"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Minggu Banyak Rezeki.

Assalamualaikum.

Minggu ni banyak permintaan rehan yang Allah swt makbulkan. Ada yg baru je rehan doakan, terus dapat.

Syukur Alhamdulillah.

Salah satunya rehan dah terlalu lama mengidam nak beg tangan baru. Sejak sebelum berhenti kerja rehan nak tukar handbag. Tapi rehan asyik tangguhkan sebab belum ada keperluan. Kali terakhir beli handbag masa Kautsar baru je lahir. Masa tu beli handbag polo besar sebab nak masukkan pampers dan mainan Kautsar sekali. Sejak berhenti kerja, handbag tu secara rasmi dah jadi beg pampers Kautsar dan Arfa.

Semalam rehan akhirnya beli handbag. Harga asal beg tu RM209. Tapi tapi tapi. Rehan dapat beli pada harga RM4.50 je. Ye betul. Rehan tak salah type. Memang rehan bayar RM4.50 je untuk beg tu. Kisahnya rehan buat collaboration dengan Zalora dan Zalora bagi rehan voucher RM100. Beg RM209 tu ada 50% off, jadi tinggal RM104.50 je. Tolak voucher, baki kena bayar cuma RM4.50 jela. Alhamdulillah sangat. Berbaloi rehan bersabar selama ni. Rupanya Allah swt nak bagi rehan deal paling berbaloi. Kebetulan bulan depan ada trip dan rehan memang perlu sangat handbag baru.



Semalam jugak rehan dapat blouse free. Hari ni baru order, inshaAllah minggu depan sampai. Kisahnya Eni, kakak rehan saja saja join contest di facebook Marredz Couture. Ditakdirkan menang tempat pertama. Hadiahnya sepasang blouse dan sehelai shawl percuma. Kakak rehan ni tinggal kat eropah jadi dia pass hadiah tu kat rehan dan Eli, kakak rehan lagi seorang. Mulanya rehan ingat nak ambil shawl sebab rehan dah banyak blouse. Tapi eli bagi rehan ambil blouse sebab eli tau rehan tak pakai tudung chiffon. Alhamdulillah sekali lagi.

Selain handbag dan blouse, hari ni rehan dapat satu Nutriwhite Gentle Make Up Remover. Pun percuma juga. Tapi sebab yang bagi tu customer tegar rehan, rehan trade in dengan sebotol GLA Complex yang dia order. Tak boleh la tengok orang buat sedekah, kita pun nak rebut juga pahala. Semoga Allah swt redha dengan transaksi kami tadi walaupun cuma berlaku kat tepi pagar sambil jerit-jerit berbudi bahasa. Hihi. Sayang kak yana, antara customer pertama rehan sejak rehan mula bisnes Shaklee tahun 2012 dulu.



Dan seminggu lepas keluarga rehan meriah dengan rezeki makanan percuma. Mula-mula rehan pergi rumah kawan, dapat bubur kacang hijau yang sedap sangat. Kemudian satu hari tu rehan teringin nak makan keropok ikan. Kebetulan masa pergi bank ada makcik jual keropok ikan sebelah bank. Rehan beli sebungkus. Harganya agak mahal tapi rehan fikir tak apalah sedekah pada makcik tu sebab nampak makcik tu orang susah. Esoknya kawan rehan tiba tiba mesej kata nak datang rumah. Rupanya mak kawan rehan belikan keropok lekor losong untuk rehan. Ya Allah terharu sangat, sebab memang dah lama nak keropok losong. Last time pergi mersing kedai losong tu tutup.

Ya Allah rehan syukur sangat. Malam tadi masa borak dengan kakak kakak rehan, perkara ni yang kami borakkan. Betapa ramai yang lupa rezeki bukan wang semata-mata. Ramai yang mengeluh tak cukup wang, tapi lupa yang perut tak pernah merasa lapar. Ramai yang mengeluh letih bekerja, tapi lupa wang sentiasa ada.

Banyak perkara yang boleh dikeluhkan kalau kita pilih untuk mengeluh. Tapi Allah swt nak tengok mana satu hamba-Nya yang sabar.

Alhamdulillah.

Tips Menggayakan Baju Moden Murah.

Assalamualaikum.

