"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Showing posts with label syurga. Show all posts
Showing posts with label syurga. Show all posts

Kautsar Kamaliah: 1 Tahun 5 Bulan.

Assalamualaikum.

Khalifah kecil kami dah cecah 1 tahunn 5 bulan. Kejap tak kejap. Rasa tak puas gomol budak kecil yang makin besar dan berat tu.

Daripada bayi tough yang kuat sengih tak ada gigi, sekarang bercakap tak berhenti. Walaupun tak faham butir, ibu layankan juga macam berbual dengan orang dewasa.

Sekejap anak ibu dah besar.

Kautsar lahir petang Sabtu yang cerah, dengan berat 3.55 kg. Semangat sangat, tulang-tulangnya keras, senang ibu nak belajar dukung dan uruskan bayi baru lahir. Ibu suka bayi sihat. Memang ibu target berat anak ibu 3.3 kg sekurangnya. Kalau tak sampai 3 kg, ibu rasa tak cukup sihat je anak ibu. Hehe.

Sepanjang menyusu badan sepenuhnya dari lahir hingga usia 6 bulan, Kautsar jarang sakit. Cuma pernah kena ruam teruk di muka dan telinga. Doktor pakar kanak-kanak yang merawat Kautsar bagi ubat yang mengandungi mild steroid. Sapu sekali dua terus baik. Pada ibu, tak salah sapu ubat dengan steroid asalkan tak berlebihan. Yelah, kalau kita sebagai ibu bapa dah buat yang terbaik, dah cerap keringkan muka anak, bilas dengan air bersih tapi ruam masih tak hilang, takkan nak biar anak terus dengan ruam, kan?

Sejak umur 6 bulan hingga 1 tahun, ibu bagi Kautsar makan masakan ibu. Setiap hari ibu tak pernah gagal bangun pagi untuk masakkan makanan Kautsar. Walaupun boleh buat makanan beku, tapi ibu tak buat. Ibu bagi makanan segar untuk Kautsar.

Alhamdulillah anak ibu tak ada masalah selera makan.

Waktu Kautsar usia 11 bulan lebih, ibu tak sihat. Bila ibu tak sihat, susu ibu susut teruk. Kautsar terpaksa campur susu formula. Sejak itu Kautsar kerap demam dan selsema. Lagi sekali, pada saya, susu formula tak salah asalkan ibu dah berusaha yang terbaik untuk teruskan penyusuan susu ibu. Tapi kalau bukan rezeki, takkan nak biar anak lapar susu kan?

Demam selsema Kautsar berterusan on-off sampai usia 1 tahun 3 bulan. Sedihnya hati kita sebagai mak bila lihat anak tak sihat. Masa Kautsar 1 tahun 3 bulan, Kautsar kena pakej demam, selsema, batuk dan HFMD. Saya ada kongsi cerita itu di entri ini. Sejak itu saya bagi Kautsar minum Meal Shake setiap malam sebelum tidur. Alhamdulillah, sejak tu cuma sekali Kautsar sakit. Penyakit HFMD yang Kautsar kena pun tak tinggalkan satu parut pun.

Selera makan Kautsar sangat cemerlang. Berat naik cantik. Tidur lena.

Kautsar mula berjalan pada usia 1 tahun 1 bulan. Sebelum usia 1 tahun Kautsar ada menapak sikit, tapi Kaustar tak suka berlatih berjalan. Jalan dua-tiga tapak, Kautsar akan duduk. Sampai usia 1 tahun 1 bulan, tiba-tiba Kautsar terus jalan laju dan lancar. Alhamdulillah.

Sekarang pada usia 1 tahun 5 bulan, Kautsar dah pandai nak bercakap. Dah pandai panggil abahnya. Sebut "atuk", "nenek", "Mamat", "susu" dan lain-lain. Pandai buat bunyi dan gaya lion, elephant, tiger, horse. Pandai menyanyi. Pandai menyanyi sambil buat gaya mengikut lagu.

