"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Selamat tinggal 2014.

Assalamualaikum.

Lama saya tak post di sini. Bagi ruang untuk habiskan masa bersama keluarga dan anak sempena cuti sekolah (macam la anak dah sekolah hehe).

Alhamdulillah tahun 2014 bakal melabuhkan tirai hari ini. Banyak perjalanan suka duka sepanjang tahun ini. Tapi saya tak nak kongsi cerita 2014 saya. Bukan kedekut, tapi saya ni jenis tak simpan dalam hati. Yang lepas tu seronok ke sedih ke marah ke, lepas la. Saya jenis cepat melupakan. Hihi.

InshaAllah esok tahun baru 2015.

Tahun 2015 ini cabaran baru buat kami suami isteri. Macam-macam pembaharuan akan berlaku. Macam-macam kelainan dalam keluarga kami. Rutin akan berubah hampir 100%. Tanggungjawab bertambah dengan anak semakin membesar, tanggungan pun semakin banyak. Dah takde-takde lain, sejak seminggu dua ni kucing jalanan kat depan rumah dah rajin lepak rumah kami pulak. Jadi inshaAllah kos jagaan beliau akan dimasukkan dalam belanjawan 2015. Alhamdulillah.

Saya percaya rezeki jaminan daripada Allah swt kepada hamba-Nya yang berusaha dan yang redha dengan ketentuan-Nya. Hamba yang berserah kepada-Nya. Jadi selagi mana saya yakin dan tawakkal kepada Allah swt, tentulah Allah swt akan jaga saya dan keluarga kami. InshaAllah.

Tahun 2015 akan menjadi tahun yang gemilang buat kami sekeluarga. Bukan dalam bisnes saja, tapi dalam kekeluargaan, kebahagiaan dan kehidupan menyeluruh. Amin.

Buat semua pembaca, pelanggan dan kawan-kawan yang sama-sama berada di blog humble kami ini, terima kasih untuk sokongan anda. Yang offline juga, terima kasih selalu bersama kami.

Nantikan berita gembira sempena 2015. Yakin. Tahun 2015 adalah tahun cemerlang yang bakal merubah segalanya tentang kami :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Saat Kelahiran Khalifah Kecil Kautsar Kamaliah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah khalifah kecil kami dah hampir berusia setahun lima bulan. Sekejap je rasa dah besar anak kami. Hari ni saya ibu terdetik nak cerita semua tentang Kautsar. Entah kenapa, sentimental pula rasa hari ni. Hihi.


Ibu dan abah menanti 7 bulan untuk hamilkan Kautsar. Walaupun 7 bulan tu pada orang lain mungkin sekejap, pada kami cukup lama. Tapi perancangan Allah swt memang terbaik, 7 bulan adalah waktu secukupnya untuk kami suami isteri saling berkenalan dengan lebih rapat sebelum menyandang tanggungjawab sebagai ibubapa. Maklumlah, kami cuma sempat berkenalan selama 7 bulan sebelum berkahwin.

Saat ibu syak ibu hamil, abah tak ada. Ibu bertugas di pusat bandar seminggu, abah pula di kampung bercuti. Setiap masa abah telefon ibu tanya, dah datang haid ke belum. Setiap kali juga ibu kata belum. Tamat je tugas ibu waktu tu, abah jemput ibu untuk bawa ibu bercuti. Waktu itulah ibu dan abah tau Kautsar ada dalam rahim ibu.

Ibu dan abah sama-sama menangis dalam bilik air, sambil berpelukan. Abah pegang ujian kehamilan ibu tak lepas-lepas :)

Alhamdulillah pengalaman hamilkan Kautsar mudah dan sangat seronok. Biasalah letih-letih badan pada awalnya, tapi kemudian ibu sangat bertenaga. Ibu bersemangat. Kautsar khalifah kecil ibu dan abah yang sangat baik, sangat memudahkan ibu dan abah. Tak pernah buat ibu sakit atau tak selesa. Berat badan ibu naik cantik, hb sentiasa normal, gula tak ada masalah. Semuanya mudah sepanjang hamilkan Kautsar. Dan abah kata, ibu cantik sangat sepanjang hamil :D

Waktu itu ramadhan ketiga. Balik kerja awal, ibu dan abah ke Carrefour beli barang dapur untuk masak berbuka. Ibu masak lauk daging lemak cili padi hari tu. Waktu tengah cuci pinggan lepas buka, keluar tanda bersalin. Darah dan lendir mengalir banyak, macam drama. Abah cepat-cepat solat maghrib, terus bawa ibu ke Hospital Pakar Puteri, JB.

Sampai di hospital, nurse kata bukaan baru 1 cm. Ibu balik rumah Cik Eza, tidur dan rehat. Esok inshaAllah ibu dan abah akan jumpa Kautsar.

Malam tu mula jam 3 pagi, ibu dah rasa contraction sikit. Jam 5 pagi ibu dah tak boleh tidur sebab gementar, bukan sebab sakit. Dari jam 5 pagi ibu pusing satu rumah, jalan tak berhenti semoga jalan cepat buka. Tak sabar nak jumpa anak ibu.

Lebih kurang jam 9 pagi ibu terus ke hospital sekali lagi. Nurse kata bukaan baru 1.5 cm. Lambat buka. Jumpa Doktor Laila lebih kurang jam 10-11 pagi, doktor seluk untuk stretchkan jalan. Sakit, memang sakit. Rasa macam kena sula. Hehe. Lepas tu darah turun melimpah. Ibu takut tengok darah banyak-banyak, haha. Lepas doktor seluk, ibu terus ke labour room untuk masukkan ubat buka jalan.

Nurse masukkan ubat jam 11:30 pagi. Jam 1 tengahari ibu dah rasa sakit. Kadang sakit sikit, kadang sakit banyak. Jam 2 petang, jalan dah buka 4 cm, doktor pecahkan ketuban. Anak ibu dah berak dalam perut, jadi kena bersalin cepat.

Cik Eli, Uncle Zul, Abang Luqman, Cik Eza, Mamat dan Atuk ada tunggu di bilik menunggu sepanjang hari. Abah sentiasa ada sebelah ibu; kekuatan ibu, semangat ibu. Sesaat pun ibu taknak jauh dari abah.

Ibu tak pernah pergi kelas antenatal. Sepanjang menunggu nak lahirkan Kautsar, ibu ikut semua yang nurse dan doktor suruh. Sebelum ibu bersalin, ada seorang ibu Cina yang sedang lahirkan anak kedua di bilik sebelah. Ibu boleh dengar doktor ajar ibu Cina tu, jadi ibu ikutkan apa yang doktor dan nurse kata.

Jam 4 lebih, abah minta izin keluar untuk solat Asar. Sebaik je abah balik dari surau, doktor pun masuk jenguk ibu. Doktor cek bukaan dah 7 cm. Kemudian doktor kata kalau rasa nak teran, teran sekuat hati.

Kali pertama ibu teran, caranya tak betul. Nurse suruh ibu pegang paha kuat-kuat dan tarik masa meneran. Ibu teran kali kedua. Kecoh sangat rasanya waktu tu, semua bising. Ibu abaikan kecoh-kecoh tu, ibu fokus pada suara nurse sebelah ibu yang jaga ibu. Kemudian ibu teran kali ketiga.

Alhamdulillah. Waktu tu jam 5 petang. Kautsar keluar dari rahim ibu cepat sangat. Sihat. Comel. Selamat. Waktu nurse tolak Kautsar ke nursery, semua orang tak sangka bayi itulah Kautsar. Cik Eli sempat hantar whatsapp kepada ibu tanya kalau ibu nak makan, waktu tu ibu sedang teran Kautsar. Hehe. Bila abah keluar bagitau Kautsar dah selamat dilahirkan, masing-masing kelam kabut nak tengok bayi. Tapi Kautsar dah masuk nursery.

Ibu dan abah pilih nama Kautsar Kamaliah. Maksudnya yang banyak kesempurnaan. Nama ni ibu dan abah pilih ketika dalam perjalanan pulang dari kampung satu masa tu. Inspirasinya dari surah Al-Kauthar dan juga bunga kamelia.


Alhamdulillah. Kautsar lahir dengan berat 3.55 kg, lebih dari yang ibu sangka. Kemampuan ibu untuk lahirkan anak sulong dengan berat begitu, mudah dan cepat, lebih kurang 12 jam je sakit, pun ibu tak sangka. Ibu panjatkan syukur kepada Allah swt, kerana merahmati rumahtangga ibu dan abah dengan pengalaman ini, dah hadiah cahayamata yang sangat ibu dan abah hargai.

Kautsar usia 4 hari.
Semoga besar jadi anak solehah. Penyeri rumahtangga ibu dan abah. Penyejuk hati. Pembimbing ibu dan abah ke jalan yang dirahmati Allah swt. Anak yang mendekatkan ibu dan abah kepada syurga-Nya.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Nasihat Lelaki Terkaya Asia.

Assalamualaikum.

Artikel asal saya petik dari blog ini.


Petua Li Ka-Shing untuk usahawan muda

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji. Pastikan anda bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian.

Belanja untuk sara hidup anda. 
Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah sebanyak maksimum RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat. Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup anda walau apapun yang berlaku.
Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.
Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dan sedikit buah.
Makan malam pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.

Belanja untuk bina rangkaian kawan. 
Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
Lebih berilmu daripada anda. Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri.
Lebih kaya daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang anda perlu korek.
Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang anda. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan anda bantuan selepas ini.

Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. 
Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:
Beli buku pengetahuan. Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan anda Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.
Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.

