"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Tips Simpan Dan Cairkan Susu Perahan (EBM).

Assalamualaikum.

Entry kali ini khas untu ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu. Khususnya ibu-ibu yang bekerja dan perlu hartar anak ke rumah penjaga. Hari ni kita kongsi sama-sama tips menyimpan dan mengendalikan susu perahan atau ringkasnya EBM yang saya ambil daripada internet. Banyak sangat artikel ini dah diterbitkan, saya pun tak pasti siapa penulis asal, tapi saya rujuk pada wall facebook dan juga entry oleh Momma Mia.

Gambar ihsan Google.

Penyimpanan dan Pengendalian EBM
Bagi ibu yang berkerjaya, susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Istilah-istilah Penting Susu Ibu yang Diperah
  • EBM: Expressed Breast Milk (susu yang diperah)
  • Fresh EBM: Susu yang baru diperah dan masih segar
  • Chilled EBM: Susu yg dah perah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku). Chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi.
  • Frozen EBM: Susu yg simpan dalam tempat sejukbeku

Bekas Penyimpanan Yang Sesuai
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label berikut:
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska / pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.


Tempat Penyimpanan

1. Suhu Bilik:

  • Jika bilik tidak berhawa dingin (25 °C hingga 37 °C), disarankan tidak lebih dari 4 jam.
  • Jika bilik berhawa dingin (15 °C hingga 25 °C), boleh sehingga 6-8 jam.

*suhu bilik harus stabil, contoh bilik berhawa dingin, penghawa dingin tidak dimatikan sepanjang botol EBM ada di dalam bilik tersebut.

2. Peti Sejuk / Sejukbeku:


Gambar ihsan mama Muzfirah

  • Peti sejuk 1 pintu (bahagian beku) sehingga 2 minggu.
  • Peti Sejuk 2 pintu:
    • bahagian sejukbeku (-18 °C hingga -20 °C) sehingga 3 bulan
    • bahagian sejuk (bukan beku) rak paling atas (2 °C hingga 4 °C) sebelum dibekukan boleh tahan sehingga 3-5 hari. Hari ke-5 terus masukkan ke bahagian beku.
    • bahagian sejuk (bukan beku) rak paling atas (2 °C hingga 4 °C) selepas dibekukan boleh tahan sehingga 24 jam.
  • Deep freezer (-20 °C) boleh tahan sehingga 6 bulan


3. Bekas Penyejuk

  • Cooler bag/box (0 °C hingga 4 °C), tahan 12 - 24 jam


PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula


TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Pejabat

  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais


Rumah

  • Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja di bahagian beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.


Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Pengalaman Melahirkan Anak Kedua: Assalamualaikum Arfa.

Assalamualaikum.

Saya suka nak share pengalaman melahirkan anak. Sebab saya tau ramai ibu-ibu kat luar sana yang tertanya-tanya macam mana pengalaman melahirkan anak. Tak kisahlah anak pertama, kedua, hatta anak keenam sekalipun. Setiap anak pengalamannya pun berbeza.

Memang berbeza pengalaman melahirkan Kautsar dengan adiknya. Ni yang saya nak share hari ni :)

Hamil kali kedua berbeza sangat rasanya berbanding hamilkan Kautsar dulu. Waktu kandungan masuk minggu ke-38, satu hari tu dari pagi sampai ke petang perut mengeras tersangat keras. Sakitnya, Allah je yang tahu. Sejak jam 7 pagi sampai jam 2 petang perut mengeras, macam batu.

Orang kata anak kedua lagi senang lahir, sebab jalan dah ada. Lagipun jarak antara Kautsar dengan adiknya cuma setahun setengah. Jadi bila perut mengeras seharian tu, dengan rasa sakit yang teramat, saya taknak ambil risiko bersalin seorang kat rumah.

Lebih kurang jam 3 petang saya telefon En Qusyairi, zauj kesayangan. Beliau terus buat keputusan untuk bawa saya ke hospital. Kali ini kami pilih untuk kekal dengan Doktor Laila dari Puteri Specialist Hospital (PSH), JB. Kami gerak ke JB lewat, biasalah nak siapkan Kautsar, kemas-kemas rumah dulu. Hehe. Sampai di PSH, doktor dah balik. Kami terus ke labour room.

Di labour room, nurse LR cek CTG (dan entah apa lagi). Katanya tak ada contraction. Cek laluan ada bukaan 1 cm. Jadi nurse suruh balik dulu, kalau sakit lagi baru datang ke LR semula.

Seminggu saya tunggu tak bersalin juga! Haha.

Masuk minggu ke-39 tu saya dah mula risau. Kautsar dulu lahir 38w6d. Ni dah 39w tak bersalin lagi. Perut makin besar. Susah sangat nak bergerak. Nak jalan pun tak larat. Tak dapat nak exercise jalan banyak-banyak macam masa Kautsar dulu sebab perut saya besar sangat. Lagi satu, asal malam je tak boleh tidur sebab badan rasa panas sangat. Perut pun rasa sakit malam-malam.

Masa 39w5d saya tak boleh tidur malam. Perut rasa sakit. Saya duduk di ruang tamu sambil pasang aircond, literally duduk depan aircond tapi masih kepanasan. Sedangkan zauj En Qusyairi yang kuat sejuk dah berselubung dalam selimut sambil temankan saya. Waktu tu terasa perut sakit berkala. Saya kira-kira, rasa sakit tu datang sejam sekali. Masa tu yakin sangat dah nak bersalin, tapi akhirnya tertidur sebab mengantuk sangat. Haha.

