"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Showing posts with label amal. Show all posts
Showing posts with label amal. Show all posts

Kindness Johor: Free Market Johor

Assalamualaikum.

Malam ni entri urgent nak share tentang Free Market Johor yang akan berlangsung esok.

Butirannya seperti dalam gambar di bawah ye.



Kindness Johor adalah badan non-profit yang fokus melakukan keeja-kerja amal di sekitar Johor. Antaranya ialah Free Market Johor ni iaitu ahli-ahli Kindness akan buka carboot dan berikan barangan percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Lokasi kebiasaannya adalah di hadapan Pejabat Zakat, khas untuk golongan asnaf yang berurusan dengan pejabat zakat.

Antara aktiviti Kindness Johor ialah memberi sarapan pagi percuma kepada asnaf, barangam dapur dan peralatan sekolah.

Siapa berminat boleh la apply jadi volunteer. Boleh dapatkan maklumat lanjut melalui fb Kindness Johor. Type je Kindness Johor kat search box, nanti keluar la fb nye.

Semoga bermanfaat.

Al-Insyirah.

Assalamualaikum.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Cara Ringkas Solat Sunat Hajat.

Assalamualaikum.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

WAKTU MELAKUKAN SOLAT SUNAT HAJAT
Boleh dilakukan bila-bila masa ( siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll.Walaubagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam,/ separuh malam.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat

Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah ( cara paling ringkas) ialah :

Lafaz niat solat sunat hajat:
صَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :

  • Baca doa iftitah
  • Baca Al Fatihah
  • Baca Surah Al Kafirun 1 kali
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

Pada Rakaat Kedua

  • Baca Al Fatihah
  • Baca Surah Al Ikhlas
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
  • Membaca Tahiyat Akhir
  • Memberi Salam

Berdoa selepas memberi salam:
Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, dijauhkan dari maksiat dll.

Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha dan ikhtiar. Salah satu dari usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui solat hajat sama ada kecil atau besar.

Hajat yg dipohon
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi/menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat/kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain


FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

  • Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah swt
  • Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah swt Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
  • Memberi ketenangan jiwa kepada seseorang
  • Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah swt
  • Tidak putus asa dengan takdir Allah swt
  • Dimakbulkan Allah swt doa yang dipohon (InshaAllah)

Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja (tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada didalam solat- batal solat jika melafazkannya).

Hajat juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi salam ( boleh melafazkannya krn telah keluar dari solat.

Semoga bermanfaat dan rajin diamalkan.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Simptom Dosa!

Assalamualaikum.

Ini adalah petikan beberapa isi penting daripada rancangan Tanyalah Ustaz yang bersiaran pada 12 Oktober 2014.

Antara dosa tak langsung tanpa sedar ialah menuduh halal dan haram sesuatu perkara

Hak menghukumkan HALAL dan HARAM itu hak Allah swt.
Janganlah kita menuduh sesuatu kerjaya atau harta sesorang itu Halal atau Haram kerana kita tiada hak untuk jatuhkan hukum Halal dan Haram jika tiada bukti asas dan sahih. Itu semua Hak Allah swt. Jangan binasakan diri sendiri dengan menindas hak Allah swt.

Antara Amal yang boleh diikhtiarkan untuk mohon dosa diampunkn Allah swt (semua jenis dosa kecuali syirik!):

  1. Haji: sebab ada hari Arafah iaitu saat paling makbul berdoa! Mohon Allah swt ampunkan dosa kita!
  2. Setiap hari iaitu 1/3 malam (jam 3 pagi hingga subuh)
  3. 10 malam terakhir Ramadhan! Carilah LailatulQadar. Bukan menunggu LailatulQadar!

Yang penting Konsisten. InshaAllah syaitan akan jauh dr menghampiri kita.


Soalan: adakah perbuatan sihir itu merupakan satu penyakit dan penghapus dosa?
1. Percaya Allah itu Maha Besar dan segala yang berlaku adalah dari-Nya
2. Jangan percaya dan yakin penyakit itu sebab datang dari sihir malah kita redha atas ketentuan dari Allah swt
3. Jadi ubatnya adalah dekatkn diri dgn Allah swt, perkasakan ilmu agama dan usaha atas jalan Allah swt untuk ikhtiar dan seterusnya berdoalah pada Allah agar dipermudahkan urusan.

