"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Shaklee Effects: Kulit Menggelupas Jadi Cantik Dalam 2 Minggu.

Assalamualaikum.

Bulan lepas zauj kesayangan bawa rehan dan anak-anak meluaskan kuasa ke utara. Fuh, bukan selalu rehan dapat jalan-jalan ke utara. Semput la jugak dengan anak-anak nak diangkut, kami berdua je kan.

Sepanjang zauj Qusyairi memandu, rehan bersilat-silatan dengan anak dara 2 orang tu. Sorang nak menyusu, sorang lagi pun nak menyusu. Dah masukkan adik dalam car seat, kakaknya pergi kejutkan pulak. Letih mak!

Letih tu ok la, dah dijangka. Lagi satu yang rehan dah jangka, kulit muka rehan mesti kering sampai menggelupas. Maklumlah, kat utara panasnya, membahang! Kalau bukan sebab cuaca sekali pun, rehan memang jenis kulit sensitif. Ber-aircond dalam kereta pun boleh buat kulit kering sampai menggelupas.

Tudia kulit. Cantik macam bulan. Huhu.
 Nak dijadikan cerita, trip ke utara tu lamanya sepuluh hari. Aduhai. Letih, kulit kering, menggelupas. Memang stress.

So balik dari trip, rehan mulakan regim ketat untuk pulihkan kulit muka rehan yang menggelupas teruk tu. Pulun punya pulun punya pulun, dalam masa seminggu je takde dah yang menggelupas tu. Tapi masa tu kulit tak licin lagi. Masih ada tona tak sekata, kesan daripada matahari dan menggelupas tu.

Lepas 2 minggu kulit rehan 100% fully recover. Nah lihatlah hasilnya:

Boleh senyum sebab dah cantik balik. Hihi.
Hebat tak? Hahaha. Lega mak, nak. Tak stress dah.

Macam mana rehan pulihkan kulit ni? Senang je. Cuma guna suplemen Set Kulit Shaklee dan skin care Enfuselle.

Tiap-tiap pagi rehan memang makan B-Complex dan Vita C. B-Complex dan Vita C memang buat kulit rasa sihat, moist, licin je. Lepas tu rehan minum ESP. ESP ni bantu renew sel yang menggelupas gantikan dengan set baru. Sebab tu lepas seminggu dah tak menggelupas dah. Malam lepas dinner, rehan minum VIVIX. Dapat efek kulit muka jadi pinkish, anjal. Terasa lawa sangat, haha. Sebelum tidur rehan makan Vita E sebiji, sebiji lagi rehan buat masker sapu kat muka. Pagi esok nak solat subuh baru cuci. Memang cepat kulit jadi moist bila consume dan sapu Vita E. Parut dan kesan menggelupas pun hilang.

Selain makan suplemen, rehan guna skin care Enfuselle juga. Cuci muka guna Enfuselle Hydrating Cleansing Lotion. Lepas cuci muka rehan sapu Enfuselle Hydrating Toner dan Enfuselle Balancing Moisturizer. Lepas tu baru sapu Nutriwhite Daily Defense Essence.

Set skin care Enfuselle ni memang serasi sangat dengan rehan. Dari pengalaman rehan, pakai Hydrating Cleansing Lotion tu kulit tak jadi kering lepas cuci. Pencuci muka biasa buat kulit rehan kering lepas cuci, walaupun petang tu rehan cuma cuci dengan air. Hydrating Toner pula bila rehan pakai kulit tak cepat berminyak. Rehan ni jenis kulit kombinasi. Walaupun berminyak, tapi kulit kerap menggelupas. Bila pakai Balancing Moisturizer, kulit rehan taklah menggelupas lagi. Last sekali pakai Daily Defense Essence tu bila nak keluar. Selalu kalau kena matahari kulit rehan akan jadi pedih. Pakai Essence ni kulit tak rasa pedih, selesa je.

