgent nak share tentang Free Market Johor yang akan berlangsung esok.

Butirannya seperti dalam gambar di bawah ye.



Kindness Johor adalah badan non-profit yang fokus melakukan keeja-kerja amal di sekitar Johor. Antaranya ialah Free Market Johor ni iaitu ahli-ahli Kindness akan buka carboot dan berikan barangan percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Lokasi kebiasaannya adalah di hadapan Pejabat Zakat, khas untuk golongan asnaf yang berurusan dengan pejabat zakat.

Antara aktiviti Kindness Johor ialah memberi sarapan pagi percuma kepada asnaf, barangam dapur dan peralatan sekolah.

Siapa berminat boleh la apply jadi volunteer. Boleh dapatkan maklumat lanjut melalui fb Kindness Johor. Type je Kindness Johor kat search box, nanti keluar la fb nye.

Semoga bermanfaat.

Asal Usul Nama Kautsar Kamaliah.

Assalamualaikum.

Cerita malam ni personal sikit. Biasanya rehan tak share kat tempat public macam blog atau fb. Tapi bukan la rahsia. Kalau borak-borak dengan rehan tak ada masalah rehan kongsi cerita ni.

Malam ni nak cerita asal usul kami pilih nama Kautsar Kamaliah untuk anak sulung, buah hati pengarang jantung kami.

Masa rehan mengandungkan Kautsar, hati rehan kuat naluri kata anak rehan ni anak perempuan. Jadi rehan mencari nama anak perempuan je. Tak fikir nama anak lelaki langsung.

Bila diintai-intai, memang betul rehan mengandungkan anak perempuan. Alhamdulillah.

Bila kandungan cecah 7 bulan, rehan mula sibuk cari nama anak. Macam-macam rehan senaraikan. Tapi tak banyak yang kami berkenan. Rehan cerewet sikit masa tu, sebab anak sulung kan.

Masa tu cuma 2-3 nama je yang rehan dan zauji Qusyairi berkenan. Salah satunya Kautsar. Rehan nak letak nama Siti Kautsar tapi zauji taknak, katanya nanti sama dengan nama Siti Kuning. Hahaha.

*buat yang taktau, siti kuning tu kucing kesayangan rehan. Dah arwah dah tapi sempat berkongsi hidup selama 4 tahun lebih dengan rehan.*

Masa mula-mula rehan suggest nama Kautsar kat zauji, rehan kata rehan suka sangat nama tu sebab surah Al-Kautsar. Surah Al-Kautsar menceritakan tentang sungai di syurga. Rehan sendiri memang suka nama-nama yang terkait dengan alam.

Sungai kautsar dikatakan airnya lebih putih daripada susu, lebih wangi daripada Kasturi. Dasarnya daripada permata yang indah. Rehan tak dapat nak bayangkan kecantikannya. Sebab tu rehan suka sangat nama Kautsar.

Dari segi sentimentalnya, surah Al-Kautsar adalah surah pertama yang Zauji baca ketika kami solat berjemaah pertama kali lepas bergelar suami isteri.

Tapi yang jadi titik penentu nama Kautsar dipilih sebagai nama anak kami ialah sebab surah Al-Kautsar adalah surah penghibur yang Allah swt turunkan kepada Rasulullah saw untuk mengubat duka akibat kehilangan dua orang yang paling baginda sayang iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Siti Khadijah. Sejak pertama kali rehan dengar cerita ni lama dulu, rehan memang tersentuh sangat. Tersentuh dengan kecintaan Rasulullah saw dan betapa kasihnya Allah swt kepada baginda.

Itu baru cerita Kautsar. Sekarang masuk cerita Kamaliah pulak.

Nama Kamaliah ni tak sengaja pilih. Masa belek-belek album nama-nama bayi, rehan ternampak nama kamilia (bunga camelia). Rehan suka nama-nama bunga, tapi sebutan kamilia tu agak moden untuk citarasa rehan.

