"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Hamil Kali Kedua: Rezeki Yang Dinantikan.

Assalamualaikum.

Dalam pantang bersendirian kat rumah ni, banyak sangat idea datang nak cerita semuanya di blog ini. Tapi faham sajalah kalau namanya ibu dalam pantang, anak kedua pula tu, manalah banyak masa nak duduk depan laptop mengarang blog macam masa bujang dulu. Hehe. Syukur sangat dapat suami yang memahami, yang sentiasa dekat dan sanggup berkongsi apa saja dengan isterinya ni, beliau yang sediakan masa untuk jaga anak-anak supaya isteri kesayangan beliau dapat luang sedikit masa mencoret kisah hari ni.

Terima kasih, zauj. Allah swt saja yang mampu balas jasa dan budi abang.

Hari ni nak cerita tentang hamil kali kedua.

Alhamdulillah, Allah masih izinkan kami untuk menjaga amanah-Nya bagi kali kedua. Sememangnya sejak masih hamilkan Kautsar, kami dah fikirkan perancangan untuk anak kedua pula. Macam-macam yang dibincangkan. Nak rapat-rapat, atau nak jarak-jarak. Jantina anak memang kami serah sepenuhnya kepada Allah swt, Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Akhirnya kami buat keputusan untuk hamil anak kedua segera, supaya rapat umurnya dengan Kautsar. Alhamdulillah, syukur sangat Allah swt perkenankan.

Lebih kurang pertengahan tahun lepas, En Qusyairi terlibat dengan tugasan di sekitar Perak dan Kuala Lumpur. Sepanjang tempoh seminggu beliau selesaikan tugasan tu, saya dan Kautsar turut ikut sama. Bayangkan dalam tempoh seminggu, hampir setiap hari kami menginap di hotel berbeza. Perjalanan pula jauh, jadi ketika kami sampai di Kuala Lumpur untuk tugasan terakhir, Kautsar demam panas.

Tugasan terakhir En Qusyairi waktu tu agak jauh dari penginapan kami. Tapi bila saya maklumkan Kautsar demam panas, cirit-birit, muntah, menggigil dan kebiruan bibirnya, beliau terus pulang serta merta. Kami terus bawa Kautsar ke KPJ Tawakkal sebab itu hospital terdekat. Waktu sampai di situ, Kautsar dah ok seolah-olah sihat. Jadi doktor tak admit Kautsar, dan kami terus pulang. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi Kautsar menggigil kebiruan, jadi kami bawa Kautsar ke Ampang Puteri. Di situ baru Kautsar betul-betul dapat pemeriksaan doktor dan diberi ubat.

Alhamdulillah sehari lepas tu Kautsar pulih sepenuhnya.

Waktu Kautsar demam teruk tu kami suami-isteri banyak berjaga malam. Tabiat kami suami isteri, kalau seorang berjaga, seorang lagi akan bangun untuk temankan. Jadi sepanjang berjaga malam bersama tu, dapatlah kami berborak perkara-perkara yang tak sempat kami borakkan waktu siangnya.

Salah satu perkara penting yang kami bincangkan ketika itu ialah tentang period saya yang sudah lewat 4 hari. Ya, lewat 4 hari je. Sesetengah orang mungkin rasa period lewat 4 hari tu perkara biasa. Tapi bagi saya, period saya sentiasa on time. Malah betul-betul lepas habis pantang bersalin Kautsar dulu pun period saya terus datang macam biasa.

Pengalaman waktu pertama kali kami tau saya hamilkan Kautsar disebabkan period lewat seminggu. Jadi kali ni suami cadangkan saya terus buat ujian kehamilan. Esoknya juga suami belikan kit ujian kehamilan di farmasi. Tak beli yang mahal-mahal pun, kami beli kit paling murah harga RM8.50 jenama Guardian kalau tak silap. Hihi.

Subuh esok paginya, sendirian dalam bilik air saya lakukan ujian kehamilan tu. Ya Allah, bergenang air mata bila 2 line yang sangat jelas timbul. Keluar bilik air, terus saya maklumkan kepada suami. Reaksi beliau yang boleh saya duga, terus ambil wudhu dan buat sujud syukur. Alhamdulillah. Waktu hamil Kautsar dulu, kami suami isteri menangis berpelukan dalam bilik air. Ya, hamil anak keberapa
sekali pun, ujian kehamilanyang positif memang saat yang penuh emosi untuk kami suami isteri.

Sejak itu bermula kehidupan kami bersedia menerima cahaya mata kedua. Pemakanan saya dijaga, suplemen Shaklee untuk ibu hamil tak pernah tinggal. Malah saya tak berlengah untuk buka buku merah di Klinik kerajaan. Pemeriksaan bulanan di klinik kerajaan salah satu aktiviti kegemaran saya ketika hamil. Sangat berbeza pengalamannya dengan klinik dan hospital swasta. Walaupun rasa malas bila nak pergi check up, tapi balik check up selalu rasa lebih gembira. Haha. Betul kata orang, perkara terbaik selalunya percuma.

Sejak tahu saya hamil lagi, Kautsar entah kenapa jadi semakin manja menjadi-jadi. Cabaran hamil kali ini juga jauh berbeza berbanding cabaran hamil anak pertama. InshaAllah pengalaman hamil anak kedua ni akan saya kongsi dalam entri akan datang.

Untuk ibu-ibu di luar sana, apa pun yang Allah swt kurniakan kepada kita mesti disyukuri. Nikmat anak atau nikmat tiada anak, dua-duanya pun adalah nikmat yang Allah swt tentukan terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita terlalu fokus merealisasikan rancangan kita, kita lupa Allah swt adalah sebaik-baik perancang. Jadi jangan pernah rasa kecewa. Hiduplah dengan tenang dan redha, damaikan hati dan tenangkan jiwa dengan tawakkal.

Salam sayang dari kami di Noraihan Qusyairi :)


*******************************
Berminat dengan Set Hamil Shaklee? 
Hubungi kami segera.




ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...