"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

BFF: Jejak Kasih Kawan Lama.

Assalamualaikum.

Rehan happy sangat. Baru-baru ni rehan sempat keluar dengan kawan-kawan terbaik rehan. Ya Allah. Seronok sangat. Ini pertama kali rehan keluar dengan kawan-kawan sejak ada Arfa. Sebelum ni masa rehan masih bekerja pernah keluar dengan kawan tapi lunch break je.

Kali ni rehan keluar 4 jam. Hihihi. Zauj Qusyairi sudi duduk rumah jaga anak-anak sementara rehan keluar. Terima kasih abang 😊

Sebenarnya kawan-kawan rehan dah lama nak ajak rehan keluar tanpa anak-anak. Ala-ala jejak kasih. Takde la jejak kasih sangat sebab kami ni tinggal dekat-dekat je. Yang seorang tu rumahnya selang satu pintu je dari rumah rehan. Seorang lagi rumahnya 10 minit dari rumah kitorang. Tapi nak jumpa pun payah. Bila jumpa pulak rehan sibuk melayan anak-anak, tak sempat borak. Wuuu~

Jadi kami plan girls' day out untuk catch up segala yang kami dah miss sejak rehan kahwin dan ada anak (padahal yang sorang tu rehan kenal lepas bersalin Kautsar).



Ni hana dan aiza. Kawan terbaik rehan kat sini. Aiza tu rehan kenal sebab kami sama makmal masa Master dulu. Aiza junior rehan setahun. Masa rehan nikah dulu aiza la yang tak tidur malam lukiskan inai kat tangan dan kaki rehan walaupun rehan dah tidur masa tu. Cantik sangat inai tu, rehan suka sangat. Hana pulak kawan aiza masa kat kampus, tapi course lain dan junior aiza setahun. Rehan la yang paling tua hahaha. Lepas rehan naik cuti bersalin Kautsar, hana masuk kerja satu jabatan dengan rehan. Sejak tu kami kawan baik.

Rehan nak cakap, kami ni kawan susah bersama. Kalau waktu susah memang boleh harapkan diorang. Sentiasa ada untuk dengar masalah masing-masing, sanggup susahkan diri untuk bantu satu sama lain. Tapi bila waktu senang masing-masing berjimba dengan kawan lain. Hahaha.

Hari tu kami takde pergi mana pun. Masing-masing datang asing-asing walaupun rumah dekat-dekat. Jumpa kat Rengit Coffee, BP Mall lepas tu terus borak sampai sipi-sipi lupa order makanan. Sambil borak sambil makan sambil borak, sejam lebih nasi rehan tak habis-habis haahaha. Sampai kedai penuh dah kosong dah penuh balik, barulah kami keluar. Itupun sebab dah waktu solat. Kalau tak solat tu mau sambung borak sampai lebam.



Dua ni je gambar yang kami ambil. Tu pun sebab aiza ingat nak ambik gambar. Rehan dengan hana memang tak ingat dah. Ralit sangat. Gambar first tu muka excited gila. Rehan terpaksa muncung-muncungkan mulut dulu sebelum ambil gambar second ni sebab taknak nampak excited sangat. Yang aiza dan hana pun pura-pura serius je tu. Hihihi.

Kata orang persahabatan melebihi 7 tahun akan kekal selamanya. Rehan dah kawan aiza masuk 6 tahun. Hana pulak masuk 3 tahun. Rehan doa sangat kami kekal bersahabat sampai bila-bila. Satu persamaan kami, bila berkawan mesti kenalkan pada family. Mak aiza dah anggap rehan ni macam anak sendiri, mak hana pun selalu kirim-kirim makanan kat rehan. Segannya rehan. Taktau nak balas macam mana. Kalau arwah mak rehan ada lagi mesti mak suka berkawan dengan mak-mak aiza dan hana.

Next time kami dapat kumpul macam ni pagi taktau bila. Kalau tiga-tiga dah kahwin lagi susah nak jumpa. Tapi best jugak boleh gathering buat BBQ kat rumah je.

Tazabarrrrrnyeeeee~

Throwback: 4 Tahun Lepas Part 2.

Assalamualaikum.

Best jugak ada feature mekories kat facebook. Terkenang-kenang situasi lama. Memang tersenyum sorang-sorang jadinya. Hihi.

Entah kenapa entah rehan sentimental sikit menghitung hari ulangtahun ke-4 pernikahan dengan zauj Qusyairi. Padahal biasanya kami tak kisah sangat tentang ulangtahun, hari-hari celebrate cinta gitu. Haha.