Belanja untuk melancong ke luar negara. 
Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang anda cari tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan anda itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan !.

Peruntukan untuk simpanan. 
Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan anda. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan. Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.
Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.
Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.

Li Ka-Shing nasihatkan pada semua usahawan muda untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan perabih duit dengan beli pakaian dan kasut mewah. Simpan terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tapi bukan ketika anda masih muda dan miskin.

Satu lagi masihat menarik dari Li Ka-Shing untuk usahawan muda adalah, jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar.


Kami di Noraihan Qusyairi ada impian yang nak sangat kami tunaikan. Sesetengah orang akan berlawan siapa lebih kaya sekarang, tapi bagi kami yang penting kami kaya di akhirat. Dunia ini, dunia sajalah. Persinggahan sementara masih diizinkan untuk bernyawa.

Cepat atau lambat kaya, bukan ukurannya. Tapi apa yang kita lakukan dengan harta yang kita ada.

Kalau ada yang berminat nak belajar macam mana kami berbisnes Shaklee, jemput hubungi kami untuk kami tunjukkan caranya.

Semoga perkongsian artikel hari ini bermanfaat.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Al-Insyirah.

Assalamualaikum.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Mudahnya Menjemput Rezeki.

Assalamualaikum.


Buku ni saya dapat sebagai hadiah daripada Mommy Shaklee saya, saudari Ateef Hatifa ketika beliau datang dari Perlis untuk coaching saya di Johor. Buku ini yang beliau jadikan sebagai cenderahati tanda ingatan dan sebagai reminder kepada saya tentang sebab dan bagaimana cara saya berniaga.

Ada beberapa amalan yang diutamakan dalam bab menjemput rezeki. Tapi sejak permulaan buku lagi, dan seringkali saya dah dengar daripada master-master dan mentor guru-guru saya sejak dulu, perkara kecil yang membawa impak besar dalam menjemput rezeki ialah dengan MENULISNYA.

Benar. Cuma dengan menulis di atas kertas, kita sebenarnya telah mendidik otak kita supaya fokus dan bergerak selari menuju ke arah impian tersebut. Bayangkan kalau kita tulis dan sebut hari-hari? Kesannya lebih MAGIK.

Amalan menjemput rezeki yang diajar dalam buku ni adalah berdasarkan konsep berbuak baik pada Allah, Allah swt akan memberi lebih kepada kita. Benar, kan?

Rezeki kita semuanya sekali adalah hak mutlak Allah swt. Untuk mendapatkan rezeki yang lebih daripada Allah swt, kita hendaklah berbuat perkara yang Allah swt suka. Seolah-olah kita membodek bos di tempat kerja, cuma bezanya pekerjaan membodek Allah swt dituntut dalam agama.

Ada beberapa amalan yang membantu kita menjemput rezeki dengan sangat mudah:

1. Menjemput Rezeki dengan Bersedekah.

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.

Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.

Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?

Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, memberi 10 sen contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“

Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut. Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu?

Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10 sen sahaja, kan?

Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. Ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.

Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”

Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah, rugi bukan?

Jangan mengharapkan balasan.

Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.

Allah swt menyatakan dalam firmanNya;

“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]

Memberikan sesuatu yang berguna.

Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?

Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. InshaAllah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.


2. Menarik Rezeki dengan Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah swt. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. InshaAllah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.

Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.

“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.

Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InshaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.

Mungkin anda semua mempunyai banyak lagi tips yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.  Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat juga cara untuk menjemput rezeki.

Apa yang saya nyatakan diatas adalah apa yang saya telah lalui. Jika anda ada beberapa pengalaman dan tips yang mahu dikongsi bersama, mohon dapat dikongsikan di ruang komen post ini.

[Sumber]


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Doa Untuk MH17.

Assalamualaikum.


Saya ingat lagi awal pagi tersebut bila En Qusyairi kejut saya untuk bersahur. Waktu itu badan saya tak berapa sihat, jadi En Qusyairi sendiri yang sediakan makanan bersahur. Sebaik saja saya buka mata, beliau katakan ada pesawat Malaysia ditembak di sempadan Rusia.

Reaksi saya? Saya tak boleh berhenti istighfar. Berulang kali saya tanyakan, kenapa? Kenapa buat begitu? Kenapa tembak kapal terbang?

Walaupun saya tak ada mengenali sesiapa yang terbabit dalam tragedi ini, tapi terasa dekat sangat di hati. Ada orang-orang yang saya sangat sayang yang sekarang tinggal di Eropah. Dan orang-orang yg saya sayang juga ada yang ke luar negara atas sebab sama seperti beberapa penumpang dalam pesawat tersebut. Perkara sama mungkin terjadi kepada mereka. Terus terang memikirkan kemungkinan itu sudah cukup buat saya terlalu sedih.

Saya ambil kesempatan ini untuk sampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan yang merasai kehilangan orang yang mereka sayang. Semoga dikurniakan ketabahan kepada jiwa-jiwa mereka yang menanggung perasaan akibat tragedi ini. Dan semoga roh yang beragama Islam dikurniakan Allah swt ketenangan dalam pengabadian.

Al-Fatihah.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Doa Untuk MH370 (2).

All right. Good night.

:'(


Nota: Salam sayang dan rindu dari kejauhan, diiring doa yang tak bersempadan dari kami di Noraihan Qusyairi. Semoga selalu dalam rahmat keredhaan dan keampunan Allah swt. Buat semua yang tak berkesempatan pulang ke pangkuan keluarga.

Innalillahi wainnailairajiun.



ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Motivasi: Renungan Di Sebalik Ujian Allah swt

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni kami sibuk sangat. Sampai kawan-kawan mesej tanya mana kami ni, susahnya nak jumpa. Alhamdulillah ramai juga kawan-kawan yang sayang kami. Hehe.

Banyak yang berlaku bulan ini. Esok pun ada dugaan untuk kami. InshaAllah kalau diizinkan kami akan ceritakan.

Lanjutan daripada siri dugaan demi dugaan ini, saya terjumpa artikel yang sangat menyentuh hati saya. Artikel ni saya ambil dari laman web Harian Metro, sesuai untuk semua. Jemput baca dan sama-sama insafi intipati artikel yang ditulis oleh Imam Muda Hassan Adli Yahaya.

Beberapa bulan lalu, negara digemparkan seketika dengan cuaca serta suhu dingin hinggakan sebuah daerah di negeri pantai timur mencecah suhu serendah 17 darjah Celsius 
Rupa-rupanya tidak lama kemudian, Allah uji pula kita dengan musim panas sehingga sampai satu ketika suhu kali ini dikatakan panas luar biasa. Suhu yang panas bukan saja mengeringkan keadaan sekeliling, malah membuatkan tumbuh-tumbuhan mati kekeringan.

Tidak sekadar itu, beberapa negeri di Semenanjung menghadapi krisis bekalan air hingga terpaksa dicatu akibat penyusutan tadahan air di kebanyakan empangan. 
Pakar berkaitan meramalkan suhu panas bakal berlanjutan untuk tempoh panjang dan ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan kerana kita terancam dengan pelbagai krisis seperti kebakaran hutan dan penyakit.

Tidak cukup dengan cuaca panas, Malaysia terpalit dengan jerebu yang membimbangkan hingga beberapa tempat mencapai kualiti udara tidak sihat. Malah, ada sekolah di beberapa kawasan diarah tutup buat sementara.

Klimaks kepada ujian yang menimpa negara tentulah tragedi kehilangan pesawat MH370. Sehingga artikel ini ditulis, pakar dari pelbagai negara hanya mampu mengemukakan teori mengenai kehilangan pesawat itu. Namun, di mana sebenarnya pesawat ini masih menjadi rahsia Allah. 
Ketika negara menjadi perhatian berikutan kehilangan pesawat ini, dengan tidak diduga Allah melimpahkan rahmat-Nya melalui hujan yang membasahi bumi negara sejak beberapa hari lalu.
Ia sedikit sebanyak mengurangkan kegelisahan yang kita alami sejak diuji dengan pelbagai ujian. Saya percaya, ujian demi ujian yang Allah rencanakan untuk kita antara tanda betapa Allah merindukan doa hamba-Nya yang semakin ‘sunyi’ sejak akhir-akhir ini. 
Lumrah kebanyakan manusia, ketika senang, kita terlalu mudah lupa untuk meminta kepada-Nya. Ketika senang juga kita selalu kekurangan masa untuk berhubung dengan Allah melalui solat, qiamullail dan doa. 
Jika solat pun mungkin tidak khusyuk kerana memikirkan pelbagai tugas dunia yang belum disempurnakan. Usai bersolat, kadangkala kita tak sempat berdoa, sebaliknya terus bingkas bangun dari sejadah untuk mengejar dunia. 
Kerana itu apabila ditimpa ujian, manusia akan kembali kepada Allah melalui ibadah dan puji-pujian kepada-Nya. Betapa kasihnya Allah kepada kita, diberi peringatan supaya kembali kepada-Nya. 
Peringatan ini juga sebenarnya menyelamatkan kita daripada terus melakukan kemaksiatan yang mengundang azab-Nya kelak. 
Namun begitu, dalam masih diuji, kita dikejutkan pula dengan kisah kematian beberapa pengunjung sebuah konsert yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini. Dikhabarkan, punca kematian disebabkan pengambilan dadah yang dibekalkan pihak tidak bertanggungjawab.
Memang tidak dinafikan, penyalahgunaan dadah sememangnya haram di sisi agama mahupun perundangan negara. Namun sebenarnya, sebagai negara Islam yang menjadi contoh kebanyakan negara lain, kita sepatutnya membuka mata dengan lebih luas untuk memandang lebih daripada itu. 
Di dalam Islam, ada sebuah kaedah dipanggil ‘Sadd Az-Zara’e’. Kaedah ini ialah dengan menutup ‘pintu’ yang menjadi punca kepada pelbagai masalah lebih besar.
Yang pasti, ‘pintu’ kepada isu dadah yang menyebabkan kematian ini adalah penganjuran konsert yang sebenarnya tidak sesuai dijadikan aktiviti untuk diisi golongan remaja. 
Selain mengundang percampuran tanpa batas antara lelaki dan perempuan, ia terdedah kepada dosa besar lain seperti minum arak, zina, pengabaian solat dan banyak lagi kemaksiatan lain.
Jika tiada kebenaran diberi untuk penganjuran konsert seperti ini, bukan saja kes kematian akibat dadah dapat dielak, malah pelbagai lagi ‘bencana’ seperti kelahiran anak luar nikah serta penyakit berbahaya seperti AIDS. 
Allah menimpakan pelbagai ujian dan musibah untuk membuatkan hamba-Nya berfikir.
Namun jika hamba-Nya masih tidak mahu berfikir, tidak mustahil Allah bakal menimpakan azab bukan saja kepada kepada si pelaku maksiat, bahkan kepada seluruh manusia di negara ini. Nauzubillahiminzalik. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha.