Esoknya siang macam biasa. Tak rasa sakit. Cuma perut berat sangat, besar sangat. Nak bangun duduk memang sangat susah. Duduk baring duduk baring je sepanjang hari.

Malam tu sekali lagi tak boleh tidur. Masa tu 39w6d. Kalau tak bersalin dalam masa 24 jam, doktor suruh datang discuss option apa yang perlu diambil. Saya memang berdoa banyak-banyak baby lahir sebelum 40w. Alhamdulillah malam tu terasa sakit lagi.

Kali ni saya mula rasa sakit jam 2:30 pagi. Saya ambil ukuran. Sakit berulang selang 5 minit. Waktu tu perut rasa memulas, saya pun ke toilet untuk membuang dulu. Lepas membuang, saya kejutkan zauj, bagitahu perut sakit. Zauj bangun kejutkan kakak, maklumkan kami nak ke hospital. Masa tu sempat saya ke toilet membuang sekali lagi. Sakit pun dah semakin kerap. Jam 3 pagi tu sakit terasa setiap 3 minit sekali.

Memang tak boleh tunggu lagi. Kena ke hospital segera.

Saya bersiap ringkas, cium dahi Kautsar dan saya serahkan kepada Allah swt untuk jaga anak kecil saya. Anak yang sedang lena sendirian tanpa ibu dan abahnya. Dan anak yang sedang menunggu untuk menatap dunia.

Sampai di PSH jam 4 pagi. Sakit makin kerap dan kuat. Di LR, nurse ukur bukaan baru 2 cm. Nurse tolong bukakan jadi 4 cm.

4 cm, jam 4 pagi.

Masa tu sakit terasa kuat juga, tapi saya boleh tahan. Nurse cucuk untuk lembutkan bukaan serviks, dan suruh saya rehat dan tidur. Sementara tu zauj uruskan wad dan beliau tidur di wad. Saya riki-riki kat nurse LR tu, katanya inshaAllah tengahari nanti bersalinlah saya. Saya kira-kira pun tengahari nanti baru bersalin.

Nurse dah malapkan lampu. Memang sedaplah tidur. Dah la sepanjang malam tu saya tak tidur langsung. Tiba-tiba sakit contraction terasa kuat. Tiba-tiba je. Saya pun terkejut. Saya cek jam baru pukul 6:30 pagi. Saya tahankan. Makin sakit, makin sakit. Sampai saya genggam selimut hospital tu sampai tangan saya kebas.

Lama-lama rasa tak tahan, saya panggil nurse. Nurse bagi gas suruh sedut bila sakit. Waktu tu rasa mencanak-canak sakit tu tiba-tiba. Elok sangatlah dapat gas. Kalau tak, mau pengsan nak tahan sakit. Hahaha.

Nurse cek, bukaan dah 6 cm. Nurse tanya, bersalin anak sulung dulu senang ke? Senang la juga.

Pukul 7 nurse tukar shift. Baik sangat nurse tu, sebelum balik sempat jumpa saya pesan jaga diri, semoga bersalin dengan mudah. Masa tu terharu sangat, tapi sebab sakit, tak sempat nak tunjuk terharu tu. Hihi.

Nurse shift pagi masuk, terus cek bukaan. Jam 7:30 pagi bukaan dah 8 cm. Dalam hati saya, "Takkan bersalin tengahari ni."

Haha. Masa tu dah tau dah nak bersalin sangat. Tapi macam denial pun ye juga. Taknak percaya yang dah nak bersalin. Tapi bila nurse cek 8 cm, nurse terus buka lampu terang-terang, siap-siapkan barang, sorong penahan kaki. Sambil tu nurse tanya lagi, dulu bersalin senang juga ke? Senang. Memang tak boleh tolak, confirm dah nak bersalin. Terus cepat-cepat hantar mesej kat zauj suruh datang.

Zauj sampai je, terus pegang tangan. Masa ni bila sakit datang memang dah tak ingat apa dah. Ingat Allah, ingat mati. Tu je. Bila takde contraction ok la, boleh tanya-tanya nurse tu, borak sikit-sikit. Bila contraction datang lagi, genggam tangan zauj kuat-kuat rasa taknak lepas. Macam mana kalau genggaman ni yang terakhir? Tak sanggup tinggalkan zauj.

Tak lama lepas zauj sampai, datang rasa nak meneran yang tersangat-sangat. Daripada pengalaman lahirkan Kautsar, saya tau memang baby dah nak keluar sangat. Tapi, tapi tapi......

Tapi doktor belum sampai!

Masa nurse cek bukaan 8 cm, nurse terus telefon doktor dan bersiap-siap nak sambut baby. Tapi bukaan masa tu cepat sangat, rasa nak teran tu pun tiba-tiba terus datang. Nurse kata jangan teran dulu. Tapi kalau baby nak keluar macam mana nak tahan. Hahaha. Saya takde la rasa marah ke, bengang ke. Masa tu rasa nak keluarkan baby je. Dam rasa terkejut sebab cepat sangat, kan.

Dua tiga kali rasa meneran yang teramat sangat tu datang. Saya cakap kat nurse, tak boleh tahan. Takut terteran je. Tapi Allah swt rancang memang cantik. Waktu saya rasa dah tak tertanggung, waktu tu doktor sampai. Doktor sangat profesional dan cekap. Cepat sangat doktor bersiap nak sambut baby. Doktor siap je, saya terus teran sepenuh hati.