Set Enfuselle Hydrating yang rehan pakai ni untuk kulit kering. Selain tu ada Set Enfuselle Purifying untuk kulit berminyak. Set NutriWhite pula untuk kulit normal dengan formula memutihkan wajah. Kalau nak beli suplemen Set Kulit Cantik, Set Skin Care Enfuselle dan NutriWhite ni boleh klik link kat bawah ye:





Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Untuk Yang Suka Shopping Online, Mesti Faham Perasaan Ni.

Assalamualaikum.

Ibu-ibu yang tengah berpantang, mesti ada pernah rasa bosan kan. Maklumlah, tak boleh keluar rumah, terperap je. Jadi tabiat ibu-ibu muda dalam pantang biasanya suka sangat shopping online. Tak dapat shopping betul-betul, shopping online pun jadilah. Hihi.

Samalah dengan rehan. Berpantang baru-baru ni memang terasa kebosanannya. Maklumlah gaya hidup rehan kan agak aktif ke sana ke sini. Ada je tempat kena pergi. Bila terperap kat rumah, terasa lambatnya masa berlalu. Nak kasi cepat sikit masa berjalan, rehan download apps Lazada. Kikiki. Zauj kesayangan geleng kepala.


Hasil pemerhatian rehan sepanjang tempoh shopping online hari tu, ada beberapa perasaan yang tak boleh dielakkan kalau kita selalu shopping online. Rehan tau ramai yang faham perasaan ni. Haa, perasaan apa tu?

1. Ada tab Shopping Cart kat laptop, ready untuk Checkout.
Biasalah, sementara idea tak sampai nak berblogging apa, kita cuci mata kat kedai-kedai online dulu. Tau-tau ada shopping cart penuh, ready nak checkout je. Time tu sibuk mesej zauj kesayangan: "Abang, mintak no card abang jap". Sambil bersuara manja. Fuh, semoga jampi menjadi.

2. Rutin tiap-tiap hari mesti nak cek online shop kegemaran.
Pukul 10 pagi lepas mandikan baby, buka Groupon. Pukul 1 tengahari lepas makan nasi jenguk Lazada. Pukul 4 petang sambil pam susu singgah FabulousMom. Ada je barang diintai. Ada je yang masuk shopping cart. Hari-hari posmen datang rumah sampai dah kenal.

3. Email promosi lagi banyak daripada email personal.
Haa yang ni ramai kantoi. Dalam sehari tu berpuluh-puluh email promosi masuk inbox. Warehouse Sales la, Members Only Sales la, Pre-GST Sales. Macam-macam sales. Kadang tu dapat email Online-Shop-Sekian-Sekian Misses U. Hamboi, misses me ke misses my credit?

4. Hafal no kad bank.
Bukan setakat no kad, no ccv dan expiry date pun hafal sekali. Bukan satu, tapi hafal semua no kad yang ada. Dengan no kad zauj kesayangan pun hafal jugak. Hahah.

5. Stress dan risau bila line internet slow masa buat bayaran.
Tunggu page iPay tak loading-loading. Stress. TAC number tak sampai-sampai. Stress. Verification dah sudah-sudah. Stress. Thank you for your payment, your order is in process. Fuh, bahagia!

6. Tak sabar nak tunggu barang sampai.
Yang best tentang shopping online ni, bila barang sampai rasa macam dapat hadiah daripada diri sendiri untuk diri sendiri. Kan seronok tu. Bila dah dapat sms notification yang barang dah shipped out, rasa macam nak ambil cuti duduk rumah tunggu posmen sampai je. Kalau terlepas posmen, nak tunggu ambil barang kat pejabat pos esoknya rasa tak sanggup sangat. Walaupun cuma beli housing handphone je.

7. Dapat kejutan dari diri sendiri.
Kadang-kadang kita lupa ada order barang kan. Tau-tau posmen datang hantar kotak. Bila buka, Yay! Surprise untuk kita dari kita juga. Rasa macam hari raya. Haha.

So apa barang yang rehan pernah beli online? Banyak sangat sebenarnya.