Semoga bermanfaat.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Mudahnya Menjemput Rezeki.

Assalamualaikum.


Buku ni saya dapat sebagai hadiah daripada Mommy Shaklee saya, saudari Ateef Hatifa ketika beliau datang dari Perlis untuk coaching saya di Johor. Buku ini yang beliau jadikan sebagai cenderahati tanda ingatan dan sebagai reminder kepada saya tentang sebab dan bagaimana cara saya berniaga.

Ada beberapa amalan yang diutamakan dalam bab menjemput rezeki. Tapi sejak permulaan buku lagi, dan seringkali saya dah dengar daripada master-master dan mentor guru-guru saya sejak dulu, perkara kecil yang membawa impak besar dalam menjemput rezeki ialah dengan MENULISNYA.

Benar. Cuma dengan menulis di atas kertas, kita sebenarnya telah mendidik otak kita supaya fokus dan bergerak selari menuju ke arah impian tersebut. Bayangkan kalau kita tulis dan sebut hari-hari? Kesannya lebih MAGIK.

Amalan menjemput rezeki yang diajar dalam buku ni adalah berdasarkan konsep berbuak baik pada Allah, Allah swt akan memberi lebih kepada kita. Benar, kan?

Rezeki kita semuanya sekali adalah hak mutlak Allah swt. Untuk mendapatkan rezeki yang lebih daripada Allah swt, kita hendaklah berbuat perkara yang Allah swt suka. Seolah-olah kita membodek bos di tempat kerja, cuma bezanya pekerjaan membodek Allah swt dituntut dalam agama.

Ada beberapa amalan yang membantu kita menjemput rezeki dengan sangat mudah:

1. Menjemput Rezeki dengan Bersedekah.

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.

Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.

Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?

Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, memberi 10 sen contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“

Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut. Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu?

Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10 sen sahaja, kan?

Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. Ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.

Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”

Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah, rugi bukan?

Jangan mengharapkan balasan.

Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.

Allah swt menyatakan dalam firmanNya;

“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]

Memberikan sesuatu yang berguna.

Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?

Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. InshaAllah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.


2. Menarik Rezeki dengan Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah swt. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. InshaAllah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.

Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.

“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.

Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InshaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.

Mungkin anda semua mempunyai banyak lagi tips yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.  Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat juga cara untuk menjemput rezeki.

Apa yang saya nyatakan diatas adalah apa yang saya telah lalui. Jika anda ada beberapa pengalaman dan tips yang mahu dikongsi bersama, mohon dapat dikongsikan di ruang komen post ini.

[Sumber]


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Amalan Menambah Pahala di Bulan Ramadan.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan pada tahun ini. Bukan calang-calang org masih mendapat peluang ni tau. Mungkin sesetengah orang menghadapi keuzuran untuk berpuasa seperti sedang berpantang atau berpenyakit yang boleh memudaratkan jika diteruskan. Lagi pula tahun ni puasa dan piala dunia bola sepak berjalan serentak, harap amalan pun seiring jugalah ye.

Jadi hari ni saya rasa nak kongsi amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ramadhan. Semoga istiqamah utk melaksanakannya.

1- Solat Fardu Berjemaah dan Berterawih
Masa inilah nak curi peluang untuk solat berjemaah ye. Contohnya lepas sahur bolehlah gerak ke masjid untuk solat subuh. Tengahari waktu rehat boleh siap sedia di masjid sebab tak payah kelam kabut nak makan. Malam berjemaah isyak, sambung terawih dan witir kerana setiap mlm ganjaran berbeza dijanjikan utk sesiapa yg mengerjakannya.

2- Mengaji
Nak kongsi strategi untuk khatam Al-quran dalam masa sebulan adalah dgn mengaji 4 muka surat selepas setiap solat  fardhu. Kalau lebih lagi bagus.

