"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips Kurangkan Stress.

Assalamualaikum.

Dulu-dulu masa rehan sekolah asrama, ada satu minggu yang takde kelas langsung. Kita panggil minggu aktiviti. Seminggu tu biasanya ada slot ceramah motivasi, kursus kemahiran belajar, kemahiran berfikir, pertandingan antara kelas, persembahan, sukan. Semuanya ada. Cikgu rehan kata tujuannya untuk bagi pelajar rehat.

Memang seronok sangat, hilang tension belajar.

Dalam salah satu kursus tu, kami diajar cara-cara nak handle stress. Alhamdulillah sampai sekarang rehan masih amalkan kaedah-kaedah tu. Rehan nak share dengan anda, supaya sama-sama la kita tak stress di zaman yang serba serbi stress ni. Hihi.


1. Kaedah Bernafas 10-10-20
Bila telih bekerja, rasa stress kejar dateline wajib buat kaedah ni. Caranya senang je. Tarik nafas perlahan-lahan dalam masa 10 saat, tahan nafas 10 saat, kemudian hembus perlahan-lahan selama 20 saat. Biasa rehan buat dalam kelas masa mengajar, kalau ada pelajar yang mencabar kesabaran rehan memang rehan akan buat kaedah ni senyap-senyap. Alhamdulillah memang membantu sangat.

2. Rehat, Kosongkan Minda, Tidur
Yang ni rehan selalu buat kalau tengah kalut kejar dateline. Atau masa belajar dulu, kalau musim exam rehan memang apply kaedah ni masa study. Bila dah banyak sangat kerja, kita akan rasa letih dan stress. Rehan akan berhenti bekerja atau ulangkaji, kemudian rehan tidur. Paling sekejap rehan tidur 1 jam. Bila bangun tidur rehan rasa lebih fresh, dan boleh sambung kerja semula.

3. Bersenam
Bersenam dan berpeluh bantu kurangkan stress dngan sangat berkesan. Bersenam ni rehan buat sejak berkahwin dengan zauj Qusyairi. Setiap hujung minggu mesti kami akan ke taman rekreasi untuk keluarkan peluh. Sejak ada kautsar, boleh kata setiap petang kami keluar jalan di taman. Tak perlu exercise berat pun, jalan-jalan 30 minit dah cukup.

4. Hubungi Orang Tersayang
Bukan suami atau isteri yang kita jumpa hari-hari. Hubungi ibuayah atau adik beradik, kawan baik yang kita jarang jumpa. Paling rehan ingat masa malam sebelum exam Thermodynamics masa rehan tahun 1 dulu. Disebabkan subjek tu agak susah dan ramai kawan-kawan rehan yang sama-sama stress, malam tu kami 4 orang kawan baik berkumpul dan buat aktiviti kegemaran kami; karaoke. Bukan pergi karaoke kat luar pun, tapi dalam bilik sambil rakam di mp3 je. Sebelum tu dah berhari-hari tak jumpa sebab terperuk dalam bilik study. Hihi.

5. Makan Coklat
Coklat ni mengandungi bahan yang merangsang hormon gembira dalam badan kita. Sebab tu kalau orang tengah bersedih, selalu dihadiahkan coklat untuk pujuk. Kalau perasan, bila kita stress akan timbul perasaan nak makan coklat kan.

6. Minum Air Masak
Yng ni rehan buat masa study. Bila rehan fokus bersungguh-sungguh masa study atau bekerja (atau blogging), badan terasa kering. Letih sangat. Jadi rehan akan minum air masak segelas dua. Cukup untuk rehydrate semula badan yang keletihan.

7. Beristighfar, Selawat dan Baca Al-Quran
Tak perlulah rehan cerita banyak, dugaan dan cabaran yang buat kita stress tu Allah yang hantar kepada kita. Jadi Allah jugalah yang mampu tarik balik semula. Sebab itu kita diminta kembali dan meminta kepada Allah untuk apa-apa sekalipun. Dengan mengingati Allah dan daripada kalam Allah kita akan menemui ketenangan hati.

Masa rehan hamilkan Kautsar, trimester pertama tu sangat mencabar. Waktu tu rehan banyak sangat kerja di jabatan tapi tubuh tersangat letih. Akibatnya rehan cepat stress dan marah-marah (rehan memang jenis buat kerja bersungguh, tak suka kalau kerja tertangguh). Dalam keadaan macam tu, kesian kat zauj Qusyairi sebab asyik kena marah dengan rehan.

Tapi hari pertama rehan consume Shaklee, mood rehan baik sangat. Terkejut zauj. Hihi. Rehan pun terkejut. Bila rehan tanya semula kat SID yang daftarkan rehan tu, rupanya salah satu suplemen Shaklee yang rehan makan tu memang berfungsi sebagai anti-stress. Suplemen anti-stress tu ialah B-Complex. Sampai hari ni rehan tak pernah miss makan B-Complex. Lebih-lebih lagi bila anak dah dua, Kautsar pun makin besar makin banyak kepandaian. Rumah tak pernah kemas sebab Kautsar dah kemas. Haha.

Rehan harap tips yang rehan share ni bermanfaat kepada semua yang baca. Kalau ada tips lain sudi-sudilah kongsikan di ruang komen. Boleh rehan apply, inshaAllah.

Ada apa-apa pertanyaan berkaitan Shaklee boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.co

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...