"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Entri Terakhir Hari Ini.

Assalamualaikum.

Sebelum saya masuk tidur, nak review sikit perjalanan hari ini. Bangun awal pagi ke klinik. Dah lebih tiga hari saya demam selesema. Alhamdulillah Vitamin C 100mg Chewable sampai semalam. Dapat saja terus buka kotak dan makan tiga biji. Kurang selsema serta merta. Alhamdulillah.

Pagi tadi ke klinik dapat ubat selesema. Tak berapa makan pun sebab ambil Vitamin C Chewable lagi sedap. Hehe. Kemudian terus dengan operasi mengepos barang. Alhamdulillah selesai semuanya, stok Vitamin C pun terus susut tinggal sikit. Sampai di pejabat, semua stok yang saya baru order belum sampai ke tangan saya lagi pun habis langsai terjual tak sampai sejam. Tak perlu cerita panjang, tak perlu cakap banyak. Nampaknya semua orang dah tau kebaikan vitamin kesihatan Shaklee berbanding jenama lain. Alhamdulillah sekali lagi :)

Bayaran pelanggan mencurah masuk, syukur Alhamdulillah sangat. Semua pelanggan tak ada masalah buat bayaran, sangat baik pelanggan-pelanggan saya. Dompet kempis jadi tebal sekejap saja. Dan order terus masuk.

Hari ini hari yang produktif.

Bersyukur sangat sebab saya masih diberi kekuatan dan kudrat untuk lakukan semua ini. Alhamdulillah suami sentiasa bantu. Rezeki masuk mencurah-curah, bukan untuk saya seorang tapi untuk dikongsi dengan orang lain, paling tidak pun untuk dikongsi dengan kucing busuk kesayangan saya, Si Kuning. Kata orang, jangan tunggu kaya baru nak bersedekah. Jangan tunggu senang baru nak berkongsi. Sesungguhnya orang yang tak seberapalah yang paling pemurah hatinya. Susah senang saya, sejak belajar hingga menganggur hingga bekerja, setidak-tidaknya dengan kucing busuk seekor itu sudah pasti saya kongsi semua rezeki. Paling tidak, apa yang ada dalam pinggan saya itulah yang saya kongsi dengan Kuning.

Ah, sentimental pula malam-malam ni. Hehe.

Oh, balik kerja tadi En. Qusyairi hadiahkan dua potong kek Secret Recipe. Hadiah untuk usaha saya bulan lepas. Terima kasih En. Qusyairi. Bulan ini akan usaha lebih hebat lagi. InshaAllah.

Cukup setakat ini, mau masuk tidur dulu. Esok mau mulakan hari baru yang lebih produktif, dan inshaAllah lebih diberkati. Selamat malam. Jangan lupa maafkan semua orang sebelum lelapkan mata. Semoga semua orang akan maafkan kita juga.


6 comments:

Tinta Lana said...

Salam.

Oh..Si kuning namanya.. ni lah kucing yg akk sebut dalam entri saya ya.. :)

Ya kak, tak perlu tunggu kaya raya, baru nak berkongsi.. kalau ada rezki lebih skit, sedekah dan kongsi pda org skliling.. kalau tak bnyk pun, berkongsilah juga sekadar mampu.

Dan tak semestinya, berkongsi rezeki tu, bermaksud berkongsi duit, barang. Boleh ganti dgn guna tulang empat kerat dan masa.

Rehan Who said...

Si Kuning la. tapi makin tua ni makin hitam pulak bulunya. hari tu jatuh longkang pulak. haha.

berkongsi bukan semestinya wang, kan Lana. masa dan tenaga pun boleh kita sedekahkan. bergantung kepada apa yang kita mampu. tak semestinya dengan anak yatim, ibu tunggal, warga tua. denan kucing terbiar pun boleh. dengan anjing liar pun boleh. dengan tupai belakang rumah pun boleh.

senang kata, kita boleh kongsi apa-apa saja, dengan sesiapa saja. asalkan kita mau.

:)

Bunda_nora said...

seronoknya usaha selama ini dihargai org tercinta...bertambah erat kasih sayang..

Rehan Who said...

memang seronok Bunda, memang bertambah sayang. sama-sama usaha untuk lebih menghargai yang seorang lagi :)

A D I A said...

alhmadulillah business berjalan lancar, saya doakan NQ terus success ye :)

Rehan Who said...

terima kasih ADIA..nq pun doakan ADIA sukses. kita sama-sama sukses lagi seronok :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...