Masa pregnant Kautsar dulu, boleh kata segala barang beli online je. Beli Set Hamil, Berpantang dan Breastfeeding Shaklee pun online. Tau-tau sampai sekotak besar. Yippie! Selain tu rehan beli breast pump Ameda kesayangan rehan tu pun secara online. Very the bargain. Jimat ratus ratus ratus tau.

Yang terbaru rehan banyak beli barang-barang rumah. Baru-baru ni rehan beli oven Morgan 20 Liter cuma RM88 termasuk pos. Murah kan? Selain tu rehan ada beli kuali 3 pieces non-stick ceramic-coated pan harga RM99. Beli filem polaroid untuk camera Instax kitorang 4x10's cuma RM80. Yang rehan tengah tunggu barang belum sampai satu Hand-held Rechargeable Vacuum Cleaner dan 4 pasang seluar basahan untuk Kautsar.

Awak-awak suka shopping apa?


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

7 Kesilapan Sukar Hamil.

Assalamualaikum.

Ramai pasangan moden yang berkahwin tapi lambat dikurniakan cahaya mata. Malah begitu ramai pasangan di luar sana yang belum dikurniakan anak walaupun telah bertahun-tahun berumahtangga. Tanpa kita sedar, teknologi canggih serba moden boleh mempengaruhi kesuburan suami dan isteri. Malah, kepercayaan karut yang tidak berasaskan sains kesihatan turut merendahkan risiko tidaksubur di kalangan pasangan suami isteri.

Gambar ihsan Google
7 Kesilapan Sukar Hamil

1. Pelincir yang Salah
Tahukah anda menggunakan pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang untuk hamil? Semua gel pelincir boleh rosakkan sperma. Cara terbaik untuk baiki hubungan, tingkatkan pelincir semulajadi anda. Lakukan lebih banyak foreplay sebelum memulakan seks. Seterusnya lebih banyak pelincir semulajadi terhasil untuk bantu sperma terus hidup.

2. Simpanan sperma.
Ada pasangan silap tanggapan bahawa dengan mengelakkan hubungan seks dalam masa sebulan dapat menjimatkan sperma. Ini adalah silap besar! Memang benar, jika simpan sperma, anda mungkin lebih banyak waktu diperlukan. Tetapi kebanyakan sperma sudah lemah dan lembap serta tidak mampu senyawakan telur wanita. Untuk hamil, sperma yang segar diperlukan.

3. Vitamin C.
Sangat bagus untuk tingkatkan kesuburan. Ia boleh memperbaiki cecair serviks. Cecair ini berfungsi mengangkut sperma ke dalam serviks dan ke rahim. Tanpanya sperma tak mampu hidup lebih lama. Namun jangan ambil berlebihan sebab dikhuatiri akan  menyebabkan kekeringan serviks pula. Dinasihatkan ambil tidak lebih 1000mg vitamin C setiap hari.

4. Tekanan. 
Bila ada yang bertanya dan mengatakan “relaks la” ini sebenarnya akan menambah lagi tekanan. Lakukanlah terapi ketawa daripada paksa diri untuk bertenang. Tekanan boleh menyebabkan penghasilan ovumdan sperma yang tidak berkualiti.

5. Makanan. 
Wanita yang hamil tahu apa makanan yang patut dijauhi, tetapi wanita yang sedang cuba untuk hamil tidak tahu hal ini. Contohnya, jauhkan ikan yang mengandungi merkuri yang sangat tinggi namun jangan elak semua ikan kerana ada ikan yang yang kaya dengan protein, vitamin D dan asid lemak Omega-3 yang bagus.

6. Minuman berkafein.
Ada kajian mengatakan secawan kopi sehari sudah cukup memgurangkan peluang sehingga 50% wanita untuk hamil dalam tempoh 12 bulan. Jadi, pengemar kopi sila ambil perhatian ya.