Lebih kurang masa rehan mengandung 8 bulan setengah, rehan balik kampung mertua kat perak. Dalam perjalanan balik ke johor semula tu, sepanjang perjalanan kami suami isteri dengar lagu Camelia yang Ramli Sarip nyanyi dalam persembahan akhir Anugerah Juara Lagu. Memang jatuh hati dengan nama kamilia. Entah mana rehan tiba-tiba suggest nama Kautsar Kamaliah. Zauji terus setuju.

Gabungan nama Kautsar Kamaliah maksudnya yang banyak kesempurnaan.
😊😊😊



Ini Kautsar Kamaliah, anak sulung ibu Noraihan dan abah Qusyairi. Sejak saat ibu hamilkan Kautsar sehingga hari ini saat ini ibu mohon kepada ALLAH swt supaya Kautsar Kamaliah akan jadi umat yang menghiburkan hati Rasulullah saw, dan hati ibu abah. Dan dengan kesempurnaan Kautsar yang banyak, akan menjadikannya umat yang berjasa kepada agama dan ibu bapa.

Doakan Kautsar sihat, demam sejak malam tadi 😭

Bukan Malaikat: Outing Sendirian Dengan Anak-anak.

Assalamualaikum.

Rehan tak ambil gambar tadi. Cuba bayangkan sendiri jela:
Rehan.
Gendong Arfa.
Tolak stroller Kautsar.
Kepit beg.

Tak mampu nak ambil gambar oii. Tangan dah tak cukup. Haha.

Ceritanya kami ni kat Melaka sebab zauji Qusyairi ada tugas. Jadi tadi sementara abah budak-budak ni berbengkel, rehan bawak anak-anak ke AEON Bandaraya Melaka. Ikutkan hati macam malas je nak bawak bebudak keluar sebab rehan pun tak berapa sihat, tengah demam menghapus dosa hehe. Anak-anak pun selesema sikit.

Tapi kesian dah beberapa minggu budak-budak ni tak dapat keluar main sebab cuaca asyik hujan petang. Jadi tadi rehan redah jugak la bawak anak-anak pergi main kat AEON.

Rehan kan, dapat lesen pun masa umur 25 tahun. Gagal driving test 3 kali. Melintas jalan masih pimpin tangan ayah (sebelum kawin dulu). Kat tempat rehan ok la rehan berani drive. Tapi kat tempat baru memang rehan tak berani drive. Lebih-lebih lagi rehan jarang sangat-sangat drive sejak mengandung Kautsar 3 tahun lepas. Lama tuuu.

Tadi rehan rasa risau nak drive sendiri, bawa anak-anak pulak tu. Kalau budak-budak ni bising, rehan susah nak fokus driving. Lagi pulak kat Melaka ni jalan sempit dan banyak yang sehala.



Kat atas ni gambar masa balik hotel. Kami duduk kat belakang Mahkota Parade. Tersangkut dalam jam dekat-dekat Jonker Walk. Lepas tu belok-belok ikut GPS, sekali jalan tutup pulak. Tersangkut nak uturn tak boleh sbb banyak kereta. Haha. Cabaran betul.

Alhamdulillah pergi dan balik selamat. Biasalah salah-salah lorong tu. Tapi tak ada insiden pelik atau bahaya. Arfa masuk kereta pergi dan balik tidur je. Kautsar masa pergi baik duduk diam. Masa balik Kautsar tidur jugak. Senang kerja ibu. Dah sampai depan hotel baru Kautsar terjaga sbb ibu pasang speaker-phone. Biasalah, orang courier telefon hantar stok hihi.

Ok tadi tu bahagian yg indah-indah. Sekarang masuk bahagian yang tak berapa nak indah pulak.

