"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Makanan Pejal Bayi: Puree Kentang dan Bayam.

Assalamualaikum.

Dalam entri sebelum-sebelum ni rehan ada share tentang peraturan 4 hari untuk perkenalkan makanan pejal pada bayi. Masa Kautsar mula-mula makan dulu rehan memang ikut peraturan tu. Tak ada masalah. Kali ni rehan perasan Arfa taknak makan buah atau sayir saja. Arfa nak makanan yang kenyang macam labu, ubi.

Tapi masalahnya rehan takut Arfa sembelit. Sebab masa Arfa makan labu, dah dua hari makan baru Arfa membuang. Rehan takut kalau Arfa sembelit bila makan ubi-ubi je tak bersulam buah atau sayur.


Jadi baru-baru ni rehan buatkan puri kentang campur bayam untuk Arfa. Bayam tu tujuannya nak elakkan sembelit. Hehe. Alhamdulillah Arfa suka sangat makan puri kentang bayam ni. Bila nampak mangkuk kuning dan sudu biru dia terus tergelak-gelak. Kalau lambat suap marah tau. Haha.


Nampak tu semangat teruja nak makan. Arfa jenis cepat lapar dan makan banyak. Kena bagi makan cepat, kalau tak dah kelaparan nanti bad mood orangnya. Hihi.

Ibu-ibu boleh la cuba buat puri kentang bayam untuk baby. Tak susah pun. Cuma rebus kentang sampai lembut. Dah lembut tu boleh terus masukkan bayam sekejap. Lepas tu boleh tos dan blend. Campur air banyak sikit supaya tak pekat sangat.

Selamat mencuba.

Salam sayang,
Qusyairi, Rehan dan anak-anak



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Tips Bawa Suplemen Ketika Travel.

Assalamualaikum.

Hari ni tergerak nak cerita pasal sihat di mana-mana. Yelah. Rehan ni orangnya lembik. Tak cergas. Cepat letih. Cepat stress. Katanya penyakit keturunan sebab rehan tengok semua adik beradik rehan macam ni. Haha.

Jadi rehan perlu la sentiasa konsisten makan suplemen. Kalau miss suplemen, bertambah-tambah lembik rehan.

Kat rumah tak ada masalah. Sebab rehan letak suplemen kat ruang tamu, sebelah meja makan. Biasanya rehan letak kat atas meja makan. Tapi raya-raya ramai orang nak datang rumah makan-makan rehan alih la ke tepi.

Masalahnya bila rehan travel. Rehan ni agak kerap travel. Dalam sebulan boleh kata seminggu dua mesti ada travel. Kadang balik kampung Perak. Kadang balik JB. Kadang ada kelas atau seminar atau bengkel atau mesyuarat. Jadi rehan kena la bawa sekali suplemen sepanjang rehan travel.


Tudia suplemen rehan. Agak-agak terbawa ke semua ni bila travel??

Dah tentu la tak. Berat nak angkat semua sekali. Hihi. Habis tu macam mana nak bawa semua suplemen ni masa travel?


Ni solution rehan dulu. Bawa pillbox ni. Yang mana nak makan banyak rehan isi dalam botol kecil ni. Lepas tu isi dalam satu beg kecil atau dalam beg tangan pun boleh. Tapi sebab rehan mana pakai beg tangan sejak bersalinkan Kautsar, jadi rehan isi dalam beg pampers je.

Sekarang lagi mudah. Sebab rehan ada multi pillbox eksklusif drp Shaklee. Best sangat.


Comel kan? Dalam ni boleh isi banyak jenis suplemen. Yang nak makan banyak ada compartment yang besar untuk simpan. Paling best sebab bila ditutup jadi kompak sangat. Senang nak simpan. Tak makan ruang.

Jadi tak ada alasan tak makan suplemen bila travel. Senang sangat bila ada pillbox macam ni kan?

Siapa nak pillbox ni boleh cari rehan ye. Rehan nak kongsi dengan orang yang betul-betul berminat jaga kesihatan je.