7. Ubat-ubatan yang mesti dijauhi orang lelaki.
Ada ubat-ubatan yang biasa diambil oleh lelaki seperti ubat rawat ulser, masalah gastrik juga ubat tekanan darah tinggi ada kesan buruk pada pengeluaran sperma juga kesuburan. Amalkan vitamin lebih baik, contohnya zinc complex, C dan E yang mengandungi selenium.

[Sumber]


ID 921922 | Batu Pahat, Johor | 012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Pengalaman Melahirkan Anak Kedua: Assalamualaikum Arfa.

Assalamualaikum.

Saya suka nak share pengalaman melahirkan anak. Sebab saya tau ramai ibu-ibu kat luar sana yang tertanya-tanya macam mana pengalaman melahirkan anak. Tak kisahlah anak pertama, kedua, hatta anak keenam sekalipun. Setiap anak pengalamannya pun berbeza.

Memang berbeza pengalaman melahirkan Kautsar dengan adiknya. Ni yang saya nak share hari ni :)

Hamil kali kedua berbeza sangat rasanya berbanding hamilkan Kautsar dulu. Waktu kandungan masuk minggu ke-38, satu hari tu dari pagi sampai ke petang perut mengeras tersangat keras. Sakitnya, Allah je yang tahu. Sejak jam 7 pagi sampai jam 2 petang perut mengeras, macam batu.

Orang kata anak kedua lagi senang lahir, sebab jalan dah ada. Lagipun jarak antara Kautsar dengan adiknya cuma setahun setengah. Jadi bila perut mengeras seharian tu, dengan rasa sakit yang teramat, saya taknak ambil risiko bersalin seorang kat rumah.

Lebih kurang jam 3 petang saya telefon En Qusyairi, zauj kesayangan. Beliau terus buat keputusan untuk bawa saya ke hospital. Kali ini kami pilih untuk kekal dengan Doktor Laila dari Puteri Specialist Hospital (PSH), JB. Kami gerak ke JB lewat, biasalah nak siapkan Kautsar, kemas-kemas rumah dulu. Hehe. Sampai di PSH, doktor dah balik. Kami terus ke labour room.

Di labour room, nurse LR cek CTG (dan entah apa lagi). Katanya tak ada contraction. Cek laluan ada bukaan 1 cm. Jadi nurse suruh balik dulu, kalau sakit lagi baru datang ke LR semula.

Seminggu saya tunggu tak bersalin juga! Haha.

Masuk minggu ke-39 tu saya dah mula risau. Kautsar dulu lahir 38w6d. Ni dah 39w tak bersalin lagi. Perut makin besar. Susah sangat nak bergerak. Nak jalan pun tak larat. Tak dapat nak exercise jalan banyak-banyak macam masa Kautsar dulu sebab perut saya besar sangat. Lagi satu, asal malam je tak boleh tidur sebab badan rasa panas sangat. Perut pun rasa sakit malam-malam.

Masa 39w5d saya tak boleh tidur malam. Perut rasa sakit. Saya duduk di ruang tamu sambil pasang aircond, literally duduk depan aircond tapi masih kepanasan. Sedangkan zauj En Qusyairi yang kuat sejuk dah berselubung dalam selimut sambil temankan saya. Waktu tu terasa perut sakit berkala. Saya kira-kira, rasa sakit tu datang sejam sekali. Masa tu yakin sangat dah nak bersalin, tapi akhirnya tertidur sebab mengantuk sangat. Haha.

Esoknya siang macam biasa. Tak rasa sakit. Cuma perut berat sangat, besar sangat. Nak bangun duduk memang sangat susah. Duduk baring duduk baring je sepanjang hari.

Malam tu sekali lagi tak boleh tidur. Masa tu 39w6d. Kalau tak bersalin dalam masa 24 jam, doktor suruh datang discuss option apa yang perlu diambil. Saya memang berdoa banyak-banyak baby lahir sebelum 40w. Alhamdulillah malam tu terasa sakit lagi.