Assalamualaikum.

Hari ni nak share cara ringkas solat sunat dhuha. Ringkas je. Tengah kerja di pejabat pun sempat curi masa untuk solat sunat dhuha ni. Alhamdulillah. Sumber diambil dari sini dan sini.

Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha:
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor.

"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )


2. Rakaat Kedua
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.


3. Doa
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha


Fadhilat Solat Dhuha

  • Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
[Sumber]


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Anda mungkin juga meminati:

Ibubapa: Ibu Sakit Boleh Menyusukan Anak?

Assalamualaikum.

Saya nak share FB note oleh Puan Puteri Nyta, Admin Kumpulan Ibu Menyusu Badan. Penting sangat pada saya apa yang Puan ni sampaikan, selain pengalaman beliau membesarkan 7 orang anak. Lagipun tak semua doktor perubatan berkobar menyokong penyusuan susu ibu lengkap hingga usia anak 2 tahun. Jadi ada masanya doktor beri pendapat untuk mudahkan ibu, walaupun terpaksa korbankan penyusuan anak. Kena sangka baik, doktor nak ibu pulih cepat supaya boleh teruskan pikul tanggungjawab rumahtangga.

Gambar ihsan Google
*Nota: Artikel di bawah telah diubah sedikit dari segi tatabahasa dan ejaan supaya lebih cantik di mata, mudah dibaca :)

Ramai ibu-ibu yang tertanya-tanya adakah ibu sakit tidak boleh menyusukan bayi. Tapi yang buatkan saya terpanggil sangat nak menulis tentang ini adalah kerana saya sendiri juga pernah alami. Jadi, soalannya adalah: Boleh ke saya menyusukan bayi jika saya sakit?

Dan jawapannya adalah: Bergantung kepada jenis penyakit anda dan juga jenis ubatan yang anda ambil.

Kenapa saya kata begitu?

Baiklah, yang pertamanya jika penyakit anda adalah jenis yang disebarkan melalui darah atau cecair badan lainnya seperti HIV/ AIDS, anda tidak digalakkan untuk menyusukan bayi anda. Sila rujuk laman HIV & Breastfeeding untuk penjelasan mengapa anda tidak boleh menyusukan bayi anda.

Bagaimana pula dengan penyakit Hepatitis? Ya, jawapannya BOLEH dan anda boleh rujuk di laman Breastfeeding & Hepatitis ini untuk penjelasan terperinci.

Sekiranya anda menghidapi penyakit-penyakit kronik lain seperti sakit jantung, kanser, diabetes dan sebagainya, anda perlu rujuk dengan doktor anda mengenai ubat preskripsi yang diberi kepada anda.
Mungkin, anda boleh menyatakan hasrat anda untuk menyusukan bayi anda dan minta mereka memberikan anda ubat yang bersesuaian.

Bagaimana pula dengan demam dan selesema? Dua ini adalah penyakit yang paling kerap menyerang kita zaman sekarang nikan. Kenapalah agaknya? Atau bagaimana kalau anda cirit birit atau keracunan makanan?
Untuk semua penyakit sebegini, anda BOLEH terus menyusukan bayi anda seperti biasa. Anda cuma perlu mengingatkan doktor anda bahawa anda sedang menyusukan bayi dan anda ingin terus menyusukan bayi anda, jadi minta doktor berikan anda ubat yang bersesuaian dengan penyusuan ibu.

Masa bayi saya berusia 2 bulan dulu, saya menghidapi sakit perut yang teramat sangat. Doktor mengesyaki saya gastrik – OK, saya tidak pernah mengalami gastrik sepanjang hidup saya. Doktor memberikan saya ubat dan memberitahu bahawa saya perlu menghentikan penyusuan ibu untuk tempoh 8 jam selepas mengambil ubat tersebut. Tak MUNGKIN saya menghentikan penyusuan ibu? MAAF LAH DR...HEHEHEE. Jadi, saya ambil ubat tersebut, bawa pulang ke rumah, dan masukkan ke tong sampah. Selepas itu, saya pergi ke klinik yang lain pula dan nasib baik kali ini saya mendapat doktor yang saya gelar baby-friendly.

Beberapa minggu yang lepas pula, saya terkena demam dan selesema. Waktu saya ke klinik, doktor bertanya jika saya sudah mengambil apa-apa ubat seperti panadol. Saya katakan TIDAK, kerana saya menyusukan bayi. Ya, saya tahu bahawa ramai yang kata panadol selamat untuk menyusukan bayi..
Tetapi mungkin selamat bagi kebanyakan orang. Setiap kali saya mengambil panadol, saya akan mengalami mengantuk yang keterlaluan. Jadi, saya tak rasa ianya selamat untuk saya dan NIA. Jadi, doktor tersebut tidak memberikan saya antibiotik – saya diberitahu bahawa ibu yang menyusukan tidak boleh ambil antibiotik (tanpa menghentikan penyusuan untuk sekian-sekian waktu ya).

Dan alternatif saya adalah MAKAN MADU DAN HABATUSAUDA SAJA, sehingga pulih. ALHAMDULILLAH SAYA PERCAYA MAKANAN SUNNAH IALAH PENYEMBUH SEGALA PENYAKIT. Alhamdulillah, setakat ini biasanya ianya berkesan.. Pastikan juga ia disertakan dengan pengambilan air masak yang mencukupi dan makanan yang berkhasiat.

Kesimpulannya, ibu masih boleh menyusukan bayi jika ibu sakit, kecuali jika ibu menghidapi HIV / AIDS atau mengambil sebarang ubatan yang boleh masuk ke dalam susu. Sekiranya doktor anda memberikan nasihat supaya menghentikan penyusuan ibu sewaktu mengambil ubat, cari doktor lain. ITU APA YANG SAYA AMALKAN SELALU SEHINGGA SAYA BERANAK DAH 7 ORANG NI..EHHEHEEE..

~puteri nyta~
ADMIN KIMB


*Nota: Kesimpulan yang saya buat lepas baca note ini, banyak perkara perlukan budi bicara ibu sendiri. Sebab itu sangat penting sentiasa memantau keadaan anak jika ibu mengubah menu, atau mengambil ubatan. Pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Puan Nyta boleh menulis note ini kerana pengalaman beliau sangat lama dan mendalam tentang soal penjagaan anak. Sedangkan ibu-ibu yang masih baru seperti saya, perlu sentiasa beringat setiap bayi adalah berbeza, apatah lagi jika bukan dari ibubapa yang sama. Belum tentu nasihat dan pengalaman Puan Nyta sesuai untuk anda. Nasihat saya, dapatkan pendapat doktor perubatan bertauliah. Jika ragu-ragu atau tidak setuju, dapatkan pendapat kedua, ketiga atau seberapa banyak pendapat yang anda rasa perlu asalkan daripada doktor perubatan bertauliah dan tidak melewatkan rawatan hingga memudaratkan kesihatan ibu dan bayi. Wallahualam.


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Ibubapa: 37 Tabiat Buruk Ibubapa Beri Kesan Buruk Kepada Perangai Anak.

Assalamualaikum.

Usia Kautsar dah menginjak 7 bulan. Makin banyak ragamnya. Selalu jadi hiburan kami suami isteri tengok perangai anak kami seorang ni. Tapi dalam hati, takut jika ada kekurangan dalam diri dan didikan kami, hingga memberi kesan tidak baik kepada Kautsar. Di pejabat, saya curi masa belajar ilmu keibubapaan. Dan kebetulan terjumpa dengan artikel ni yang sangat bagus untuk bacaan ibubapa semua.

Semoga memberi manfaat untuk keluarga lain juga.

Apakah anda mula merasa susah mengawal tingkah laku anak anda?
Apakah anda dan pasangan sering tidak sefahaman dalam mendidik anak anak?
Apakah anak anda sering merengek dan memaksa untuk menuruti kemahuannya?
Apakah anak anda sering bergaduh antara satu sama lain?
Apakah anda susah hati kerana anak anda selalu menonton tv atau bermain PS?

Jika ada jawapan YA, sila baca tips di bawah :

1. Tidak Pernah Bersalah
Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,
 "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye ..
Akhirnya si anak pun terdiam.

Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah. Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepada kita. Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.

Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis?