Sedangkan kami suami isteri tak pernah beria mengajar anak kami apa-apa, kami cuma bergembira menyanyi sama-sama, enjoy setiap apa yang kami lakukan.

Gigi pun dah banyak. Gigi depan dah tumbuh atas bawah ada 8 batang. Geraham 4 batang dah tumbuh. Sekarang gigi taring tengah dalam proses untuk tumbuh. Dah keluar puncaknya, tapi belum habis tumbuh lagi.


Kautsar Kamaliah.
Semoga jadi anak solehah, syurga dunia ibu dan abah.
Jalan kepada redha Allah swt kepada kami ibu dan abah Kautsar Kamaliah.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha.

Assalamualaikum.

Hari ni nak share cara ringkas solat sunat dhuha. Ringkas je. Tengah kerja di pejabat pun sempat curi masa untuk solat sunat dhuha ni. Alhamdulillah. Sumber diambil dari sini dan sini.

Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha:
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor.

"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )


2. Rakaat Kedua
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.


3. Doa
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha


Fadhilat Solat Dhuha

  • Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
[Sumber]


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Anda mungkin juga meminati:

Mac: Bulan Cinta Noraihan & Qusyairi

Assalamualaikum.

Tajuk entri kali ini, amboi amboi amboi. Romantik gitu. Bulan Mac sangat bermakna kepada kami suami isteri. Bulan Mac begini, dua tahun lepas kami selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri. Kisah cinta kami, nak kongsi pun segan. Haha. Cukup sekadar tahu, kami tak bercinta lama pun. Cuma tujuh bulan sejak pertama kali kenal En Qusyairi, Pn Noraihan dah selamat jadi isteri beliau.

Alhamdulillah. Nikmat yang sangat disyukurkan menjadi isteri kepada En Qusyairi :)

Cuma beberapa hari lagi menjelang ulangtahun kedua pernikahan kami. Majlis kami ringkas; nikah, sanding, photoshoot dalam satu hari. Hampir semuanya kami berdua uruskan sendiri. Seminggu kemudian, majlis sebelah pihak lelaki pula. Alhamdulillah lancar perjalanan majlis kami di kedua-dua belah pihak.




Menjadi isteri En Qusyairi tak susah. Beliau sangat baik dan penyayang. Setiap kerja rumah kami lakukan bersama, tapi sering juga beliau sendiri lakukan kerana tak mahu saya penat. Kami serasi dalam minat yang kami kongsi. Cuma selepas berkahwin baru saya dapat kenali beliau sebenar-benarnya, ternyata beliau seorang yang sering mengalah untuk kepentingan orang lain. Dan terasa seolah-olah saya bertanggungjawab menjaga beliau jangan sampai diambil kesempatan oleh orang-orang yang mengambil peluang.

Antara kami berdua, ada satu perkara yang sangat serasi. Minat kami melancong terutamanya berbackpacking. Sehari selepas majlis di sebelah lelaki, kami bercuti ke Cameron Highland. Bukanlah percutian yang dirancang, tetapi keluarga dan makcik kesayangan beliau mahu kami berehat setelah penat selesai majlis.

Bulan madu kami yang sebetulnya merupakan pengembaraan 10 hari 11 malam merentasi seluruh Sabah. Dari Kota Kinabalu menaiki kereta api ke Beaufort, patah balik ke Kota Kinabalu. Menaiki kapal terbang ke Sandakan, menaiki bas ke Lahad Datu. Ke Tawau dengan pacuan empat roda. Seterusnya menaiki bot laju ke Pulau Mabul. Perjalanan yang takkan pernah kami lupa.

Ulang tahun pertama pernikahan kami pula di sambut di Bandung, Indonesia. Tempat percutian kegemaran kami. Ketika itu saya hamilkan Kautsar hampir tujuh bulan. Kemudian kami sepatutnya ke Saigon, Vietnam tapi rancangan bertukar kerana kehamilan saya waktu itu yang terlalu sarat tidak disarankan untuk menaiki kapal terbang.




