"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

An-Naafiqa Featured Di Metro Ahad.

Assalamualaikum.

Dalam pada bersedih cat rehan dah tak ada, rehan nak share jugak berita gembira minggu lepas. Alhamdulillah side business rehan iaitu kedai pakaian nursing muslimah disiarkan dalam Metro Ahad pada 8 Mei 2016. Syukur sangat.

Sebenarnya rehan dah jual baju-baju muslimah sebelum rehan terjebak dengan Shaklee lagi. Masa tu rehan baru kahwin dan rasa macam perlukan hobi supaya masa rehan lebih terisi. Kuasa Allah swt lorongkan rehan bertemu dengan supplier Glory Collection, rehan terus daftar jadi dropship. Dalam 2-3 bulan lepas tu rehan diizinkan jadi agen dengan Glory, boleh beli stok baju dan jual kepada dropship lain. Untung pun lebih banyak. Tapi masa tu rehan jual sendiri je kat group dropship. Tak ada branding pun.

Bila rehan hamilkan Kautsar, rehan berkenalan dengan Shaklee. Masa tu terjebak join bisnes Shaklee dan terus aktif sebagai SID. Income wise, dua-dua bisnes Alhamdulillah menjadi. Tapi sampai satu masa rehan perlahankan aktiviti bisnes baju dan fokus pada bisnes Shaklee je. Sebab masa tu rehan betul-betul sibuk, masa yang berbaki rehan nak spend dengan keluarga. Nak cari duit cepat memang mudah dengan Shaklee, tapi pada rehan bisnes baju lebih memberi kepuasan. Tapi terpaksalah hentikan sementara untuk fokus pada keluarga dan anak. Rehan masih beli stok baju tapi rehan agih-agih kat student rehan yang nak buat side income. Diorang yang jual, diorang yang untung. Rehan tak berapa ambil untung masa tu sebab niat nak tolong student je.

Kemudian rehan hamilkan Arfa. Sebelum hamil Arfa, rehan minta izin Zauj Qusyairi untuk berhenti kerja. Masa tu fokus rehan 100% pada anak. Bisnes stop, kerja bergaji pun rehan resign. Mula-mula memang sesak jugak, ambil masa nak sesuaikan diri.

Sebelum resign memang rehan ada niat nak mulakan semula bisnes pakaian muslimah. Rehan memang terlalu sayang bisnes baju rehan ni. Jadi lebih kurang 6 bulan lepas resign, rehan mulakan semula bisnes pakaian muslimah. Kali ni dibawah jenama An-Naafiqa.

Alhamdulillah. 6 bulan pertama bisnes berkembang sangat pesat. Dan sekarang lepas 1 tahun serius dengan bisnes ni, jenama An-Naafiqa dah makin dikenali. Sentiasa ada orang PM untuk order baju. Dan syukur juga kali ni rehan dah berkembang daripada satu supplier kepada 3 supplier.

Dari segi masa, kebanyakan masa rehan habiskan untuk bisnes Shaklee. Bisnes Shaklee ni tak boleh rehan tinggalkan sebab rehan tau kebaikan suplemen Shaklee. Jadi tanggungjawab untuk rehan sebarkan kebaikan vitamin Shaklee sebab rehan tau kat luar sana ramai pengguna macam rehan dulu yang membuta tuli beli suplemen mahal. Kononnya suplemen mahal mesti bagus. Salah tu! Jadi tanggungjawab rehan untuk sebarkan ilmu kesihatan yang banyak rehan belajar melalui kelas nutrisi Shaklee.

Bisnes pakaian muslimah rehan pulak ada team yang uruskan. Rehan cuma pantau je. Seronok bila dapat bantu orang menimba ilmu berniaga dan menjana pendapatan. Sebab tu rehan serahkan pada team An-Naafiqa tanggungjawab untuk tunaikan permintaan pelanggan.

Rehan selalu percaya bila niat kita baik, kita guna kaedah yang patuh syariah, tak memanipulasi sistem, Allah swt akan berikan lebih daripada yang kita beri.

Baru-baru ni tiba-tiba kami dihubungi oleh wartawan Harian Metro. Beliau berminat untuk tulis artikel tentang gaya pakaian ibu menyusu. Maka terhasillah artikel di bawah.



