"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Asal Usul Nama Kautsar Kamaliah.

Assalamualaikum.

Cerita malam ni personal sikit. Biasanya rehan tak share kat tempat public macam blog atau fb. Tapi bukan la rahsia. Kalau borak-borak dengan rehan tak ada masalah rehan kongsi cerita ni.

Malam ni nak cerita asal usul kami pilih nama Kautsar Kamaliah untuk anak sulung, buah hati pengarang jantung kami.

Masa rehan mengandungkan Kautsar, hati rehan kuat naluri kata anak rehan ni anak perempuan. Jadi rehan mencari nama anak perempuan je. Tak fikir nama anak lelaki langsung.

Bila diintai-intai, memang betul rehan mengandungkan anak perempuan. Alhamdulillah.

Bila kandungan cecah 7 bulan, rehan mula sibuk cari nama anak. Macam-macam rehan senaraikan. Tapi tak banyak yang kami berkenan. Rehan cerewet sikit masa tu, sebab anak sulung kan.

Masa tu cuma 2-3 nama je yang rehan dan zauji Qusyairi berkenan. Salah satunya Kautsar. Rehan nak letak nama Siti Kautsar tapi zauji taknak, katanya nanti sama dengan nama Siti Kuning. Hahaha.

*buat yang taktau, siti kuning tu kucing kesayangan rehan. Dah arwah dah tapi sempat berkongsi hidup selama 4 tahun lebih dengan rehan.*

Masa mula-mula rehan suggest nama Kautsar kat zauji, rehan kata rehan suka sangat nama tu sebab surah Al-Kautsar. Surah Al-Kautsar menceritakan tentang sungai di syurga. Rehan sendiri memang suka nama-nama yang terkait dengan alam.

Sungai kautsar dikatakan airnya lebih putih daripada susu, lebih wangi daripada Kasturi. Dasarnya daripada permata yang indah. Rehan tak dapat nak bayangkan kecantikannya. Sebab tu rehan suka sangat nama Kautsar.

Dari segi sentimentalnya, surah Al-Kautsar adalah surah pertama yang Zauji baca ketika kami solat berjemaah pertama kali lepas bergelar suami isteri.

Tapi yang jadi titik penentu nama Kautsar dipilih sebagai nama anak kami ialah sebab surah Al-Kautsar adalah surah penghibur yang Allah swt turunkan kepada Rasulullah saw untuk mengubat duka akibat kehilangan dua orang yang paling baginda sayang iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Siti Khadijah. Sejak pertama kali rehan dengar cerita ni lama dulu, rehan memang tersentuh sangat. Tersentuh dengan kecintaan Rasulullah saw dan betapa kasihnya Allah swt kepada baginda.

Itu baru cerita Kautsar. Sekarang masuk cerita Kamaliah pulak.

Nama Kamaliah ni tak sengaja pilih. Masa belek-belek album nama-nama bayi, rehan ternampak nama kamilia (bunga camelia). Rehan suka nama-nama bunga, tapi sebutan kamilia tu agak moden untuk citarasa rehan.

Lebih kurang masa rehan mengandung 8 bulan setengah, rehan balik kampung mertua kat perak. Dalam perjalanan balik ke johor semula tu, sepanjang perjalanan kami suami isteri dengar lagu Camelia yang Ramli Sarip nyanyi dalam persembahan akhir Anugerah Juara Lagu. Memang jatuh hati dengan nama kamilia. Entah mana rehan tiba-tiba suggest nama Kautsar Kamaliah. Zauji terus setuju.

Gabungan nama Kautsar Kamaliah maksudnya yang banyak kesempurnaan.
😊😊😊



Ini Kautsar Kamaliah, anak sulung ibu Noraihan dan abah Qusyairi. Sejak saat ibu hamilkan Kautsar sehingga hari ini saat ini ibu mohon kepada ALLAH swt supaya Kautsar Kamaliah akan jadi umat yang menghiburkan hati Rasulullah saw, dan hati ibu abah. Dan dengan kesempurnaan Kautsar yang banyak, akan menjadikannya umat yang berjasa kepada agama dan ibu bapa.

Doakan Kautsar sihat, demam sejak malam tadi 😭

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...