Penyeri rumahtangga kami hadir saat kami begitu fokus dengan kerja dan keluarga. Waktu itu kami terpisah seminggu atas tuntutan kerja. Saya dapat rasanya sesuatu yang berbeza, tapi tak mahu memberi harapan pada En Qusyairi kerana beliau jauh ketika itu. Taknaklah saya memberi harapan kepada orang yang saya sayang, dah kemudian semudahnya menarik semula harapan itu. Sudah tentu hati beliau akan tercalar. Cuma setelah kami bersama semula, kami bincangkan kemungkinan itu.

Waktu itu kami sedang bercuti di Shah Alam-Bukit Tinggi-Genting Highland. Subuh yang indah itu, ujian kehamilan tunjukkan saya sah hamil anak pertama kami. Alhamdulillah. Memang terbaik rancangan Allah swt. Kami yang cuma berkenalan setengah tahun sebelum bernikah, sudah selesai mengenali hati budi sebagai suami isteri. Kamu sudah hampir puas berjalan berdua ke sana ke mari. Waktu itu memang kami benar-benar bersedia memiliki cahayamata. Sebagai hadiah kehamilan saya, En Qusyairi hadiahkan sesi photoshoot kehamilan untuk merakam cantiknya isteri beliau saat hamil. Terima kasih, zauj.



Alhamdulillah. Genap sembilan bulan kemudian lahir cahayamata sulung kami, Kautsar. Bayi kami lahir cukup bulan secara normal dan sangat sihat. Kelahiran Kautsar sangat mudah dan lancar. Kelakar pun ada. Hehe. Kami tak menjangka akan melahirkan pada hari itu, jadi kami cuma ke hospital untuk pemeriksaan biasa. Tiba-tiba Kautsar lahir dengan mudah, syukur Ya Allah. Keluarga dan kawan-kawan tak menjangka Kautsar akan lahir hari itu. Kejutan yang indah. Saya suka menanggap kelahiran Kautsar adalah hadiah ulangtahun kelahiran istimewa untuk En Qusyairi.



Dan bulan ini cukup dua tahun kami layari bahtera rumahtangga ini bersama. Permulaan yang cukup sempurna dalam mengejar kebahagiaan di syurga nanti. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt untuk nikmat rumahtangga dan keluarga yang sangat bahagia. Alhamdulillah untuk nikmat rezeki yang sentiasa mencurah-curah, untuk setiap masa kami sekeluarga sentiasa bersama. Sangat jarang berjauhan dengan beliau, hatta di tempat kerja sekalipun.

Terima kasih kerana menjadi suami terbaik yang dikirim Allah swt untuk memimpin keluarga kita ke jannah-Nya. Kerana sentiasa menyokong setiap usaha yang tindakan isterimu. Kerana bangun malam mendodoi anak supaya isterimu dapat berehat seketika. Terima kasih kerana menyokong misi penyusuan susu ibu yang isterimu tempuhi sejak lahirnya puteri kita. Terima kasih kerana tak pernah lupa menyediakan pam dan botol susu setiap pagi, supaya mudah isterimu mengepam selesai usai solat subuh. Kerana tak pernah gagal mencuci botol susu dan pam susu setiap kali balik kerja. Kerana berpanas-panas bersama di dapur memasak makan malam kita. Kerana mengizinkan isterimu bekerja dan berniaga walaupun segala perbelanjaan rumahtangga kamu yang tanggung. Dan terima kasih kerana menjadi kawan yang sentiasa mendengar saat diri ini perlukan perhatian. Dan tak lupa untuk hadiah ulangtahun yang sangat istimewa.


Untuk dua tahun yang teramat bermakna, terima kasih untuk segalanya.


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...