MAKLUMAT PELAKSANAAN HOSPITAL RAKAN BAYI DI MALAYSIA
Amalan-amalan jagaan kesihatan boleh memberi kesan yang besar terhadap amalan penyusuan susu ibu. Faktor amalan dan persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu akan membantu ibu-ibu menyusu dengan berjaya untuk tempoh yang lebih lama.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Di Malaysia, Konsep ‘Inisiatif Hospital Rakan Bayi' telah dilaksanakan bermula pada tahun 1993. Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu, menyediakan sebuah perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan anaknya dan menjalankan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu. Pada Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan sebagai Negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai “Hospital Rakan Bayi'.
"10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” merupakan kriteria utama yang telah ditetapkan pada tahun 1989 dalam pelaksanaan Hospital Rakan Bayi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Children's Fund). Dalam pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di Malaysia, 10 langkah ke arah menjayakan penyusuan susu ibu yang telah digariskan adalah seperti berikut:-
- Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan susu ibu.
- MELATIH semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
- MEMBERITAHU semua ibu mengandung tentang kebaikan susu ibu dan pengendalian penyusuan susu ibu.
- MEMBANTU ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa ½ - 1 jam selepas bersalin.
- Memberi TUNJUK AJAR kepada ibu-ibu cara menyusu dan bagaimana untuk mengekalkan penyusuan walaupun jika mereka terpisah dari bayi.
- Menentukan bayi baru lahir TIDAK DIBERI minuman atau makanan lain selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
- Mengamalkan “ ROOMING-IN ”, DI MANA BAYI DAN IBU DILETAKKAN BERSAMA SETIAP MASA (24 jam).
- MENGGALAKKAN penyusuan susu ibu mengikut KEHENDAK bayi.
- Menentukan bayi TIDAK DIBERI puting tiruan atau puting kosong.
- MEMBANTU PENUBUHAN kumpulan penyokong penyusuan susu ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital.
STATUS HOSPITAL RAKAN BAYI DI MALAYSIA (SEHINGGA JAN 2008)
- Hospital Kerajaan yang telah mendapat pengiktirafan 117
- Hospital Tentera yang telah mendapat pengiktirafan 2
- Hospital Universiti yang telah mendapat pengiktirafan 2
- Hospital Swasta yang telah mendapat pengiktirafan 6
SENARAI HOSPITAL KERAJAAN, TENTERA, UNIVERSITI DAN SWASTA YANG TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI HOSPITAL RAKAN BAYI (2008), MALAYSIA
Perlis
Hospital Tuanku Fauziah, Kangar
Kedah
Hospital Sultanah Bahiyah
Hospital Sultan Abdul Halim
Hospital Kulim
Hospital Langkawi
Hospital Baling
Hospital Sik
Hospital Yan
Hospital Jitra
Hospital Kuala Nerang
Pulau Pinang
Hospital Pulau Pinang
Hospital Seberang Jaya
Hospital Bukit Mertajam
Hospital Kepala Batas
Hospital Sungai Bakap
Hospital Balik Pulau
Perak
Hospital Ipoh
Hospital Taiping
Hospital Teluk Intan
Hospital Seri Manjung
Hospital Slim River
Hospital Batu Gajah
Hospital Kuala Kangsar
Hospital Tapah
Hospital Parit Buntar
Hospital Kampar
Hospital Sungai Siput
Hospital Selama
Hospital Gerik
Hospital Changkat Melintang
Selangor
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Hospital Selayang
Hospital Sungai Buloh
Hospital Kajang
Hospital Banting
Hospital Kuala Kubu Baru
Hospital Tanjung Karang
Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
Kuala Lumpur
Hospital Kuala Lumpur
Putrajaya
Hospital Putrajaya
Labuan
Hospital Labuan
Negeri Sembilan
Hospital Tuanku Jaafar
Hospital Tuanku Ampuan Najihah
Hospital Tampin
Hospital Port Dickson
Hospital Jelebu
Melaka
Hospital Melaka
Hospital Alor Gajah
Johor
Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
Hospital Sultanah Fatimah, Muar
Hospital Batu Pahat
Hospital Kluang
Hospital Segamat
Hospital Kota Tinggi
Hospital Pontian
Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai
Hospital Tangkak
Hospital Mersing
Pahang
Hospital Tengku Ampuan Afzan,
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
Hospital Kuala Lipis
Hospital Bentong
Hospital Pekan
Hospital Raub
Hospital Jerantut
Hospital Jengka
Hospital Muadzam Shah
Terengganu
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Hospital Kemaman
Hospital Dungun
Hospital Besut
Hospital Hulu Terengganu
Hospital Setiu
Kelantan
Hospital Raja Perempuan Zainab II
Hospital Kuala Krai
Hospital Pasir Mas
Hospital Tanah Merah
Hospital Tumpat
Hospital Tengku Anis, Pasir Putih
Hospital Machang
Hospital Gua Musang
Sarawak
Hospital Umum Sarawak
Hospital Sibu
Hospital Miri
Hospital Bintulu
Hospital Kapit
Hospital Sarikei
Hospital Sri Aman
Hospital Saratok
Hospital Kanowit
Hospital Limbang
Hospital Serian
Hospital Daro
Hospital Betong
Hospital Bau
Hospital Mukah
Hospital Simunjan
Hospital Marudi
Hospital Lundu
Hospital Lawas
Sabah
Hospital Likas
Hospital Duchess of Kent , Sandakan
Hospital Tawau
Hospital Keningau
Hospital Lahad Datu
Hospital Beaufort
Hospital Kudat
Hospital Kota Belud
Hospital Sipitang
Hospital Tenom
Hospital Ranau
Hospital Papar
Hospital Kinabatangan
Hospital Kota Marudu
Hospital Semporna
Hospital Beluran
Hospital Tambunan
JUMLAH 117
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak
Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melak
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
HOSPITAL SWASTA
Ipoh Specialist Hospital , Ipoh
Damansara Specialist Hospital , KL
Selangor Medical Centre, Shah Alam, Selangor
Pusat Perubatan Pantai, KL
Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor
Penang Adventist Hospital , Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment