Di luar sana ada isteri yang menanti suaminya. Ada anak yang menanti ibunya. Ada ayah yang menanti anaknya. Saat ini masih belum ada khabar tentang pesawat Malaysia Airlines yang masih hilang di lokasi tak diketahui. Doa dan harapan kami di Noraihan Qusyairi sentiasa ada mengiringi usaha mencari dan menyelamat krew dan penumpang pesawat malang tersebut.
Janganlah kita menjadi antara mereka yang menyebarkan spekulasi. Kerana sesungguhnya sukar untuk kita faham perasaan mereka yang menanti dalam ketaktahuan. Memang menarik membincangkan topik demi topik kemungkinan yang terjadi terhadap pesawat itu, tapi bagi ahli keluarga krew dan penumpang, dapat mengetahui apa yang terjadi kepada orang kesayangan mereka lewat tengah malam itu dah lebih daripada mencukupi. Seksanya menanti dalam keadaan tak mengetahui.
Lihat wajah-wajah ini dan cuba bayangkan berada di tempat ahli keluarga mereka. Mereka bukan sekadar nama. Bukan sekadar statistik kemalangan udara. Mereka individu yang bertugas, yang berkeluarga, yang suatu masa dulu cuma orang biasa seperti kita semua. Harapkan yang terbaik untuk mereka.
أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Sebarkan doa, bukan spekulasi.
No comments:
Post a Comment