"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

Kenali Penyakit Strok.

Assalamualaikum.

Pendarahan di kepala atau otak sering berlaku secara mengejut dan tiba-tiba. Mangsa serangan boleh rebah kerana kurang pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak. Keadaan ini dipanggil serangan strok atau angin ahmar.

Strok terbahagi kepada dua jenis.
  • Strok Ischaemic - gumpalan darah/lemak dan saluran darah yang sempit mengurangkan bekalan oksigen ke bahagian otak.
  • Strok Haemorrhagic - Saluran darah pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam atau sekeliling tisu otak.

TANDA DAN GEJALA STROK
Otak: Keliru, sawan, pening, masalah berlarutan, hilang koordinasi tubuh, sakit kepala yang teruk.
Mata: Masalah penglihatan sama ada sebelah atau kedua-dua mata.
Muka, tangan, kaki:emah atau kaku secara tiba-tiba di sebelah bahagian tubuh. Kesukaran untuk berjalan secara tiba-tiba.

Strok adalah KECEMASAN! Setiap minit sangat berharga.

Jika stroke menyerang:



Faktor Risiko Strok Yang Tidak Dapat Diubah:
  • Sejarah keluarga
  • Lelaki
  • Peningkatan umur

Faktor Risiko Strok Yang Boleh Diubah
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit Jantung
  • Atrial fibrillation
  • Penyakit diabetes
  • Tahap kolesterol tinggi
  • Obesiti/kegemukan
  • Merokok
  • Alkohol
  • Tidak aktif/ kurang bersenam
Secara realitinya, kebanyakan kejadian strok boleh dicegah. Strok memerlukan rawatan segara dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Strok menyerang OTAK (bukan jantung) dan pemulihan pesakit strok berterusan sepanjang hayat.


BAGAIMANA MENCEGAH SERANGAN STROK (DAN SERANGAN ULANGAN)?
  1. Pastikan tekanan darah kurang daripada 130/80 mmHg.
  2. Turunkan paras kolesterol LDL (kurang daripada 1.8 mmol/L)
  3. Berhenti merokok
  4. Tidak mengambil alkohol
  5. Kawal berat badan dan bersenam
  6. Ketahui sama ada mempunyai penyakit jantung atau diabetes
  7. Ambil aspirin atau ubat anti-platlet/pencair darah
  8. Ambil diet rendah lemak dan rendah garam
  9. Ambil alternatif seperti suplemen
Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat! Jangan sesekali abaikan faktor risiko, sentiasa lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengetahui keadaan kesihatan anda, dan segera amalkan cara hidup sihat.

Cegahlah sebelum terlambat!!

[Sumber]


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Assalamualaikum Oktober.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bulan September dah melabuhkan tirai. Maka secara rasminya contest kami dah tutup. Sebanyak 7 penyertaan yang kami terima, semuanya sangat menarik. Jadi sekarang kami ambil masa untuk pilih pemenang terbaik. InshaAllah minggu ni pemenang akan diumumkan.

Oktober ni promosi ESP pula. ESP ni bestselling produk. Boleh kata semua yg dah pernah try ESP confirm akan repeat order. InshaAllah nanti kami akan cerita lebih lanjut tentang promosi ESP ni.

Promosi Meal Shake beli 3 percuma 1 masih lagi berjalan tau!

Di kesempatan ini kami ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di mana pun anda berada. Tahun ni kami dikurniakan rezeki untuk menjalankan ibadan qurban untuk buah hati pengarang jantung kami, Kautsar. Alhamdulillah. Semua urusan qurban untuk Kautsar dipermudahkan bagi kami :)

Dalam perjalanan balik kampung beraya. Sekali sekala abah kenalah merasa senang tak senang melayan Kautsar dalam kereta. Hihi.

Ok, berjumpa lagi dalam entri seterusnya. Semoga hati kita sentiada dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Penghujung September 2014.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dah hampir tamat bulan September. Bulan ni bulan yang besar maknanya kepada saya. Bulan ni saya berkongsi bulan kelahiran dengan arwah emak dan dua orang kakak kembar yang sangat saya sayang. Sanah helwah, emak, eni dan eli. Semoga sama-sama kita semua dalam rahmat redha dan keampunan Allah swt.

Closing bulan ni agak mendebarkan. Sebab tarikh closing bertindan dengan tarikh audit di pejabat, selain dekat dengan cuti raya haji dan kelas yang silih berganti.

Macam itulah lumrah sebagai seorang pendidik. Anak didik dan kelas sentiasa dekat di minda dan di hati.

Friendly reminder, contest yang kami anjurkan akan berakhir esok. Harap cepat-cepat hantar penyertaan di ruangan komen post atas ni, supaya tak terlepas peluang untuk dapatkan Collagen Powder Shaklee dan Vita C Chew percuma dari kami. Alhamdulillah, setakat ni kami dah rekodkan 6 penyertaan, dijangka esok akan bertambah lagi beberapa penyertaan. InshaAllah.