Sebaiknya, ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit): "Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. "

2. Berbohong Kecil
Mulanya anak-anak kita adalah anak yang selalu mendengar kata ibubapanya. Mengapa? Kerana mereka percaya sepenuhnya kepada ibubapanya. Namun, ketika anak meningkat dewasa, dia sudah tidak menuruti arahan atau permintaan kita?

Apa yang berlaku? Apakah anak kita sudah tidak percaya lagi dengan perkataan atau ucapan-ucapan kita lagi?

Tanpa sedar kita sebagai ibubapa setiap hari sering membohongi anak untuk mengelakkan kemahuannya. Salah satu contoh pada waktu kita tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari, anak kita ingin mengikut atau mengajak berjalan mengelilingi kawasan perumahan. Apa yang kita lakukan? Apakah kita menjelaskan dengan jawapan yang jujur? Atau kita memilih untuk berbohong dengan mengalihkan perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita bergegas pergi? Atau yang ekstrem kita mengatakan,
 "Papa / Mama hanya keluar sebentar, hanya ke depan saja, sebentaaar saja ya, Sayang." Tapi sebaliknya, kita pulang malam. Contah lain yang sering kita lakukan ketika kita sedang menyuap anak makan kita,
 "Kalau tak nak makan, nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan"

Padahal secara logik antara jalan-jalan dan cara / pola makan anak, tidak ada kaitan langsung.

Dari beberapa contoh di atas, jika kita berbohong kecil , kesannya ternyata besar. Anak tidak akan percaya lagi dengan kita sebagai ibubapa. Anak tidak dapat membezakan kenyataan kita yang boleh dipercayai atau tidak. Akhirnya, anak menganggap semua yang diucapkan oleh ibubapnya adalah bohong dan anak mula tidak menuruti segala perkataan kita.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?

Berkatalah dengan jujur ​​kepada anak. Ungkapkan dengan penuh kasih dan pengertian:
"Sayang, Papa / Mama nak pergi kerja. Kamu tidak boleh ikut."
Kita tak perlu merasa bimbang dengan keadaan ini.Pastinya memerlukan lebih masa untuk memberi pemahaman kepada anak kerana biasanya mereka akan menangis. Anak menangis kerana dia belum memahami keadaan mengapa ibubapanya harus selalu pergi di pagi hari. Kita harus bersabar dan beri pemahaman kepada mereka secara terus menerus.Perlahan-lahan anak akan memahami keadaan mengapa ibubapanya selalu pergi di pagi hari dan bila pergi bekerja, anak tidak boleh ikut. Sebaliknya bila pergi ke tempat selain pejabat, anak pasti diajak ibubapanya. Pastikan kita selalu jujur ​​dalam mengatakan sesuatu. Anak akan mampu memahami dan menuruti apa yang kita katakan.

3. Banyak Mengancam/Mengugut/Memberi Amaran
"Adik, jangan naik ke atas meja! nanti jatuh dan tiada yang nak tolong! "
"Jangan ganggu adik, nanti Mama / Papa marah!"
Pada anak, pernyataan seperti melarang atau perintah dan disuarakan dengan cara menjerit tanpa kita berganjak dari tempat duduk atau tanpa kita menghentikan suatu aktiviti, kenyataan itu sudah termasuk ancaman. Apa lagi jika ada ayat tambahan ".... nanti Mama / Papa marah!"
Seorang anak sangat pandai dalam mempelajari cara ibubapanya; dia boleh mengetahui cara ibubapanya mendidik, memesongkan atau mengawal cara ibubapanya. Hal ini terjadi bila kita sering menggunakan ancaman dengan kata-kata, namun selepas itu tidak ada tindakan lanjut atau mungkin kita sudah lupa dengan ancaman-ancaman yang pernah kita ucapkan.
Apa yang sebaiknya kita lakukan? .
Kita tidak perlu menjerit-jerit seperti itu. Dekati si anak, hadapkan seluruh tubuh dan perhatian kita padanya. Tatap matanya dengan lembut, namun tunjukkan riak muka/ekspresi kita tidak senang dengan tindakan yang mereka lakukan. Sikap itu juga ditegaskan dengan kata-kata,
"Sayang, Papa / Mama minta supaya kamu boleh meminjamkan mainan ini pada adikmu.
Papa / Mama akan makin sayang dengan kamu. "
Tidak perlu dengan ancaman atau jeritan. Atau kita boleh juga menyatakan suatu pernyataan yang menjelaskan suatu akibat, contohnya
 "Sayang, bila kamu tidak meminjamkan mainan in ke adikmu, Papa / Mama akan simpan mainan ini dan kamu berdua tidak boleh bermain. Mainan akan Papa / Mama keluarkan jika  kamu pinjamkan mainan itu ke adikmu. "
Tepati kenyataan kita dengan tindakan.

4. Bicara Tidak Tepat Sasaran/Tidak Jelas Maksud
Pernahkah kita mengherdik anak dengan ayat seperti,
"Papa / Mama tidak suka bila kamu begini / begitu!" Atau "Papa / Mama tidak mau kamu berbuat seperti itu lagi!"
Namun kita lupa menjelaskan secara terperinci dan dengan baik, hal-hal atau tindakan apa saja yang kita inginkan. Anak tidak pernah tahu apa yang diinginkan atau diperlukan oleh ibubapanya dalam hl seperti itu.Akibatnya anak terus mencuba sesuatu yang baru. Dari banyak percubaan yang dilakukannya, tetapi selalu dikatakan salah oleh ibubapanya. Hal ini mengakibatkan mereka mengulangi dengan sengaja untuk melakukan hal-hal yang tidak disukai oleh ibubapanya. Tujuannya untuk mrmbuat ibubapanya kesal sebagai mana anak juga kesal apabila tindakannya selalu salah di hadapan ibubapa.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Sampaikanlah hal-hal atau tindakan yang kita inginkan atau perlukan ketika kita menegur perilaku atau hal yang tidak kita sukai.Berkomunikasi dengan berkesan tentang hal atau perilaku yang kita inginkan atau perlukan. Apabila mereka sudah melakukan segala perkara atau perilaku yang kita inginkan atau perlukan, ucapkanlah terima kasih dengan tulus dan penuh kasih sayang atas segala usahanya untuk berubah.

5. Menekankan pada Hal-hal yang salah
Ramai ibubapa sering mengadu tentang anak-anaknya tidak patuh dan suka bertengkar. Ketika anak bertengkar, perhatian kita tertuju pada mereka, kita cuba melerai atau bahkan memarahi. Tapi apakah kita sebagai ibubapa pernah melihat ketika mereka sedang bermain dengan leka? Kita selalu menganggap bahawa tidak perlu menyapa mereka kerana mereka sedang leka.Situasi ini adalah salah, kerana akan menggalakkan mereka untuk bertengkar agar dapat menarik perhatian ibubapanya,
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Beri pujian setiap kali mereka sedang seronok bermain, setiap kali mereka berkongsi mainan antara mereka dengan ayat mudah difahami. Peluklah mereka sebagai tanda senang dan sayang.

6. Merendahkan Diri Sendiri
Apa yang anda lakukan jika melihat anak anda bermain Playstation lebih dari belajar? Mungkin ini ayat yang sering kita ucapkan pada mereka,
"Tutup PS itu, nanti papa marah bila dia balik kerja petang ni !"
Atau kita ungkapkan dengan kenyataan lain, namun tetap dengan bentuk yang mungkin ditakuti oleh anak. Contoh pernyataan ancaman diatas adalah ketika yang ditakuti adalah  Papa.
Perhatikanlah ayat ancaman tersebut. Kita tidak sedar bahawa kita telah mengajarkan pada anak bahawa yang mampu untuk menghentikan mereka main PS adalah bapanya, maksudnya hanya si ayah saja yang ditakuti. Jangan hairan jika anak tidak mengendahkan perkataan kita kerana kita tidak mampu menghentikan mereka bermain PS.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Dekati anak, tatap matanya, dan katakan dengan nada serius bahawa kita ingin dia berhenti main sekarang atau berikan pilihan, contohnya :
"Sayang, Papa / Mama nak kamu mandi. Nak mandi sekarang atau lima minit lagi? "Bila jawapannya" lima minit lagi Pa / Ma ". Kita jawab kembali, "Baik, selepas lima minit kamu mesti mandi. Tapi jika tidak berhenti selepas lima minit, dengan terpaksa papa / mama akan simpan PS sampai esok ".
Selepas lima minit, dekati si anak, tatap matanya dan katakan telah cukup lima minit. Jika anak tidak berganjak, teruskan menyimpan PS tersebut.