Dua kali teran, baby terus keluar. Terlalu cepat sampai zauj sempat rakam video separuh je. Nurse kata baby saya semangat, teruja nak tau berat baby berapa. Tengah rehat-rehat sementara nurse kemas-kemas lepas bersalin tu, seorang nurse masuk bilik kecoh-kecoh. Kemudian dia panggil saya.

Fresh dari ladang. Sorry, gambar sedikit grafik.

"Noraihan, anak awak 3.745 kilo!"
Terkejut ibu, nak. Hahah.

Doktor dan nurse kata inshaAllah tak koyak. Tapi koyak jugak sikit sebab tunggu doktor tu saya dah tak duduk diam, macam nak berguling-guling rasanya. Jadi masa teran pun terbawa-bawa perasaan nak berguling tu. Terangkat punggung sikit. Sedangkan masa Kautsar dulu tak angkat punggung pun. Mungkin juga koyak sikit sebab baby besar. Memang besar pun, masa kat nursery dia seorang yang debab berketul badan. Orang lain kecil comel je. Hihi.

Sama macam lahirkan Kautsar dulu, Doktor Laila puji sebab pandai teran. Masa Kautsar pun doktor puji, siap cakap kes saya antara yang paling senang beliau pernah handle. Bangga sekejap. Haha. Nurse-nurse pun berulang kali puji, senangnya saya bersalin. Dalam hati saya fikir, sama macam arwah mak. Arwah mak pun jenis senang bersalin. Alhamdulillah.

Maka lahirlah anak kedua kami. Kami panggil adik Kautsar dengan nama Arfa. Maksudnya wangian. Wangi je sampai sekarang. Minum susu tumpah-tumpah pun wangi je. Haha.

Alhamdulillah. Allah swt rahmati saya dengan proses kelahiran yang sangat senang. Sakit contraction memang dah terasa sejak jam 2-3 pagi. Tapi sakit yang tak tertahan tu tak sampai 2 jam pun. Koyak sikit sangat, ada rasa doktor jahit sikit tapi saya tak rasa macam ada koyak pun. Rasa macam tak koyak langsung. Lepas baby lahir, dah peluk-peluk cium, dah bungkus comel-comel, zauj azan dan bacakan ayat-ayat Al-Quran. Masa doktor jahit, sementara nurse kemas-kemas saya dah pegang handphone nak bagitau keluarga dan kawan-kawan yang saya dah bersalin.


Kakak dan kawan baik saya siap tanya, betul ke dah bersalin ni? Rilek je, tak macam orang bersalin pun. Saya cakap, betul dah bersalin setengah jam lepas. Tapi badan rasa segar dan bertenaga. Dalam 3-4 jam lepas tu saya dah bangun ke bilik air, cuci luka dan bersihkan diri.

Satu perkara yang saya tak boleh lupa, waktu bersalin Kautsar dulu sampai seminggu saya rasa macam taknak bersalin lagi rasanya. Maklumlah, anak pertama saya lahir 3.55 kilo. Bersalin Arfa ni walaupun beratnya 3.745 kilo, tapi rasa mudah sangat. Lepas baby keluar je, masa saya hembus nafas lega dalam hati terfikir, taklah teruk sangat, boleh bersalin lagi lepas ni. Hihih.

Malam pertama tidur dengan ibu. Nampak sangat tembamnya tu.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Hamil dan Menyusukan Anak: Selamat ke Tak?

Assalamualaikum.


Persoalan hamil dan menyusukan anak selalu timbul. Saya sendiri berminat dengan isu ini, mana tahu rezeki saya hamil anak kedua sambil menyusukan Kautsar. Jadi beberapa kali ketika follow up dengan pakar O&G di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, saya ada bertanyakan tentang perkara ini.

Selain pendapat Dr. Noor Aini, saya ada buat banyak bacaan di blog pakar-pakar O&G terkemuka negara. Ini kesimpulan yang saya dapat:

Menyusukan bayi ketika hamil adalah SELAMAT, secara umumnya. Ibu cuma perlu pastikan:
  • Ibu mengamalkan pemakanan sihat dan lengkap dengan nutrisi untuk ibu, bayi dalam kandungan dan anak yang disusukan.
  • Pastikan ibu banyak minum air. 
Ibu yang berisiko menyusukan anak ketika hamil:
  • Pernah mengalami keguguran
  • Pernah mengalami komplikasi ketika hamil
  • Ibu yang lemah badan, kerap sakit, atau alahan teruk 
Tempoh penyusuan paling berisiko:
  • Ketika 3 bulan pertama kelahiran. Penyusuan susu badan menyebabkan kecutan rahim, jadi sepanjang tempoh 3 bulan pertama hamil, pengecutan yang kuat bagi ibu yang ada masalah rahim lemah boleh menyebabkan keguguran. 
Tanda-tanda bahaya yang perlu diawasi:
  • Kontraksi
  • Pendarahan (spotting/bleeding)

Saya harap ibu-ibu dapatkan nasihat pakar sebelum meneruskan penyusuan ketika hamil. Pastikan doktor maklum keadaan ibu yang masih menyusukan anak walaupun hamil. Hentikan penyusuan jika perlu; TOLONG utamakan keselamatan dan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Semoga bermanfaat.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Petua Hamil Tanpa Stretchmark.

Assalamualaikum.

Nak kongsi pengalaman saya hamilkan Kautsar dulu. Masa mula-mula tau saya hamil, perkara paling saya takut sekali ialah STRETCH MARKS. Mana taknya, waktu tu kakak saya baru je lahirkan anak sulung. Stretch mark kat badan dia, ya ampun, MENAKUTKAN!