Kali ni saya mula rasa sakit jam 2:30 pagi. Saya ambil ukuran. Sakit berulang selang 5 minit. Waktu tu perut rasa memulas, saya pun ke toilet untuk membuang dulu. Lepas membuang, saya kejutkan zauj, bagitahu perut sakit. Zauj bangun kejutkan kakak, maklumkan kami nak ke hospital. Masa tu sempat saya ke toilet membuang sekali lagi. Sakit pun dah semakin kerap. Jam 3 pagi tu sakit terasa setiap 3 minit sekali.

Memang tak boleh tunggu lagi. Kena ke hospital segera.

Saya bersiap ringkas, cium dahi Kautsar dan saya serahkan kepada Allah swt untuk jaga anak kecil saya. Anak yang sedang lena sendirian tanpa ibu dan abahnya. Dan anak yang sedang menunggu untuk menatap dunia.

Sampai di PSH jam 4 pagi. Sakit makin kerap dan kuat. Di LR, nurse ukur bukaan baru 2 cm. Nurse tolong bukakan jadi 4 cm.

4 cm, jam 4 pagi.

Masa tu sakit terasa kuat juga, tapi saya boleh tahan. Nurse cucuk untuk lembutkan bukaan serviks, dan suruh saya rehat dan tidur. Sementara tu zauj uruskan wad dan beliau tidur di wad. Saya riki-riki kat nurse LR tu, katanya inshaAllah tengahari nanti bersalinlah saya. Saya kira-kira pun tengahari nanti baru bersalin.

Nurse dah malapkan lampu. Memang sedaplah tidur. Dah la sepanjang malam tu saya tak tidur langsung. Tiba-tiba sakit contraction terasa kuat. Tiba-tiba je. Saya pun terkejut. Saya cek jam baru pukul 6:30 pagi. Saya tahankan. Makin sakit, makin sakit. Sampai saya genggam selimut hospital tu sampai tangan saya kebas.

Lama-lama rasa tak tahan, saya panggil nurse. Nurse bagi gas suruh sedut bila sakit. Waktu tu rasa mencanak-canak sakit tu tiba-tiba. Elok sangatlah dapat gas. Kalau tak, mau pengsan nak tahan sakit. Hahaha.

Nurse cek, bukaan dah 6 cm. Nurse tanya, bersalin anak sulung dulu senang ke? Senang la juga.

Pukul 7 nurse tukar shift. Baik sangat nurse tu, sebelum balik sempat jumpa saya pesan jaga diri, semoga bersalin dengan mudah. Masa tu terharu sangat, tapi sebab sakit, tak sempat nak tunjuk terharu tu. Hihi.

Nurse shift pagi masuk, terus cek bukaan. Jam 7:30 pagi bukaan dah 8 cm. Dalam hati saya, "Takkan bersalin tengahari ni."

Haha. Masa tu dah tau dah nak bersalin sangat. Tapi macam denial pun ye juga. Taknak percaya yang dah nak bersalin. Tapi bila nurse cek 8 cm, nurse terus buka lampu terang-terang, siap-siapkan barang, sorong penahan kaki. Sambil tu nurse tanya lagi, dulu bersalin senang juga ke? Senang. Memang tak boleh tolak, confirm dah nak bersalin. Terus cepat-cepat hantar mesej kat zauj suruh datang.

Zauj sampai je, terus pegang tangan. Masa ni bila sakit datang memang dah tak ingat apa dah. Ingat Allah, ingat mati. Tu je. Bila takde contraction ok la, boleh tanya-tanya nurse tu, borak sikit-sikit. Bila contraction datang lagi, genggam tangan zauj kuat-kuat rasa taknak lepas. Macam mana kalau genggaman ni yang terakhir? Tak sanggup tinggalkan zauj.

Tak lama lepas zauj sampai, datang rasa nak meneran yang tersangat-sangat. Daripada pengalaman lahirkan Kautsar, saya tau memang baby dah nak keluar sangat. Tapi, tapi tapi......

Tapi doktor belum sampai!

