"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

16 Tanda Awal Penyakit Jantung.

Assalamualaikum.

Semalam saya diberitahu ayah mertua kakak saya diserang sakit jantung. Awal subuh waktu bangun dari tidur, pakcik Aziz kata badannya letih dan tak larat nak bangun. Makcik pun mandikan dan urut badan pakcik.

Kemudian pakcik kata nak ke klinik. Pakciik pergi sendirian. Lepas 2 jam, pakcik masih tak balik-balik, makcik pun dah mula risau. Tak lama lepas tu ada orang klinik datang ke rumah, bagitau pakcik dah di bawa ke hospital sebab diserang sakit jantung masa di klinik.

Allah. Sedihnya saya masa dengar khabar ni. Bersyukur sangat serangan tu terkena masa di klinik, dan respon klinik sangat pantas. Doktor kata nasib baik pakcik tak pengsan. Kalau pengsan, maksudnya pakcik terkena strok sekali.


Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.

  1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  3. Lidah terasa tegang dan pendek.
  4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
  7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  10. Rasa keletihan sepanjang masa.
  11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  12. Degupan jantung tidak menentu.
  13. Nafas terasa pendek.
  14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda.

[Sumber]

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU

Shaklee ada rangkaian suplemen untuk kesihatan jantung.


Langkah 1:
PENCEGAHAN oleh Phytocol-ST yang menyerap kolestrol dari makanan agar tidak diserap oleh salur darah

Langkah 2:
PENURUNAN oleh Omega Guard yang menyerap kolestrol jahat sedia ada yang berlebihan dalam salur darah.

Langkah 3:
MENGUATKAN oleh CoQHealth Plus yang meningkatkan fungsi otot jantung dan memperbaiki peredaran darah

Langkah 4:
PERLINDUNGAN oleh VIVIX yang memberi perlindungan kepada sel dari penuaan pra matang dan menghalang kerosakan sel serta memelihara kesihatan salur darah.

Berminat untuk dapatkan Set Kesihatan Jantung Shaklee boleh hubungi kami bila-bila masa.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...