7. Ibubapa Tidak Tegas
Mendidik anak bukan hanya tanggungjawab para ibu atau bapa sahaja, tapi kedua-duanya. Ibubapa harus mempunyai kata sepakat dalam mendidik anak-anaknya. Anak mudah menangkap rasa yang menyenangkan dan tidak menyenangkan bagi dirinya. Contoh, seorang ibu melarang anaknya menonton TV dan memintanya untuk mengerjakan kerja sekolah, namun pada masa yang sama, si bapa membela si anak dengan ayat tidak mengapa menonton TV terus agar anak tidak stress. Jika hal ini terjadi, anak akan menilai ibunya jahat dan bapanya baik, akibatnya setiap kali ibunya memberi perintah, ia akan mula melawan dengan berlindung dengan pembelaan bapanya. Begitu juga sebaliknya.  Di hadapan anak, jangan berbeza pendapat untuk hal-hal yang berkaitan dengan persoalan mendidik anak. Pada masa salah seorang dari kita sedang mendidik anak, maka pasangan kita harus menyokongnya. Contoh, ketika si ibu mendidik anaknya untuk berlaku baik terhadap si kakak, dan si ayah harus menyokong pernyataan, "Betul kata mama, Dik. kamu perlu sayang dan hormati kakak .... "

8. Campur Tangan Datuk, Nenek, Saudara, atau Pihak Lain
Ibubapa berusaha untuk bertegas dan sepakat satu sama lain dalam mendidik anak-anak, tiba-tiba ada pihak ke-3 yang muncul dan cenderung membela si anak. Pihak ke-3 yang dimaksudkan seperti datuk, nenek,bapa saudara, ibu saudara atau pihak lain di luar keluarga.
Seperti kebiasaan ke-7 (ibubapa tidak tegas), kesan ke anak tetap negatif bila dalam satu rumah terdapat pihak luar yang campur tangan dalam hal mendidik anak. Anak akan cenderung berlindung pada orang yang membelanya dan juga cenderung melawan ibubapanya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Pastikan dan yakinkan kepada siapa pun yang tinggal di rumah kita untuk sepakat dalam mendidik dan tidak mencampuri pada masa proses mendidik anak. Berikan penerangan  dengan bahasa yang boleh diterima baik oleh para pihak ke-3.

9. Menakutkan Anak
Kebiasaan ini dilakukan oleh ibubapa semasa anak menangis dan berusaha untuk menenangkan dia. Kita juga terbiasa mengugut anak untuk mengalihkan perhatiannya,
"Ada pengawal keselamatan, tidak boleh beli mainan itu!"
Hasilnya memang anak sering kali berhenti merengek atau menangis, namun secara tidak sedar kita telah menanamkan rasa takut atau benci pada institusi atau pihak yang kita sebutkan .
Sebaiknya, berkata dengan jujur ​​dan terangkan kepada anak seperti kita menerangkan kepada orang dewasa kerana anak-anak juga mampu berfikir dewasa. Jika anak tetap memaksa, katakanlah dengan penuh makna dan tataplah matanya, "Kamu boleh menangis, tapi papa / mama tetap tidak akan membelikan gula-gula." Biarkan anak kita yang memaksa tadi menangis hingga diam dengan sendirinya.

10. Ucapan dan Tindakan Tidak Sesuai/Tidak Selaras
Konsisten mutlak diperlukan dalam mendidk anak. Konsisten merupakan kesesuaian antara yang dinyatakan dan tindakan. Anak mempunyai ingatan yang tajam terhadap suatu janji, dan ia sangat menghormati orang-orang yang menepati janji baik untuk memberi hadiah atau janji untuk memberi hukuman. Jangan pernah menabur janji kepada anak dengan tujuan untuk memujuknya, agar ia mengikuti permintaan kita seperti segera mandi, selalu belajar, tidak menonton televisyen. Fikirlah terlebih dahulu sebelum berjanji sama ada kita benar-benar boleh memenuhi janji tersebut. Jika ada janji yang tidak boleh dipenuhi segeralah minta maaf, berikan alasan yang jujur ​​dan minta dia untuk menentukan apa yang kita boleh lakukan bersama anak untuk menukar janji itu.

11. Hadiah untuk Kelakuan Buruk Anak
Acapkali kita tidak konsisten dengan kenyataan yang pernah kita nyatakan. Bila hal ini terjadi, tanpa kita sedari kita telah mengajar anak untuk melawan kita.Contoh klasik dan sering terjadi adalah pada saat kita bersama anak di tempat awam, anak merengek meminta sesuatu dan rengekannya menjadi jeritan dan ada gerak perlawanan. Anak terus mencari akal agar keinginannya dipenuhi, dan menyebabkan kita malu. Pada masa inilah kita seringkali kalah kerana tidak sabar lagi dengan rengekan anak kita.Akhirnya kita mengiyakan keinginan si anak.
"Ya sudah; kamu ambil satu pemainannya. Satu saja ya! "
Kenyataan tersebut adalah sebagai hadiah bagi perilaku buruk si anak. Anak akan mempelajarinya dan mengulangi pada hari lain bahkan mungkin dengan cara yang lebih lagi.
Menghadapi keadaan seperti ini, tetaplah konsisten; tidak perlu malu atau takut dikatakan sebagai ibubapa yang tidak mwngawal anaknya. Ingatlah selalu bahawa kita sedang mendidik anak, apabila kita konsisten dan tegas anak tidak akan mengulangi lagi. Tetaplah KONSISTEN dan pantang menyerah! Apapun alasannya, jangan pernah memberi hadiah pada perilaku buruk si anak.

12. Rasa Bersalah Kerana Tidak Boleh Memberikan yang Terbaik
Kehidupan metropolitan telah memaksa sebahagian besar ibubapa banyak menghabiskan masa di pejabat dan di jalan raya daripada bersama anak.Terbatasnya masa inilah yang menyebabkan ramai ibubapa merasa bersalah atas situasi ini. Akibat dari perasaan bersalah ini, kita, membenarkan perangai buruk anak dengan ungkapan yang sering dilontarkan,
"Biarlah dia seperti ini mungkin kerana saya jarang meluangkan masa dengannya ..."
Semakin kita merasa bersalah terhadap keadaan, semakin banyak kita menyemai tingkah laku buruk anak. Semakin kita maklum tingkah laku buruk anak, anak juga akan semakin sering melakukannya. Sebahagian besar tingkah laku anak bermasalah yang pernah saya (penulis) hadapi banyak berpunca dari cara ibubapa berfikir yang seperti ini.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Kita tidak boleh membandingkan keadaan sosial ekonomi dan masa kita dengan orang lain. Setiap keluarga mempunyai masalah yang tersendiri. Ada orang yang punya kelebihan dari segi kewangan tapi kesuntukan masa bertemu dengan anak, dan sebaliknya. Jangan pernah memikirkan hal yang tidak baik. Lakukanlah pendekatan berkualiti jika kita hanya mempunyai sedikit masa; gunakan masa yang minimum itu untuk berkongsi sepenuhnya dengan anak. Memang tidak mudah tapi lakukanlah demi mereka dan keluarga kita, anak akan terbiasa.

13. Mudah menyerah dan pasrah
Setiap manusia mempunyai watak yang berbeza-beza, ada yang lembut dan ada yang keras.Kebanyakan ciri watak yang dimiliki oleh ibubapa adalah kurang tegas, mudah menyerah, selalu takut salah dan cenderung mengalah/pasrah. Konflik ini biasanya berlaku bila mempunyai anak yang berwatak keras. Akibatnya, si anak jauh lebih dominan untuk mempengaruhi keputusan dan ibubapa sukar mengawal tingkah laku anaknya dan cenderung pasrah.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Belajar dan berusaha dengan keras untuk menjadi lebih tegas dalam mengambil keputusan, tingkatkan watak keteguhan hati dan pantang menyerah. Jika perlu, ambil orang yang kita anggap tegas untuk jadi penasihat harian kita.

14. Marah Yang Berlebihan
Kita seringkali menyamakan antara mendidik dengan memarahi. Perlu diingat, memarahi adalah salah satu cara mendidik yang paling buruk.Pada saat memarahi anak, kita bukan sedang mendidik mereka, melainkan melepaskan geram atau kekesalan kerana kita tidak boleh mengatasi masalah dengan baik. Marah juga hanya usaha untuk melemparkan kesalahan pada pihak lain [dan biasanya yang lebih lemah seperti anak-anak].
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan bercakap ketika marah! Jadi tahanlah dengan cara yang selesa untuk kita lakukan seperti masuk bilik mandi atau ke mana-mana sehingga marah reda. Yang perlu dilakukan adalah bicara "tegas" bukan bicara "keras".Bicara yang tegas adalah dengan nada yang rata, dengan serius dan menatap wajah serta matanya dalam dalam. Bicara tegas adalah bicara pada ketika fikiran kita rasional, sedangkan bicara keras adalah pada masa fikiran kita dikuasai emosi.
Satu contoh lagi yang kurang baik, ketika marah biasanya kita emosi dan mengucapkan / melakukan hal hal yang kelak kita sesali, setelah ini terjadi, biasanya kita akan menyesal dan berusaha memperbaikinya dengan membolehkan hal-hal yang sebelumnya kita larang. Bila hal ini berulang kali, maka anak kita akan selalu berusaha memancing marah kita, dan kesudahannya si anak menikmati hasilnya. Anak yang sering dimarahi tidak akan jadi lebih baik.

15. Ego Untuk Menyapa
Kita pasti pernah mengalami bahawa kita terlanjur marah besar pada anak, biasanya marah terbawa lebih dari sehari, akibat dari rasa kesal yang masih tersisa dan rasa ego, kita enggan menyapa anak kita. Masing-masing menunggu untuk memulakan kembali hubungan yang normal.
Apa yang perlu kita lakukan agar komunikasi cair kembali? Siapa yang seharusnya memulakan? Kita sebagai ibubapalah yang seharusnya memulakan masa anak mula menunjukkan tanda-tanda perdamaian dan mengikuti keinginan kita. Dengan cara ini kita dapat menunjukkan kepada anak bahawa kita tidak suka pada sikap anak, bukan pada peribadinya.

