"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Showing posts with label komuniti. Show all posts
Showing posts with label komuniti. Show all posts

Selamatkan Dr. Fauziah Mohd Hasan.

Assalamualaikum.


Ya Allah yang memiliki seluruh alam,
Selamatkan ibu ini.
Dan jayakan misinya untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza.
Sesungguhnya Kau yang Maha Berkuasa.

Amin.

Babywearing: Fitrah Menggendong Bayi.

Assalamualaikum.

Menggendong bayi trend yang meningkat di Malaysia. Namun sebenarnya menggendong bayi adalah fitrah. Bayi suka digendong, dan ibu suka menggendong bayi. Bayi yang digendong miliki bonding yang sangat rapat dengan ibunya, perkembangan emosinya stabil dan optimum. Malah dari segi kesihatan, menggendong bayi membantu perkembangan tulang belakang bayi secara optimum serta mengelakkan posisi yang mendatangkan kecederaan pada struktur tulang bayi.

Sebab itu menggendong bayi perlukan ilmu. Bukan mengikut trend semata-mata.


Di seluruh dunia, sejak dulu hingga kini, menggendong adalah budaya di pelbagai tempat. Selain memudahkan ibu bekerja, menggendong bayi juga memberikan keselesaan dan comfort kepada bayi. Kami suami isteri menggendong anak kami, Kautsar sejak umurnya 4 bulan. Tapi semakin besar kami jarang menggendong dan sekarang Kautsar lebih suka jalan sendiri berbanding digendong atau didukung.

Kebaikan menggendong bayi antaranya:
  • Bayi kurang menangis
  • Memudahkan penyusuan susu ibu
  • Membantu bayi adapt dengan dunia luar
  • Bagus untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi bayi
  • Hubungan ibu/bapa dan bayi yang lebih rapat
  • Mudahkan urusan harian / travel (kami gendong Kautsar sepanjang perjalanan dari Senai Airport, KLIA, Kota Bharu Airport dan balik semasa Kautsar berusia 5 bulan. Sangat mudah!)
  • Senaman baik untuk ibu/bapa yang menggendong







Kautsar 4 bulan

Kautsar 5 bulan

Kautsar 10 bulan

Kautsar 1 tahun 2 bulan
Jemput baca lebih lanjut tentang babywearing.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Paraben dan Bahayanya.

Assalamualaikum.



APA ITU PARABEN? 

Parabens adalah sebatian kimia asid para-hidroksibenzoat. Ia digunakan sebagai bahan pengawet - sebab itu paraben terdapat dalam banyak produk. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat, boleh didapati dengan mudah, dan kos yang sangat sedikit untuk menghasilkan dan menggunakan. Hampir semua paraben yang digunakan sebagai bahan pengawet adalah buatan manusia dan tidak wujud secara semula jadi. Dalam banyak-banyak sumber, paraben semulajadi hanya ditemui di beri biru sahaja.


KENAPA PARABEN BAHAYA?

Telah terdapat kajian sama ada paraben baik atau bahaya kepada manusia. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa ia adalah mungkin berbahaya dan mengaitkan paraben untuk pelbagai jenis kanser, saya telah memilih untuk mengambil jalan yang berjaga-jaga dan tidak menggunakan produk yang mengandungi paraben jika boleh. Sama ada paraben adalah begitu bahaya seperti yang selalu diperkatakan, bila berkaitan dengan tubuh badan saya, saya pilih untuk lebih berhati-hati. Jika terdapat alternatif yang lebih semula jadi, saya akan pilih yang semulajadi.

Kanser payudara. Gambar ihsan Google.
Parabens boleh menyerupai hormon estrogen, yang memainkan peranan dalam pertumbuhan kanser payudara. Para penyelidik telah menemui paraben pada tumor payudara dan percaya ada hubungan antara paraben dan tumor. Dalam isu Julai 2002 Archives of Toxicology, Dr. S. Oishi dari Jabatan Toksikologi, Makmal Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo Metropolitan melaporkan bahawa pendedahan mamalia jantan yang baru lahir kepada butylparaben "menjejaskan rembesan testosteron dan fungsi sistem pembiakan lelaki". Terdapat banyak laporan lain yang ada di seluruh internet kebanyakannya yang berkaitan dengan kesihatan reproduktif.

Saintis masih mengkaji bagaimana dan kenapa paraben boleh mempengaruhi perkeembangan bayi dan dewasa. Saya pilih untuk mengelakkan produk yang mungkin membawa bahaya dan menggantikannya dengan produk yang terbukti selamat. Tidak ada salahnya lebih berhati-hati dengan hal begini; perkara yang kita ambil ringan hari ini mungkin menyebabkan masalah kesihatan yang besar pada masa akan datang. Dan bila ada alternatif yang lebih selamat, saya lebih suka untuk tidak mengambil risiko menghadapi masalah kesihatan reproduksi atau diserang kanser akibat mengamalkan produk berbahaya.