Di sini rehan nak ucapkan syukur kehadrat Allah swt untuk peluang dan rezeki yang diberikan.
Terima kasih kepada zauj Qusyairi, Kautsar Kamaliah dan Arfa Adhaliya sebab sudi berkongsi isteri dan ibu dengan bisnes rehan.
Setinggi penghargaan kepada team An-Naafiqa yang bekerja keras membangunkan jenama dan mengembangkan pengaruh kami.

Buat pelanggan, keluarga, kawan dan sahabat yang menyokong kami, terima kasih.
Teruskan menyokong dakwah kecil kami.
Semoga menjadi medium membangunkan diri dan ummah.

Boleh lawat fb page kami di:
www.facebook.com/annaafiqa

Atau instagram:
@annaafiqa.nursing

Cara Buka Akaun Semasa di Maybank.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni rehan buka akaun semasa kat Maybank. Terus terang, leceh betul prosesnya. Rasanya tak leceh sangat pun kalau staf Maybank kat area kami ni terangkan jelas-jelas. Tapi sebab tak jelas, maka dah berkali-kali turun naik tangga Maybank baru settle.

Ceritanya macam ni.

Kami nak buka akaun semasa di Maybank menggunakan nama trade Noraihan Qusyairi, iaitu syarikat perkongsian (partnership).

Mula-mula kami pergi ke Maybank cawangan jauh sikit. Pegawai bank bagitau untuk buka akaun semasa, perlu ada introducer. Kami minta borang introducer tu tak diberi pula. Katanya dah ada introducer baru ambil borang.

Kemudian kami ke cawangan Maybank dekat-dekat kawasan rumah. Dapat ambil borang introducer. Katanya sesiapa yang ada akaun semasa Maybank boleh jadi introducer. Kawan kami pun setuju, kami pun bawa la borang yang dah disain tu ke bank.

Sampai kat bank, introducer kami tak cukup syarat sebab akaun semasa beliau belum pun setahun. Ok. Rupanya kena ada akaun semasa lebih setahun baru boleh jadi introducer. Buat kali ke-4 kami ke Maybank dengan borang introducer yg baru, disain oleh introducer yang dah lebih setahun buka akaun semasa di Maybank.

Ok. Kali ni borang diterima. Urusan diteruskan. Kena sain macam-macam borang. Lebih kurang 30 minit juga baru siap semua urusan.

Ops. Tak selesai lagi. Haha. Kena balik rumah dulu. Tunggu pegawai bank telefon lebih kurang dalam masa seminggu untuk buka akaun. Seminggu ni untuk selesaikan dokumen je.

Minggu depannya kami ke bank lagi lepas pegawai bank telefon. Akaun dah sedia untuk dibuka. Jadi ke datang bawa duit RM2000 untuk buka akaun. Dah selesai duit masuk, akaun dah aktif. Dah boleh mula guna akaun tersebut.

Opsss tak siap lagi. Kena beratur kat kaunter lain pula untuk aktifkan internet banking. Internet banking yg diaktifkan tu cuma boleh tengok baki dan transaction history je. Tak boleh transfer ke, bayar bil ke. Semua tak boleh.

Nak aktifkan transfer atau bayar bil etc kena isi borang lain. Senaraikan no akaun yang nak disenaraikan sebagai Favourite, lepas tu bagi kat kaunter. Kaunter yang akan key in kan. Kita tak boleh buat sendiri.

Dah selesai?? Opsssss. Ada lagi. Hihih.

Buku cek belum dapat lagi. Tunggu lagi. Tunggu pegawai telefon untuk ambil buku cek bila dah siap. Kami tunggu lebih kurang dua minggu.

Ok. Baru selesai. Alhamdulillah.

Keseluruhannya makan masa hampir 1 bulan, enam (6) kali ke Maybank dari mula bertanya hingga selesai urusan.

Kawan-kawan yang perlukan introducer untuk bisnes, tunggu setahun lagi ye baru rehan boleh jadi introducer. Hahah.

Sekian. Tamat episod akaun semasa.

Review: Seluar dan Skirt Hamil dari The Pallazo Expert

Assalamualaikum.

Hari ni nak bayar hutang review. Review kali ni tentant seluar dan skirt hamil dari facebook The Pallazo Expert.

Saya tak pernah beli seluar pallazo. Waktu hamil Kautsar, saya banyak pakai seluar biasa je. Walaupun Kautsar bayi yang besar, seluar saya muat. Bila dah tak muat, saya bertukar pakai baju kelawar atau apa-apa baju onesie yang selesa.