16. Memaklumi/Menerangkan yang tidak kena pada tempatnya
Ini biasanya berlaku pada kebanyakan ibubapa konservatif. Contohnya melihat anak lelaki yang suka mengusik, nakal, ibubapa suka mengatakan,
"Alah, anak lelaki memang begitu" atau ketika melihat kakak dan adik bertengkar, ibunya berkata "maklumlah ... namanya juga anak anak". Atau ketika si anak memukul teman, ibubapa masih juga membela dengan mengatakan " maklumlah namanya juga anak anak. Tak sengaja . "
Bila kita selalu membela tindakan salah yang dilakukan anak-anak, automatik si anak berfikir sikapnya betul, dan akan menjadi teruk jika terbawa sehingga ke dewasa.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Tidak perlu menerangkan hal yang tidak perlu, kita harus mendidik setiap anak sesuai dengan sifat dasarnya. Setiap anak boleh dididik dengan tegas [ingat: bukan keras] sejak usia 2 tahun. Semakin awal usianya, semakin mudah untuk dikendalikan dan diajak kerjasama. Anak kita akan bekerjasama jika kita selalu mengajaknya dialog dari hati ke hati, tegas, dan konsisten. Ingat, tidak perlu menunggu sehingga usianya dewasa, kerana semakin bertambah usia, semakin tinggi tahap kesukaran untuk mengubah sikap buruknya.

17. Penggunaan istilah yang tidak jelas maksudnya
Ibubapa kerap menggunakan kenyataan seperti "Jaga ye, kalau kamu nak ikut mama / papa, tidak boleh nakal!" Atau, "Ingat, kalau nanti ikut dengan mama / papa, jangan memalukan mama", boleh juga terungkap , "kalau nak jalan jalan ke taman permainan, jangan macam macam ya".
Tanpa disedari kita sering menggunakan istilah yang sukar difahami atau bermakna lain. Istilah ini akan mengelirukan anak kita. Dalam hati mereka bertanya apa yang dimaksudkan dengan nakal, tingkah laku apa yang termasuk dalam kategori nakal, begitu pula dengan istilah "jangan macam macam", tingkah laku apa yang termasuk kategori "macam macam". Anak menjadi keliru.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Bercakap dengan jelas dan tertentu, Contohnya
"Sayang, kalau kamu nak ikut mama / papa, tidak boleh minta mainan, gula-gula, dan tidak boleh menejrit di juruwang seperti dulu ye".
Hal ini penting agar anak mengetahui batasan-batasan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, serta jangan lupa bersetuju apa akibatnya bila perjanjian ini dilanggar.

18. Mengharap Perubahan Segera
Kita terbiasa hidup dalam budaya yang serba segera, seperti mee segera, susu segera, minuman segera. Sehingga bila anak berbuat salah, kita inginkan perubahan yang segera juga, contoh ketika biasa terlambat bangun, tidak mengemas tempat tidur, sukar dimandikan, kita ingin agar anak kita berubah mendadak dalam jangka masa sehari.
Apabila kita sering memaksa perubahan pada anak kita dalam waku singkat, kemungkinan besar anak sukar memuaskan. Dan ketika dia gagal dalam memenuhi keinginan kita, anak akan kecewa dan tidak yakin boleh melakukannnya lagi. Akibatnya dia memilih untuk melakukan perlawanan seperti banyak memberi alasan, acuh tak acuh, atau marah-marah pada adiknya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jika kita mengharapkan perubahan pada anak, berilah masa untuk setiap fasa perubahan yang rasional untuk boleh dicapainya. Elakkan membuat target perubahan yang tidak mungkin boleh dicapainya. Ajaklah dia untuk melakukan perubahan dari hal yang paling mudah. Biarkanlah dia memilih hal yang paling mudah untuk diubah. Kejayaannya untuk melakukan perubahan tersebut boleh memotivasikan anak untuk melakukan perubahan lain yang lebih sukar. Puji dan jika perlu raikan kejayaan yang dicapainya, sekecil dan semudah apapun perubahan itu. Hal ini untuk menunjukkan betapa seriusnya perhatian kita terhadap usaha yang telah dilakukannya. Tumpukan perhatian dan pujian kita pada usahanya, bukan pada hasilnya.

19. Bukan Pendengar yang Baik
Sebahagian besar ibubapa adalah bukan pendengar yang baik bagi anak anaknya.Benarkah? Bila ada suatu masalah yang terjadi pada anak, ibubapa lebih suka menyampuk, terus menasihati tanpa bertanya permasalahannya serta asal usul kejadiannya.
Sebagai contoh, anak kita baru saja pulang sekolah yang sepatutnya pulang waktu tengahari tetapi sampai di rumah pada waktu petang. Ibubapa menjadi risau dan menunggu kepulangan anak. Ketika anak kita sampai dan masih penat, kita terus menyambutnya dengan pelbagai pertanyaan dan bebelan. Bila anak hendak bicara, kita selalu memotongnya. Akibatnya anak tidak ingin bercakap dan marah pada kita.
Bila kita tidak berusaha mendengar mereka, maka mereka pun akan bersikap seperti itu pada kita dan akan belajar mengabaikan kita.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jika kita tidak ingin hal ini terjadi, maka mulai saat ini jadilah pendengar yang baik. Dengarkan setiap ucapannya. Ajukan soalan-soalan untuk menunjukkan minat kita akan persoalan yang dihadapinya.

20. Selalu menuruti permintaan anak.
Apakah anak kita adalah anak tunggal? Atau anak lelaki yang ditunggu-tunggu dari beberapa anak perempuan kakak-kakaknya? Atau mungkin anak yang sudah bertahun-tahun ditunggu tunggu? Fenomena ini seringkali menjadikan ibubapa teramat sayang pada anaknya sehingga apa saja kemahuan dituruti.
Seperti Raja Kecil, semakin hari tuntutannya semakin banyak dan kuat, jika menjadi kebiasaan akan sukar dibendung. Anak yang dididik dengan cara ini akan menjadi anak yang ego, tidak inign bertolak ansur, dan tidak boleh bersosial.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Betapa sayangnya kita pada anak, janganlah pernah mengamalkan cara didikan seperti ini. Rasa sayang tidak perlu di tunjukkan dengan menuruti segala kemahuannya. Jika kita sayang, maka kita harus mengajar tentang nilai baik dan buruk, yang benar dan yang salah, yang boleh dan yang tidak boleh. Jika tidak, rasa sayang kita akan membuatnya jadi anak yang mementingkan diri sendiri.

21. Terlalu Banyak Larangan
Ini adalah bertentangan dari kebiasaan di atas. Ibubapa jenis ini cenderung  menjadikan anak seperti apa yang kita inginkan secara SEMPURNA, kita cenderung membentuk anak kita sesuai dengan keinginan kita; anak kita harus begini tidak boleh begitu; dilarang melakukan ini dan itu.
Sehingga anak tidak tahan lagi dengan cara kita, dia pun akan memberontak, baik dengan cara menyakiti diri,memberontak dalam diam atau dengan terbuka. Oleh itu, kurangkan sifat kesempurnaan kita, berilah izin kepada anak untuk melakukan perkara yang baik dan positif. Berlatih untuk selalu berdialog agar kita boleh melihat dan memahami sudut pandang orang lain. Bangkit dengan situasi saling mempercayai antara anak dan kita. Kurangkan jumlah larangan yang berlebihan dengan meminta pertimbangan pada pasangan kita. Gunakan kesepakatan untuk memberikan batas yang lebih baik. Contoh,
"kamu boleh keluar tapi jam 9 malam harus tiba di rumah. Jika kemungkinan pulang lambat, segera beritahu Papa / Mama.

22. Terlalu Cepat Membuat Kesimpulan
Ini adalah kesan akibat tidak menjadi pendengar yang baik. Kita kerap memotong perbualan ketika anak sedang memberi penjelasan, dan akan membuat kesimpulan akhir yang biasanya akan memburukkan atau mengecewakan anak. Padahal kesimpulan kita belum tentu benar, dan seandainya benar, cara seperti ini akan menyakitkan hati anak kita.
Seperti contoh anak yang balik lewat. Anak terlambat balik dan hendak menjelaskan sebabnya, kita memotong ayatnya dengan ungkapan, "Sudah! jangan bagi alasan " atau " Ah, Papa / Mama tahu, kamu pasti menyimpang ke tempat lain kan?! ".
Jika kita melakukan kebiasaan ini terus menerus, anak akan berfikir kita adalah ibubapa yang tidak mahu memahami keadaan dan menjengkelkan. Lalu mereka tidak ingin bercerita atau bercakap lagi, dan akibat anak akan benar-benar melakukan hal-hal yang kita tuduhkan padanya. Anak tidak ingin mendengar nasihat kita lagi, dan pada tahap yang paling teruk, dia akan pergi ketika kita sedang berbicara padanya. Pernahkah anda mengalami hal ini?
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan pernah memotong percakapan dan membuat kesimpulan terlalu awal.Tak seorang pun yang suka bila percakapannya dipotong, apalagi ceritanya disimpulkan oleh orang lain.
Dengarkan, dengarkan, dan dengarkan sambil memberikan tanggapan positif dan bersemangat. Ada masanya kita akan diminta untuk bercakap, tentunya setelah anak selesai dengan ceritanya. Bila anak sudah membuka soalan, "bagaimana,ibu/ayah?" Ertinya dia sudah sedia untuk mendengar pertuturan atau komen kita.