Saya buat bacaan tentang stretch mark, antara faktanya stretch marks ni menurun ikut genetik kita. Maksudnya kalau mak-mak kita dulu hamil penuh stretch marks, kemungkinan besar kita pun akan ada stretch marks bila hamil.

Lagi la menakutkan! Sebab mak saya dulu memang banyak sangat stretch marks. Kakak-kakak saya pun semua penuh stretch marks dari pusat sampai ke paha. Dari punggung sampai ke betis. Sampaikan akak bidan yang datang jaga kakak saya berpantang pun terkejut. Sepanjang 15 tahun pengalaman dia jaga wanita bersalin, ini kes stretch marks paling teruk dia pernah jumpa.

Stretch marks ni berlaku sebab kulit merekah bila perut semakin membesar. Disebabkan kulit tak dapat mengembang secepat kadar perut kita membesar, maka kapilari darah di kulit akan pecah disebabkan tegangan kulit yang keterlaluan. Kapilari yang pecah tu yang menyebabkan tanda merah-merah, kadang-kadang jadi warna biru ungu atau hitam dan menyebabkan gatal.

Jangan garu tau! Lagi garu lagi teruk nanti jadinya.

Ahamdulillah sepanjang hamilkan Kautsar, saya tak ada stretch marks langsung. Kat perut tak ada, paha, lengan, punggung, betis pun tak ada. Padahal saya tak pernah sapu apa-apa krim, losyen atau minyak (ada beli tapi tak sapu hehe).

Petua saya: ESP Shaklee. Saya cuma amalkan minum ESP Shaklee sehari 3 kali. Sarapan pagi, minum petang dan minum malam. Sampai minggu ke-38 masih tak ada stretch marks, saya gembira sangat. Hingga saat bersalin pun tak ada stretch marks. Alhamdulillah.

Satu lagi yang saya perasan, bila amalkan ESP masa hamil ni, kulit jadi bbersinar glowing. Pori pun mengecil. Saya memang jenis kulit kombinasi, susah dijaga dan sangat sensitif. Waktu hamil, perubahan hormon menyebabkan kulit jadi kering dan kusam. Lepas amalkan ESP kulit jadi normal malah lebih cerah dan sekata tonanya.

Untuk bakal ibu bertuah macam saya, tak perlu banyak penjagaan ketika hamil untuk elakkan stretch marks. Bagi yang berpotensi untuk ada stretch marks, saya share sikit petua elakkan stretch marks:

  • Amalkan sapu krim/losyen/minyak anti stretch marks sebaik saja tau sedang hamil. Sapu 2 kali sehari selepas mandi.
  • Banyakkan makan sayur-sayuran hijau supaya kulit mudah meregang.
  • Jangan garu kalau gatal. Sebaiknya gosok secara perlahan atau sapukan krim.
  • Banyakkan minum air masak, sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Berminat nak dapatkan Set Hamil Shaklee, boleh hubungi kami untuk konsultasi percuma dan harga istimewa.

Semoga bermanfaat :)


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Saat Kelahiran Khalifah Kecil Kautsar Kamaliah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah khalifah kecil kami dah hampir berusia setahun lima bulan. Sekejap je rasa dah besar anak kami. Hari ni saya ibu terdetik nak cerita semua tentang Kautsar. Entah kenapa, sentimental pula rasa hari ni. Hihi.


Ibu dan abah menanti 7 bulan untuk hamilkan Kautsar. Walaupun 7 bulan tu pada orang lain mungkin sekejap, pada kami cukup lama. Tapi perancangan Allah swt memang terbaik, 7 bulan adalah waktu secukupnya untuk kami suami isteri saling berkenalan dengan lebih rapat sebelum menyandang tanggungjawab sebagai ibubapa. Maklumlah, kami cuma sempat berkenalan selama 7 bulan sebelum berkahwin.

Saat ibu syak ibu hamil, abah tak ada. Ibu bertugas di pusat bandar seminggu, abah pula di kampung bercuti. Setiap masa abah telefon ibu tanya, dah datang haid ke belum. Setiap kali juga ibu kata belum. Tamat je tugas ibu waktu tu, abah jemput ibu untuk bawa ibu bercuti. Waktu itulah ibu dan abah tau Kautsar ada dalam rahim ibu.

Ibu dan abah sama-sama menangis dalam bilik air, sambil berpelukan. Abah pegang ujian kehamilan ibu tak lepas-lepas :)

Alhamdulillah pengalaman hamilkan Kautsar mudah dan sangat seronok. Biasalah letih-letih badan pada awalnya, tapi kemudian ibu sangat bertenaga. Ibu bersemangat. Kautsar khalifah kecil ibu dan abah yang sangat baik, sangat memudahkan ibu dan abah. Tak pernah buat ibu sakit atau tak selesa. Berat badan ibu naik cantik, hb sentiasa normal, gula tak ada masalah. Semuanya mudah sepanjang hamilkan Kautsar. Dan abah kata, ibu cantik sangat sepanjang hamil :D

Waktu itu ramadhan ketiga. Balik kerja awal, ibu dan abah ke Carrefour beli barang dapur untuk masak berbuka. Ibu masak lauk daging lemak cili padi hari tu. Waktu tengah cuci pinggan lepas buka, keluar tanda bersalin. Darah dan lendir mengalir banyak, macam drama. Abah cepat-cepat solat maghrib, terus bawa ibu ke Hospital Pakar Puteri, JB.

Sampai di hospital, nurse kata bukaan baru 1 cm. Ibu balik rumah Cik Eza, tidur dan rehat. Esok inshaAllah ibu dan abah akan jumpa Kautsar.