Hari ni rehan tengok memories. Jumpa dua status lama ni. Masa ni menunggu hari nak dinikahkan. Badai gelora memang dahsyat la masa ni.



Yang buat rehan tersenyum, membaca berapa patah perkataan yang sangat pendek tu. Rehan ni kalau suruh bercakap memang sepatah sepatah. Tapi bila menulis biasanya tak cukup kertas, tak cukup pen, tak cukup keyboard. Suka menulis panjang lebar berjela-jela penuh metafora dan bunga-bunga bahasa.

Tapi dia status di atas, jumlahnya cuma 7 patah perkataan je. Gila apa rehan tulis 7 patah je? Hahaha.

Well. Nak cakap macam mana. Masa tu memang jiwa raga jatuh tersungkur tersembam terhempas terluka terkecewa terkesima semua ter pun ada. Sedih pilu sayu tak percaya, rasa tak berpijak di bumi nyata.

Sampai rehan hilang kata-kata.

Tapi yang pahit sukar ditelan itulah yang buahnya manis tak mampu diterjemah. Empat tahun terbaik dalam hidup rehan sepanjang perkahwinan ni, dan sentiasa semakin baik inshaAllah. Sejak rehan pandai berfikir, rehan sentiasa harap diri rehan terhindar dari gejala bercinta, walaupun kalau ikut hati memang nak jugak bercinta sana sini. Haha. Nak buat macam mana, rehan tak nampak keperluan bercinta selain untuk berumahtangga. Sebab tu seminggu lepas couple rehan terus ajak zauj Qusyairi nikah. Gelojoh tak? Hahaha.

Empat tahun lepas masa ni rehan bengkak-bengkak mata, takut nak hadap masa depan yang terjejas dek perkara yang tak berkaitan. Pernah sipi-sipi rehan persoalkan kenapa rehan ditakdirkan menanggung beban perkara yang bukan rehan lakukan. Nauzubillah. Allah swt terangkan dan lapangkan hati rehan supaya terima persoalan takdir tu hak mutlak Allah swt. Bukan tugas kita hamba-Nya untuk persoalkan kenapa. Dan dah tentu, kalau kita jaga diri dan hati kita tak kisahlah apapun yang berlaku sebab atau bukan sebab kita, pasti Allah swt kurniakan ganjaran sebaiknya.

Lapang dada tu perkara paling utama.

Jadi empat tahun pertama perkahwinan ini adalah momen terindah, yang sarat pengajaran tentang berlapang dada dan mencari redha. Rehan tinggalkan kerja bergaji besar, malah rehan perlahankan aktiviti bisnes supaya rehan fokus pada mendidik hati dan belajar mencari hidup yang memberi erti.

Tengok. Berapa banyak perenggan rehan tulis. Memang gila menulis rehan ni. Hahah. Ok jumpa lagi next entri. Zauj Qusyairi dah pandang-pandang minta perhatian dari rehan dah tu. Mana lagi masa nak bermanja suami isteri kalau bukan waktu jendela sejam dua lepas anak-anak tidur sebelum kami sendiri terlena.

Selamat malam. Rehan doakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk semua umat manusia, tak kira siapa. Dunia dan akhirat.

Doakan rehan dan keluarga juga ye.

Tips Beli Barang Bayi Bagi Ibu Bekerja.

Assalamualaikum.


Bayi dah nak lahir, barang bayi tak beli lagi. Sibuk dengan kerja sampai tak sempat survey apa yang perlu dibeli. Macam mana ni??

Jangan risau ye mak-mak. Rehan dulu dapat tau ye dah mengandung terus konsisten setiap hari mengkaji barang apa yang perlu untuk dibeli. Hihi. Jadi rehan nak kongsi sikit hasil kajian rehan tu. Zaman ekonomi tak menentu ni mommies kena la merancang perbelanjaan. Beli barang yang perlu je. Jangan membazir. Membazir kan amalan syaitonnnnnn~

Berikut barang-barang yang rehan fikir mommies wajib beli:

Breastpump
Bawah RM500 dah boleh dapat breastpump double pumping yang ringan dan kecil. Mommies kena rajin survey online, dah banyak pilihan sekarang ni. Kalau mommies boleh tolerate single pumping, bunyi motor tak berapa senyap atau saiz yang lebih besar inshaAllah ada breastpump yang lebih murah. RM200 pun boleh dapat breastpump yang cukup bagus. Baca tips pilih breastpump kat sini. Penting beli breastpump sebab semua ibu nak susukan anak dengan susu ibu, betul kan? Jadi mulakan dengan niat. Dah ada breastpump lagi termotivasi nak pam susu dan tamatkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun setengah. Sekali dengan breastpump, mommies kena sediakan cooling bag, reuseable ice pack, storage bottle, juga ye.


