"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Resepi: Resepi Bayi: Minestrone Soup

Assalamualaikum.

Bila anak semakin besar, ibu-ibu pun makin kreatif pelbagaikan masakan untuk anak, kan? Kautsar sekarang dah pandai memilih makanan, taknak makan bubur macam bayi-bayi, nak makan nasi macam orang dewasa. Oleh itu saya pun carikan resepi dewasa yang sesuai untuk bayi bawah setahun macam Kautsar.

Kebetulan masa beli barang dapur di pasaraya, saya ternampak Sup Minestrone jenama Heinz dalam tin. Bila saya baca-baca, minestrone soup ni sebenarnya sup tomato dengan isi sayuran dan ayam. Sesuai sangat untuk Kautsar. Selain untuk anak-anak, sup ni juga sangat rendah kalori, sesuai untuk anda yang nak kuruskan badan. 

Alhamdulillah saya berkesempatan masakkan sup ini, jadi saya nak kongsikan resepinya.

Bahan-bahan: 
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang celery dipotong hiris
2 inci lobak merah dipotong dadu
1 biji kentang sederhana besar dipotong dadu
1 mangkuk kecil bunga kubis
1/2 biji lada benggala
1 biji bawang holland dipotong dadu
2 ulas bawang putih diketuk
1 mangkuk kecil isi ayam yang diperap
4-5 sudu besar puri tomato atau sesedap rasa
Stok ayam
Pasta yang dipatah-patahkan

Cara-cara:
  1. Goreng ayam yang diperap sekejap kemudian diasingkan. Tujuannya supaya rempah perap meresap dalam ayam dan tak terserap oleh kuah sup. Boleh perap dengan paprika, lada hitam, atau saya gunakan rempah perap sate dengan sedikit oregano. 
  2. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga sedikit coklat.
  3. Masukkan bawang yang telah ditumis, ayam yang telah digoreng, puri tomato, semua bahan sayuran, stok ayam dan pasta yang telah dipatahkan ke dalam slow cooker. Tambah sedikit air jika perlu. Reneh sehingga masak. Jangan lupa rasa sedikit, jangan sampai terlalu masam.
  4. Alternatif jika tidak menggunakan slow cooker, panaskan semua bahan yang telah dicampur tersebut di atas dapur dengan api kecil. Biarkan mereneh selama 2 jam.
  5. Resepi ini tak dicampur garam dan gula supaya sesuai untuk bayi. Selepas siap, boleh asingkan sedikit untuk bayi anda, dan selebihnya anda campurkan dengan garam dan gula mengikut selera anda. Sesuai untuk dewasa dan bayi.

Mudah, kan? Saya ambil masa setengah jam untuk siapkan bahan hingga mereneh dan siap kemas dapur semula. Selebihnya saya tinggalkan dalam slow cooker hingga ke pagi. Jom layan gambar masakan saya :)

Bahan-bahan: ayam perap digoreng sekejap, bawang hollad, bawang putih, lobak merah, tomato, kentang, bunga kubis, lada benggala, celery, pasta

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masukkan stok ayam dan puri tomato

Reneh sampai semua bahan sangat lembut. Dah siap bekal untuk Kautsar :D

Selamat mencuba!


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...