"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

A Year Of Parenting: Tahun Pertama Sebagai Ibubapa.

Assalamualaikum.

Jangan risau ibu-ibu.
Perasaan risau berlebihan tu cuma berlaku masa anak pertama je.
Masa anak kedua inshaAllah ibu-ibu dah lebih bersedia.

From me.
To us.
To we.

Salam sayang dari rehan dan anak-anak.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Bila Abah Tiada: Menguruskan Anak Sendirian.

Assalamualaikum.

Selama lebih 2 tahun sejak kami ada anak, boleh kata tak pernah lagi rehan kena uruskan anak sendirian tanpa suami. Maklumlah, kami cuma berdua kat sini. Tak ada siapa yang boleh bantu.

Sebelum bulan puasa hari tu ada sekali rehan bawa anak-anak ke JB dengan kawan-kawan. Walaupun suami tak ada tapi ada kawan baik rehan untuk bantu. Itupun tak banyak yg mereka boleh tolong sebab anak-anak rehan nak dengan ibu je. Dengan orang lain taknak langsung. Hehe.

Gambar candid yang berjaya dirakam. Haha. Nampak sangat kelabutnya tu. Kawan baik rehan tu dijadikan pembantu pengasuh. Tolong angkat beg dan ambilkan barang-barang. Kalaulah rehan ada 8 tangan, semua rehan buat sendiri.

Baru-baru ni rehan seorang diri bawa Arfa ke klinik untuk cucuk vaksin 6 bulan. Dah tentu Kautsar pun rehan angkut sekali. Biasa rehan pergi klinik petang. Tapi sebab Kautsar tidur petang lama, hari tu rehan ke klinik jam 10 pagi.

Tak seronok pergi pagi sebab orang ramai. Masa rehan sampai, depan rehan ada lagi 3 orang. Biasa pergi klinik tak sampai setengah jam dah siap. Kali ni sejam juga la rehan tunggu.

Macam biasa, Arfa menangis dalam kereta sepanjang perjalanan ke klinik. Jalan nak ke klinik tak jauh pun. Tapi ada sikit mencabar sebab kena melintas jalan besar, u-turn kat tempat sibuk, kenderaan laju. Masuk jalan kampung banyak motor dan budak sekolah bawa basikal.

Alhamdulillah selamat pergi dan balik klinik. Melalak-lalak juga Arfa kena cucuk. Manja Arfa ni tau. Kuat betul menangis. Letak sekejap pun menangis. Lagi la kena ikat dalam car seat. Haha. Kautsar sangat baik dan dengar cakap. Dalam kereta Kautsar tolong jaga adik. Senang kerja ibu.

Balik rumah terus bagi Arfa makan, lepas tu tidur. Sekejap je Arfa tidur. Lepas Arfa bangun tidur, ibu reward kakak Kautsar main kat McDonalds sebab baik sangat tolong ibu jaga adik.

McDonalds depan taman kami je. Tak ada masalah bawa anak-anak naik kereta. Masalahnya masa kat kaunter dah siap order semua, nak angkat tray sambil dukung Arfa tu macam mana tu. Haha. Rehan tak terfikir pula pasal tu sebelum pergi.

Alhamdulillah rehan ditemukan dengan orang baik-baik. Akak yang ambil order rehan tu nampak macam dah ada anak. Dia tolong bawakan tray, ambilkan sos dan straw dan setupkan meja rehan betul-betul sebelah playground.

Duduklah kami tiga beranak kat playground tu. Kautsar dan Arfa terjerit-jerit seronok sampai orang lain tak berani nak main. Haha. Mahap sangat. Ibu dah cuba suruh kontrol volume tu tapi anak-anak ibu teruja.

Sebenarnya pada rehan tak susah sangat nak jaga dua-dua anak tanpa abahnya. Kalau kat rumah tak susah. Kalau bawa berjalan pun inshaAllah senang. Sebab Kautsar senang dengar cakap. Arfa pun tak banyak ragam. Rehan pun dah plan-plan nak bawa anak-anak keluar lebih kerap lepas ni. Tak adalah memerap je kat rumah. Dapat temankan ibu jalan-jalan beli barang kan seronok.

Ibu-ibu lain jangan takut kalau terpaksa berurusan sendirian dengan anak-anak. Bersangka baik dengan anak, inshaAllah anak akan mudahkan urusan kita. Pastikan ibu gunakan car seat bila memandu dengan anak kecil. Gunakan penggendong untuk mudahkan ibu dukung bayi tanpa menyekat tangan. InshaAllah semua urusan dipermudahkan.

