"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Throwback: 4 Tahun Lepas Part 2.

Assalamualaikum.

Best jugak ada feature mekories kat facebook. Terkenang-kenang situasi lama. Memang tersenyum sorang-sorang jadinya. Hihi.

Entah kenapa entah rehan sentimental sikit menghitung hari ulangtahun ke-4 pernikahan dengan zauj Qusyairi. Padahal biasanya kami tak kisah sangat tentang ulangtahun, hari-hari celebrate cinta gitu. Haha.

Hari ni rehan tengok memories. Jumpa dua status lama ni. Masa ni menunggu hari nak dinikahkan. Badai gelora memang dahsyat la masa ni.



Yang buat rehan tersenyum, membaca berapa patah perkataan yang sangat pendek tu. Rehan ni kalau suruh bercakap memang sepatah sepatah. Tapi bila menulis biasanya tak cukup kertas, tak cukup pen, tak cukup keyboard. Suka menulis panjang lebar berjela-jela penuh metafora dan bunga-bunga bahasa.

Tapi dia status di atas, jumlahnya cuma 7 patah perkataan je. Gila apa rehan tulis 7 patah je? Hahaha.

Well. Nak cakap macam mana. Masa tu memang jiwa raga jatuh tersungkur tersembam terhempas terluka terkecewa terkesima semua ter pun ada. Sedih pilu sayu tak percaya, rasa tak berpijak di bumi nyata.

Sampai rehan hilang kata-kata.

Tapi yang pahit sukar ditelan itulah yang buahnya manis tak mampu diterjemah. Empat tahun terbaik dalam hidup rehan sepanjang perkahwinan ni, dan sentiasa semakin baik inshaAllah. Sejak rehan pandai berfikir, rehan sentiasa harap diri rehan terhindar dari gejala bercinta, walaupun kalau ikut hati memang nak jugak bercinta sana sini. Haha. Nak buat macam mana, rehan tak nampak keperluan bercinta selain untuk berumahtangga. Sebab tu seminggu lepas couple rehan terus ajak zauj Qusyairi nikah. Gelojoh tak? Hahaha.

Empat tahun lepas masa ni rehan bengkak-bengkak mata, takut nak hadap masa depan yang terjejas dek perkara yang tak berkaitan. Pernah sipi-sipi rehan persoalkan kenapa rehan ditakdirkan menanggung beban perkara yang bukan rehan lakukan. Nauzubillah. Allah swt terangkan dan lapangkan hati rehan supaya terima persoalan takdir tu hak mutlak Allah swt. Bukan tugas kita hamba-Nya untuk persoalkan kenapa. Dan dah tentu, kalau kita jaga diri dan hati kita tak kisahlah apapun yang berlaku sebab atau bukan sebab kita, pasti Allah swt kurniakan ganjaran sebaiknya.

Lapang dada tu perkara paling utama.

Jadi empat tahun pertama perkahwinan ini adalah momen terindah, yang sarat pengajaran tentang berlapang dada dan mencari redha. Rehan tinggalkan kerja bergaji besar, malah rehan perlahankan aktiviti bisnes supaya rehan fokus pada mendidik hati dan belajar mencari hidup yang memberi erti.

Tengok. Berapa banyak perenggan rehan tulis. Memang gila menulis rehan ni. Hahah. Ok jumpa lagi next entri. Zauj Qusyairi dah pandang-pandang minta perhatian dari rehan dah tu. Mana lagi masa nak bermanja suami isteri kalau bukan waktu jendela sejam dua lepas anak-anak tidur sebelum kami sendiri terlena.

Selamat malam. Rehan doakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk semua umat manusia, tak kira siapa. Dunia dan akhirat.

Doakan rehan dan keluarga juga ye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...