Jumpa lagi dalam next entry.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Resepi Cheese Baked Meat Ball Carbonara: Tak Perlu Prego.


Assalamualaikum.

Ceritanya semalam rehan bukak peti sejuk. Ternampak la meat ball satu tupperware tersorok dalam freezer. Tengahari tu sambil berkejar-kejar tengokkan Arfa dan Kautsar, rehan sempat la buat sup meat ball (orang jawa panggil bakso). Sedap Kautsar makan.
Ada lah baki lagi separuh tupperware. Jadi rehan fikir nak masak cheese baked meat ball carbonara. 

Dulu masa rehan belum mengandungkan Arfa memang rajin masak carbonara. Macam-macam resepi rehan pernah cuba. Semalam bila nak masak semua resepi rehan lupa. Tapi apa susah, Google kan ada.
Rehan google punya google resepi carbonara, semuanya gunakan sos Prego. Apakah? Share resipi masak guna Prego?? Wasnt that funny?

Ops. Speaking london pulak.

Maka terzahirlah status di facebook rehan seperti gambar di atas. Geram tau geram. Bukan susah pun masak carbonara sampai semua orang kena guna Prego. Maka disebabkan geram, rehan hantam je masak guna resepi ingat-ingat lupa. Hantam je.

Ni rehan nak share cara buat Cheese Baked Meat Ball Carbonara dengan sangat mudah, gerenti jadi, gerenti sedap. Tak payah nak sukat-sukat sangat. Agak-agak je.

Bahan-bahan:
10-15 biji meat ball
1 biji bawang holland sederhana besar dipotong dadu
2 biji bawang putih sederhana besar dicincang / diketuk
2-4 biji cendawan butang dihiris
1/2 biji lada benggala dihiris
2-4 biji cili hijau
1 sudu mentega
2-3 cawan susu segar Dutch Lady
3 keping cheese petak dicarik
Serbuk / flakes lada hitam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Serbuk / flakes oregano secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara masak:
1. Goreng meat ball. Angkat dan susunkan dalam loyang. Taburkan cendawan dan lada benggala di atas meat ball.
2. Panaskan mentega dalam kuali. Tumis bawang, bawang putih dan cili hijau sampai lembut.
3. Masukkan cheese. Tumis sampai cheese agak cair.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga dapat kepekatan yang dikehendaki.
5. Taburkan lada hitam, lada sulah, oregano dan garam. Kacau rata. Pastikan cheese cair. Tutup api.
6. Tuangkan kuah ke dalam loyang. Tabur cheese pizza banyak-banyak kalau ada. Kalau tak ada tabur cheese petak pun boleh.
7. Bakar dalam oven dengan api atas bawah 180°C selama 15 minit (agak-agaklah oven masing-masing). Kalau tak ada cheese lebih langsung, tak payah bake. Makan gitu je dah sedap.


Ini dia hasilnya. Sedap hingga menjilat jari. Tak rindu langsung kat Prego. Prego? Apa tu Prego?? Haahah.

Selamat mencuba!

Salam sayang,
Rehan, Qusyairi dan anak-anak.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Bila Dah Jadi Mak-mak Ni...

Assalamualaikum.

Suami rehan baru je tukar display photo baru kat facebook beliau. Gambarnya seperti di atas. Gambar Kautsar kepeningan strawberry banyak yang hilang.

Respon rehan?

Begitulah kalau dah jadi mak-mak. Fikir cuci baju. Kemas rumah. Nak masak apa. Dah tukar pampers anak ke belum. Anak dah makan belum.

Macam tu lah sampai terbawa dalam mimpi.

Ibu-ibu kat luar sana sama macam rehan ke?


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Makanan Pertama Bayi: Peraturan 4 Hari

Assalamualaikum.

Cerita sikit pasal makanan pertama bayi. Ada satu peraturan yang dinamakan Peraturan 4 Hari. Haa apa tu?