Promosi berganda bulan ni pun berakhir esok. '


Promosi Shaklee Collagen Powder:

  • Beli 6 kotak, dapat extra 1 kotak percuma
  • Percuma keahlian Shaklee bernilai RM65
  • Percuma pos bernilai RM10
  • Layak terima cash back pada 15 Oktober 2014 sebanyak RM110
  • Peluang jana pendapatan dengan Shaklee 


Promosi Meal Shake:

  • Beli 3 tin, dapat extra 1 tin percuma
  • Menyumbang kepada projek kebajikan Shaklee untuk membantu 2000 keluarga lebih sihat dengan makanan berkhasiat

Masih sempat ye. Nak join contest masih sempat. Nak grab double promotion pun sempat. Nak cantik dan sihat untuk raya haji ni masih sempat. Contact kami, kami akan guide cara makan dan cara jana income bersama Shaklee.

Salam penghujung September. Jumpa lagi bulan depan :)



ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kecutkan Cyst Dengan GLA Complex Shaklee.

Assalamualaikum.

Ovarian cysts biasa dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka didiagnos mengalami ovarian cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan.

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.

[Sumber]

Tapi anda yang ada cyst jangan gusar dan cepat buat keputusan untuk lakukan pembedahan kerana pasti ada jalan dan ikhtiarnya untuk kecutkan cyst secara semulajadi. Antaranya dengan pengambilan vitamin Shaklee iaitu ESP dan GLA Complex. InshaAllah, jika diizinkanNya, cyst pasti akak kecut dan yang ingin dapatkan zuriat pasti akan dapat berita gembira.

[Sumber]

GLA Complex Shaklee dapat membantu mengurangkan masalah berkaitan hormon sekaligus dapat mengecutkan cyst. GLA Complex mengandungi gamma linolenic acid (GLA) yang merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.





Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Selamat Hari Raya 1435H.

Assalamualaikum.




Kami di Noraihan Qusyairi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga Syawal kali ini memberi seribu satu makna kepada kita semua. Yang pulang ke kampung, hati-hati ketika memandu. Pastikan keselamatan diutamakan. 

Kami juga ingin memohon maaf zahir dan batin sekiranya ada kekurangan, salah dan silap sepanjang kami wujudkan blog ini. Apa-apa kekurangan mohon perbetulkan salah kami. 

Ikhlas daripada:
En Qusyairi
Pn Noraihan
Cik Kautsar


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Gejala Kekurangan Protein: 5 Tips Mengenali Kekurangan Protein

Assalamualaikum.

Protein adalah makromolekul yang terdapat di semua bahagian tubuh. Protein berperanan dalam setiap fungsi tubuh, baik untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal, menjaga aras tenaga, perlindungan tubuh, serta metabolisme lemak dan karbohidrat yang diperlukan untuk penghasilan tenaga. Meskipun tubuh menghasilkan protein sendiri, sumber protein dari makanan masih tetap diperlukan, terutama bagi orang yang sibuk dan kurang istirahat.

Jika berlaku kekurangan protein, tubuh akan menggunakan protein yang disimpan dalam badan sehingga boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif. Berikut adalah beberapa tips untuk mengetahui apakah seseorang mengalami defisiensi (kekurangan) protein.


1. Otot Lemah
Otot dalam tubuh terdiri dari dua jenis protein yang disebut aktin dan miosin yang bekerja bersama untuk menghasilkan gerakan. Jaringan ini juga yang pertama ditargetkan oleh tubuh ketika terjadi kekurangan protein. Otot yang kekurangan protein akan cepat nyeri, kejang dan lemah.


2. Penurunan Berat Badan
Penurunan berat badan mungkin menjadi berita gembira bagi orang yang sedang melakukan diet ketat. Tetapi harus waspada kerana penurunan berat badan mungkin bererti kekurangan protein terutama bila berat badan berubah secara mendadak. Kekurangan protein boleh menyebabkan edema iaitu kelebihan cecair di pelbagai bahagian tubuh terutama pada bahagian bawah kaki sehingga menyebabkan pembengkakan.


3. Luka Lambat Sembuh
Jika kebetulan memiliki luka, cuba perhatikan waktu penyembuhannya. Kolagen merupakan protein pada kulit yang membuatkan kulit anjal dan kuat. Orang yang kekurangan protein sering menunjukkan penyembuhan luka lambat kerana kekurangan kolagen. Selain itu, kulit juga menjadi lebih sensitif terhadap sinar matahari dan boleh menyebabkan ruam, kekeringan, dan kulit mengelupas.


4. Kuku dan Rambut Rosak
Rambut dan kuku terdiri daripada protein yang disebut keratin. Kekurangan protein boleh dikesan dengan melihat kepada kuku dan rambut yang tidak sihat. Rapuh dan munculnya lapisan pada kuku merupakan tanda-tanda kuku tidak sihat. Begitu juga rambut yang berhenti tumbuh, keguguran rambut dan rambut bercabang merupakan gejala kekurangan protein yang boleh dilihat pada rambut.


5. Gejala Letih Lesu
Kelesuan sering dianggap sebagai akibat bekerja terlalu keras, kurang tidur, atau terlalu banyak tidur. Namun, kekurangan tenaga yang menyebabkan kelesuan merupakan salah satu cara tubuh memberitahu bahawa anda kekurangan protein.

Cadangan
Selalu perhatikan pola makan, terutamanya  jika anda seorang vegetarian tegar. Pastikan untuk mengambil sayuran kaya protein seperti produk kekacang dalam diet harian anda. Anda juga boleh mengamalkan suplemen protein tulen yang berkualiti tinggi dan selamat.




ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...