Stroller
Pun barang yang penting bagi ibu yang bekerja. Sebab petang-petang atau hujung minggu mesti ibu nak bawa anak jalan-jalan ambil angin kan. Mesti ibu nak luangkan masa dengan anak. Atau mungkin ibu ada kerja luar terpaksa bawa anak sekali. Kursus di hotel 2-3 hari ke. Atau ibu perlu bawa anak ke klinik ketika suami bekerja. Bila perlu bawa barang banyak, anak pula minta dukung, paling mudah masukkan anak dalam stroller dan masukkan barang sekali. Jadi mommies carilah stroller yang sesuai untuk newborn hingga 4 tahun (tak perlu beli 2-3 stroller). Lebih baik mommies cari stroller yang ringan, single hand handling, saiz kecil muat masuk kereta comel mommies. Harga stroller yang beratnya 4.5 kg agak mahal, antara RM900 hingga mencecah ribu. Kalau mommies tak kisah guna stroller yang saiz besar, lebih berat  dalam RM300 inshaAllah dah boleh dapat. Boleh baca kat sini tips pilih stroller ye.

Warmer
Pun wajib terutamanya kalau mommies hantar anak ke pengasuh yang tak biasa kendalikan susu perahan. Biasanya pengasuh suka bagi bayi minum susu tepung je sebab senang pengasuh nak bancuhkan. Padahal pengasuh ni tak faham yang susu perahan lagi senang nak handle. Jadi kita mudahkan kerja pengasuh, beri mereka satu warmer untuk panaskan susu anak. Lama-lama pengasuh akan faham mudah je handle susu perahan dan lebih berlapang dada untuk terima bayi susu ibu.

Penggendong / Baby Carrier
Yang ni pun rehan rasa wajib. Sekurang-kurangnya wajib ada satu stretchy wrap untuk bayi newbork hingga 4 bulan, dan satu soft-structured carrier untuk bayi 4 bulan ke atas. Bukan ibu bekerja je, ibu yang surirumah pun perlu ada carrier tau. Sebab sekarang zaman semua orang sibuk, banyak kerja. Dan anak-anak pula perlukan kasih sayang dan perhatian yang tinggi. Jadi tak patut mommies tinggalkan anak main sendirian sebab mommies ada banyak kerja nak di siapkan. Mommies boleh berikan perhatian dan comfort yang bayi perlu dengan menggendong bayi sambil mommies siapkan kerja. Bayi yang kerap digendong ni moodnya lebih baik, tak kerap menangis, dapat cukup tidur dan perkembangannya lebih cepat. Arfa dulu rehan kerap sangat gendong, segala perkembangan Arfa cepat beberapa bulan berbanding Kautsar. Baca tentang babywearing kat sini.

Celebrate habis pantang kat Zoo Taiping. Ke belum habis pantang tah. Hihi.
10 bulan kemudian.
Car Seat
Car seat sangat wajib okeh. Sebab mommies nak berulang ali hantar anak ke pengasuh setiap hari kan. Bahaya kalau tak masukkan anak dalam carseat. Mommies boleh pilih car seat yang sesuai sejak bayi masih newborn sehingga umur 6 tahun. Baru ni rehan ada ternampak carseat dan baby carrier (bukan gendong bayi tapi seat untuk bayi newborn) harganya cuma RM600 sepasang. Ok sangat tu. Sebab kalau beli carrier saja kat pasaraya harganya dalam RM170 paling murah. Rehan beli car seat Sparco harga RM600. Ada yang lagi murah jenama lain. Kalau nak beli pastikan car seat tu sesuai untuk bayi newborn (Type 0). Rehan ni terbeli yang Type 1 untuk 1 tahun ke atas. Tapiboleh la diejas-ejas. Hehe. Anak-anak rehan pun lahir besar-besar, jadi senang nak ejas.

Maafkan kakak Kautsar tak masuk car seat. Ibu terlajak lupa nak ajar masuk car seat, sudahnya taknak masuk langsung. Adik Arfa sangat baik masuk car seat tau.