Hari ni rehan nak cerita sikit la pasal tips menggayakan baju moden budget rendah. Sekarang ni berjimat cermat dah semakin jadi amalan di Malaysia. Tapi cuma sebab wardrobe anda kos rendah, tak bermakna pakaian anda perlu nampak "murah" nya. Sekarang ni banyak baju moden yang kos rendah tau. Bila pakai tetap nampak bergaya setanding jenama mahal!

Kalau anda nak bergaya dan mengikuti trend terkini tidak semestinya anda mesti berbelanja mahal. Kadang-kadang, cuma dengan menggayakan koleksi pakaian yang murah juga boleh mengubah penampilan anda secara keseluruhannya. Sebab tu la, sekarang anda boleh jumpa macam-macam koleksi baju moden murah keluaran jenama-jenama tempatan yang tak pernah tak cantik. Tapi untuk pastikan penampilan anda tidak nampak "murah" bila menggayakan koleksi pakaian tersebut, ni rehan nak share beberapa panduan menggayakan baju moden murah untuk anda kelihatan hebat;


Tips pertama: jadi ‘cerewet’ bila memilih design koleksi pakaian tersebut. Banyak koleksi pakaian murah yang boleh anda temui dalam pilihan rekaan yang eksklusif. Seelok-eloknya, beli pakaian yang direka dengan rekaan yang ringkas dan warna pakaian juga memainkan peranan.


Kedua: macam mana anda memadankan pakaian pun merupakan faktor yang penting. Pastikan anda memadankan baju tersebut dengan koleksi seluar atau skirt yang bersesuaian. Kalau anda bertudung, pastikan anda pakai tudung yang berpadanan warna dengan baju pilihan anda tersebut.


Ketiga: bijak untuk bereksperimen dan memakai aksesori tambahan. Anda boleh bergaya dengan aksesori seperti rantai, tali pinggang atau cardigan untuk menyerlahkan lagi penampilan anda.



Dan tips yang terakhir adalah bergaya dengan yakin. Keyakinan diri adalah faktor utama untuk menyerlakan penampilan seseorang individu regardless harga pada tag pakaian yang dipakai!

Tips terakhir ni rehan memang setuju sangat-sangat. Tak ada siapa pun tau berapa harga pakaian yang kita pakai. Kita je yang tau. Jadi tak perlu la rasa rendah diri bila pakai pakaian murah. Yang penting bukan tanda harga, tapi pembawakan diri masa menggayakan pakaian. Ewah. Ni nasihat untuk diri sendiri jugak ni hihih.

Harapnya entri ni dapat bantu anda yang merancang nak tambah koleksi di wardrobe anda tapi terikat dengan budget. No worries. Lepas ni maintain bergaya ok!

Tips Bayi Cepat Jalan: Arfa 10 Bulan.

Assalamualaikum.

Mula-mula sekali rehan nak bagitau entri ni patutnya rehan publish 3 bulan lepas. Tapi biasalah, tangguh punya tangguh sekarang baru nak publish. Tips ni berdasarkan pengalaman rehan sendiri. Tak semestinya beri kesan yang sama pada bayi yang berbeza. Rehan harap tips rehan ni memberi manfaat kepada ibubapa kat luar sana.

Sebenarnya mak-mak memang selalu tak sabar nak tengok anak berjalan. Satunya seronok sebab anak kita dah capai satu kejayaan baru. Daripada terbaring je, meniarap, merangkak akhirnya berjalan. Memang best kan bila tengok anak-anak pandai buat sesuatu. Hihi.

Personally sebagai ibu, rehan memang tak sabar tengok anak-anak berjalan. Sebab rehan ni tangan tak kuat. Takde otot. Tak larat dukung anak lama-lama. Haha. Sebab tu Arfa ni rehan gendong je sejak bayi. Bila dah nak masuk umur setahun ni masih nak masuk carrier. Setakat dari parking nak pergi kedai sekejap pun rehan masukkan Arfa dalam carrier. Senang kerja. Hehe.

Kautsar dulu tak masuk carrier sangat. Sebab anak sulung kot, mak ayahnya sanggup je nak dukung gilir-gilir. Bila Arfa lahir memang dari awal rehan dah rancang nak gendong je Arfa.

Eh panjang pulak cerita pasal carrier. Huhu.