Malam tu mula jam 3 pagi, ibu dah rasa contraction sikit. Jam 5 pagi ibu dah tak boleh tidur sebab gementar, bukan sebab sakit. Dari jam 5 pagi ibu pusing satu rumah, jalan tak berhenti semoga jalan cepat buka. Tak sabar nak jumpa anak ibu.

Lebih kurang jam 9 pagi ibu terus ke hospital sekali lagi. Nurse kata bukaan baru 1.5 cm. Lambat buka. Jumpa Doktor Laila lebih kurang jam 10-11 pagi, doktor seluk untuk stretchkan jalan. Sakit, memang sakit. Rasa macam kena sula. Hehe. Lepas tu darah turun melimpah. Ibu takut tengok darah banyak-banyak, haha. Lepas doktor seluk, ibu terus ke labour room untuk masukkan ubat buka jalan.

Nurse masukkan ubat jam 11:30 pagi. Jam 1 tengahari ibu dah rasa sakit. Kadang sakit sikit, kadang sakit banyak. Jam 2 petang, jalan dah buka 4 cm, doktor pecahkan ketuban. Anak ibu dah berak dalam perut, jadi kena bersalin cepat.

Cik Eli, Uncle Zul, Abang Luqman, Cik Eza, Mamat dan Atuk ada tunggu di bilik menunggu sepanjang hari. Abah sentiasa ada sebelah ibu; kekuatan ibu, semangat ibu. Sesaat pun ibu taknak jauh dari abah.

Ibu tak pernah pergi kelas antenatal. Sepanjang menunggu nak lahirkan Kautsar, ibu ikut semua yang nurse dan doktor suruh. Sebelum ibu bersalin, ada seorang ibu Cina yang sedang lahirkan anak kedua di bilik sebelah. Ibu boleh dengar doktor ajar ibu Cina tu, jadi ibu ikutkan apa yang doktor dan nurse kata.

Jam 4 lebih, abah minta izin keluar untuk solat Asar. Sebaik je abah balik dari surau, doktor pun masuk jenguk ibu. Doktor cek bukaan dah 7 cm. Kemudian doktor kata kalau rasa nak teran, teran sekuat hati.

Kali pertama ibu teran, caranya tak betul. Nurse suruh ibu pegang paha kuat-kuat dan tarik masa meneran. Ibu teran kali kedua. Kecoh sangat rasanya waktu tu, semua bising. Ibu abaikan kecoh-kecoh tu, ibu fokus pada suara nurse sebelah ibu yang jaga ibu. Kemudian ibu teran kali ketiga.

Alhamdulillah. Waktu tu jam 5 petang. Kautsar keluar dari rahim ibu cepat sangat. Sihat. Comel. Selamat. Waktu nurse tolak Kautsar ke nursery, semua orang tak sangka bayi itulah Kautsar. Cik Eli sempat hantar whatsapp kepada ibu tanya kalau ibu nak makan, waktu tu ibu sedang teran Kautsar. Hehe. Bila abah keluar bagitau Kautsar dah selamat dilahirkan, masing-masing kelam kabut nak tengok bayi. Tapi Kautsar dah masuk nursery.

Ibu dan abah pilih nama Kautsar Kamaliah. Maksudnya yang banyak kesempurnaan. Nama ni ibu dan abah pilih ketika dalam perjalanan pulang dari kampung satu masa tu. Inspirasinya dari surah Al-Kauthar dan juga bunga kamelia.


Alhamdulillah. Kautsar lahir dengan berat 3.55 kg, lebih dari yang ibu sangka. Kemampuan ibu untuk lahirkan anak sulong dengan berat begitu, mudah dan cepat, lebih kurang 12 jam je sakit, pun ibu tak sangka. Ibu panjatkan syukur kepada Allah swt, kerana merahmati rumahtangga ibu dan abah dengan pengalaman ini, dah hadiah cahayamata yang sangat ibu dan abah hargai.

Kautsar usia 4 hari.
Semoga besar jadi anak solehah. Penyeri rumahtangga ibu dan abah. Penyejuk hati. Pembimbing ibu dan abah ke jalan yang dirahmati Allah swt. Anak yang mendekatkan ibu dan abah kepada syurga-Nya.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Berpantang Cara Moden.

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas kami sekeluarga balik kampung melawat anak saudara terbaru dalam keluarga kami. Alhamdulillah, dalam masa 2 tahun cucu mak ayah ada 3 orang dah sekarang. InshaAllah tahun depan lebih meriah lagi, awal tahun adik ipar akan bersalin, tengah tahun kakak ipar pula. Murah rezeki mak ayah dapat ramai cucu.

Makngah Rehan, Kakyong Kautsar, Makyang Wani, Baby Iman shomel

Tahniah untuk adik Diqi dan isterinya Wani atas kelahiran bayi sulung mereka, Muhammad Iman Shauqi. Comel sangat orangnya, secomel nama. Kami sebagai mak ngah dan pak ngah macam ingat-ingat lupa je macam mana gaya dukung baby newborn. Hihi.

Terkenang waktu Kautsar baru dilahirkan :)

Bila cerita tentang bersalin ni, yang tak boleh elak nak cerita pasal berpantang. Masih ramai ibu yang memilih berpantang secara tradisional. Tapi sekarang ni trendnya ramai yang pilih berpantang cara moden juga. Waktu saya lahirkan Kautsar, saya pilih untuk berpantang cara moden. Cuma dengan vitamin Shaklee, berurut beberapa kali, berstokin, jaga makan. Itu je. Alhamdulillah tak ada masalah sampai hari ini.