Pakaian Menyusu
Asyik cerita tentang barang bayi kan, barang ibu pun perlu juga. Paling penting pakaian yang nursing friendly. Sebab bayi tak kira masa dan tempat, bila bayi nak susu dia nak susu. Tak boleh tunggu. Jadi mommies kena la bersedia sepanjang masa untuk menyusukan anak. Antara yang penting sekali ialah nursing bra. Rehan beli nursing bra Kelly kat Fabulous Mom cuma RM10 je masa sales. Rehan tak suka padded bra, laced atau wired. Rehan suka yang biasa je. Sebab tu boleh dapat RM10 hehe. Kalau nursing bra yang padded, laced atau wired, harga biasanya dalam RM30 dah boleh dapat. Waktu sales boleh dapat RM20. Selain bra, mommies perlukan baju nursing yang sesuai untuk mommies pakai kasual atau ke tempat kerja. Feature baju nursing yang mommies boleh pilih sama ada jenis selak ke atas, selak ke tepi, zip 1 di tengah atau 2 zip di dada. Mommies boleh tengok facebook An-Naafiqa - Muslimah Nursing Apparel, pakaian yang dijual semuanya nursing dan wudhu friendly. Ada pelbagai pilihan t-shirt, blouse, dress dan baju kurung.



Barang Lain
Pada rehan tak perlu beli sterilizer, drying racks, playgym, dan terutama sekali walker. Personally rehan ada barang-barang ni sebab ada dalam pakej masa beli breastpump, ada yang orang bagi. Tapi tak guna pun. Lagi leceh pulak contohnya sterilizer tu. Lagi cepat kalau sterilize sendiri guna air panas (bukan rebus ye). Mommies yang bekerja badan dah penat. Balik kerja nak layan anak seronok-seronok, jadi buatlah pilihan yang memudahkan mommies.

Setakat ni dulu. Jumpa lagi dalam next entri :)

Cara Kira Kitaran Haid dan Waktu Subur.

Assalamualaikum.

Rehan memang berminat dengan tajuk kitaran haid dan waktu subur ni. Sebelum berkahwin, memang rehan tak pernah ambil berat tentang kitaran haid apatah lagi waktu subur. Sebabnya rehan tak pernah alami masalah berkaitan haid. Kitaran haid rehan teratur, tiada senggugut atau masalah lain yang berkaitan. Malah jumlah hari haid pun konsisten.

Lepas seseorang wanita berkahwin, penting baginya untuk faham kitaran haid dan pengiraan waktu subur.

KENAPA PERLU FAHAM KITARAN HAID DAN WAKTU SUBUR?

  • Untuk mendapatkan zuriat
  • Untuk mengelakkan mendapat zuriat (kaedah merancang keluarga secara semulajadi)

Kedua-duanya sangat penting. Sebab itu mengira kitaran haid dan waktu subur adalah ilmu wajib bagi suami dan isteri.


MEMAHAMI KITARAN HAID WANITA

Secara purata kitaran haid wanita berlaku pada setiap 28-30 hari. Walaupun begitu, harus kita faham setiap wanita adalah berbeza. Oleh sebab itu, ada wanita yang mengalami kitaran haid kurang daripada 28 hari atau lebih daripada 30 hari.

Kitaran haid wanita terbahagi kepada 4 fasa. Berikut saya akan terangkan fasa-fasa tersebut.

Fasa 1: Hari 1 - 4
Fasa ini dipanggil menstruation atau hari pengeluaran haid. Ketika inilah darah haid keluar. Penting untuk wanita tandakan hari pertama haid keluar setiap bulan. Tujuannya untuk ikhtiar mendapatkan atau mengelakkan mendapat zuriat, selain untuk mengira jumlah kitaran haid.

Fasa 2: Hari 5 - 13
Fasa ini dipanggil fasa follicular. Sepanjang tempoh ini, hormon estrogen akan meningkat. Darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal sebagai persediaan untuk mengandung. Telur (ovum) yang berada di dalam ovari pula mula semakin matang.

Fasa 3: Hari 14
Ini adalah fasa berlakunya ovulasi iaitu peneluran. Peningkatan hormon Lutenizing Hormone (LH) secara mendadak dalam tubuh wanita menyebabkan telur keluar dari bekasnya untuk disenyawakan. Sekiranya terlur disenyawakan, telur akan melalui saluran tiub fallopio menuju ke rahim tempat ia menempel dan fetus terbentuk.

