"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Hadiah Kelahiran Arfa Yang Sangat Kreatif.

Assalamualaikum.

Sebelum ni rehan ada post pasal beras kan. Cakap pasal beras tergerak rehan nak share hadiah yang kami dapat sempena kelahiran Arfa. Rehan mengaku kawan-kawan dan family rehan memang kreatif kali ni. Sebab hadiah yang dapat kali ni jauh melantun-lantun berbeza berbanding hadiah kelahiran Kautsar dulu.

Sebelum tu share sikit hadiah apa yang kami dapat sempena kelahiran Kautsar dulu.

Masa Kautsar lahir kami dapat banyak sangat barang baby. Anak sulung kot, sebab tu ramai yang belikan barang baby. Kebanyakannya bagi baju. Segala jenis baju kami dapat, cukup stok dari lahir sampai Kautsar umur setahun. Hihi. Selain tu kami dapat playgym, barang kelengkapan bayi, dan paling banyak dapat duit cash la. Mungkin sebab Kautsar lahir dekat nak raya kan.

Kali ni bersalinkan Arfa, hadiah yang kami dapat sangatlah variasi. Meh share sikit. Kat bawah ni rehan share gambar dari Google ye, sebab tak dan nak ambil gambar hadiah Arfa hari tu.


1. Baju, baju, baju!
Tak dapat sebanyak masa Kautsar lahir, tapi cukup banyak. Ibu dan abah tak ada kalut-kalut nak cuci baju cepat-cepat. Hihi.


2. Set Safi Balqis
Yang dapat daripada kawan-kawan kat office. Tersangatlah prihatin kan dengan kecantikan ibu Arfa. Hahah. Dapat satu set produk Safi Balqis; pencuci muka, toner, lotion, bedak, serum, krim, deodoran. Rehan google tapi tak ada gambar yang lengkap.


3. Set-set Tupperware
Nampak tak rehan tulis set-set tu? Kata jamak tu. Maksudnya rehan dapat lebih dari satu set. Berbunga-bunga hati bila member call tanya: Kau nak tupperware tak? Haruslah nak. Hati ibu mana mampu menolak godaan tupperware. Kikiki. Tupperware ni office yang bagi. Ha yang ni gambar rehan snap. Dapat 2 set, satu lagi tu set botol susu. Comel sangat! Maka dengan adanya set tupperware ni, rehan rajin sangat blend lada, bawang, bawang putih tiap-tiap hujung minggu, simpan dalam fridge dan freezer. Masak pun jadi mudah sangat, 10 minit siap!


4. Ikan bilis
Bukan calang-calang ikan bilis. Ini ikan bilis import dari Tawau tau. Dapat sekilo ikan bilik kopek. Sekilo lagi ikan bilis halus. Jangan tanya jenis-jenisnya kat rehan. Rehan tau masak dan makan je.


5. Beras
Ok, yang ni sangat best juga. Dapat besar 2 kampit daripada pemborong beras En Zulhilmi. Sekampit 5 kilo beras panjang. Sekampit lagi 5 kilo beras wangi. Berselera rehan makan dalam pantang. Sukalah zauj Qusyairi tengok rehan menggemukkan diri. Hihi.

6. Pakej Jagaan Bersalin dan Berpantang
Yang ni hadiah dari kakak dan ayah rehan. Pakej penjagaan selepas bersalin. Dalam pakej ni termasuklah mandian herba, bertangas, berurut, bertungku, urutan wajah, lilit bengkung. Sepanjang pakej ni, berat rehan turun banyak. Tapi bila rehan duduk rumah sendiri makan nasi sedap beras best tadi naik balik berat. Hahah. Ok secara jujur, rehan memang tak berdiet sebab rehan menyusukan anak :)


Setakat ni je yang rehan ingat. Dah tengah-tengah malam ni rasa mengantuk nak tidur lebih daripada rasa nak berblogging. Hihi. Tapi seriously, kreatif kan family dan kawan-kawan rehan?

Ada ke yang pernah dapat hadiah kreatif macam ni? Cuba share sikit.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...