Jadi kembali kepada soalan awal - apakah paraben? Paraben adalah bahan kimia yang kita perlu elakkan dengan bersungguh-sungguh. Noktah. Pastikan anda membeli produk bebas paraben. Selalukan membaca label pada barang-barang yang anda membeli.

[Sumber]


SHAKLEE DAN PARABEN

Vitamin kesihatan Shaklee adalah BEBAS PARABEN. Bukan saja produk berasaskan vitamin, malah produk penjagaan wajah dan rambut Shaklee juga bebas paraben. Produk penjagaan kediaman pun bebas paraben. Kenyataan saya ini dijamin oleh Shaklee Malaysia.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Bengkel Babywearing (Gendong Bayi) 101

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas, kami tiga beranak diizinkan hadir menuntut ilmu menggendong bayi di Bengkel Babywearing 101 anjuran Selat Tebrau Babywearers. Banyak sangat ilmu berkaitan kaedah menggendong bayi secara selamat yang kami dapat kutip sepanjang program berlangsung.

Program bermula jam 8 pagi. Kebetulan diadakan di UTM, alma mater saya, kami pula bermalam di Skudai. Jadi kami tak tergesa-gesa pergi. Dewan tempat bengkel berlangsung sangat luas dan selesa. Ada ruang untuk kanak-kanak menonton movie dan mewarna, ada juga ruang untuk ibu-ibu menyusukan anak.

Paling best ada booth-booth jualan dengan diskaun khas untuk peserta bengkel.



Acara pertama ialah ceramah tentang kebaikan menggendong bayi. Maaflah saya tak sempat nak tengok nama penceramah sebab sibuk layan Kautsar teruja ramai kawan. Penceramah adalah pensyarah Sains Sukan di Fakulti Pendidikan UTM yang dah banyak menerbitkan jurnal dan kertas kerja berkaitan kebaikan menggendong bayi kepada ibu dan anak.

Seterusnya adalah taklimat khas oleh En. Steven, wakil daripada IzziKlik iaitu pengedar sah baby carrier jenama Ergo di Malaysia. Taklimat En. Steven berkaitan macam mana nak bezakan Ergo tiruan (Fergo) dengan Ergo asli. IzziKlik ni satu-satunya pengedar sah Ergo di Malaysia tau, jadi kalau nak beli produk Ergo lebih baik rujuk dengan IzziKlik kat mana boleh dapatkan. Sebab baru-barunya ada pelanggan yang beli Fergo pada harga RM500 lebih di Expo Mom & Baby JB. Yang murah dah tentu fake, yang mahal belum tentu original.

Sesi ketiga adalah ceramah tentang kaedah babywearing yang selamat oleh Dr Nyazirah Wahab, doktor pakar radiologi Hospital Sultanah Aminah merangkap Presiden Selat Tebrau Babywearers. Barulah jelas kenapa kita sebagai ibu bapa WAJIB ELAK crotch-carrier. Crotch-carrier memang murah, kat kedai ada yang cuma RM60 lebih. Berbanding ergonomik baby carrier yang selamat untuk bayi harganya RM300 lebih. Ibu bapa tolong faham, ada sebab harga baby carrier yang baik tu mahal. Materialnya selamat untuk bayi, malah bayi berada dalam keadaan selesa dan selamat jika digunakan dengan kaedah yang betul.

Selesai ceramah adalah sesi latihan dalam kumpulan. Kami tiga beranak dalam Kumpulan 5, En Qusyairi satu-satunya kumbang dalam group kami. Mula-mula kami di beri masa 90 minit untuk belajar dan mahirkan diri dengan Soft-Structured Carrier (SSC) dan Ring Sling. Bagi kami berdua, SSC bukan asing sebab kami dah gunakan JumpSac Orbit seawal Kautsar berusia 4 bulan lagi. Tapi yang lebih best sebab kami dapat cuba pelbagai jenis SSC daripada jenama lain. Ada banyak jenama SSC di pasaran Malaysia antaranya TULA, Ergo, Pognae, SnuggBaby, Onya, CuddleMe, Manduca, Tugeda, KinderPack dan Boba. Kami tak dapat cuba banyak sebab Kautsar sejak dapat kaki memang taknak digendong. Lagi pun Kautsar mengantuk sangat waktu tu. Hehe.

Ring-sling mudah nak guna. Tapi entah kenapa, saya tak berapa berminat. Mungkin sebab gendong sebelah bahu je. Ring sling ni menggendong bayi dalam kain yang dijahit dengan ring (gegelung cincin). Ala-ala orang indonesia selalu bawa budak dalam kain batik. Kalau pakai batik yang tak berjahit tu kita panggil ribozo (ikat, bukan jahit). Menggendong dengan ring sling cuma guna sebelah bahu, jadi ibu bapa kena pilih bahu yang mana yang selesa. Saya memang tak minat gendong sebelah bahu sebab tak lama je mesti rasa berat sebelah. Ada kaedah pakai ring sling, kalau salah pakai akan menyebabkan sakit belakang.

