"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips Rohani: Elak Kedai Makan Berpelaris.

Assalamualaikum.

Setiap yang kita makan, akan jadi darah daging kita. Ibu yang menyusukan anak macam saya, setiap makanan yang masuk ke mulut kami akan jadi darah daging anak-anak yang disusukan. Pentingnya menjaga makanan. Bukan saja yang haram itu haram, yang tak baik pun mesti dielakkan. Sentiasa saya berdoa supaya dipelihara anak-anak dan keturunan kami daripada hati yang hitam dan busuk akibat mencari rezeki dari sumber yang syubhah..

Isu ini sedang banyak dikongsi di facebook. Saya salin sajalah kandungannya. Semoga kita semua terpelihara.

Gambar hiasan

SOALAN :
Salam. Nak tanya, makanan yang dijual di kedai yang guna pelaris tu ‘kotor’ ke? Kena elakkan makan kat situ ke? Macam mana nak tahu kedai tersebut guna pelaris dan macam mana nak elakkan termakan di kedai yg ada guna pelaris ye? Terima kasih.

JAWAPAN :
Waalaikumsalam, saudara. Yang pertama bergantung kepada jenis pelarisnya. Jika pelarisnya berupa ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang selaras dengan Islam, tak jadi masalah. Kalau pelarisnya berupa cara/benda yang bertentangan dengan agama, salahlah. ‘Kotor’lah dari sudut agamanya.

Kalau pelarisnya berupa benda-benda yang busuk, najis, menjijikkan, jelaslah kotornya. Tapi biasanya apabila disebut ‘pelaris’ ni, banyak yang ‘kotor’ dan kotor.

Sebaik-baiknya elakkanlah makan minum di kedai-kedai yang sebegitu. Tapi masalahnya, kita pun tak tahu kedai tu berpelaris atau tidak. Kita tak boleh nak hukum sebarangan berdasarkan khabar-khabar angin.
Saya tak ada petua/ilmu untuk mengetahui sesebuah kedai tu berpelaris atau tidak. Tapi kaedah-kaedah sampingan tu adalah.

  1. Kita tengok orang-orang soleh/ulama tak pergi makan pun kat kedai tu. Padahal orang biasa cukup ramai setiap hari.
  2. Tuan dan pekerja kedai-kedai yg berpelaris ni BIASANYA tak menutup aurat dengan sempurna. Dan tak hirau waktu solat.
  3. Nak elak termakan tu susah jugak, sebab kita tak tahu sesebuah kedai tu benar-benar berpelaris ke tidak. Jadi walau di mana pun kita makan, bacalah sekurang-kurangnya Bismillah dan Bismillahillazhi layadhurru ma’asmihi syaiunfil ardi wa la fissama i wa huawassami’ul alim (3 kali lagi bagus).
  4. Kalau nak panjang sikit, baca Lima Bismillah: 1, Bismillahirrahmanirrahim, 2. Bismillahissyafi, 3. Bismillahilkafi, 4. Bismillahil mu’afi, dan 5. Bismillahillazhi la yadurru ma’asmihi syaiun filardhi wala fissama i wa huawassami’ul ‘alim. InsyaAllah tak ada mudarat kepada kita.

Untuk minta Tuhan lorongkan kita ke kedai-kedai yg tidak berpelaris, dalam doa harian baca camni "Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada aku gerak yang baik." InsyaAllah hati kita kurang teringin hendak singgah di kedai-kedai yang berpelaris.

Sekadar itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Moga bermanfaat.

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...