Masa nurse cek bukaan 8 cm, nurse terus telefon doktor dan bersiap-siap nak sambut baby. Tapi bukaan masa tu cepat sangat, rasa nak teran tu pun tiba-tiba terus datang. Nurse kata jangan teran dulu. Tapi kalau baby nak keluar macam mana nak tahan. Hahaha. Saya takde la rasa marah ke, bengang ke. Masa tu rasa nak keluarkan baby je. Dam rasa terkejut sebab cepat sangat, kan.

Dua tiga kali rasa meneran yang teramat sangat tu datang. Saya cakap kat nurse, tak boleh tahan. Takut terteran je. Tapi Allah swt rancang memang cantik. Waktu saya rasa dah tak tertanggung, waktu tu doktor sampai. Doktor sangat profesional dan cekap. Cepat sangat doktor bersiap nak sambut baby. Doktor siap je, saya terus teran sepenuh hati.

Dua kali teran, baby terus keluar. Terlalu cepat sampai zauj sempat rakam video separuh je. Nurse kata baby saya semangat, teruja nak tau berat baby berapa. Tengah rehat-rehat sementara nurse kemas-kemas lepas bersalin tu, seorang nurse masuk bilik kecoh-kecoh. Kemudian dia panggil saya.

Fresh dari ladang. Sorry, gambar sedikit grafik.

"Noraihan, anak awak 3.745 kilo!"
Terkejut ibu, nak. Hahah.

Doktor dan nurse kata inshaAllah tak koyak. Tapi koyak jugak sikit sebab tunggu doktor tu saya dah tak duduk diam, macam nak berguling-guling rasanya. Jadi masa teran pun terbawa-bawa perasaan nak berguling tu. Terangkat punggung sikit. Sedangkan masa Kautsar dulu tak angkat punggung pun. Mungkin juga koyak sikit sebab baby besar. Memang besar pun, masa kat nursery dia seorang yang debab berketul badan. Orang lain kecil comel je. Hihi.

Sama macam lahirkan Kautsar dulu, Doktor Laila puji sebab pandai teran. Masa Kautsar pun doktor puji, siap cakap kes saya antara yang paling senang beliau pernah handle. Bangga sekejap. Haha. Nurse-nurse pun berulang kali puji, senangnya saya bersalin. Dalam hati saya fikir, sama macam arwah mak. Arwah mak pun jenis senang bersalin. Alhamdulillah.

Maka lahirlah anak kedua kami. Kami panggil adik Kautsar dengan nama Arfa. Maksudnya wangian. Wangi je sampai sekarang. Minum susu tumpah-tumpah pun wangi je. Haha.

Alhamdulillah. Allah swt rahmati saya dengan proses kelahiran yang sangat senang. Sakit contraction memang dah terasa sejak jam 2-3 pagi. Tapi sakit yang tak tertahan tu tak sampai 2 jam pun. Koyak sikit sangat, ada rasa doktor jahit sikit tapi saya tak rasa macam ada koyak pun. Rasa macam tak koyak langsung. Lepas baby lahir, dah peluk-peluk cium, dah bungkus comel-comel, zauj azan dan bacakan ayat-ayat Al-Quran. Masa doktor jahit, sementara nurse kemas-kemas saya dah pegang handphone nak bagitau keluarga dan kawan-kawan yang saya dah bersalin.


Kakak dan kawan baik saya siap tanya, betul ke dah bersalin ni? Rilek je, tak macam orang bersalin pun. Saya cakap, betul dah bersalin setengah jam lepas. Tapi badan rasa segar dan bertenaga. Dalam 3-4 jam lepas tu saya dah bangun ke bilik air, cuci luka dan bersihkan diri.

Satu perkara yang saya tak boleh lupa, waktu bersalin Kautsar dulu sampai seminggu saya rasa macam taknak bersalin lagi rasanya. Maklumlah, anak pertama saya lahir 3.55 kilo. Bersalin Arfa ni walaupun beratnya 3.745 kilo, tapi rasa mudah sangat. Lepas baby keluar je, masa saya hembus nafas lega dalam hati terfikir, taklah teruk sangat, boleh bersalin lagi lepas ni. Hihih.