Belajar buat high back carry.
Lepas break tengahari, sesi latihan dalam kumpulan yang kedua pula. Kali ini untuk belajar dan berlatih gunakan Mei Tai dan Wrap. Wrap adalah kain khas untuk menggendong bayi. Cuma sehelai kain panjang, macam shawl tapi lagi besar. Orang dengan susuk macam saya sesuai guna wrap saiz 5 (4.2 meter). Macam En Qusyairi boleh guna saiz 5 atau 6 (4.5 meter). Saya berkenan sangat dengan wrap Garisol, warnanya sangat cantik, kainnya sangat sedap dan sangat selesa untuk bayi. Ada banyak jenama wrap, antara yang affordable ialah JumpSac, BebeSachi, Deisu, Lenny Lamb. Jenama affordable ni biasanya daripada material 100% cotton.

Selain tu ada wrap yang lebih mahal dan boleh cecah lebih RM1000, seperti Pavo. Wrap mahal ni daripada material campuran sutera dan cotton. Ada juga wrap daripada material campuran linen dan cotton. Jenama wrap lain yang kami sempat usha hari tu ialah NatiBaby, Garisol, JumpSac, Deisu. Wrap ni yang paling best dan menambat hati saya. Sebab kalau pakai wrap, selesa sangat-sangat. Betul-betul ibu body ibu dan bayi. Tak ada istilah wrap tak sesuai, kecuali kalau salah pakai.

Mei Tai pulak. Mei Tai ni macam wrap, ikat-ikat keliling badan. Tapi kelebihannya ada body panel macam SSC. Lebih senang nak ikatlah berbanding wrap. Jenama yang dicadangkan BebeSachi. Kat bawah ni gambar En Qusyairi menggendong Kautsar dengan Mei Tai jenama apatah, harganya RM1200. Menangis mak dengar harganya. Nak berpeluh pun takut. Haha. 


Sepanjang bengkel memang meriah dengan kanak-kanak dan bayi. Seronok sangat Kautsar main. Tak banyak gambar yang kami tangkap. Biasalah, saya kalau dah khusyuk memang tak ingat nak bergambar. Saya bukan gila gambar pun. Hihi.


Selain tu ada banyak cabutan bertuah. Kautsar menang satu Angel Backpack dan sepasang tshirt dan seluar. Saya yang paling seronok sebab dapat voucher RM50 untuk nursing wear oleh FeedMilk dan voucher 15% off untuk beli baby carrier di FabMom. Selain tu kami berjaya borong 5 set cloth diaper untuk Kautsar pada harga RM16 setiap satu. Murah sangat! Dan cenderahati yang kami bawa balik termasuklah dua set penjagaan gigi untuk Kautsar, buku nota Fakulti Pendidikan UTM dan lebih penting lagi booklet berisi maklumat menggendong bayi. Dan kami juga dah booking sehelai wrap Lenny Lamb. Tunggu hari je sampai. Tak sabar!


Ibubapa yang berminat nak babywear anak masing-masing, saya nasihatkan joinlah mana-mana group babywearing yang bertauliah. Yang berada di sekitar Johor boleh join Selat Tebrau Babywearers. Yang lain boleh join Malaysia Babywearing. Best sebab diorang ni terlatih, dapat sijil untuk ajar gendong bayi. Selain tu diorang selalu jual beli wrap preloved pada harga affordable. Best beli yang preloved sebab dah broken in. Lembut sangat. Selesa!

Ok, terpanjang lebar la pulak kan. Sampai sini dulu. Malam ni nak tidur mimpi Garisol wrap :)

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Cara Ringkas Solat Sunat Hajat.

Assalamualaikum.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

WAKTU MELAKUKAN SOLAT SUNAT HAJAT
Boleh dilakukan bila-bila masa ( siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll.Walaubagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam,/ separuh malam.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat

Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah ( cara paling ringkas) ialah :

Lafaz niat solat sunat hajat:
صَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الحَاجَØ©ِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :

  • Baca doa iftitah
  • Baca Al Fatihah
  • Baca Surah Al Kafirun 1 kali
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

Pada Rakaat Kedua

  • Baca Al Fatihah
  • Baca Surah Al Ikhlas
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
  • Membaca Tahiyat Akhir
  • Memberi Salam

Berdoa selepas memberi salam:
Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, dijauhkan dari maksiat dll.

Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha dan ikhtiar. Salah satu dari usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui solat hajat sama ada kecil atau besar.

