"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Throwback: 4 Tahun Lepas.

Assalamualaikum.

Bila scroll facebook, terjumpa pulak status 4 tahun lepas ni:



Masa tulis status ni, rehan lagi sebulan setengah bakal jadi permaisuri zauj Qusyairi. Dugaan banyak, lebih-lebih lagi rehan baru berkenalan dengan beliau dalam 5-6 bulan masa tu. Jadi saat rehan tulis status ni banyak yang rehan baru belajar menerima keadaan dan siapa beliau sebagai bakal suami.

Lepas 4 tahun rehan dah banyak lupa perkara-perkara lama. Rehan ni cepat lupa tau. Haha. I live for today. Tu motto rehan. Tapi bila scroll memories kat facebook, jumpa pulak status macam ni yang rehan tulis lama dulu. Senyum sendiri jadinya. Hihi.

Sebenarnya banyak perkara yang menduga kami sebelum kami ijab kabul. Nak kata perkara remeh, tak jugak. Hampir-hampir rehan batalkan perkahwinan kami 2 minggu sebelum nikah tau. Huhu.

Tak ramai yang tahu pasal rehan nyaris cancel nikah ni. Kakak dan seorang kawan baik rehan je yang tau. Dan yang tau rehan berjaga malam, menangis di telefon, menangis minta taknak bernikah cuma bakal zauj rehan seorang je, Qusyairi. Dan sehingga hari ni cuma rehan seorang yang tau betapa zauj Qusyairi pun menangis malam tu, tak boleh tidur lalu beliau solat sunat malam sehingga tertidur di sejadah mengenangkan permintaan rehan mau batalkan pernikahan.

Alhamdulillah tak jadi batal sebab rehan selalu dapat idea spontan (contohnya batalkan nikah tu la), tapi bila bertindak rehan mesti fikir untuk orang lain dulu. Dalam kes ni, rehan fikir ayah dah edarkan kad jemputan, ayah dah jumpa keluarga bakal mertua, ayah dah izinkan rehan kahwin sebab itu yang rehan nak. Jadi kenapa rehan nak buat perkara yang menyakitkan hati ayah? Dan rehan sentiasa ingat macam mana rehan kekal tak pernah bercinta sejak sekolah, sebab satu mantera yang rehan selalu ulang sebut: tak kisahlah apa perasaan aku, yang penting dahulukan perasaan mak ayah dulu.

Lalu rehan tawakkal dan niat biarlah masa tu rehan rasa duka dan kecewa atas perkara yang bukan perbuatan rehan, tapi tetaplah rehan teruskan perkahwinan supaya Allah swt sayang rehan kerana menggembirakan orang lain terutamanya ayah dan bakal mertua. Hasilnya Allah swt balas dengan begitu banyak nikmat dan kebahagiaan lebih dari yang rehan korbankan. Alhamdulillah.

Lebih kurang sebulan sebelum nikah, suatu pagi rehan bangun jam 5 pagi. Rehan nampak ayah tengah duduk termenung kat ruang tamu. Rehan tanya ayah ok tak. Biasanya ayah rehan bangun awal, dalam jam 4 pagi kemudian terus mandi, solat sunat dan solat subuh. Jam 6.30 atau 7 baru selesai. Pagi tu ayah termenung je.

Tiba-tiba ayah tanya rehan, hari ni hari apa. Berapa hari bulan. Tahun apa. Rehan takut sangat masa tu, kat rumah cuma ada rehan, ayah dan mamat yang baru darjah dua. Kalau ayah sakit atau apa-apa jadi pada ayah, rehan taktau nak hadapi macam mana.

Rehan tanya ayah, untuk uji setakat mana memori ayah masa tu. Rehan tanya, mak dah meninggal ayah ingat tak. Ayah ingat. Rumah kita ada kucing, ayah ingat? Ayah tanya kucing mana, tak ingatlah tu. Rehan nak kahwin, ayah ingat? Ayah tanya, bila kau nak kahwin. Rehan jawab, lagi sebulan. Ayah tanya, habis kau ada duit tak nak kahwin? Rehan jawab ada. Urusan kahwin semua dah selesai, dah tempah makanan, dah jemput saudara, dah tempah jurunikah? Rehan jawab je dah, padahal banyak sangat tak siap lagi.

Lepas tu ayah termenung lagi. Diam je. Kemudian ayah tiba-tiba tanya lagi, kau nak kahwin yan? Rehan jawab, ye yah. Ayah tanya bila? Rehan kata, lagi sebulan yah. Ayah tanya lagi semua persiapan dah siap ke dan berulang-ulang perkara ni berlaku. Sampai akhirnya rehan telefon bos bagitau rehan tak masuk kerja, ayah sakit. Alhamdulillah sampai tengahari tu ayah dah balik macam biasa. Mungkin ayah stress agaknya.

Hari ni kali pertama rehan kongsi cerita sebelum kami bernikah. Sekarang setiap kali ada salah faham antara kami, rehan ingat semula masa sebelum kahwin dan dugaannya. Kalau kami mampu harung dugaan hebat sebelum ni, kenapa sekarang kami nak mengalah?



Kami takkan pernah mengalah :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...