23. Mengungkit Kesalahan Masa Lalu
Akibat bukan pendengar yangbaik dan terlalu cepat membuat kesimpulan akan berlanjutan dengan hal yang menyakitkan hati anak, dengan mengungkit rekod kesalahan yang pernah dibuat oleh anak. Contohnya, "kan Papa / Mama dah cakap? Kamu tidak pernah nak mendengar, sekarang tengok apa dah jadi. Jadi kena dengar cakap mama / papa".
Kiat berharap dengan mengungkit kejadian masa lalu, anak akan belajar dari kesilapan. Namun yang terjadi adalah sebaliknya, anak akan sakit hati dan berusaha mengulangi kesalahannya sebagai tindakan balasan dari sakit hatinya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jika kita tidak ingin anak berkelakuan buruk lagi, janganlah diungkit-ungkit masa lalunya. Cukup dengan tatapan mata, jika perlu rangkullah dia. Ikutlah berempati sampai dia mengakui kesalahan dan kekeliruannya. Ucapkan kenyataan seperti "manusia itu tempatnya salah dan lupa, semoga ini menjadi pelajaran berharga buat kamu", atau "Papa / mama bangga kamu boleh mencari hikmah positif dari kejadian ini". Jika ini yang kita lakukan, anak akan lebih mendengar nasihat kita. Cuba dan buktikanlah!.

24. Suka Membandingkan
Hal yang paling menyakitkan adalah ketika kita membandingkan dengan orang lain.Bila kita sedang berada di suatu majlis dan bertemu dengan orang yang berpakaian hampir sama atau berwarna sama, kita merasa tidak selesa untuk berdekatan.
Secara psikologi, kita sangat tidak suka bila kehadiran kita baik secara fizikal atau sifat-sifat kita dibanding dengan orang lain. Cuba ingat  pengalaman kita bila ada orang yang membandingkan kita, bagaimana perasaan kita saat itu?
Tetapi, kebanyakan ibubapa sering melakukan hal ini pada anaknya - membandingkan anak yang malas dengan yang rajin. Anak yang kemas dengan yang comot. Anak yang cekap dengan anak yang lembap. Anak yang mendapat markah tinggi di sekolah dengan anak yang markah rendah. Ayat yang sering terdengar biasanya seperti, "Cuba kamu rajin belajar seperti adik, mesti markah kamu tidak seperti ini!".
Jika kita tetap melakukan kebiasaan ini, beberapa akibat akan berlaku; anak kita semakin tidak menyukai kita. Anak yang dibandingkan akan iri dan dengki dengan yang dibanding. Anak yang menjadi pembanding akan merasa sombong dan bongkak.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Tiap manusia dilahirkan dengan watak dan sifat yang unik. Jangan sesekali membandingkan antara satu sama lain. Catat perubahan setiap sikap anak. Jika ingin membandingkan, bandingkanlah dengan sikap mereka di masa lalu, ataupun dengan nilai-nilai ideal yang ingin mereka capai. Contohnya, "Eh, biasanya anak papa / mama suka mengemas tempat tidur, kenapa hari ini tak ya?"

25. Sentiasa Betul dan Tahu Segalanya
Egosentrik (bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja (tanpa mengendahkan keperluan orang lain) terjadi pada anak usia 1-3 tahun. Usia tersebut adalah masa apabila anak merasa paling benar dan memaksakan kehendaknya. Tapi sifat ini terbawa dan masih banyak dimiliki oleh ibubapa. Contoh ungkapan orang tua, "ah kamu ini masih hingusan, bukan tau apa soal hidup." Atau, "kamu tau tak, papa / mama ini sudah banyak makan asam garam kehidupan, jadi tak payah bagi nasihat dengan kami!".
Jika kita mempunyai kebiasaan seperti ini, kita telah membuat proses komunikasi dengan anak ke arah jalan buntu. Walaupun maksud kita adalah untuk menunjukkan kelebihan kita di depan anak, tapi yang ditangkap anak adalah semacam kesombongan yang luar biasa, dan tentu saja tak seorang pun ingin mendengar nasihat orang yang sombong.
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Seringkali usia dijadikan acuan tentang banyaknya pengetahuan dan pengalaman. Pada zaman dulu hal ini boleh jadi benar, namun sekarang, keadaan itu tidak berlaku lagi. Siapa yang lebih banyak mendapatkan maklumat dan mengikuti kegiatan, maka dialah yang lebih banyak tahu dan berpengalaman.
Jadi janganlah merasa menjadi orang yang paling tahu, paling hebat, paling alim. Dengarkanlah setiap input yang datang dari anak kita.

26. Saling Melepaskan Tanggungjawab
Mendidik anak menjadi tanggungjawab ibubapa. Bila kedua belah pihak merasa kurang bertanggungjawab, maka proses pendidikan anak akan terasa tempang dan jauh dari berjaya. Lagi teruk, bila ibubapa sudah mula merasakan kesan perlawanan dari anak-anaknya, yang sering terjadi malah saling menyalahkan satu sama lain.
Kenyataan yang kerap muncul adalah, "kamu tak pandai nak mendidik anak", dan kemudian dibalas "sedapnya bercakap, kamu sendiri selama ini ke mana?!". Jika cara ini yang dipertahankan dalam keluarga, adakah menyelesaikan masalah? Tunggu saja hasilnya, pasti ibubapalah yang akan menuai hasilnya, anak akan merasa sikap buruknya adalah bukan kerana kesalahannya, tapi kerana ketidaksepakatan ibubapanya. Jelas anak tidak akan merasa dididik malah semakin berkelakuan buruk.
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Hentikan saling menyalahkan. Ambillah tanggungjawab sebagai ibubapa secara seimbang.keberhasilan pendidikan terletak di tangan ibubapa. Pendidikan adalah kerja sama pasukan,  bukan individu. Jangan gunakan alasan tidak ada masa, semua orang mempunyai masa 24 jam sehari, jadi aturlah masa kita dengan berbagai macam cara dan berbincang selalu dengan pasangan kita.

27. Kakak/Abang Harus Selalu Mengalah
Kebiasaan anak yang lebih tua harus selalu mengalah pada yang lebih muda. Seolah-olah hal itu sudah menjadi budaya. Tapi sebenarnya, adakah dasar logiknya dan di mana prinsip keadilannya?
Ada satu contoh nyata seperti berikut:
Ada seorang kakak beradik, kakak bernama Dita dan adik bernama Rafiq.Neneknya selaku pengasuh utama selalu memarahi Dita ketika Rafiq menangis.Tanpa mengetahui siapa yang salah dan benar, si Nenek selalu membela si adik dan meletakkan kesalahan pada kakaknya. "Kenapa dengan kamu ini ? Sudah besar tapi tak nak mengalah dengan adik. "Begitulah ucapan yang keluar dari mulut si Nenek. Terkadang disertai dengan cubitan pada kakaknya.
Apa yang terjadi selanjutnya? Dita menjadi anak yang tidak mempunyai rasa percaya diri. Dia pun mula membenci adiknya. Lama kelamaan Dita mula banyak melawan atas ketidakadilan ini, dan yang terjadi kemudian adalah kedua bersaudara ini makin sering bertengkar. Sementara Rafiq yang selalu dibela menjadi makin ego dan makin berani menyakiti kakaknya, selalu merasa benar dan memberontak.
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Anak perlu diajar untuk memahami nilai benar dan salah atas perbuatannya.Nilai benar dan salah tidak mengenal faktor usia. Benar selalu benar dan salah selalu salah berapa pun usia pelakunya.
Berlakulah adil. Ketahuilah maklumat secara lengkap sebelum mengambil keputusan. Jelaskan nilai benar dan salah pada anak.

28. Menghukum Secara Fizikal
Dalam keadaan emosi, kita selalu sensitif dengan sikap anak, bermula dengan suara keras, dan kemudian meningkat menjadi tindakan fizikal yang menyakiti anak.
Jika kita terbiasa dengan keadaan ini, kita telah mendidiknya menjadi anak yang  degil, suka menyakiti orang lain dan memberontak. Perhatikan jika mereka bergaul dengan rakan sebaya. Percaya atau tidak, anak akan meniru tindakan kita yang suka memukul. Anak yang suka memukul rakannya pada umumnya adalah anak yang sering dipukul di rumahnya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan pernah sekalipun menggunakan hukuman fizikal kepada anak - mencubit, memukul, atau menampar bahkan ada juga yang pakai alat seperti  tali pinggang atau rotan.
Gunakanlah kata kata atau dialog, dan jika cara dialog tidak berjaya maka cubalah nilai diri kita. Cari jenis kebiasaan yang salah yang selama ini telah kita lakukan dan menyebabkan anak kita berkelakuan seperti ini.

29. Menunda atau Membatalkan Hukuman
Kita semua tahu bahaya yang luar biasa dari merokok, mula dari kanser, mati pucuk, gangguan kehamilan dan janin. Tapi mengapa masih banyak yang tidak peduli dan tetap degil untuk terus menjadi perokok? Jelas kerana akibat dari merokok itu terjadi kemudian dan bukan ketika itu juga.
Begitu juga dengan anak kita. Jika anda menjanjikan sebuah akibat hukuman atau hukuman bila anak berkelakuan buruk, jangan menunggu masa yang terlalu lama, melambatkan, atau bahkan membatalkan kerana alasan lupa atau kasihan.
Bila telah terjadi kesepakatan antara kita dan anak seperti tidak boleh minta dibelikan gula-gula atau mainan dan ternyata anak cuba cuba untuk merengek, kita ingatkan kembali pada kepadanya tentang perjanjian yang kita buat bersama. Anak biasanya akan berhenti merengek. Namun malangnya ketika anak berhenti merengek, kita menganggap masalah susah selesai dan akhirnya kita menunda atau bahkan membatalkan hukuman entah kerana lupa atau kasihan. Apa akibatnya? Anak akan mempunyai anggapan bahawa kita hanya bercakap kosong, maka mereka akan mempunyai kecenderungan untuk melanggar perjanjian kerana hukuman tidak dilaksanakan.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jila kita sudah mempunyai kesepakatan dan anak melanggarnya, maka sekatan perlu dilaksanakan, jika kita kasihan, kita boleh mengurangkan hukumannya, dan usahakan hukumannya jangan bersifat fizikal, tapi seperti pengurangan masa menonton tv, ataupun bermain video game.