Hajat yg dipohon
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi/menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat/kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain


FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

  • Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah swt
  • Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah swt Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
  • Memberi ketenangan jiwa kepada seseorang
  • Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah swt
  • Tidak putus asa dengan takdir Allah swt
  • Dimakbulkan Allah swt doa yang dipohon (InshaAllah)

Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja (tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada didalam solat- batal solat jika melafazkannya).

Hajat juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi salam ( boleh melafazkannya krn telah keluar dari solat.

Semoga bermanfaat dan rajin diamalkan.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Simptom Dosa!

Assalamualaikum.

Ini adalah petikan beberapa isi penting daripada rancangan Tanyalah Ustaz yang bersiaran pada 12 Oktober 2014.

Antara dosa tak langsung tanpa sedar ialah menuduh halal dan haram sesuatu perkara

Hak menghukumkan HALAL dan HARAM itu hak Allah swt.
Janganlah kita menuduh sesuatu kerjaya atau harta sesorang itu Halal atau Haram kerana kita tiada hak untuk jatuhkan hukum Halal dan Haram jika tiada bukti asas dan sahih. Itu semua Hak Allah swt. Jangan binasakan diri sendiri dengan menindas hak Allah swt.

Antara Amal yang boleh diikhtiarkan untuk mohon dosa diampunkn Allah swt (semua jenis dosa kecuali syirik!):

  1. Haji: sebab ada hari Arafah iaitu saat paling makbul berdoa! Mohon Allah swt ampunkan dosa kita!
  2. Setiap hari iaitu 1/3 malam (jam 3 pagi hingga subuh)
  3. 10 malam terakhir Ramadhan! Carilah LailatulQadar. Bukan menunggu LailatulQadar!

Yang penting Konsisten. InshaAllah syaitan akan jauh dr menghampiri kita.


Soalan: adakah perbuatan sihir itu merupakan satu penyakit dan penghapus dosa?
1. Percaya Allah itu Maha Besar dan segala yang berlaku adalah dari-Nya
2. Jangan percaya dan yakin penyakit itu sebab datang dari sihir malah kita redha atas ketentuan dari Allah swt
3. Jadi ubatnya adalah dekatkn diri dgn Allah swt, perkasakan ilmu agama dan usaha atas jalan Allah swt untuk ikhtiar dan seterusnya berdoalah pada Allah agar dipermudahkan urusan.

Semoga bermanfaat.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Babywearing: Batu Pahat Mini Gathering.

Assalamualaikum.

Hari khamis lepas saya berkesempatan turut serta dalam mini gathering ahli persatuan Selat Tebrau Babywearers Batu Pahat. Alhamdulillah. Memang saya dah plan nak beli wrap tapi tak berkesempatan nak dating dengan wrapper yang dah pro. Disebabkan payah nak jumpa babywearing gear ni kat mana-mana kedai, bila join mini gathering macam ni seronok la sangat dapat try macam-macam.

Sebelum cerita panjang, saya nak ingatkan cara menggendong bayi yang selamat ialah dengan keadaan kaki bayi terkangkang, lutut lebih tinggi daripada punggung (deep seat).

Yang sebelah kiri ni cara tak selamat, crotch-carrier yang meletakkan berat bayi sepenuhnya pada kawasan crotch. Cara ni boleh menyebabkan kecederaan pada bayi, dan dah tentu bayi tak selesa. Yang kanan adalah cara yang selamat. Berat bayi tersebar sekata, ibu dan bayi selesa.

Ok jom layan kegilaan kami :)

Lambakkan carrier. Try semua!

Fatehah, kawan baru saya :)

Kawan sekolah agama, senior sekolah menengah, Aman dan baby Ayra.

Kak Yus, mentor babywearing Batu Pahat.

Mini gathering yang tak mini sangat. Ramai yang datang rupanya. Tak sia-sia balik cepat-cepat goreng keropok lekor hihi.
Ok gambar saya tak ada. Sebabnya masa semua orang seronok cuba macam-macam carrier, saya sibuk berkejaran dengan Kautsar yang tak reti diam. Aktif sangat Kautsar, semput ibu layankan. Hihi.

Masih belum terlambat untuk sesiapa yang nak join bengkel Babywearing 101 Oktober ini.


Untuk cara-cara mendaftar ke bengkel ni, boleh rujuk entri saya ini.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Ibubapa: Bengkel Babywearing 101

Assalamualaikum.

Seronok tak kalau kita dapat gendong anak kita sentiasa? Tapi dalam masa sama, tangan kita bebas nak lakukan macam-macam kerja. Best, kan?

Alhamdulillah kami diperkenalkan dengan insan-insan yang suka berkongsi minat babywearing mereka. Mereka bukan saja golongan profesional yang mengamalkan kaedah parenting yang sangat close to heart, tapi mereka juga adalah orang yang berkelayakan untuk memberi panduan, kelas dan latihan kepada ibubapa yang masih baru berjinak dengan babywearing.