Hamil kali ni tak sesuai pakai onesie sebab saya nak menyusukan Kautsar susah. Sejak kandungan usia 4 bulan leboh saya dah mula fikir-fikir apa nak buat. Tak ada cara lain, saya kena beli seluar mengandung.

Kebetulan ternampak iklan kat facebook oleh The Pallazo Expert. Promosi 3 helai seluar pallazo/skirt cuma RM90 termasuk pos. Murah sangat kan! Apa lagi, terus order 2 seluar dan 1 skirt.


Apa yang paling best tentang TPE ni: servis sangat mengancam. Tersangat best servisnya. Rasa macam masuk kedai beli terus dengan tuan kedai tu. Haha. Mula-mula saya whatsapp owner TPE, Pn Ainul namanya, beliau balas sangat mesra. Saya tau urusniaga ni mesti mudah. Tak sangka lebih mudah dari yang saya sangka.

Dah pilih warna, dah pilih nak skirt atau pallazo, Pn Ainul boleh tanya pulak tinggi saya berapa. Saya ni tinggi tau, lebih tinggi dari En Qusyairi. Bila Pn Ainul tanya tinggi berapa, terasa bunga-bunga harapan dapat seluar dan skirt yang selesa. Sebab bukan senang nak dapat seluar/skirt saiz saya. Sebab tu saya tak pernah beli seluar dan skirt online. Hihi.

Bila dah confirm order, baru saya tanya sesuai ke saya yang tinggi hamil pulak tu nak pakai pallazo ni? Sabar je Pn Ainul layankan, hihi. Rupanya ada saiz besar lagi, tapi saya teruskan order pallazo biasa.


Skirt dan pallazo yang saya beli macam ni tapi warna lain. Jom tengok apa yang saya suka tentang seluar dan skirt ni:

  • Material soft cotton yang selesa, sejuk dan memeri (sesuai untuk ibu hamil yang semakin memboyot).
  • Labuh sesuai cukup untuk tutup aurat (kaki panjang kan, uhuk uhuk)
  • Kain tak cepat berbulu
  • Getah pinggang sangat selesa untuk perut ibu hamil, getah lebah tak beri tekanan kepada bayi dalam perut
  • Skirt cotton tapi tetap sesuai pakai ke tempat kerja
  • Boleh pakai sampai bersalin.
  • Kaki seluar tak melampau besar macam seluar pallazo biasa, tapi sedap-sedap pakai je

Terus terang, seluar pallazo ni saya lenjan habis-habisan sejak parcel sampai dari poslaju, sampai ke hari ni. Duduk rumah pun pakai seluar pallazo TPE. Keluar berjalan pun dengan pallazo TPE. Pergi kerja pakai skirt TPE sebelum perut jadi terlalu besar. Minta maaf tak ada gambar saya dengan seluar ni, sebab saya jenis jarang bergambar. Skirt tu saya pakai dalam pantang sebab masa hamil skirt tu tersangkut kat perut je jadi senteng. Haha. Sekarang dah muat elok je.

Senang kata seluar pallazo daripada TPE memang membantu sangat sepanjang saya hamil. Bukan senang ibu hamil dengan tinggi hampir 170cm dan perut keterlaluan besar nak cari seluar tau. Hihi. InshaAllah next pregnancy akan order lagi cukupkan koleksi warna pulak.

Lagi satu yang saya suka, hujung tahun sebelum masuk tahun baru saya dapat whatsapp daripada Pn Ainul tentang Year End Sale oleh TPE. Ya ampun murah sangat! Ikut hati memang nak borong waktu tu tapi En Qusyairi kata banyak lagi seluar tak pakai kat rumah. Haha. Next pregnancy pulak ok, Pn Ainul.

Ibu-ibu hamil kat luar sana, saya cadangkan sangat anda beli seluar pallazo TPE ni untuk keselesaan anda dan bayi dalam kandungan. Lagi-lagi kalau anda jenis mengandung perut besar sangat macam saya. Confirm tak menyesal!



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.cm

Selamat tinggal 2014.

Assalamualaikum.

Lama saya tak post di sini. Bagi ruang untuk habiskan masa bersama keluarga dan anak sempena cuti sekolah (macam la anak dah sekolah hehe).

Alhamdulillah tahun 2014 bakal melabuhkan tirai hari ini. Banyak perjalanan suka duka sepanjang tahun ini. Tapi saya tak nak kongsi cerita 2014 saya. Bukan kedekut, tapi saya ni jenis tak simpan dalam hati. Yang lepas tu seronok ke sedih ke marah ke, lepas la. Saya jenis cepat melupakan. Hihi.