Fasa 4: Hari 15 - 28
Fasa ini dikenali sebagai fasa luteal atau secretory. Hormon progesteron dirembeskan daripada sarangnya (corpus luteum) selepas telur dikeluarkan daripada bekasnya. Rembesan progesteron menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, rembesan progesteron semakin sikit dan akhirnya dinding rahim akan runtuh. Setelah proses ini selesai, kitaran haid akan bermula semula pada hari 1.


MENGIRA WAKTU SUBUR
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. Ingat ya, 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya.

Sekiranya kitaran haid anda 28 hari, maka waktu subur anda adalah: 28 - 14 = Hari ke 14
Sekiranya kitaran haid anda 30 hari, maka waktu subur anda adalah: 30 - 14 = Hari ke 16
Sekiranya kitaran haid anda 34 hari, maka waktu subur anda adalah: 24 - 14 = Hari ke 20

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah selsius. Anda boleh mula merekod suhu tubuh badan setiap hari dan perhatikan bacaannya. Cara yang tepat untuk merekod suhu badan ialah dengan menggunakan termometer klinikal yang beri bacaan tepat. Ukur suhu sebaik saja bangun dari tidur. Pastikan anda bangun tidur dan merekod suhu pada waktu yang konsisten. Suhu tubuh unu dipanggil Basal Temperature.


Selain mengukur suhu badan, terdapat juga lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Anda juga boleh menguji waktu subur dengan menggunakan kit kesuburan atau dipanggil ovulation kit yang terdapat dijual di farmasi.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam hari pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang 28 hari. Cadangan ini adalah bagi anggaran waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar. Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak berapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan sperma mampu bertahan sehingga 7 hari di dalam rahim), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

[Sumber]

Sesi Mengenali Ahli Blogger.

Klik banner kalau nak join.

Assalamualaikum.

Rehan telah ditag oleh blogger Dayah untuk join segmen ni. Segmen ni blogger nurnbla yang anjurkan. Rajin-rajin klik kat banner kalau nak join ye :)

First time join segmen, nervous pulak. Haha. Meh la rehan share sikit pasal rehan.

Jika anda tak keberatan , ikut syarat syarat di bawah ini. Simple jer syaratnya.


  1. Buat satu entri " Sesi Mengenali Ahli Blogger " dan impian anda terhadap blog anda.
  2. Buat biodata anda sikit dalam entri tersebut.
  3. Ajak ahli blogger lain untuk join.
  4. Dalam entri mesti diisi nombor telefon * ikut pada diri nak letak atau tidak*, laman sosial yang korang ada ( Instagram , Twitter dan Facebook )

( Nombor telefon email pada aku pun boleh , mana tahu group whatsApp nanti ditubuhkan )

Biodata:
Rehan dilahirkan sebagai Noraihan Salleh Hudin pada tahun 1986. Maka tahun ni inshaAllah rehan masuk umur 30 tahun, Alhamdulillah. Berasal daripada Batu Pahat, rehan merupakan graduan UTM, Skudai dan merupakan pemegang Sarjana Sains (Fizik). Rehan pernah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir 5 tahun sebelum rehan decide untuk berhenti kerja dan tinggalkan zon selesa rehan untuk jadi surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah Allah jodohkan rehan dengan zauj terbaik yang dapat rehan bayangkan, Qusyairi. Kami dikurniakan dua orang puteri solehah iaitu Kautsar dan Arfa. Buat masa ni rehan duduk rumah sambil berbisnes online. Again, Alhamdulillah :D


Impian:
Impian rehan tak banyak. Rehan nak hidup bahagia dunia akhirat, nak kenal Allah swt dengan lebih rapat. Nak didik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan berusaha menjadi yang terbaik untuk mereka. Rehan nak jadi isteri yang sama-sama berpimpin tangan dengan zauj Qusyairi di syurga nanti. Dari segi duniawi, rehan terima segala yang Allah swt tentukan untuk rehan dengan lapang dada. Sebenarnya rehan ni agak philosophical. Sebab tu rehan terbiasa pilih untuk tinggalkan keselesaan, kerja dan gaji supaya rehan sentiasa merendah hati. Dan buat masa sekarang bisnes pun rehan perlahankan sikit supaya rehan tak khayal dari impian rehan ni.

No telefon: 0127807365 - feel free to whatsapp/telegram if anything.

Social media:
Facebook: Noraihan Salleh Hudin
Instagram: @noraihanqusyairi


Sekian serba sikit pasal rehan. Selamat berkenalan semua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...