Ada beberapa sebab kenapa saya tak pilih berpantang cara tradisional. Antaranya saya berdarah O, En Qusyairi pula darah A. Jadi anak-anak kami dijangka akan menghidap sakit kuning lepas dilahirkan. Jadi awal-awal lagi saya pilih untuk elakkan jamu dan makanan yang panas semasa pantang.

Selain tu, saya sendiri rendah toleransi terhadap makanan panas. Pernah beberapa kali saya cuba rawatan jamu masa saya jerawat teruk masa muda-muda dulu, badan saya memang tak boleh terima. Terasa panas, berpeluh, rimas. Kalau teruk akan naik ruam-ruam merah di badan. Jadi memang jamu bukan pilihan saya untuk berpantang.

Sebab lain ialah saya berpantang dengan dijaga oleh kakak saya (yang masa itu turut jaga anaknya berusia 9 bulan, sambil sepenuh masa sedang menyambung pengajian kedoktoran). Jadi saya perlu berpantang dengan ringkas, kebanyakan masa saya sendiri yang menguruskan bayi dan diri sendiri. Saya perlukan set berpantang yang dijamin selamat, berkesan dan mudah digunakan.

Apa yang saya amalkan masa berpantang ialah Set Berpantang Shaklee.

Credit gambar kepada blog ini.
Set ni sangat ringkas. Bangun pagi saya terus makan Zinc Complex sebiji, tujuannya untuk cepatkan luka bersalin sembuh. Kemudian minum 1 cawan ESP untuk bekalan tenaga, cepatkan luka sembuh dan cantikkan kulit yang kusam sepanjang hamil. Kemudian saya sarapan ringan; roti bakar atau bijirin dengan air koko. Lepas sarapan saya makan Vitalea, B-Complex dan Vita C sebiji setiap satu. Awal-awal berpantang saya makan 2 biji Vitalea setiap hari sebab saya cepat sangat letih dan muka pucat. B-complex bantu saya lebih tenang menguruskan anak, tak cepat stress dan lebih bertenaga. Vita-C pula meningkatkan daya tahan penyakit, sepanjang pantang Alhamdulillah saya tak demam atau selsema.

Lebih kurang jam 11 pagi, saya makan ringan lagi. Biasanya roti atau bijirin. Selain air koko, saya minum  horlick dan susu selain air masak banyak-banyak.

Tengahari saya makan nasi dengan lauk-lauk pantang yang sedap-sedap kakak saya masakkan. Saya banyak makan nasi, lauk tak sangat. Kurang berselera sejak awal hamil terbawa-bawa ketika pantang. Lepas makan tengahari saya makan OmegaGuard dan Lecithin. OmegaGuard dan Lecithin ni tak termasuk dalam set pantang, tapi saya amalkan sebab nak turunkan berat badan berlebihan lepas bersalin.

Minum petang saya makan roti dan bijirin lagi. Lagi saya akan minum ESP 1 cawan untuk bekalan tenaga hingga ke malam pula. Masa tu memang saya suka sangat makan roti bakar dan bijirin, sampai Kautsar umur hampir setahun saya suka sangat makan dua makanan ni.

Malam pula lepas makan malam saya ambil 4 biji Ostematrix. Tujuan ambil Ostematrix ni supaya badan saya segar bila bangun pagi, selain tu mudah melawaskan makanan dan elakkan sembelit. Yang paling saya suka amalkan Ostematrix sepanjang menyusukan Kautsar, susu saya jadi banyak. Alhamdulillah.

Tambahan suplemen yang saya makan ketika pantang ialah Alfalfa Complex. Tujuan ambil Alfalfa ni untuk detox seluruh sistem tubuh saya, meriahkan lagi susu badan, cepat turunkan berat dan membaiki kewanitaan yang terganggu akibat proses kelahiran.

Sepanjang tempoh berpantang selera makan saya kurang, tapi kerap sangat lapar dan haus sebab menyusukan anak. Jadi pengambilan vitamin sangat penting dan membantu saya menguruskan hal harian seperti biasa. Sejak umur Kautsar 2 minggu, semua hal Kautsar saya uruskan sendiri. Mandikan, tukarkan pampers, bawa ke klinik. Sekali sekala kakak saya akan bantu dodoikan Kautsar ketika tidur malam. Malah waktu itu saya terus aktif berniaga dan sangat sibuk menyiapkan persiapan menyambut raya.

InshaAllah jika diberi rezeki oleh Allah swt untuk berpantang kali kedua, saya akan teruskan dengan Set Berpantang Shaklee ni.

Buat ibu-ibu yang bakal bersalin, jika berminat dengan Set Berpantang Shaklee jangan segan hubungi saya untuk konsultasi percuma.



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Sembelit Lepas Bersalin.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah saya masih dikurniakan kesempatan dan kemampuan untuk terus berkongsi maklumat di blog kesihatan saya ini. Siapa tahu entah bila nikmat yang kita miliki sekarang ini ditarik semula oleh Yang Maha Pencipta. Jadi bersyukurlah untuk semuanya.

Baru-baru ni kawan rapat saya merangkap pelanggan tegar Shaklee di Noraihan Qusyairi telah selamat melahirkan bayi lelaki sulong. Tahniah kawan tersayang dan suami. Minta maaf masih tak berkesempatan menjenguk baby boy yang hensem tu. Aunty, Uncle dan Kakak Kautsar berada di luar kawasan :)

Yang tak bestnya kawan saya hantar WhatsApp mengejut, mengadu yang beliau masih belum membuang sejak bersalin seminggu lepas. Bayangkan seminggu tak membuang. Mesti tak selesa. Kalau membuang nanti mesti sakit sebab dah lama terperap.