Malam pertama tidur dengan ibu. Nampak sangat tembamnya tu.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Review: Set Hamil Tanamera

Assalamualaikum.

Hamil kali ni saya saja cuba amalkan petua-petua tradisional. Biasalah bila hamil tanpa mak, setiap kali hamil macam eksperimen cuba-cuba apa yang best apa yang tak, apa yang berkesan dan membantu kehamilan kita. Kalau mak ada rasanya mak pun taklah mengongkong sangat. Tapi biasalah, anak mesti lebih bergantung kepada mak, sikit-sikit telefon mak tanya apa nak buat. Hihi. Dah tak ada mak ni, sendiri jaga diri sendiri sajalah. Hehe.

Waktu hamil Kautsar, saya amalkan 100% suplemen Shaklee dari hamil, berpantang sampai menyusukan anak. Alhamdulillah memang puas hati sangat. Tapi kali ini, saya nak cuba sesuatu yang baru yang tak pernah saya cuba. Saya amalkan rawatan tradisional pula.

Untuk dalaman saya kekal dengan Set Hamil Shaklee iaitu vitamin B-Complex, Vita-Lea, Vita C, ESP, Ostematrix dan OmegaGuard. Untuk luaran pula, saya amalkan Set Hamil Tanamera.


Ini dia Set Hamil Tanamera. Murah je cuma RM144.50 dapat 5 item ni:
  • Virgin Coconut Oil (VCO)
  • Herbal Massage Oil
  • Brown Soap
  • Lavender Floral Water
  • Feminine Herbal Wash
Item kegemaran saya dah tentu VCO. VCO ni tujuannya untuk bekalkan vitamin dan mineral untuk tubuh, untuk tenaga, tingkatkan keanjalan kulit dan untuk rawatan luar supaya bantu ibu bersalin tanpa koyak. Rasanya sedap, macam rasa biskut kelapa. Ada yang tanya saya, sedap ke minum minyak pagi-pagi? Jawapan saya senang je: ikutlah toleransi deria rasa masing-masing. Saya tak ada masalah jadi saya lebih suka minum minyak VCO daripada makan softgel.

Selain tu, saya suka sangat brown soap. Biasalah bila hamil, kulit cepat jadi gelap dan berdaki. Ada celah-celah yang tangan tak sampai nak gosok, hitamlah jadinya. Haha. Untuk elakkan kulit hitam dan berdaki ni, saya mandi guna brown soap Tanamera setiap pagi. Alhamdulillah berbeza berbanding hamil Kautsar dulu. Kali ni kulit lebih cerah, putih dan cantik macam biasa. Ewah!

Floral Water pun best. Saya sembur di muka bila-bila saya rasa letih atau mengantuk. Serta-merta terus segar. Bau pun sedap. Yang tak bestnya, tak sampai seminggu pakai floral water saya hilang. Saya syak Kautsar yang sorok kat celah-celah mana.

Lagi satu yang saya guna tegar sampai sekarang ialah Feminine Herbal Wash. Herbal wash ni bagus untuk ibu hamil sebab ramai ibu hamil yang mengalami keputihan sepanjang hamil atau selepas bersalin. Cuma rebus herbal wash ni dan air rebusan ni digunakan untuk cuci bahagian sulit. Rasa bersih dan segar herba tu. Masa pantang saya ada guna herbal wash ni untuk mandi. Hilang sengal-sengal badan bila mandi air herbal wash ni suam panas. Bau herba tu memang sedap sangat.

Cuma Massage Oil yang saya tak pakai sebab zauj En Qusyairi ada minyak panas kegemaran yang beliau guna untuk urut badan saya. Kegemaran saya, kegemaran zauj juga,

Saya beli set hamil Tanamera ni melalui akaun fb Tanamera Sri Ati. Servis pantas, sangat puas hati.

Harap entri ni bermanfaat :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...