Kami berbesar hati menyampaikan hajat mereka menjemput ibubapa yang berminat untuk menyertai Bengkel Babywearing 101 anjuran Set Tebrau Babywearers seperti ketetapan berikut:


Bengkel ini akan diadakan pada 18 Oktober 2014 di Dewan Sri Meranti, Kolej Kediaman Rahman Putra Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Masuk ikut pintu utama UTM, kemudian belok kiri. Kolej pertama dengan blok bangunan bermula dengan huruf G tu Kolej Rahman Putra.

Bayaran cuma RM50 (single) atau RM75 (berpasangan). Boleh buat bayaran kepada Puan Ilya Shakila Kamal ke akaun Maybank 311140137564, masukkan email selattebraubabyweares@gmail.com.

Selesai buat bayaran boleh isi borang ini.

Kami berdua dan si kecil Kautsar dah tentu akan hadir. InshaAllah kita berjumpa di sana ye. Selamat menggendong anak :)


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Doa Untuk MH17.

Assalamualaikum.


Saya ingat lagi awal pagi tersebut bila En Qusyairi kejut saya untuk bersahur. Waktu itu badan saya tak berapa sihat, jadi En Qusyairi sendiri yang sediakan makanan bersahur. Sebaik saja saya buka mata, beliau katakan ada pesawat Malaysia ditembak di sempadan Rusia.

Reaksi saya? Saya tak boleh berhenti istighfar. Berulang kali saya tanyakan, kenapa? Kenapa buat begitu? Kenapa tembak kapal terbang?

Walaupun saya tak ada mengenali sesiapa yang terbabit dalam tragedi ini, tapi terasa dekat sangat di hati. Ada orang-orang yang saya sangat sayang yang sekarang tinggal di Eropah. Dan orang-orang yg saya sayang juga ada yang ke luar negara atas sebab sama seperti beberapa penumpang dalam pesawat tersebut. Perkara sama mungkin terjadi kepada mereka. Terus terang memikirkan kemungkinan itu sudah cukup buat saya terlalu sedih.

Saya ambil kesempatan ini untuk sampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan yang merasai kehilangan orang yang mereka sayang. Semoga dikurniakan ketabahan kepada jiwa-jiwa mereka yang menanggung perasaan akibat tragedi ini. Dan semoga roh yang beragama Islam dikurniakan Allah swt ketenangan dalam pengabadian.

Al-Fatihah.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Berhati-hati Wabak Ebola.

Assalamualaikum.


Jom fahamkan tentang wabak Ebola yang sedang menular sekarang ni.

FAKTA UTAMA
  • Ebola virus penyakit (EVD), yang sebelum ini dikenali sebagai Ebola demam denggi, adalah, penyakit yang teruk sering membawa maut pada manusia.
  • Wabak EVD mempunyai kadar kematian kes sehingga 90%.
  • Wabak EVD berlaku terutamanya di kampung-kampung terpencil di Tengah dan Afrika Barat, berhampiran hutan hujan tropika.
  • Virus ini dihantar kepada orang-orang dari haiwan liar dan spread di kalangan masyarakat manusia melalui penghantaran manusia ke manusia.
  • Kelawar buah keluarga Pteropodidae yang dianggap sebagai tuan rumah semula jadi virus Ebola yang.
  • Teruk pesakit memerlukan penjagaan sokongan yang intensif. Tiada rawatan spesifik berlesen atau vaksin sedia untuk digunakan pada orang atau haiwan.
Ebola pertama kali muncul pada tahun 1976 dalam 2 wabak serentak, dalam Nzara, Sudan, dan di Yambuku, Republik Demokratik Congo. Yang terakhir adalah di sebuah kampung yang terletak berhampiran Sungai Ebola, dari mana penyakit ini mengambil namanya.


Genus Ebolavirus adalah 1 daripada 3 orang ahli keluarga yang Filoviridae (filovirus), bersama-sama dengan genus Marburgvirus dan genus Cuevavirus. Genus Ebolavirus terdiri daripada 5 spesies yang berbeza:
  • Bundibugyo ebolavirus (BDBV)
  • Zaire ebolavirus (EBOV)
  • Reston ebolavirus (RESTV)
  • Sudan ebolavirus (SUDV)
  • Tai Hutan ebolavirus (TAFV).
BDBV, EBOV dan SUDV telah dikaitkan dengan wabak EVD besar di Afrika, manakala RESTV dan TAFV tidak mempunyai. Spesies RESTV, yang ditemui di Filipina dan Republik Rakyat China, boleh menjangkiti manusia, tetapi tidak ada penyakit atau kematian pada manusia dari spesies ini telah dilaporkan setakat ini.


