"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Resepi Ringkas Spagetti Carbonara - 6 Bahan Je.

Assalamualaikum.

Image result for creamy carbonara sauce

Baru-baru ni kan anak saudara rehan balik bercuti ke Malaysia. Sekarang ni diorang satu family tinggal kat Belgium. Dah 3 tahun duduk sana, jadi makanan pun dah adapt dengan apa yang mudah dimasak kat sana. Hasilnya anak saudara rehan ni tak reti sangat makan makanan melayu haha. Logik la, masa diorang pindah tu umur dia 2 tahun, sekarang dah 5 tahun. Boleh kata kebanyakan hidup dia makan makanan barat.

Sementara mak ayah dia pulun lepas gian makan masakan melayu yang sedap meletops-letops kat Malaysia ni, anaknya pulak payah sangat nak makan. Rehan perhatikan berhabis juga duit abang kakak rehan ni belikan cheese, fresh milk, bawa anaknya makan kedai western. Anak saudara ni dah la kurus, karang bertambah kurus payah pulak. Haha.

Masa diorang tinggal rumah rehan, anak saudara rehan ni asyik cakap nak makan spagetti. Rehan pun tengok mak ayah dia ada beli cheese, fresh milk. Dah kira cukup bahan nak masak carbonara. Jadi rehan pun masakkan untuk dia. Alhamdulillah sedap walaupun adhoc je masak kocoh-kocoh, kakak rehan sampai minta resepi kat rehan. Ok sini rehan nak kongsi kat blog ni, sebab spagetti carbonara ni macam wajib mak-mak tau untuk dijadikan umpan bila anak-anak tak berselera makan. Haha.


Resepi Spagetti Creamy Carbonara

Bahan-bahan:
Spagetti
Bawang holland / bawang besar
Bawang putih
Isi ayam / udang / sotong / daging
Susu segar
Keju keping (sliced cheese)
Tepung gandum

*Optional: garam, oregano flakes, daun parsley etc untuk lebih perasa,

Cara-caranya:
1. Rebus spagetti sampai masak. Bila dah masak, ketepikan.
2. Hiris bawang, bawang putih, dan isi ayam/udang/sotong/daging. Tumis sampai wangi dan ayam separuh masak.
3. Koyak-koyakkan keju dan masukkan dalam kuali. Gaul sampai keju cair dan tak berketul. Untuk 1-2 orang makan, sekeping je pun dah cukup. Nak lagi creamy, masukkan lebih keju. Boleh adjust ikut tekak masing-masing.
4. Bila keju dah cair, masukkan susu segar. Gaul lagi sampai sebati.
5. Kalau cair, masukkan tepung gandum untuk pekatkan kuah. Kena ambil perhatian ye, kalau nak masukkan tepung, sila bancuh dulu dengan sedikit air supaya tepung tak berketul. Kemudian pastikan tepung masak sebelum tutup api.
6. Siap dihidang dan dimakan. Terpulang kalau nak masukkan garam, rehan tak masukkan garam kalau masak untuk anak. Terpulang juga kalau nak tabur oregano flakes, daun parsley, lada benggala, cendawan atau apa-apa bahan lain yang menambahkan sedap.

Selamat mencuba!

Ibubapa: Resepi Pasta untuk Bayi 10 Bulan

Assalamualaikum.

Saya nak kongsi resepi pasta untuk bayi. Resepi ni saya dapat daripada perkongsian ibu lain, dan saya ubah suai untuk mudahkan proses masak, selain sesuaikan dengan selera Kautsar. Mudah sangat.

Bahan-bahan:
2 biji tomato
2 biji cendawan butang
1 mangkuk kecil brokoli
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 sudu besar daging kisar
1 sudu kecil minyak zaitun extra virgin
Oregano, lada hitam secukup rasa
1 mangkuk kecil pasta 
Cara-cara:
  1. Rebus pasta hingga lembut.
  2. Sementara tunggu pasta lembut, cincang bawang merah, bawang putih, cendawan, tomato dan brokoli. Dapatkan tekstur mengikut kesukaan anak anda.
  3. Panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun dan daging kisar.
  4. Bila air daging sudah agak kering, masukkan semua bahan yang telah dicincang. Masak sehingga lembut.
  5. Masukkan sedikit oregano (serbuk atau flakes) dan lada hitam sebagai perasa.
  6. Siap dan boleh dihidang. Pastikan pasta dipotong kecil sebelum dihidang.

Tomato, cendawan butang, bawang merah dan bawang putih. Brokoli belum potong lagi masa ni. 

Keringkan daging. Jangan terlalu kering, nanti susah baby nak makan.

Yummy yummy!

Dah siap! Senang sangat.
Kautsar suka makan pasta ni. Abah Kautsar yang tolong suap pun makan sekali. Hihi. Selamat mencuba ibu-ibu semua :D


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Resipi: Daging Masak Black Pepper.

Assalamualaikum.

Hari ni rasa nak share resepi. Resepi ni senang sangat, saya tengok kakak ipar masak sekali dulu-dulu terus ingat sampai sekarang. Sebab saya ni tak mahir bab masak-memasak (jarang tolong mak kat dapur dulu), maka bila ada resepi mudah-mudah macam ni memang suka nak cuba. Jom tengok bahan-bahannya:

Gambar ihsan Google. Selalu masak tak sempat ambil gambar, En Qusyairi dah tak sabar nak makan <3
Daging Masak Black Pepper
Hidangan untuk 2 orang  
Bahan kisar:
1 biji bawang besar / bawang Holland
1 ulas bawang putih
1 inci halia  
Bahan perap:
1 batang serai
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar lada hitam kasar  
Bahan lain:
200 gram daging
1/2 biji lada benggala dihiris
1/2 biji bawang besar / bawang Holland dihiris
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan 
Cara-cara:
  1. Kisarkan semua bahan kisar.
  2. Perap daging bersama bahan kisar dan bahan perap selama 30 minit.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan daging yang telah diperap dan tumis seketika. Masukkan air sehingga menutupi daging. Tutup kuali dan biarkan sehingga daging empuk dan masak.
  4. Masukkan bawang besar dihiris dan lada benggala. Kacau sekejap dan tutupkan api. Hidangkan ke dalam pinggan. Tabur daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.

Senang sangat kan? Kalau saya yang masak, halia dan serai pun kadang-kadang saya tak masukkan. Yang penting gunakan daging segar, rasanya tak hanyir dan lebih lembut. Resepi ni tak perlukan garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap pekat. En Qusyairi suka sangat masakan ni. Malah beliau sendiri dah pandai memasaknya.

Selamat mencuba. InshaAllah lain kali saya akan share resepi ringkas lain :)


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...