Salam sayang dari rehan dan anak-anak.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Makanan Pertama Arfa.

Assalamualaikum.

Seronok sangat sebab anak solehah ibu dah makan. Agak teruja lebih nak bagi Arfa makan sebab dah hampir sebulan kami berperang setiap kali waktu makan. Ada je dia sibuk nak rampas makanan ibu. Hahah.

Sebab terlebih teruja, rehan bagi Arfa makan awal sehari. Sebelum tu sakan juga bershopping makanan untuk Arfa. Rehan beli labu, betik, brokoli, bunga kubis.

Akhirnya labu yang jadi pilihan. Yang lain jadi makanan ibu. Opss.

Labu masak apa ye yang Arfa makan? Labu makan air je. Dalam kata lain, Arfa makan puri labu. InshaAllah bila sempat lepas ni nak serbu rumah makcik rehan nak pow avokado.

Secara peribadi (ewah), rehan paling suka avokado sebagai makanan pertama bayi. Sebab rasanya mild. Tekstur lembut sangat. Berlemak, bagus untuk berat badan bayi. Dan tak manis. Kautsar dulu mula-mula sekali makan avokado.

Arfa makan labu! Sedaaapppp!

Sejak mula makanan pejal, Arfa tak banyak berak. Ada sekali dua je berak banyak. Yang lain berak sikit-sikit setakat calit-calit kat pampers. Rehan ada risau juga takut sembelit. Tapi tengok Arfa aktif dan ceria je macam biasa so tak jadi risau. Haha.

Saja nak share sikit satu insiden beberapa minggu lepas. Lebih tepat lagi insiden masa hari raya kedua.

Adalah seseorang bertanyakan Arfa makan apa. Rehan kata tak makan lagi. Arfa belum 6 bulan. Dan jawapan seseorang itu ialah...

Jeng jeng jeng.

"Ala dah boleh bagi makan sangat dah ni. Blend nasi campur sayur ke, suap sikit-sikit. Ikutkan sangat cakap doktor buat apa."

Pendapat peribadi rehan (ewah lagi), rehan perlu ikut cakap doktor sebab doktor tu pandai dan lebih mengetahui berbanding rehan. Eh rehan pun pandai jugak sebenarnya, tapi rehan pandai fizik je. Doktor pandai perubatan. Makanya dengarlah cakap pakar yang lebih pandai tu.

Taknak la nanti kalau rehan sakit orang lain buat sesukahati kat rehan dengan alasan, buat apa didengar sangat cakap doktor tu. Haru!

Makanya untuk ibu-ibu di luar sana, rehan ada satu nasihat.

Tak semua perkara kena dengan pendirian kita. Tak semua orang faham walaupun mereka sama-sama ibubapa macam kita. Jangan emo. Jangan melenting. Senyum. Senyap. Lupakan. Teruskan jalan.

Kita pun bahagia. Tak ada hati yang terluka.

Selamat menjamu anak-anak makan!


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kembara Mahkota Johor 2015: Allah Peliharakan Sultan.

Assalamualaikum.

Orang Johor ni kan, mana-mana kami pergi tetap setia dan taat pada Sultan. Semangat kesetiaan pada Sultan tu memang tinggi. Bukan la nak kata Sultan kami ni maksum, tak ada salah silap. Cuma memang macam ni semangat kami. Mungkin peninggalan kedaulatan Sultan Ibrahim dan Sultan Ismail suatu ketika dulu.

Semalam suami rehan kata Sultan Johor nak singgah tempat kami sempena Kembara Mahkota Johor tahun ni. Sultan Johor memang rajin turun padang. Kembara Mahkota ni dah diadakan sejak Sultan Ibrahim masih lagi bergelar Tengku Mahkota Johor.

Rehan pernah sekali je tengok KMJ. Masa tu rehan kat sekolah asrama. Kalau tak silap tahun 2002. Bila Sultan (masa tu masih TMJ) nak lalu, kami berdiri ramai-ramai tepi jalan nak lambai. Haha.

Seronok tau. Sebab baginda confirm bawa motor slow-slow bila lalu dekat crowd. Kat belakang konvoi motorsikal ada konvoi kerabat. Yg rehan ingat anak-anak baginda semua wajib ada. Paling ingat Tengku Mona sebab dia yg paling semangat keluar tingkap melambai kami.