InshaAllah esok tahun baru 2015.

Tahun 2015 ini cabaran baru buat kami suami isteri. Macam-macam pembaharuan akan berlaku. Macam-macam kelainan dalam keluarga kami. Rutin akan berubah hampir 100%. Tanggungjawab bertambah dengan anak semakin membesar, tanggungan pun semakin banyak. Dah takde-takde lain, sejak seminggu dua ni kucing jalanan kat depan rumah dah rajin lepak rumah kami pulak. Jadi inshaAllah kos jagaan beliau akan dimasukkan dalam belanjawan 2015. Alhamdulillah.

Saya percaya rezeki jaminan daripada Allah swt kepada hamba-Nya yang berusaha dan yang redha dengan ketentuan-Nya. Hamba yang berserah kepada-Nya. Jadi selagi mana saya yakin dan tawakkal kepada Allah swt, tentulah Allah swt akan jaga saya dan keluarga kami. InshaAllah.

Tahun 2015 akan menjadi tahun yang gemilang buat kami sekeluarga. Bukan dalam bisnes saja, tapi dalam kekeluargaan, kebahagiaan dan kehidupan menyeluruh. Amin.

Buat semua pembaca, pelanggan dan kawan-kawan yang sama-sama berada di blog humble kami ini, terima kasih untuk sokongan anda. Yang offline juga, terima kasih selalu bersama kami.

Nantikan berita gembira sempena 2015. Yakin. Tahun 2015 adalah tahun cemerlang yang bakal merubah segalanya tentang kami :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Nasihat Lelaki Terkaya Asia.

Assalamualaikum.

Artikel asal saya petik dari blog ini.


Petua Li Ka-Shing untuk usahawan muda

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji. Pastikan anda bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian.

Belanja untuk sara hidup anda. 
Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah sebanyak maksimum RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat. Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup anda walau apapun yang berlaku.
Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.
Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dan sedikit buah.
Makan malam pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.

Belanja untuk bina rangkaian kawan. 
Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
Lebih berilmu daripada anda. Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri.
Lebih kaya daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang anda perlu korek.
Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang anda. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan anda bantuan selepas ini.

Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. 
Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:
Beli buku pengetahuan. Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan anda Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.
Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.

Belanja untuk melancong ke luar negara. 
Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang anda cari tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan anda itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan !.

Peruntukan untuk simpanan. 
Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan anda. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan. Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.
Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.
Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.

Li Ka-Shing nasihatkan pada semua usahawan muda untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan perabih duit dengan beli pakaian dan kasut mewah. Simpan terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tapi bukan ketika anda masih muda dan miskin.

Satu lagi masihat menarik dari Li Ka-Shing untuk usahawan muda adalah, jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar.


Kami di Noraihan Qusyairi ada impian yang nak sangat kami tunaikan. Sesetengah orang akan berlawan siapa lebih kaya sekarang, tapi bagi kami yang penting kami kaya di akhirat. Dunia ini, dunia sajalah. Persinggahan sementara masih diizinkan untuk bernyawa.

Cepat atau lambat kaya, bukan ukurannya. Tapi apa yang kita lakukan dengan harta yang kita ada.

Kalau ada yang berminat nak belajar macam mana kami berbisnes Shaklee, jemput hubungi kami untuk kami tunjukkan caranya.

Semoga perkongsian artikel hari ini bermanfaat.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Review Grand Lexis Port Dickson

Assalamualaikum.

Baru-baru ni masa nak ke program S2U Tours Family Day Zon Tengah hari tu kami sempat bermalam di Grand Lexis Port Dickson. Tak rancang nak ke sini pun. Asalnya cuma nak gerak pagi terus ke program. Kemudian saya la yang suka cucuk En Qusyairi supaya gerak awal bermalam di mana-mana, saja nak bawa Kautsar berjalan. 

Saya plan nak bermalam di Melaka, mungkin bawa Kautsar main air atau ke zoo, kemudian singgah beli tudung. Tiba-tiba En Qusyairi tanya: tidur di Grand Lexis nak? Rupanya En Qusyairi nak bagi hadiah advance untuk birthday saya hujung bulan ni. Allah, terharunya. Kami ni bukan jenis yang selalu tukar-tukar hadiah. Sekali sekala kalau datang perasaan romantik tu adalah keluar makan berdua. Bila En Qusyairi bagi hadiah hari lahir ni, terharu sangat rasanya.