Sampai-sampai AEON je terus tuju ke Kidzoona. Masa tu dalam jam 11.30 pagi kot. Sambil gendong Arfa, isi borang daftar, dukung Kautsar keluar dari stroller, bukakkan kasut anak-anak, pakaikan stokin. Lepas tu main. Main main main. Sampai lebam. Rehan dapat la curi masa melayan WhatsApp tak henti-henti. Ramai yang transfer duit hari ni, jadi kena cepat settlekan order customer.

Dah berjam-jam main dalam tu. Puas la. Rehan pun tengah agak-agak nak ajak Kautsar keluar dari Kidzoona tu. Arfa pulak minta susu. Rehan tak susukan lagi, segan sebab golongan ayah-ayah dah start datang lepas sembahyang Jumaat. Tengah cari line nak susukan Arfa, Kautsar main panjat-panjat sebelah rehan. Tiba-tiba....

Gedebuk!

Rehan tengok Kautsar diri, terus berlutut tekap mulut, terus baring atas lantai takup muka. Tapi tak nangis. Lepas tu rehan tengoj Kautsar bangun sambung main. Tapi rehan tak sedap hati. Rehan panggil nak tengok mulut Kautsar. Tudia!

Darah bertakung-takung. Rehan lap pakai tisu tak luak-luak. Sampai habis tisu rehan. Rupanya masa Kautsar lompat tu dagunya tersangkut kat belakang kerusi lembut. Tu yang tergigit lidah. Luka besar kat lidah. Dah habis tisu, rehan lap pakai kain pulak. Tapi tak henti darahnya. Terus rehan ke kaunter. Nasib baik ada disediakan gauss. Sampai 7-8 gauss rehan lapkan darah tu, baru kurang. Kurang je tau, tapi darah masih ada.



Ni gambar tisu yang last. Lepas tu rehan guna gauss. Tapi tak sempat nak snap gambar. Sampai adik kaunter tu ambil plastik isi gauss yang penuh darah tu. Kautsar asalnya tak menangis. Tapi bila dia nampak darah banyak-banyak, lepas tu adik-adik kaunter tu berkerumun dia jadi takut. Terus menangis.

Itu satu hal.

Tengah kalut nak lap mulut Kautsar, Kautsar pulak menangis. Boleh pulak masa tu juga Arfa nak susu. Adoyaiiii. Kalut betul perasaan rehan tadi. Masa tu rehan terus mode autopilot. Lap Kautsar, angkat Arfa bawak ke ceruk dan susukan. Sekejap aje Arfa susu terus bangun nak main. Sabar jela.

Dalam pukul 2 rehan keluar dari Kidzoona tu. Segan sebab dah terbuat drama tadi pun ye. Nak bagi budak-budak makan pun ye. Bawa makan kat Vivo sebab itu je yang paling senang. Syukur dapat pelayan yang baik dan memahami keadaan rehan bawa anak-anak. Sementara tunggu makanan sampai, Arfa nak susu lagi. Dah la duduk depan pintu. Pelayan yang serve tu lelaki pulak. Rehan tebalkan muka susukan juga Arfa. Nasib baik pakai baju nursing friendly beli dari An-Naafiqa (boleh tengok fb diorang), aurat terjaga susukan anak kat public area.

Arfa makan banyak. Kautsar taknak makan, taknak minum mungkin sebab lidah sakit. Lepas Arfa makan, rehan nak makan tak sempat. Arfa dah sibuk nak main. Memang laju sangat la makan tadi. Rasanya dari masa makanan tiba sampai rehan bayar dan keluar kedai tu tak sampai 20 minit. Terus bayar parking dan balik. Itu pun masa bayar parking silap termasukkan kad bilik hotel kat mesin parking. Haha.

Ok la. Rehan balik tu rehan happy je. Sambung main dengan anak-anak kat rumah. Sejam lepas sampai tu abahnya pun balik bilik. Bawak budak-budak mandi kolam pulak.