3- Zikir, Istighfar dan Bersedekah
Basahkan lidah dengan zikir harian dan istighfar sekurang-kurangnya "Selawat, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar" 33 kali sehari. Tingkatkan amalan sedekah kerana pahalanya dilipatgandakan dari bulan biasa. Lebih afdal jika dikongsi dgn insan dalam kesusahan dan anak yatim. Amalan ini juga insyaAllah akan membuka pintu rezeki untuk kita.

4- Mengawal Diri dari Marah dan Mengumpat
Kita kalau lapar memanglah senang nak naik angin. Bila nampak jiran beli perabut baru mulalah ahli mesyuarat tingkap beraksi. Tapi puasa kita hanya dapat lapar dan dahaga jika tak mampu utk mengawal diri dari marah dan mengumpat.

5- Menjaga Pandangan dan Nafsu
Paling syok untuk terkena batang hidung sendiri. Lagi-lagi bila dah rambang mata pergi jalan-jalan cari makan kat bazar kan. Semua nampak sedap dan nak beli. Bila berbuka, tak habis makan dan membazir. Anda macam tu ke?

6- Elakkan Perkara Lagha (Sia-sia)
Contohnya adalah elakkan menonton rancangan hiburan, membaca gosip, melepak tanpa tujuan yang jelas atau mendengar lagu yang tidak membawa mesej untuk kebaikan.

7- Mengeratkan Silaturrahim
Utk yg selalu sibuk dan tak sempat berkenalan dengan jiran tetangga, masa ni lah nak kongsi hasil skil masakan anda tu kan. Hulurlah semangkuk dua rezeki untuk berbuka kepada jiran dan saudara. Bersembanglah sekejap untuk ketahui perkembangan semasa di kawasan anda.

Semoga perkongsian hari ini bermanfaat dan membantu utk sama-sama meningkatkan amalan ye.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Program Wakaf Anjuran Al Shadaqah Consultancy

Assalamualaikum.

Saya berniat nak kongsikan satu khidmat komuniti / kerja amal yang kawan saya anjurkan. Di sini saya suka sangat nak jemput semua rakan-rakan blogger, SID-SID Shaklee seluruh negara, pembaca budiman, pelanggan dan bakal pelanggan kesayangan saya untuk sama-sama mengejar ganjaran dunia dan akhirat dalam program wakaf yang dianjurkan oleh Al Shadaqah Consultancy, di bawah seliaan kenalan saya Syazwani Sya.

Jemput baca makluman beliau seperti di bawah.

JOM WAKAF!
Al Shadaqah Consultancy dengan usahasama Pertubuhan Ikhlas Amal Malaysia. 
Kaedah mudah untuk beramal jariah. Salah satu amalan yang pahala nya berterusan walaupun telah meninggal dunia. Insyaallah.
Anda masih muda atau telah vateran semua orang boleh berwakaf. Niat untuk diri, keluarga, orang tersayang, masih hidup juga yang telah meninggal dunia. Sama salurkan pahala dunia akhirat.
Segala yang anda wakafkan sangat bermanfaat untuk perkembangan ummah. Insyaallah 
APA YANG BOLEH ANDA WAKAF?
IA PILIHAN ANDA! 
1. Quran Kecil.
Dalamnya bersama terjemahan.
Harga satu nama = RM5
Harga senaskah =RM50 
2. Quran Amazing Besar.
Dalamnya bersama tajwid, tafsir, pekata, sirah.
Harga satu nama = RM20
Harga senaskah = RM200 
3. Rehal.
Harga satu nama = RM5
Harga satu rehal = RM50 
4. Rak Rehal.
Harga satu nama = RM85
Harga satu rak = RM850 
Sesiapa yang berminat untuk wakaf sila pm atau whatsapp saya 0199106420.
Segala yang anda wakafkan akan disalur kepada maahad tahfiz, sekolah, mrsm, institusi serta badan yang memerlukan. 
Jom Menabung Pelaburan Dunia Akhirat!
Jom ramai-ramai penuhkan tabung akhirat kita. Semoga usaha kecil ini Allah swt balas dengan kebaikan yang tiada tara. InshaAllah.

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...