Bila suami bagitau Sultan nak lalu, memang semangat sangat rasa nak tengok. Tengahari tadi suami suruh rehan standby dengan anak-anak. Tak lama lepas tu kami sama-sama tunggu konvoi KMJ lalu.

Memang pengalaman betul. Rehan sempat nampak Sultan dengan TMJ naik motor, Tengku Jalil dalam 4 wheeler. Kautsar dengan Arfa pun rehan angkut sekali. Semangat tak?? Hahah.

Yg best sebenarnya selain daripada dapat tengok kerabat diraja, dapat tengok perarakan konvoi dengan kenderaan yg unik. Biasalah ada polis pengiring, ada konvoi motosikal besar. Lagi ada 4 buah bas eksekutif. Dalam bas tu katanya ada kereta.

Kautsar mulanya teruja. Bila polis bising dengan bunyi siren, terus nak menangis. Hahaha. Arfa sibuk nak menyusu je.

Rumah kami ni kat jalan utama. Harap tahun-tahun akan datang ada rezeki bawa anak-anak tengok lagi KMJ ni. Bukan sebab apa, cuma nak anak-anak ada rasa sayang dan bangga dengan negeri dan pemerintah. Supaya jadi anak-anak yg ada kecintaan pada bangsa.

Semoga Allah swt peliharakan Sultan Johor dan kaum kerabatnya.
Dan semoga Allah swt ampunkan dosa kita semua.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Anak Seorang vs Anak Dua Orang.

Assalamualaikum.

Dah lama tak bersiaran. Sibuk sangat rasanya. Bukan sibuk apa pun. Cuma tak banyak masa lapang sejak beranak dua ni.

Pada rehan terasa berbeza sangat anak dua berbanding anak seorang dulu.

Dulu masa ada Kautsar seorang, boleh kata tak banyak beza berbanding sebelum ada anak. Nak keluar, nak makan, nak buat apa-apa pun senang. Walaupun rehan dan suami jaga anak sendiri lepas waktu kerja dan masa cuti. Walaupun tak ada mak ke, kakal ke, adik ke, adik sepupu ke yang tolong jaga.

Senang kata kalau kami tak kerja memang 100% anak kami yang jaga.

Sejak anak dua ni, memang payah nak buat apa-apa. Nak keluar pun kena plan elok-elok. Kena pulak anak kami dua-dua taknak kat orang lain, nak denga  rehan je. Dengan abahnya pun kadang-kadang taknak jugak.

Walaupun Kautsar dulu pernah dihantar ke pengasuh, sampai sekarang Kautsar taknak berenggang dengan rehan. Raya baru ni rehan ada la sekali tinggalkan Kautsar kat rumah kakak rehan, sementara rehan bawa ayah pergi beli kasut. Bukan lama pun. Tak sampai sejam. Tu pun bukan rehan yang sengaja tinggalkan, tapi Kautsar sendiri taknak ikut sebab nak main bunga api. Kakak rehan kata, lepas rehan pergi Kautsar terus masuk rumah, duduk diam-diam atas sofa. Bila kami balik, Kautsar terus berlari dapatkan kami peluk-peluk sambil menangis.

Drama sangat! Hahaha.

Arfa lagi pulak. Sejak lahir tak pernah berenggang dari rehan. Sampai sekarang hampir umur 6 bulan Arfa memang tak boleh jauh langsung. Letak bawah pun taknak. Nak berpangku, berpeluk je. Sebab tu walaupun rehan duduk rumah, tapi rehan tak buat apa-apa pun kecuali duduk dengan anak-anak. Nak masak pun tak sempat oii.

Bila baca status kawan-kawan yang baru anak seorang, rehan rasa alahai senangnya masa jaga Kautsar je dulu. Sekarang berganda lagi kelam kabut. Haha.

Tapi syukur Alhamdulillah, Allah swt kayakan kami dengan rezeki anak. Dan anak-anak kami mudah sangat dijaga. Tak banyak ragam.

Tahun pertama kahwin, kami beraya berdua. Tahun kedua kahwin, kami beraya bertiga. Tahun ni tahun ketiga kahwin, kami beraya berempat.

Alhamdulillah.

Ok rehan kena stop. Banyak lagi nak kongsi tapi Arfa dah bangun tidur. Rehan nak masuk duty ibu mithali pulak.

InshaAllah jumpa lagi dalam entry akan datang.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...