Ok berdasarkan pengalaman rehan, anak sulung rehan Kautsar mula berjalan masa umur 1 tahun 1 bulan. Masa tu Kautsar dah mula bertatih-tatih sejak umur 11 bulan tapi sekejap je. Lepas tu Kautsar penat terus taknak tatih lagi. Haha. Kebetulan masa tu kakak rehan bagi rehan walker turun temurun 3 keturunan (daripada kakak Mily, abang Luqman sampai ke Kautsar guna walker tu). Jadi rehan agak kerap juga masukkan Kautsar dalam walker.

Bila Arfa lahir, rehan dah berhenti bekerja. Jadi Arfa memang 100% rehan yang jaga. Orang lain tak terlibat langsung dalam proses membesarkan Arfa haha. Sepanjang Arfa membesar, memang rehan jarang kawal sangat pergerakan Arfa. Kebetulan Arfa ni lahir-lahir tak suka berbedung, sukanya tidur meniarap. Jadi rehan biarkan je Arfa tidur sesuka hati dia lah nak golek-golek ke apa-apa gaya sekalipun. Rehan perasan bila dibiarkan perkembangan Arfa jadi lebih pantas.

Masa umur Arfa 2 bulan setengah, Arfa dah boleh tiarap sendiri. Masa umur 4-5 bulan dah boleh menyusur. Bila umur Arfa 5 bulan, Arfa dah boleh berpaut pada sofa, tarik badannya naik dan kemudian berdiri tepi sofa. Memang amazing! Masa first time rehan tengok Arfa berdiri tepi sofa tu rehan sampai ternganga sebab tak percaya. Hahah.

Dan masa umur Arfa 10 bulan Arfa dah berjalan sendiri. Alhamdulillah.

Jadi apadia tips yang membantu Arfa berjalan pada usia 10 bulan??

Nah ini dia tips, perkara-perkara yang menurut pemerhatian rehan telah membantu Arfa untuk berjalan pada usia 10 bulan.

1. Jangan dikongkong bambam itu! - Haha, tajuk gempak. Maksud rehan jangan dikongkong tu rehan biarkan je Arfa nak tidur tiarap ke, terlentang ke, tergolek ke sejak Arfa lahir lagi. Arfa taknak bedung pun rehan biarkan. Tapi jangan la biar dah di tengok. Kena selia / supervise / pantau anak-anak masa tidur ke main ke. Macam rehan, memang tak pernah lekang Arfa dari depan mata rehan. Walaupun rehan tengah blogging, walaupun rehan tengah reply order customer atau rehan tengah main Candy Crush, tapi sikit pun Arfa bunyi atau gerak mesti rehan sedar. Cuma rehan perhatikan jela, kalau Arfa menangis nak susu atau tak selesa baru rehan angkat.

2. Rajin-rajinkan bertatih dengan anak - rehan memang kerap tatih tatihkan Arfa. Sampai sakit pinggang rehan. Huhu. Kalau rehan penat ada yang tukang sambung, Kautsar la. Sanggup Kautsar bertabah pimpin Arfa tatih ke depan belakang depan belakang. Sampai Arfa sendiri menangis letih. Haha.

3. Elakkan walker - yang ni rehan nampak beza antara Kautsar dengan Arfa. Kautsar masuk walker sejak umur 6-7 bulan. Sudahnya Kautsar pandai jalan masa umur 1 tahun 1 bulan. Arfa tak masuk walker langsung, memang gigih la rehan jaga Arfa tak ada bantuan apa pun. Bedung, buai, walker, puting, playgym semua tak guna. Tapi rehan perasan bila rehan biarkan Arfa membesar dengan persekitaran biasa tanpa banyak mainan, development Arfa sangat cepat. Sebenarnya rehan bukan la anti-walker. Cuma rehan perasan masa Kautsar dulu bila kerap masuk walker tu Kautsar jadi malas berjalan. Asyik duduk je.

4. Biar anak berkaki ayam - Arfa berhenti pakai stokin kaki masa umur 3 bulan. Bila umur 4-5 bulan Arfa suka menolak-nolak badan masa tiarap, jadi bila takde stokin memang lagi senang nak menolak. Bila umur 5 bulan Arfa dah mula memapah kat sofa, tanpa stokin kaki Arfa lagi senang grip dan balance. Ni semua latihan sebelum Arfa berjalan.