JANGKITAN

Ebola terjangkit dalam populasi manusia melalui hubungan rapat dengan darah, cecair, organ atau cecair badan lain haiwan yang dijangkiti. Di Afrika, jangkitan telah didokumenkan melalui pengendalian cimpanzi yang dijangkiti, gorila, kelawar buah-buahan, monyet, antelop hutan dan landak didapati sakit atau mati atau di dalam hutan hujan.

Ebola kemudian merebak dalam masyarakat melalui manusia kepada manusia penghantaran, dengan jangkitan yang disebabkan oleh hubungan secara langsung (melalui kulit pecah atau membran mukus) dengan darah, cecair, organ atau cecair badan lain orang yang dijangkiti, dan sentuhan tidak langsung dengan persekitaran yang dijangkiti bahan seperti itu. Upacara pengebumian di mana berkabung mempunyai hubungan secara langsung dengan badan orang yang mati itu juga boleh memainkan peranan dalam penghantaran Ebola. Lelaki yang telah pulih daripada penyakit ini masih boleh menghantar virus melalui air mani mereka selama 7 minggu selepas pemulihan dari penyakit.

Pekerja penjagaan kesihatan telah kerap dijangkiti manakala merawat pesakit yang disyaki atau disahkan EVD. Ini telah berlaku melalui hubungan rapat dengan pesakit apabila langkah berjaga-jaga kawalan jangkitan tidak ketat diamalkan.

Kalangan pekerja yang berurusan dengan monyet atau babi dijangkiti Reston ebolavirus, beberapa jangkitan telah didokumenkan dalam orang-orang yang secara klinikal asimptomatik. Oleh itu, RESTV muncul kurang mampu menyebabkan penyakit pada manusia daripada spesies Ebola lain.

Walau bagaimanapun, hanya keterangan yang ada yang ada datang daripada lelaki dewasa yang sihat. Ia akan menjadi terlalu awal untuk meramalkan kemungkinan kesan kesihatan virus kepada semua kumpulan penduduk, seperti orang yang imunisasi terjejas, orang yang mempunyai keadaan perubatan yang mendasari, wanita hamil dan kanak-kanak. Lebih banyak kajian RESTV diperlukan sebelum kesimpulan muktamad dapat dibuat tentang yang pathogenicity dan kebisaan virus ini pada manusia.


TANDA-TANDA DAN GEJALA

EVD adalah penyakit akut yang teruk virus sering dicirikan oleh permulaan secara tiba-tiba demam, lemah sengit, sakit otot, sakit kepala dan sakit tekak. Ini diikuti oleh muntah, cirit-birit, ruam, buah pinggang terjejas dan fungsi hati, dan dalam beberapa kes, pendarahan dalaman dan luaran. Dapatan makmal termasuk sel darah dan platelet kiraan putih rendah dan enzim hati tinggi.

Orang ramai berjangkit selagi darah dan rembesan mereka mengandungi virus. Virus Ebola telah diasingkan daripada air mani 61 hari selepas permulaan penyakit dalam seorang lelaki yang telah dijangkiti di makmal.

Tempoh pengeraman, iaitu, tempoh masa dari jangkitan virus tersebut kepada bermulanya gejala, adalah 2 hingga 21 hari.


DIAGNOSIS

Penyakit lain yang perlu dikesampingkan sebelum diagnosis EVD boleh dibuat termasuk: malaria, demam kepialu, Shigellosis, kolera, leptospirosis, wabak penyakit, rickettsiosis, berulang demam, meningitis, hepatitis dan lain-lain demam berdarah virus.

Jangkitan virus Ebola boleh didiagnosis secara muktamad di dalam makmal melalui beberapa jenis ujian:

  • antibodi menangkap enzim-esei imunoserapan berkaitan (ELISA)
  • ujian pengesanan antigen
  • ujian peneutralan serum
  • terbalik transcriptase Nama Pesakit (RT-PCR) assay
  • mikroskop elektron
  • virus pengasingan oleh kultur sel.

Sampel dari pesakit risiko biohazard melampau; ujian perlu dijalankan di bawah keadaan pengawalan biologi maksimum.


VAKSIN DAN RAWATAN

Tiada vaksin berlesen untuk EVD disediakan. Beberapa vaksin sedang diuji, tetapi tidak boleh didapati untuk kegunaan klinikal. Pesakit teruk memerlukan penjagaan sokongan yang intensif. Pesakit sering mengalami dehidrasi dan memerlukan rehidrasi oral dengan penyelesaian yang mengandungi elektrolit atau cecair intravena.

Tiada rawatan khusus tersedia. Terapi ubat baru sedang dinilai.