Ok cukup-cukup cerita terharu. Jom review Grand Lexis ni ye.

Grand Lexis ni yang seronok sangat sebab setiap bilik ada private pool. En Qusyairi memang pantang jumpa air, mesti dia terjun. Kautsar pun menurun tabiat En Qusyairi suka terjun kolam. Macam saya ni pemalu, tak pernah dan inshaAllah takkan pernah terjun dalam kolam awam. Malu orang tengok kita berendam. Hehe. Lagi pula bila keluar pool nanti, baju melekat-lekat. Allah, malunya. 

Jadi En Qusyairi pilih Grand Lexis ni supaya saya boleh mandi kolam sama-sama beliau dan Kautsar. Sehari sebelum bertolak, kami tempah bilik Garden Pool. Garden Pool bilik untuk 2 orang. Selain daripada Garden Pool, ada bilik atas laut, ada yang kolamnya open air. Ada suite. Ada banyak jenis bilik, semuanya ada private pool. Kami suka buat tempahan melalui www.booking.com sebab boleh buat booking percuma, cancellation pun percuma. Cuma kena bagi detail credit card je tapi tak terus tolak bayaran.

Masa sampai, bilik Garden Pool penuh, jadi kami ditawarkan upgrade percuma ke bilik Grand Garden Pool. Grand Garden Pool ni bilik untuk 4 orang dewasa. Sangat luas, ada 2 katil king, sofa dan meja kopi, peti sejuk, pantry siap dengan microwave, cerek elektrik, pinggan mangkuk, sudu garfu pisau, ada counter makan. Dalam bilik Grand Garden Pool ni ada satu bilik persalinan. Dalamnya ada toilet dan shower berasingan, sinki, almari dan rak. Turut disediakan dalam almari ialah safe deposit box, seterika dan ironing board, payung, dan selipar.

Ruang tidur dan berehat.
Bilik persalinan dan bilik air. Almari kat sebelah kiri bilik. Maaf ler, jurugambar tak profesional macam ni je gambar yang dapat snap. Huhu.
Private pool dalam bilik. Terjun la sesuka hati bila-bila masa suka. Nak seksi-seksi tak pakai tudung pun boleh. Hihi.
Yang bestnya bilik Grand Garden Pool ni sebab kat sebelah pool tu ada ruang rehat dan shower untuk bilas. Penat berenang-renang boleh naik makan nasi sekejap. Haha. Kautsar la tu. Dah puas berenang, naik makan dulu. Lepas tu sambung berenang. Sampai ibu abah dah tak kuasa nak layan, kaki tangan pun dah kecut, pastu kena paksa naik dan tidur. Menangis la, apa lagi. Hihi.

Kolam dalam bilik kami dalamnya 4 kaki. Keluasannya saya tak pasti, tapi kalau 3-4 orang berenang sekali ok la. Lebih daripada tu, boleh berlaga dalam kolam. Sesuai la sebab bilik kami pun bilik untuk 4 orang.

Aktiviti dalam bilik dah cukup meriah, kat luar bilik lagi meriah. Ada kolam mandi terbuka, boleh sewa basikal yang kayus sambil duduk berlunjur tu, apa entah namanya. Selain tu ada permainan untuk kanak-kanak, yang macam castle tapi isi angin. Anak-anak boleh lompat-lompat dalam tu. Ada taman permainan kecil. Gimnasium, spa dan entah apa-apa lagi semuanya ada. Saya tak pusing habis sebab letih, hotelnya pula besar.

Sepan bilik kami.
Depan bilik juga, tapi background bangunan utama.
Maaf saya tak dapat nak review breakfast sebab saya tak turun breakfast pagi tu. En Qusyairi dan Kautsar je yang pergi breakfast. Saya rehat, recharge, ready nak sedut aura dan ilmu di program S2U petang itu dan esoknya :)

Pada saya, untuk pengalaman dan kalau ada acara-acara istimewa seperti sambutan ulangtahun perkahwinan, hari jadi, atau bulan madu sesuai sangat ke Grand Lexis ni. Kolam dalam bilik, memang romantik sangat kan. Hihi. Ada rezeki inshaAllah kami ke sana lagi. Lebih seronok kalau datang dengan family, boleh berkelah tepi kolam beramai-ramai.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...