"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ibubapa: Jadual Makan Bayi 9-12 Bulan

Assalamualaikum.

9 BULAN
Pada usia bayi 9 bulan, eloklah jika makanan bayi dipekatkan sedikit untuk memberi tekstur supaya bayi terus berminat untuk makan. Sedikit-sedikit mulakan dengan menambah butiran nasi,oatmeal atau pasta ke dalam bubur bayi. Selain menambahkan tekstur, ia dapat menambah perasa juga.

Pada tahap ini, ibubapa boleh menambah pelbagai jenis makanan ke dalam menu bayi. Antaranya ialah ayam, daging merah dan keju. Waktu ini juga adalah waktu yang sesuai untuk memperkenalkan bayi kepada makanan jejari (finger food) seperti bijirin, buah-buahan yang dipotong kecil dan sayuran yang didadu.


10 BULAN
Pada umur bayi 10 bulan, anda boleh masak menu yang boleh dinikmati oleh seluruh keluarga - termasuk bayi anda! Jika anda makan pasta sebagai makan malam, ambil sedikit dan kisarkan sehingga anda dapat kepekatan yang sesuai dengan bayi anda. Dengan cara ini, anda dapat kurangkan masa di dapur untuk menyediakan makanan khas untuk bayi. Selain itu, jika ada makanan lebih, anda boleh terus kisarkan menjadi puri untuk anak anda. Mudahkan?

MAKANAN JEJARI (FINGER FOOD)
Pentingnya memperkenalkan bayi kepada finger food supaya bayi belajar menyuap makanan sendiri. Berikan sudu kepada bayi dan sediakan makanan bayi dengan kepekatan yang mudah untuk bayi menyuap dari mangkuk ke mulutnya. Makanan yang boleh digenggam perlu disediakan setiap kali makan. Contohnya sediakan buah atau sayuran yang dipotong kecil supaya bayi dapat ambil dan suapkan ke mulut. Jika bayi anda tiada alahan dan mendapat kebenaran doktor, kekacang termasuk walnut, gajus dan badam boleh dijadikan snek yang mudah dan lazat. Malah kaya dengan protein juga.


Dalam entri akan datang, saya akan kongsi beberapa resepi yang mudah, sedap dan berkhasiat untuk bayi anda. Selamat memasak :)


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...