"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Mengelak Tidak Menyelesaikan Masalah.

Assalamualaikum.


Di atas adalah kenyataan oleh Dr. Hamid Arshat, pakar kesuburan yang semua orang kenal. Menurut beliau, masalah keseimbangan hormon wanita banyak berpunca daripada stress dan peningkatan berat badan. Akibatnya berlaku gangguan pada kitaran haid menyebabkan haid lambat, atau tak datang haid langsung, atau haid berpanjangan.

Yang saya nak ceritakan hari ini ialah bagaimana kita menangani masalah kita. Semua orang ada masalah (ikan jerung pun ada masalah, uhuk uhuk). Tapi dengan merungut dan mengeluh takkan menyelesaikan masalah kita. Semua orang stress disebabkan masalah mereka. Untuk menghilangkan stress itu kenalah cari penyelesaian, bukan mengelak dari menyelesaikan masalah tersebut.

Ambil contoh masalah kesihatan (sebab ini blog kesihatan). Tanyalah semua wanita, terutamanya yang bekerja sepenuh masa macam saya. Semua mereka mengalami gangguan sakit kepala. Ada yang sampai ke tahap migrain. Ada yang cuma sekali sekala. Demam, batuk dan selesema itu perkara biasa. Badan lemah, mudah letih, tak ada tenaga. Semua perkara ini buat kita yang dah sememangnya stress dengan urusan keluarga dan kerja bertambah stress sebab ditimpa penyakit pula. Carilah penyelesaian.

Penyelesaian bagaimana?

Tanya diri sendiri, stress kita berpunca sebab apa. Kalau sebabnya beban kerja keterlaluan, ambil masa berbincang dengan majikan. Atau cuba uruskan masa dengan lebih efisien. Jika selalu rasa badan tak bermaya, curilalh sedikit masa untuk bersenam. Tak perlu berkasut sukan, tak perlu ke padang lari. Cukuplah mengelak dari menggunakan lif, sebaliknya menaiki tangga. Pilih untuk berjalan kaki ke kawasan berdekatan berbanding menaiki kenderaan. Sekadar cadangan.

Point yang saya tekankan di sini: cari penyelesaian. Kalau anda mengalami masalah kesihatan, atau masalah emosi, dapatkan bantuan. Sekadar ke klinik untuk dapatkan MC tapi tak makan ubat yang doktor beri takkan selesaikan masalah anda. Tidur dan berehat di rumah bunyi seperti cukup untuk mengurangkan demam dan letih badan, tapi sebenarnya tidak. Berapa lama anda mau tidur dan berbaring saja? Dapatkan bantuan, dapatkan penyelesaian.

Jika perlu bersenam, bersenamlah. Jika perlu mengambil vitamin, ambillah vitamin. Jika perlu pergi bercuti, pergilah bercuti. Jangan terlalu memaksa diri. Dan jangan tunggu hingga terlambat. Penyakit yang sedikit perlulah dirawat sebelum jadi melarat.

Harap artikel ini dapat membuka mata pembaca sekalian. Jangan elakkan masalah. Selesaikan.


4 comments:

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Macam saya, kalau tidur selepas pukul 12, badan saya memang mudah letih. bila dah letih, stress pun mula la dtg. So, saya pastikn tidur sblm pukul 12.

Betul, kita selalu berharap pada ubat n doktor bila dilanda masalah kesihatan. Tapi sbnrnya, yg ptut kita buat, kenalpasti apa puncanya dulu.

Tinta Lana said...

Lupa plak kak,hehe. Novel fixi..urm, ada yg best, ada yang tidak. Mcm yg sya tulis dientry, kalau untuk permulaan, better mulakan dengan Kelabu. Akk try google sinopsis2 novel fixi. Hope dpt sikit overview ttg novel style baru ni ^_^

Rehan Who said...

betul! kalau ada masalah kena kenalpasti puncanya. dah kenalpasti barulah kita tau apa penyelesaian terbaik. jangan terlalu bergantung pada ubatan doktor, kebanyakannya sintetik, tak organik, ada yang tak halal dan cuma selesaikan masalah untuk jangka pendek je.

mana nak cari novel fixi ni? suami akak suka baca buku-buku macam ni. nak jugak try belikan satu :D

Tinta Lana said...

Akk boleh beli online, kat website buku fixi, http://fixi.com.my/

Kalau kat kedai buku, cari di MPH. tak silap saya, kat Popular takda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...