Jadi saya terpanggil nak berkongsi tentang sembelit lepas bersalin. Harap entri ini bermanfaat untuk kawan-kawan yang masih berpantang atau yang bakal menimang cahaya mata.

KENAPA BERLAKU SEMBELIT LEPAS BERSALIN:
Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:
  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.

Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:
  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
  • anda mendapat jahitan.

ADAKAH MEMBUANG AIR BESAR LEPAS BERSALIN MENYAKITKAN?
Lazimnya tidak. Anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ini adalah disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.

Perasaan takut akan membuatkan anda rasa lebih tak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur. Cubalah alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

Anda tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak ke tandas sebab konstipasi akan melonggarkan lantai pelvis anda.


Jadi ibu-ibu jangan takut untuk membuang airbesar lepas bersalin. Ada tips-tips yang sesuai diamalkan supaya ibu lebih mudah membuang selain dapat mengelakkan sembelit lepas bersalin. Saya akan share dalam entri akan datang.

Jom baca apa kata pelanggan Noraihan Qusyairi tentang sembelit lepas bersalin:



VITAMIN CADANGAN SHAKLEE
OSTEMATRIX Shaklee.

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu satu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut. Pengambilan supplemen ini juga perlu disertakan dengan meminum air yang banyak.

OSTEMATRIX Shaklee boleh membantu anda untuk:
(1) Tidur malam lebih lena.
(2) Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan.
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.
(4) Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda ‘membuang’ pada hari keesokannya.

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Berapa Banyak Protein yang Diperlukan Setiap Hari?

Tidak ada kuantiti yang tetap untuk persoalan ini kerana keperluan protein setiap individu adalah berbeza bergantung pada umur, size, aktiviti dan tahap kesihatan semasa. Penyelidikan mengenai protein ini juga masih belum dihentikan.


Institut Perubatan mengesyorkan orang dewasa mendapat sekurang-kurangnya 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan sehari atau anggaran 64 gram bagi orang dewasa.

Di Amerika Syarikat (AS), orang dewasa mendapat purata 15 peratus kalori daripada protein; untuk orang yang memerlukan 2,000 kalori per hari diet, yang kira-kira 75 gram protein.
Bagaimana pula dengan kadar pengambilan protein untuk orang dewasa di Malaysia? Adakah pola pemakanan harian rakyat Malaysia memenuhi keperluan protein setiap hari?

Bagi mereka yang sihat, meningkatkan pengambilan protein 20 hingga 25 peratus daripada kalori boleh mengurangkan risiko penyakit jantung jika lebih protein menggantikan karbohidrat ringkas, seperti roti putih, nasi putih, atau minuman bergula. Diet tinggi protein juga boleh memberi manfaat kepada penurunan berat badan jika bersama dengan diet rendah kalori, walaupun mangambil jangka panjang untuk membuktikan keberkesanannya.

Bagi orang-orang dalam keadaan sihat juga, mengambil 20 hingga 25 peratus kalori daripada protein tidak akan merosakkan buah pinggang. Dalam penyelidikan oleh  National Academy of Sciences melaporkan bahawa diet tinggi protein bahaya untuk individu yang mempunyai penyakit buah pinggang. Selepas kajian yang teliti, mereka menyarankan hanya 10 peratus kepada 35 peratus daripada kalori harian datang daripada protein. Oleh itu merujuk doktor atau pakar diet berdaftar perlu bagi menentukan keperluan protein individu.

Menurut formula yang digunakan oleh Sears, berat badan perlu didarab dengan formula berikut, bergantung kepada tahap aktiviti luar, untuk mendapatkan keperluan protein harian dalam gram:

    Sedentari = berat dalam paun  x  0.5
    Sederhana (30 minit aktiviti bertenaga 3 hari seminggu) = berat dalam paun x 0.7
    Aktif (1 jam setiap hari 5 hari seminggu) = berat dala paun x 0.8
    Sangat Aktif (10 jam aktiviti bertenaga setiap minggu = berat dalam paun x 0.9
    Atlet = berat dalam paun x 1.0

[Sumber]


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE

Jumlah ESP yang kami cadangkan adalah sebanyak 3 sudu besar sehari. Jumlah ini mengandungi 28 gram protein iaitu bersamaan dengan 40% keperluan protein harian.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Ibubapa: Senarai Hospital Rakan Bayi (2008)

Assalamualaikum.

MAKLUMAT PELAKSANAAN HOSPITAL RAKAN BAYI DI MALAYSIA 

Amalan-amalan jagaan kesihatan boleh memberi kesan yang besar terhadap amalan penyusuan susu ibu. Faktor amalan dan persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu akan membantu ibu-ibu menyusu dengan berjaya untuk tempoh yang lebih lama.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Di Malaysia, Konsep ‘Inisiatif Hospital Rakan Bayi' telah dilaksanakan bermula pada tahun 1993. Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu, menyediakan sebuah perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan anaknya dan menjalankan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu. Pada Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan sebagai Negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai “Hospital Rakan Bayi'.