TUAN RUMAH SEMULAJADI EBOLA

Di Afrika, kelawar buah-buahan, terutamanya spesies daripada genus Hypsignathus monstrosus, Epomops franqueti dan torquata Myonycteris, dianggap tuan rumah semula jadi mungkin untuk virus Ebola. Hasilnya, pengedaran geografi Ebolaviruses mungkin bertindih dengan banjaran kelawar buah-buahan.


VIRUS EBOLA PADA HAIWAN

Walaupun primat bukan manusia telah menjadi sumber jangkitan kepada manusia, mereka tidak berfikir untuk menjadi takungan tetapi lebih kepada tuan rumah sengaja seperti manusia. Sejak tahun 1994, wabak Ebola dari EBOV dan TAFV spesies telah diperhatikan dalam cimpanzi dan gorila.

RESTV telah menyebabkan wabak EVD teruk dalam monyet beruk (Macaca fascicularis) diternak di Filipina dan dikesan dalam monyet yang diimport ke Amerika Syarikat pada tahun 1989, 1990 dan 1996, dan dalam monyet yang diimport ke Itali dari Filipina pada tahun 1992.

Sejak tahun 2008, virus RESTV telah dikesan semasa beberapa wabak penyakit berbahaya pada babi di Republik Rakyat China dan Filipina. Jangkitan asimptomatik pada babi telah dilaporkan dan inoculations eksperimen telah menunjukkan bahawa RESTV tidak boleh menyebabkan penyakit di kalangan khinzir.


PENCEGAHAN DAN KAWALAN

Mengawal Reston ebolavirus pada haiwan domestik
Tiada vaksin haiwan terhadap RESTV disediakan. Rutin pembersihan dan pembasmian kuman babi atau monyet ladang (dengan natrium hipoklorit atau bahan cuci yang lain) harus berkesan dalam inactivating virus.

Jika wabak disyaki, premis perlu dikuarantin segera. Pemusnahan haiwan yang dijangkiti, dengan pengawasan yang ketat dari pengebumian atau pembakaran bangkai, yang perlu untuk mengurangkan risiko jangkitan haiwan kepada manusia. Menyekat atau mengharamkan pergerakan haiwan dari ladang-ladang yang dijangkiti ke kawasan lain boleh mengurangkan penyebaran penyakit ini.

Sebagai wabak RESTV pada babi dan monyet telah didahului jangkitan manusia, penubuhan binatang sistem pengawasan kesihatan aktif untuk mengesan kes-kes baru adalah penting dalam menyediakan amaran awal bagi pihak berkuasa kesihatan awam veterinar dan manusia.

Mengurangkan risiko jangkitan Ebola pada orang
Jika tiada rawatan yang berkesan dan vaksin manusia, meningkatkan kesedaran tentang faktor-faktor risiko untuk jangkitan Ebola dan langkah-langkah perlindungan individu boleh mengambil satu-satunya cara untuk mengurangkan jangkitan kepada manusia dan kematian.

Di Afrika, semasa wabak EVD, mesej kesihatan awam pendidikan pengurangan risiko perlu memberi fokus kepada beberapa faktor:

  • Mengurangkan risiko jangkitan hidupan liar kepada manusia dari kenalan dengan kelawar buah yang dijangkiti atau monyet / kera dan pemakanan daging mentah. Haiwan perlu dikendalikan dengan sarung tangan dan pakaian pelindung yang sesuai yang lain. Produk haiwan (darah dan daging) hendaklah dimasak dengan sempurna sebelum dimakan.
  • Mengurangkan risiko jangkitan manusia kepada manusia dalam masyarakat yang timbul daripada hubungan secara langsung atau rapat dengan pesakit yang dijangkiti, terutamanya dengan cecair badan mereka. Sentuhan fizikal rapat dengan pesakit Ebola harus dielakkan. Sarung tangan dan alat pelindung diri yang sesuai perlu dipakai semasa menjaga pesakit di rumah. Basuh tangan dengan kerap diperlukan selepas melawat pesakit di hospital, dan juga selepas menjaga pesakit di rumah.
  • Masyarakat yang dijangkiti oleh Ebola perlu memaklumkan kepada penduduk mengenai sifat penyakit ini dan kira-kira langkah-langkah membendung wabak, termasuk pengkebumian orang mati. Orang yang telah meninggal dunia daripada Ebola perlu dengan segera dan selamat dikebumikan.
  • Ladang babi di Afrika boleh memainkan peranan dalam penguatan jangkitan kerana kehadiran kelawar buah di ladang ini. Langkah-langkah biosekuriti yang sesuai perlu berada di tempat untuk menghadkan penghantaran. Untuk RESTV, mesej kesihatan awam pendidikan perlu memberi fokus kepada mengurangkan risiko jangkitan babi kepada manusia akibat daripada penternakan haiwan yang tidak selamat dan amalan penyembelihan, dan penggunaan yang tidak selamat daripada darah segar, susu mentah atau tisu haiwan. Sarung tangan dan pakaian perlindungan yang sesuai lain perlu dipakai semasa mengendalikan haiwan yang sakit atau tisu mereka dan apabila menyembelih haiwan. Di kawasan-kawasan di mana RESTV telah dilaporkan pada babi, semua produk haiwan (darah, daging dan susu) hendaklah dimasak dengan sempurna sebelum makan.