30. Terpancing Emosi
Jika ada keinginannya yang tidak dipenuhi, anak sering kali merengek, menangis, berguling dsb, dengan tujuan memancing emosi kita yang akhirnya kita marah atau mengalah. Jika kita terpancing oleh emosi anak, anak akan merasa menang, dan merasa boleh mengendalikan ibubapanya. Anak akan terus berusaha mengulanginya pada kesempatan lain dengan pancingan emosi yang lebih besar lagi.
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Yang terbaik adalah diam, tidak bercakap, dan tiada tindak balas. Jangan pedulikan rengekan anak kita. Bila anak menangis katakan padanya bahawa tangisannya tidak akan mengubah keputusan kita. Bila anak tidak menangis tapi tetap masih membuat hal, kita katakan saja bahawa kita akan mempertimbangkan keputusan kita dengan syarat si anak tidak membuat hal lagi. Selepas pernyataan itu kita keluarkan, lakukan aksi diam. Tatap dengan mata pada anak, hingga ia berhenti mengadu/membuat hal. Proses ini memerlukan masa lebih dari 30 minit dan tabahlah untuk melakukannya. Dalam proses ini kita jangan malu pada orang yang memperhatikan kita; dan jangan pula ada orang lain yang berusaha menolong anak kita yang sedang membuat hal tadi. SEKALI KITA BERHASIL MEMBUAT ANAK KITA MENGALAH, maka selanjutnya DIA TIDAK AKAN MENGULANGI untuk yang kedua kalinya.

31. Menghukum Anak Saat Kita Marah
Hal yang perlu kita perhatikan dan selalu ingat adalah jangan pernah memberikan hukuman apa pun pada anak ketika emosi kita sedang memuncak. Pada saat emosi kita sedang tinggi, apa pun yang keluar dari mulut kita, baik dalam bentuk kata-kata mahupun hukuman akan lebih menyakiti dan menghakimi dan tidak menjadikan anak lebih baik. Kejadian tersebut akan terkesan pada anak biar pun telah berganjak dewasa. Anak juga boleh berdendam pada ibubapanya kerana sering mendapat perlakuan di luar batas.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Bila kita sedang marah segeralah menjauhi anak. Pilihlah cara yang tepat untuk boleh menurunkan marah kita dengan segera.
Apabila marah, kita akan memberikan hukuman yang berat pada anak, dan hanya akan menimbulkan pemberontakan baru yang lebih kuat daripada anak. Selepas emosi reda, barulah kita memberikan hukuman yang mendidik dan tepat dengan konteks kesalahan yang dibuat. Ingat, prinsip hukuman adalah untuk mendidik bukan menyakiti. Pilihlah bentuk sekatan atau hukuman yang mengurangkan aktiviti yang disukainya, seperti mengurangkan masa main game, atau bermain basikal.

32. Mengejek
Ibubapa yang biasa mengejek anaknya, seringkali secara tidak sedar telah membuat anak menjadi kesal. Dan ketika anak memohon kepada kita untuk tidak mengejeknya, kita malah semakin senang telah berjaya membuatnya kesal atau malu. Hal ini akan membina rasa tidak suka anak pada kita dan yang sering terjadi anak tidak menghargai kita lagi. Mengapa? Kerana ia menganggap kita juga seperti kawna-kawannya yang suka mengusik,
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Jika ingin bergurau dengan anak kita, pilihlah bahan bergurau yang tidak membuatnya malu atau yang merendahkan dirinya. Akan jauh lebih baik jika seolah-olah kitalah yang jadi badut untuk ditertawakan. Anak kita tetap akan menghormati kita. Jagalah batas-batas dan elakkan bergurau yang boleh membuat anak kesal apalagi malu. Bagaimana caranya?Lihat ekspresi anak kita. Apakah kesal dan meminta kita segera menghentikannya? Bila ya, segeralah hentikan dan jika perlu meminta maaflah atas kejadian yang baru berlaku. Katakan bahawa kita tidak bermaksud merendahkannya dan kita berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

33. Menyindir
Terkadang kerana marahnya ibubapa sering didedahkan dengan kata-kata singkat yang pedas dengan maksud menyindir, seperti, "Tiba-tiba awal hari ini dah balik", atau " kamu pikir Mama / Papa ini pengawal keselamatan yang jaga pintu tiap malam ? ".
Kebiasaan ini tidak akan membuat anak kita menyedari akan sikap buruknya tapi malah sebaliknya akan membuat ia semakin menjadi-jadi dan menjaga jarak dengan kita. Kita telah menyakiti hatinya dan membuatnya tidak ingin berkomunikasi dengan kita.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Katakanlah secara langsung apa yang kita inginkan dengan kalimat yang tidak menyinggung perasaan, memalukan bahkan menyakiti hatinya. Katakan saja, "Sayang, Papa / Mama bimbang akan keselamatan kamu kalau balik lewat malam". Dan sebagainya.

34. Memberi Nama Gelaran yang Buruk
Kebiasaan memberikan gelaran yang buruk pada anak boleh mengakibatkan rasa rendah diri, tidak percaya diri, atau rasa benci. Adakalanya anak ingin membuktikan kehebatan gelaran atau gelaran tersebut pada orang tuanya.
Penyelesaiannya.
Menukar gelaran buruk dengan yang baik, seperti, anak baik, anak hebat, anak bijak. Jika tidak boleh menemuinya cukup dengan panggil dengan nama kesukaannya saja.

35. Mengumpan Anak yang Suka Membantah
Ketika anak marah, merengek atau menangis, meminta sesuatu dengan memaksa, kita biasanya mengalihkan perhatiannya kepada perkara atau barang lain. Hal ini dimaksudkan supaya anak tidak merengek lagi. Namun yang terjadi malah sebaliknya, rengekan anak semakin menjadi-jadi. Contohnya, anak menangis kerana ia minta dibelikan mainan, kemudian kita berusaha membuatnya diam dengan berusaha mengalihkan perhatiannya seperti, "Lihat ada kakak pakai baju warna apa tu ..." atau "Lihat ini, comelnya gambar ini"
Ingatlah selalu, pada saat anak kita sedang fokus pada apa yang dia mahu, ia akan memancing emosi kita dan emosinya sendiri akan menjadi sensitif. Anak kita pada umumnya adalah anak yang bijak. Dia tidak ingin dialihkan ke hal lain jika masalah ini belum ada kata sepakat penyelesaiannya. Semakin kita berusaha mengalihkan ke hal lain, semakin marahlah anak kita.
Apa yang sebaiknya dilakukan?
Selesaikan apa yang diinginkan oleh anak kita dengan membincangkan perkara itu dan membuat perjanjian di tempat, jika kita belum sempat membuat perjanjian di rumah. Katakan secara langsung apa yang kita inginkan terhadap permintaan anak tesebut, seperti "Papa / Mama belum boleh belikan mainan itu sekarang. Jika kamu nak, harus menabung terlebih dahulu. Nanti Papa / Mama ajar cara menabung. Bila kamu terus merengek kita tidak jadi jalan-jalan dan terus balik rumah. "Jika ayat ini yang kita katakan dan anak kita tetap merengek, segeralah kita pulang biar pun urusan belum selesai. Untuk urusan lain kita masih boleh menundanya. Tapi jangan sekali-kali menunda dalam mendidik anak.

36. Televisyen Sebagai Agen Pendidikan Anak
Perilaku anak terbentuk kerana 4 perkara:
Siapa yang lebih dulu mengajarkan kepadanya: kita atau TV?
Siapa yang dia percaya: apakah anak percaya pada kata-kata kita atau pada program TV?
Siapa yang menyampaikan dengan lebih menyenangkan: apakah kita menasihatinya dengan cara menyenangkan atau program-program TV yang lebih menyeronokkan?
Siapa yang sering menemaninya: kita atau TV?

Apa yang seharusnya kita lakukan?
Komunikasi dan buat pendekatan dengan menilai 4 hal tersebut yang menjadi faktor pembentuk perangai anak kita.
Menggantikannya dengan kegiatan di rumah atau di luar rumah yang padat.
Gantilah program TV dengan cerita pengetahuan yang lebih mendidik dan mencabar bermula dari kartun hingga CD dalam bentuk permainan pendidikan.

37. Mengajar Anak untuk Membalas
Sesetengah anak mempunyai kecenderungan suka memukul dan ada juga yang menjadi objek menerima pukulan dari rakan sebaya. Ibubapa biasanya tidak sabar melihat anak disakiti dan memprovokasi anak kita untuk membalasnya. Hal ini secara tidak langsung mengajar anak membalas dendam. Sebab pada saat itu emosi anak sedang sensitif dan apa yang kita ajarkan ketika itu akan diingatinya. Jangan terkejut bila anak kita sering membalas atau membalikkan apa yang kita sampaikan kepadanya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?:
a. Mengajar anak untuk mengelakkan rakan-rakan yang suka menyakiti.
b. Menyampaikan atau melaporkan pada ibubapa berkenaan bahawa anak kita sering dipukul atau dibuli dari anak tersebut.
c. Ajaklah ibubapa anak yang suka memukul untuk mengikuti program parenting baik di radio atau media lain.
========================================================================
Komen penulis asal - Tidak semua kebiasaan yang ada dibuku ini yang saya setuju.

[Sumber]


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...