Kami ada berita yang ingin dikongsi dengan semua sahabat pembaca. Buat sementara waktu ini aktiviti blogging dan facebook Noraihan & Qusyairi akan dicutikan seketika. Walau bagaimanapun, order dan pendaftaran ahli masih berjalan seperti biasa. Boleh hubungi kami melalui sms atau email untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi, cuma harap maaf banyak kalau kami terlewat balas berbanding biasa.
Dan sebab kenapa blog dan facebook kami berehat seketika? Sebab kami baru dikurniakan Allah swt dengan anugerah terindah buat sepasang suami isteri iaitu kelahiran cahaya mata sulung kami. Alhamdulillah Puan Noraihan dan bayi selamat dan sihat.
No comments:
Post a Comment