MENGAWAL JANGKITAN DALAM PERSKITARAN PENJAGAAN KESIHATAN

Manusia ke manusia penghantaran virus Ebola yang terutamanya yang berkaitan dengan hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan cecair darah dan badan. Penghantaran kepada pekerja-pekerja penjagaan kesihatan telah dilaporkan apabila langkah-langkah kawalan jangkitan yang sewajarnya tidak dipatuhi.

Ia tidak selalu mungkin untuk mengenal pasti pesakit dengan EBV awal kerana gejala awal mungkin tidak spesifik. Atas sebab ini, adalah penting bahawa pekerja penjagaan kesihatan menggunakan langkah berjaga-jaga standard konsisten dengan semua pesakit - tanpa mengira diagnosis mereka - dalam semua amalan kerja pada setiap masa. Ini termasuk kebersihan asas tangan, kebersihan pernafasan, penggunaan peralatan perlindungan diri (menurut risiko percikan atau kenalan lain dengan bahan-bahan yang dijangkiti), amalan suntikan yang selamat dan amalan pengebumian selamat.

Pekerja penjagaan kesihatan penjagaan pesakit yang disyaki atau disahkan virus Ebola perlu memohon, sebagai tambahan kepada langkah berjaga-jaga standard, selain langkah-langkah kawalan jangkitan untuk mengelakkan pendedahan kepada darah dan cecair badan pesakit dan hubungan yang tidak dilindungi secara langsung dengan alam sekitar mungkin tercemar. Apabila dalam hubungan yang rapat (dalam tempoh 1 meter) pesakit dengan pekerja EBV, penjagaan kesihatan perlu memakai pelindung muka (perisai muka atau topeng perubatan dan cermin mata), bersih, bukan steril gaun lengan panjang dan sarung tangan (sarung tangan steril untuk beberapa prosedur).

Pekerja makmal juga mempunyai risiko. Sampel yang diambil dari kes-kes yang disyaki Ebola manusia dan haiwan untuk diagnosis perlu dikendalikan oleh kakitangan yang terlatih dan diproses di makmal sesuai dilengkapi.

[Sumber]

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Program Wakaf Anjuran Al Shadaqah Consultancy

Assalamualaikum.

Saya berniat nak kongsikan satu khidmat komuniti / kerja amal yang kawan saya anjurkan. Di sini saya suka sangat nak jemput semua rakan-rakan blogger, SID-SID Shaklee seluruh negara, pembaca budiman, pelanggan dan bakal pelanggan kesayangan saya untuk sama-sama mengejar ganjaran dunia dan akhirat dalam program wakaf yang dianjurkan oleh Al Shadaqah Consultancy, di bawah seliaan kenalan saya Syazwani Sya.

Jemput baca makluman beliau seperti di bawah.

JOM WAKAF!
Al Shadaqah Consultancy dengan usahasama Pertubuhan Ikhlas Amal Malaysia. 
Kaedah mudah untuk beramal jariah. Salah satu amalan yang pahala nya berterusan walaupun telah meninggal dunia. Insyaallah.
Anda masih muda atau telah vateran semua orang boleh berwakaf. Niat untuk diri, keluarga, orang tersayang, masih hidup juga yang telah meninggal dunia. Sama salurkan pahala dunia akhirat.
Segala yang anda wakafkan sangat bermanfaat untuk perkembangan ummah. Insyaallah 
APA YANG BOLEH ANDA WAKAF?
IA PILIHAN ANDA! 
1. Quran Kecil.
Dalamnya bersama terjemahan.
Harga satu nama = RM5
Harga senaskah =RM50 
2. Quran Amazing Besar.
Dalamnya bersama tajwid, tafsir, pekata, sirah.
Harga satu nama = RM20
Harga senaskah = RM200 
3. Rehal.
Harga satu nama = RM5
Harga satu rehal = RM50 
4. Rak Rehal.
Harga satu nama = RM85
Harga satu rak = RM850 
Sesiapa yang berminat untuk wakaf sila pm atau whatsapp saya 0199106420.
Segala yang anda wakafkan akan disalur kepada maahad tahfiz, sekolah, mrsm, institusi serta badan yang memerlukan. 
Jom Menabung Pelaburan Dunia Akhirat!
Jom ramai-ramai penuhkan tabung akhirat kita. Semoga usaha kecil ini Allah swt balas dengan kebaikan yang tiada tara. InshaAllah.

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...