"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ibubapa: Ibu Sakit Boleh Menyusukan Anak?

Assalamualaikum.

Saya nak share FB note oleh Puan Puteri Nyta, Admin Kumpulan Ibu Menyusu Badan. Penting sangat pada saya apa yang Puan ni sampaikan, selain pengalaman beliau membesarkan 7 orang anak. Lagipun tak semua doktor perubatan berkobar menyokong penyusuan susu ibu lengkap hingga usia anak 2 tahun. Jadi ada masanya doktor beri pendapat untuk mudahkan ibu, walaupun terpaksa korbankan penyusuan anak. Kena sangka baik, doktor nak ibu pulih cepat supaya boleh teruskan pikul tanggungjawab rumahtangga.

Gambar ihsan Google
*Nota: Artikel di bawah telah diubah sedikit dari segi tatabahasa dan ejaan supaya lebih cantik di mata, mudah dibaca :)

Ramai ibu-ibu yang tertanya-tanya adakah ibu sakit tidak boleh menyusukan bayi. Tapi yang buatkan saya terpanggil sangat nak menulis tentang ini adalah kerana saya sendiri juga pernah alami. Jadi, soalannya adalah: Boleh ke saya menyusukan bayi jika saya sakit?

Dan jawapannya adalah: Bergantung kepada jenis penyakit anda dan juga jenis ubatan yang anda ambil.

Kenapa saya kata begitu?

Baiklah, yang pertamanya jika penyakit anda adalah jenis yang disebarkan melalui darah atau cecair badan lainnya seperti HIV/ AIDS, anda tidak digalakkan untuk menyusukan bayi anda. Sila rujuk laman HIV & Breastfeeding untuk penjelasan mengapa anda tidak boleh menyusukan bayi anda.

Bagaimana pula dengan penyakit Hepatitis? Ya, jawapannya BOLEH dan anda boleh rujuk di laman Breastfeeding & Hepatitis ini untuk penjelasan terperinci.

Sekiranya anda menghidapi penyakit-penyakit kronik lain seperti sakit jantung, kanser, diabetes dan sebagainya, anda perlu rujuk dengan doktor anda mengenai ubat preskripsi yang diberi kepada anda.
Mungkin, anda boleh menyatakan hasrat anda untuk menyusukan bayi anda dan minta mereka memberikan anda ubat yang bersesuaian.

Bagaimana pula dengan demam dan selesema? Dua ini adalah penyakit yang paling kerap menyerang kita zaman sekarang nikan. Kenapalah agaknya? Atau bagaimana kalau anda cirit birit atau keracunan makanan?
Untuk semua penyakit sebegini, anda BOLEH terus menyusukan bayi anda seperti biasa. Anda cuma perlu mengingatkan doktor anda bahawa anda sedang menyusukan bayi dan anda ingin terus menyusukan bayi anda, jadi minta doktor berikan anda ubat yang bersesuaian dengan penyusuan ibu.

Masa bayi saya berusia 2 bulan dulu, saya menghidapi sakit perut yang teramat sangat. Doktor mengesyaki saya gastrik – OK, saya tidak pernah mengalami gastrik sepanjang hidup saya. Doktor memberikan saya ubat dan memberitahu bahawa saya perlu menghentikan penyusuan ibu untuk tempoh 8 jam selepas mengambil ubat tersebut. Tak MUNGKIN saya menghentikan penyusuan ibu? MAAF LAH DR...HEHEHEE. Jadi, saya ambil ubat tersebut, bawa pulang ke rumah, dan masukkan ke tong sampah. Selepas itu, saya pergi ke klinik yang lain pula dan nasib baik kali ini saya mendapat doktor yang saya gelar baby-friendly.

Beberapa minggu yang lepas pula, saya terkena demam dan selesema. Waktu saya ke klinik, doktor bertanya jika saya sudah mengambil apa-apa ubat seperti panadol. Saya katakan TIDAK, kerana saya menyusukan bayi. Ya, saya tahu bahawa ramai yang kata panadol selamat untuk menyusukan bayi..
Tetapi mungkin selamat bagi kebanyakan orang. Setiap kali saya mengambil panadol, saya akan mengalami mengantuk yang keterlaluan. Jadi, saya tak rasa ianya selamat untuk saya dan NIA. Jadi, doktor tersebut tidak memberikan saya antibiotik – saya diberitahu bahawa ibu yang menyusukan tidak boleh ambil antibiotik (tanpa menghentikan penyusuan untuk sekian-sekian waktu ya).

Dan alternatif saya adalah MAKAN MADU DAN HABATUSAUDA SAJA, sehingga pulih. ALHAMDULILLAH SAYA PERCAYA MAKANAN SUNNAH IALAH PENYEMBUH SEGALA PENYAKIT. Alhamdulillah, setakat ini biasanya ianya berkesan.. Pastikan juga ia disertakan dengan pengambilan air masak yang mencukupi dan makanan yang berkhasiat.

Kesimpulannya, ibu masih boleh menyusukan bayi jika ibu sakit, kecuali jika ibu menghidapi HIV / AIDS atau mengambil sebarang ubatan yang boleh masuk ke dalam susu. Sekiranya doktor anda memberikan nasihat supaya menghentikan penyusuan ibu sewaktu mengambil ubat, cari doktor lain. ITU APA YANG SAYA AMALKAN SELALU SEHINGGA SAYA BERANAK DAH 7 ORANG NI..EHHEHEEE..

~puteri nyta~
ADMIN KIMB


*Nota: Kesimpulan yang saya buat lepas baca note ini, banyak perkara perlukan budi bicara ibu sendiri. Sebab itu sangat penting sentiasa memantau keadaan anak jika ibu mengubah menu, atau mengambil ubatan. Pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Puan Nyta boleh menulis note ini kerana pengalaman beliau sangat lama dan mendalam tentang soal penjagaan anak. Sedangkan ibu-ibu yang masih baru seperti saya, perlu sentiasa beringat setiap bayi adalah berbeza, apatah lagi jika bukan dari ibubapa yang sama. Belum tentu nasihat dan pengalaman Puan Nyta sesuai untuk anda. Nasihat saya, dapatkan pendapat doktor perubatan bertauliah. Jika ragu-ragu atau tidak setuju, dapatkan pendapat kedua, ketiga atau seberapa banyak pendapat yang anda rasa perlu asalkan daripada doktor perubatan bertauliah dan tidak melewatkan rawatan hingga memudaratkan kesihatan ibu dan bayi. Wallahualam.


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...