Peraturan 4 Hari ni cara kita sebagai ibubapa nak uji makanan yang serasi dengan bayi kita. Yela kita yang dah dewasa pun ada makanan boleh makan, ada yang tak. Bayi pun sama. Malah perut bayi sangat sensitif jadi kita kena lebih hati-hati.

Jadi macam mana kita nak perkenalkan makanan kepada bayi kita?

Mulakan dengan makanan berunsurkan buah-buahan atau sayur-sayuran. Pilih buah atau sayur yang tak terlalu manis, tak pahit dan boleh mengenyangkan. Contohnya boleh mulakan dengan avokado, labu, betik, pisang, kentang. Kemudian apply peraturan 4 hari.

Peraturan 4 hari ni caranya mudah je. Bagi satu jenis makanan kepada bayi selama 4 hari berturut. Jangan campur makanan lain. Tujuan kita buat macam ni untuk kenal pasti sama ada makanan tu serasi atau pun tak dengan bayi kita.

Tak perlu apply peraturan 4 hari ni berulang kali dengan makanan yang sama. Cuma buat masa pertama kali perkenalkan satu-satu makanan je.

Apa yang ibubapa kena perhatikan ialah reaksi bayi terhadap makanan. Dalam masa 4 hari, kita boleh tengok sama ada bayi kita suka makanan tu atau pun tak. Kadang-kadang bayi tak berminat dengan makanan tu, sepanjang waktu makan bayi lebih suka main daripada makan.

Selain reaksi bayi, kita kena perhatikan tabiat membuang bayi kita. Ada sesetengah makanan boleh sebabkan bayi sembelit. Kesian anak kita sakit nak membuang tak boleh. Kalau berlaku sembelit, ibubapa boleh tukarkan makanan anak dengan makanan yang tinggi fiber atau campurkan makanan tinggi fiber tu dalam menu sekarang. Boleh tengok jadual atas tu macam mana nak plan makanan bayi.

Lagi satu yang penting untuk diperhatikan, sama ada bayi alah dengan makanan tersebut. Tanda-tanda alah yang paling ketara ialah ruam atau kulit bertukar kemerahan. Kalau berlaku ruam terus hentikan makanan tersebut dan gantikan dengan makanan lain.

Makanan pertama Arfa ialah labu. Lepas 4 hari, rehan tukar kepada brokoli pula. Tapi brokoli tu bila diblend tak lumat habis. Masih ada tekstur kasar. Bila rehan bagi kat Arfa, Arfa tak suka. Arfa luakkan balik brokoli tu dari mulut dan taknak makan lagi. Jadi sekali je rehan bagi Arfa makan brokoli. Lepas tu rehan tukar ke labu semula.

Esoknya rehan bagi betik pula. Dua hari rehan bagi Arfa makan betik, rehan perasan Arfa tak berapa suka betik juga. Cerewet anak ibu ni rupanya. Hahaha. Bila rehan suapkan betik, Arfa tak teruja nak makan. Arfa lagi teruja nak main, toleh kiri toleh kanan tengok kakak Kautsar main. Kalau rehan berhenti suap pun Arfa tak kisah. Berbeza masa makan labu, bila rehan berhenti menyuap marah betul Arfa. Siap menangis nak makan lagi. Hihi.

Jadi rehan bagi Arfa makan betik setakat dua hari je. Menu seterusnya rehan nak bagi kentang pulak. Tapi rehan nak campurkan dengan bayam. Ikutkan peraturan 4 hari sepatutnya tak boleh campur dulu. Tapi anak-anak rehan ni setakat yang rehan perasan tak ada masalah alahan, tapi senang kena sembelit. Jadi kalau nak bagi kentang semata-mata rehan tak berani. Kesian kalau Arfa sembelit nanti. Sebab tu rehan nak campurkan dengan bayam. Kita tengok nanti apa hasilnya.

Ok setakat ni je kali ini. InshaAllah jumpa lagi dalam next entri.

Salam sayang,
Rehan, Qusyairi dan anak-anak


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...