5. Selalu bawa jalan ke taman - yang ni memang aktiviti wajib setiap petang dah hujung minggu. Setiap petang kami bawa Arfa tatih kat depan rumah. Hujung minggu kami bawa Arfa tatih kat taman. Tujuan bawa keluar tu supaya anak teruja nak berjalan. Banyak benda anak boleh lihat kat luar rumah, jadi dia excited nak ke sana sini. Down side nye penat la ibu dan abah nak melayan, tak berhenti oii. Hahaha.


Rasanya ni je dulu tips rehan nak share. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi mata dah mengantuk. Huhu. Rehan nak beradu dulu. Jumpa dalam entri seterusnya.

Semoga bermanfaat.

Throwback: 4 Tahun Lepas.

Assalamualaikum.

Bila scroll facebook, terjumpa pulak status 4 tahun lepas ni:



Masa tulis status ni, rehan lagi sebulan setengah bakal jadi permaisuri zauj Qusyairi. Dugaan banyak, lebih-lebih lagi rehan baru berkenalan dengan beliau dalam 5-6 bulan masa tu. Jadi saat rehan tulis status ni banyak yang rehan baru belajar menerima keadaan dan siapa beliau sebagai bakal suami.

Lepas 4 tahun rehan dah banyak lupa perkara-perkara lama. Rehan ni cepat lupa tau. Haha. I live for today. Tu motto rehan. Tapi bila scroll memories kat facebook, jumpa pulak status macam ni yang rehan tulis lama dulu. Senyum sendiri jadinya. Hihi.

Sebenarnya banyak perkara yang menduga kami sebelum kami ijab kabul. Nak kata perkara remeh, tak jugak. Hampir-hampir rehan batalkan perkahwinan kami 2 minggu sebelum nikah tau. Huhu.

Tak ramai yang tahu pasal rehan nyaris cancel nikah ni. Kakak dan seorang kawan baik rehan je yang tau. Dan yang tau rehan berjaga malam, menangis di telefon, menangis minta taknak bernikah cuma bakal zauj rehan seorang je, Qusyairi. Dan sehingga hari ni cuma rehan seorang yang tau betapa zauj Qusyairi pun menangis malam tu, tak boleh tidur lalu beliau solat sunat malam sehingga tertidur di sejadah mengenangkan permintaan rehan mau batalkan pernikahan.

Alhamdulillah tak jadi batal sebab rehan selalu dapat idea spontan (contohnya batalkan nikah tu la), tapi bila bertindak rehan mesti fikir untuk orang lain dulu. Dalam kes ni, rehan fikir ayah dah edarkan kad jemputan, ayah dah jumpa keluarga bakal mertua, ayah dah izinkan rehan kahwin sebab itu yang rehan nak. Jadi kenapa rehan nak buat perkara yang menyakitkan hati ayah? Dan rehan sentiasa ingat macam mana rehan kekal tak pernah bercinta sejak sekolah, sebab satu mantera yang rehan selalu ulang sebut: tak kisahlah apa perasaan aku, yang penting dahulukan perasaan mak ayah dulu.

Lalu rehan tawakkal dan niat biarlah masa tu rehan rasa duka dan kecewa atas perkara yang bukan perbuatan rehan, tapi tetaplah rehan teruskan perkahwinan supaya Allah swt sayang rehan kerana menggembirakan orang lain terutamanya ayah dan bakal mertua. Hasilnya Allah swt balas dengan begitu banyak nikmat dan kebahagiaan lebih dari yang rehan korbankan. Alhamdulillah.

Lebih kurang sebulan sebelum nikah, suatu pagi rehan bangun jam 5 pagi. Rehan nampak ayah tengah duduk termenung kat ruang tamu. Rehan tanya ayah ok tak. Biasanya ayah rehan bangun awal, dalam jam 4 pagi kemudian terus mandi, solat sunat dan solat subuh. Jam 6.30 atau 7 baru selesai. Pagi tu ayah termenung je.

Tiba-tiba ayah tanya rehan, hari ni hari apa. Berapa hari bulan. Tahun apa. Rehan takut sangat masa tu, kat rumah cuma ada rehan, ayah dan mamat yang baru darjah dua. Kalau ayah sakit atau apa-apa jadi pada ayah, rehan taktau nak hadapi macam mana.