"10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” merupakan kriteria utama yang telah ditetapkan pada tahun 1989 dalam pelaksanaan Hospital Rakan Bayi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Children's Fund). Dalam pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di Malaysia, 10 langkah ke arah menjayakan penyusuan susu ibu yang telah digariskan adalah seperti berikut:-

  • Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan susu ibu. 
  • MELATIH semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini. 
  • MEMBERITAHU semua ibu mengandung tentang kebaikan susu ibu dan pengendalian penyusuan susu ibu. 
  • MEMBANTU ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa ½ - 1 jam selepas bersalin. 
  • Memberi TUNJUK AJAR kepada ibu-ibu cara menyusu dan bagaimana untuk mengekalkan penyusuan walaupun jika mereka terpisah dari bayi. 
  • Menentukan bayi baru lahir TIDAK DIBERI minuman atau makanan lain selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan. 
  • Mengamalkan “ ROOMING-IN ”, DI MANA BAYI DAN IBU DILETAKKAN BERSAMA SETIAP MASA (24 jam). 
  • MENGGALAKKAN penyusuan susu ibu mengikut KEHENDAK bayi. 
  • Menentukan bayi TIDAK DIBERI puting tiruan atau puting kosong. 
  • MEMBANTU PENUBUHAN kumpulan penyokong penyusuan susu ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital. 


STATUS HOSPITAL RAKAN BAYI DI MALAYSIA (SEHINGGA JAN 2008) 


  • Hospital Kerajaan yang telah mendapat pengiktirafan 117 
  • Hospital Tentera yang telah mendapat pengiktirafan 2 
  • Hospital Universiti yang telah mendapat pengiktirafan 2 
  • Hospital Swasta yang telah mendapat pengiktirafan 6


SENARAI HOSPITAL KERAJAAN, TENTERA, UNIVERSITI DAN SWASTA YANG TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI HOSPITAL RAKAN BAYI (2008), MALAYSIA 

Perlis 
Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

Kedah 
Hospital Sultanah Bahiyah
Hospital Sultan Abdul Halim
Hospital Kulim
Hospital Langkawi
Hospital Baling 
Hospital Sik 
Hospital Yan 
Hospital Jitra 
Hospital Kuala Nerang 

Pulau Pinang 
Hospital Pulau Pinang
Hospital Seberang Jaya
Hospital Bukit Mertajam
Hospital Kepala Batas
Hospital Sungai Bakap 
Hospital Balik Pulau 

Perak 
Hospital Ipoh
Hospital Taiping
Hospital Teluk Intan
Hospital Seri Manjung
Hospital Slim River
Hospital Batu Gajah 
Hospital Kuala Kangsar 
Hospital Tapah 
Hospital Parit Buntar 
Hospital Kampar 
Hospital Sungai Siput 
Hospital Selama 
Hospital Gerik 
Hospital Changkat Melintang 

Selangor 
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Hospital Selayang
Hospital Sungai Buloh 
Hospital Kajang
Hospital Banting 
Hospital Kuala Kubu Baru 
Hospital Tanjung Karang 
Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam 


Kuala Lumpur 
Hospital Kuala Lumpur

Putrajaya 
Hospital Putrajaya

Labuan
Hospital Labuan 

Negeri Sembilan 
Hospital Tuanku Jaafar 
Hospital Tuanku Ampuan Najihah
Hospital Tampin 
Hospital Port Dickson 
Hospital Jelebu 

Melaka 
Hospital Melaka
Hospital Alor Gajah 

Johor 
Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru 
Hospital Sultanah Fatimah, Muar
Hospital Batu Pahat
Hospital Kluang
Hospital Segamat
Hospital Kota Tinggi 
Hospital Pontian 
Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai 
Hospital Tangkak 
Hospital Mersing 

Pahang 
Hospital Tengku Ampuan Afzan, 
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
Hospital Kuala Lipis
Hospital Bentong 
Hospital Pekan 
Hospital Raub 
Hospital Jerantut 
Hospital Jengka 
Hospital Muadzam Shah 

Terengganu 
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Hospital Kemaman
Hospital Dungun 
Hospital Besut 
Hospital Hulu Terengganu 
Hospital Setiu 

Kelantan 
Hospital Raja Perempuan Zainab II
Hospital Kuala Krai
Hospital Pasir Mas 
Hospital Tanah Merah 
Hospital Tumpat 
Hospital Tengku Anis, Pasir Putih 
Hospital Machang 
Hospital Gua Musang 

Sarawak 
Hospital Umum Sarawak
Hospital Sibu
Hospital Miri 
Hospital Bintulu
Hospital Kapit
Hospital Sarikei 
Hospital Sri Aman 
Hospital Saratok 
Hospital Kanowit 
Hospital Limbang 
Hospital Serian 
Hospital Daro 
Hospital Betong 
Hospital Bau 
Hospital Mukah 
Hospital Simunjan 
Hospital Marudi 
Hospital Lundu 
Hospital Lawas 

Sabah 
Hospital Likas 
Hospital Duchess of Kent , Sandakan
Hospital Tawau
Hospital Keningau
Hospital Lahad Datu
Hospital Beaufort 
Hospital Kudat 
Hospital Kota Belud 
Hospital Sipitang 
Hospital Tenom 
Hospital Ranau 
Hospital Papar 
Hospital Kinabatangan 
Hospital Kota Marudu 
Hospital Semporna 
Hospital Beluran 
Hospital Tambunan 

JUMLAH 117 


KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA 
Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak
Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melak

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

HOSPITAL SWASTA 
Ipoh Specialist Hospital , Ipoh 
Damansara Specialist Hospital , KL
Selangor Medical Centre, Shah Alam, Selangor
Pusat Perubatan Pantai, KL
Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor
Penang Adventist Hospital , Pulau Pinang



ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...