Balik mandi kolam, dah sampai bilik tu Kautsar excited sangat lompat-lompat. Sekali kaki licin terjatuh terhantuk pintu. Benjol setepek kat kepala. Ni first time Kautsar benjol.



Lepas dah settle menangis-nangis, bagi roti makan roti pulak. Sambil tu Kautsar main dengan Arfa, tertolak Arfa jatuh mulut terhentak kat meja. Berdarah bibir pulak. Dugaaaaaaannnnn ! Ibu dah tak terkata. Banyak betul perkara jadi hari ni. Bila keluar makan malam, Arfa terbalikkan sambal kicap sebotol dan tumpahkan air secawan. Betul-betul menduga kesabaran. Sekarang ni hampir jam 11 malam, dua-dua dah tidur, ibu baru dapat berehat sejak bangun tidur subuh pagi tadi.

Yang baiknya tentang hari ni, lepas ni ibu lebih yakin nak keluar bertiga je dengan anak-anak. Bye bye abah. Ibu doa semoga anak-anak ibu jadi anak yang rajin solat, lemah lembut budi bahasa, menjaga aurat dan kehormatan, menyejukkan hati dan mudah diajar. Allah swt perkenankanlah doa ibu.

Last sekali nak belanja satu-satunya gambar yang senonoh hari ni. Gambar masa tunggu makanan sampai lunch tadi.

Haid Tak Teratur Lepas Bersalin.

Assalamualaikum.

Sekarang waktu rehan menaip ni jam kat telefon rehan pukul 11:28 malam. Rehan menaip ni pun guna telefon je, sambil-sambil baring menyusukan baby Arfa. Baby la sangat. Hihi. Rehan selalu anggap anak-anak rehan baby sampai umur 6 bulan je. Lepas tu rehan tak panggil baby lagi.

Eh melalut pulak. Haha.

Rehan ni baru selesai settlekan segala urusan bisnes tadi. Lepas tidurkan Arfa tadi, rehan terus duduk menghadap laptop untuk settlekan order. Senang je. Klik-klik je dah settle. Tapi tak sempat nak blogging.

Lepas settle mengorder, rehan sapu NutriWhite Daily Defense kat muka sikit. DD ni favourite rehan. Siang malam nak sapu, sebab kulit rehan yang sensitif ni rasa senang handle sejak guna DD. Lepas sapu DD, rehan makan suplemen malam pulak. Suplemen biasa rehan la; OsteMatrix dan Vita E. Selain tu rehan minum Vivix satu sudu kecil.

Alhamdulillah selesai urusan rehan hari ni. InshaAllah.

Sejak bulan lepas rehan tambah suplemen malam rehan. Rehan tambah GLA Complex. Sebelum ni rehan tak pernah makan GLA tau. Bukan apa, sebelum ni rehan tak ada keperluan makan GLA. Rehan memang makan apa yang rehan perlu je. Hehe. Tokey suplemen pun reti malas makan banyak-banyak jugak. Opss.

Yang buat rehan rasa perlu makan GLA tu sebab akhir-akhir ni period rehan tak sama macam dulu. Dulu masa zaman rehan masih anak dara, period rehan memang teratur sangat. Setiap bulan mesti cukup cycle 27 hari. Tak lebih. Tak kurang. Rehan mula track period sejak zaman kampus. Masa tu dapat kesedaran nak rekodkan period sebab doktor kata orang perempuan kalau nak tau ada penyakit perempuan ke tak, tengok periodnya teratur ke tak. Sejak tu memang rajin la rehan rekodkan period.

Lepas kahwin period rehan masih cantik 27 hari setiap cycle. Sebab tu rehan senang tau yang rehan mengandung Kautsar. Lepas bersalin Kautsar, genap sebulan habis pantang rehan terus period macam biasa.

Orang kata kalau kita breastfeed anak period lambat datang kan. Ada yang sampai 2 tahun tak datang period. Rehan tak. Rehan fully breastfeed Kautsar sampai umur 1 tahun, tapi period macam biasa. Masa Kautsar umur 11 bulan period rehan tak datang. Masa tu rehan dah agak rehan mengandung lagi.