Rehan tanya ayah, untuk uji setakat mana memori ayah masa tu. Rehan tanya, mak dah meninggal ayah ingat tak. Ayah ingat. Rumah kita ada kucing, ayah ingat? Ayah tanya kucing mana, tak ingatlah tu. Rehan nak kahwin, ayah ingat? Ayah tanya, bila kau nak kahwin. Rehan jawab, lagi sebulan. Ayah tanya, habis kau ada duit tak nak kahwin? Rehan jawab ada. Urusan kahwin semua dah selesai, dah tempah makanan, dah jemput saudara, dah tempah jurunikah? Rehan jawab je dah, padahal banyak sangat tak siap lagi.

Lepas tu ayah termenung lagi. Diam je. Kemudian ayah tiba-tiba tanya lagi, kau nak kahwin yan? Rehan jawab, ye yah. Ayah tanya bila? Rehan kata, lagi sebulan yah. Ayah tanya lagi semua persiapan dah siap ke dan berulang-ulang perkara ni berlaku. Sampai akhirnya rehan telefon bos bagitau rehan tak masuk kerja, ayah sakit. Alhamdulillah sampai tengahari tu ayah dah balik macam biasa. Mungkin ayah stress agaknya.

Hari ni kali pertama rehan kongsi cerita sebelum kami bernikah. Sekarang setiap kali ada salah faham antara kami, rehan ingat semula masa sebelum kahwin dan dugaannya. Kalau kami mampu harung dugaan hebat sebelum ni, kenapa sekarang kami nak mengalah?



Kami takkan pernah mengalah :)

Arfa Adhaliya: 1 Tahun.

Assalamualaikum.



Happy Belated Belated Belated Birthday Arfa Adhaliya !!

Alhamdulillah si kecil debot debot bambam montel montel kami dah pun berusia 1 tahun plus plus plus. Ibu pun tak ingat exactly setahun berapa hari.

Comelkan Arfa pakai topi pink? Barulah ibu nampak Arfa macam girl. Biasanya ibu lupa Arfa ni girl. Ibu layan macam boy je sebab Arfa pun lasak macam boy. Hahah.

Masa birthday Arfa hari tu kebetulan abang kakak rehan ramai ada kat rumah rehan. Jadi kami buat la celebration sikit, saja nak seronok seronok kan budak budak kecil Luqman, Kautsar dan Arfa. Bukan main suka diorg dapat belon, tutup lampu nyanyi ramai ramai. Hehe.

Total spending untuk mini celebration ni tak sampai rm40 pun. Kek tu beli yang kecik sekali sebab tak ramai yang makan kek. Rasanya dalam RM25 kot. Entah rehan tak sure berapa harga betul sebab abahnya yang bayar. Beli belon panjang, belon bulat, trompet kertas, pam belom, topi dan flag happy birthday gantung kat dinding tu totalnya RM15 lebih kurang. Bagus tak membazir. Hahaha.

Dalam gambar tu Arfa tengah protes taknak potong kek. Dia nak karate je kek tu, pastu kaup pakai tangan dan sumbat masuk mulut. Ibu tau sangat. Tapi ibu tak benarkan maka terpaksalah potong kek sopan-sopan pakai pisau kek. Hihih. Kakak Kautsar macam biasa menyibuk macam dia punya parti. Haha.

Yang dalam gambar kecil tu abang ngah rehan. Pakngah Kautsar dan Arfa. Abang ngah rehan ni jarang sampai rumah rehan sebab susah cuti. Kalau cuti dia balik rumah JB sebab ayah kat JB.

Yang kecik lelaki tu hero malaya, Abang Luqman. Dialah yang paling tua antara budak-budak kecil (tak termasuk kakak Mily) tapi Luqman la yang paling baby sekali. Manja kalahkan Arfa. Masa Luqman nak lahir dulu ramai-ramai bercamping kat hospital sebab Luqman taknak keluar. Kikiki.

Alhamdulillah pada umur nak jejak 3 siri ni Allah swt kurniakan rehan dengan nikmat masih dapat bersama orang yang rehan sayang. Terutamanya zauj Qusyairi, cinta hati sayang bucuk bucuk rehan. Hari-hari zauj pergi kerja pun rindu. Hahah. Dan terutama juga Kautsar Kamaliah dan Arfa Adhaliya, puteri syurga ibu dan abah. Anak solehah, penghibur Rasulullah saw dan penyejuk hati ibu abah.

Banyak sangat yang ibu nak ucapkan untuk anak-anak ibu. Nak tulis kat sini nanti panjang sangat pulak. Jadi ibu simpan dalam doa jela ye. Yang paling utama, ibu sayang semuanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...