Senang sangat bila period teratur. Nak merancang anak senang. Kami suami isteri pun merancang anak cuma guna kalendar je. Takde pil-pil ke cucuk-cucuk jarum ke insert-insert semua tak ada. Satu pun kami tak pernah cuba. Main tanda kat kalendar je. Kalau orang tanya rehan pasal merancang anak, yang rehan tau rancang guna kalendar je. Alhamdulillah setakat hari ni Allah swt izinkan semua perancangan kami.

Berbalik kat cerita period tadi, lepas rehan bersalinkan Arfa period rehan lambat sikit. Kalau masa Kautsar dulu lepas sebulan habis pantang rehan terus period macam biasa, kali ni hampir 2 bulan lepas habis pantang baru rehan datang period. Period cycle nya panjang pulak, 35 hari.

Rehan jadi tak selesa la sebab susah nak agak bila next period. Bila waktu subur. Karang silap rancang pulak, kesian anak-anak tak sempat bermanja. Abahnya pun tak boleh dah nak manja-manja. Haha.



Jadi sejak tengah tahun hari tu rehan gigih analisis rekod period rehan (ayat taknak kalah hihihi). Memang period rehan tak stabil. Kejap 35 hari cycle. Kejap lagi 33 hari cycle. Lepas tu 35 hari cycle balik. Eh, seteresss ahkak la. Almaklum la orang fizik ni tak suka uncertainty. Segala ketakpastian kalau boleh nak dielakkan. Hahaha.

Makanya rehan fikir mungkin dah sampai masanya rehan ikhtiar dengan GLA. Nampak tak tu. Tokey shaklee pun ambil masa berbulan nak decide untuk makan suplemen baru. Bukan sebab tak yakin dengan Shaklee. Rehan memang dah yakin sangat dengan Shaklee, sebab tu rehan berani jual. Cuma biasalah bila kita nak buat perkara baru tak boleh membuta tuli je. Kena bersiap siaga dulu. Ewah.

Jadi sejak awal bulan lepas rehan mula makan GLA Complex. Awal-awal tu tak konsisten pun. Kadang makan, kadang lain terlupa makan pulak. Rehan memang terkejut dengan hasilnya. Bulan tu period rehan genap 27 hari cycle. Wawawawaaaa!

Sejak berjaya dapat period 27 hari cycle tu rehan tak malas nak makan GLA lagi. Sebelum tidur memang rehan makan. Matlamatnya nak kekalkan period stabil dan teratur sampai rehan tak perlu bantuan GLA lagi.



Nah rehan belanja gambar sekeping. Bukan senang nak tengok gambar rehan. Gambar ni pun jenuh rehan scroll telefon zauj Qusyairi, baru jumpa. Hehe. Ni gambar masa keluar belikan water colour untuk Kautsar. Tak sempat sampai rumah dia dah projekkan water colour tu dalam kereta dulu. Habis biru muka dia. Hihi.

Nampak tak dalam gambar ni, bonus yang rehan dapat lepas makan GLA? Kulit jadi licin tau. Sejak rehan stop makan collagen, kulit rehan kadang-kadang keluar jerawat dan jeragat. Kadang-kadang jadi kering. Tapi sekarang Alhamdulillah ok je muka ni. Abaikan jerawat kat antara mata rehan tu. Tu jerawat sebab period. Hehe.

Ok la. Rehan ni plan nak tulis post pendek-pendek je sebenarnya. Tapi dah meleret-leret jadi panjang pulak. Biasalah rehan. Kalau dah dapat menulis, cepat lupa diri. Haha.

Sampai sini dulu hari ni. InshaAllah jumpa lagi dalam next entry.

Salam sayang daripada
Qusyairi, rehan dan anak-anak syurga kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...